Monday, January 28, 2013

Tak dapat kawal perasaan

Mieza S | 1/28/2013 11:24:00 PM | 4Comments |
Assalamualaikum. ? Berita harini tentunya korang taw pasal apa kan? sapa yang tak beli surat khabar  lagi? ouh anda sangat rugi. Semuanya pasal kematian sana-sini. Huh! Tu tanda-tanda kiamat kecil. Segeralah beristighfar. Dekat newspaper ada cerita pasal kisah menyayat hati sebelum meninggal tuh. Carik punya carik tak jumpa.

Memang nak sangat tahu cerita disebalik semuanya. Yelah dalam surat khabar takde pulak nak ditulis semuanya. So,

Tadi kecik sesaje menggedik blogwalking kat belog adik/kakak nih. Wow! Memang itulah yang kecik carik. Akhirnya. Tapi tak tahu lah kenapa. Bulu roma kecik naik masa baca. Mungkin sebab dia terlalu mengagungkan Allah. ~subhanallah.

Semoga dia dilindungi dari segala seksaan kubur, dan mendapat ganjaran syurga diakhirat nanti berkat kesabaran nya yang tak pernah berhenti berdakwah. Amin. Al- fatihah untuk akak SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR. Semoga rohnya di kalangan orang beriman.


Baca disini --> s i n i

Friday, January 25, 2013

Warkah Cinta I

Mieza S | 1/25/2013 09:16:00 PM | 0Comments |

Assalamualaikum cinta? Semoga awak sentiasa dilindungi rahmat Nya. Harini kitew datang bawa khabar gembira. Khabar yang akan buat awak senyum semula, insyaallah. Pelangi muncul saat kitew sedang menangis. Di celahan awan hujan dia memencilkan diri. Kitew yang buat dia muncul semula. Setelah sekian lama menghilang. 

Cinta. Sudah lama awak menghilang. Menghilang di sebalik hati yang pernah terluka dulu. Lama awak simpan luka yang semakin bernanah. Cinta, awak langsung tak sudi nak berkongsi kelukaan awak dengan kitew. Kitew mungkin tak punya hak untuk mengubati luka awak yang semakin dalam tu. Sebab kitew bukan pemadam. Tapi sekurang-kurangnya bagi lah kitew peluang untuk jadi pensel yang melukis kegembiraan awak semula yang telah lama menghilang. 

Cinta, awak mungkin sudah lama terbuang dalam rasa indahnya kebahagiaan. Tapi awak masih ada peluang untuk teruskan hidup mencari sebuah yang hakiki. Awak, kuat. Awak tabah. Awak berani. Justeru itu, meskipun awak menangis di jendela rasa, awak masih mampu tersenyum saat angin menyapa. 

Cinta, ada sesuatu yang awak perlu tahu tentang kitew. Kitew tak tahu kenapa. Air mata yang jatuh sedari tadi tak pernah berhenti mengalir. Cinta, saat ini kitew ingin awak dengan kitew. Teman kitew saat kitew keseorangan tak punya sesiapa untuk meluah rasa yang telah berbuku tebal nya. 

Lama kitew simpan perasaan ini. Tapi kitew takut nak meluah. Takut menangis kerana kehilangan. Awak tahu kan kitew tak mampu terima kehilangan seseorang? Cinta, mungkin kah kitew mampu jadi seperti awak? Awak masih kuat saat hati awak digores dengan pisau tajam. Meski hati awak berdarah merah pekat, awak tetap tersenyum. 


Cinta, kitew terikut awak. Saat semua diam tak lagi bersuara. Kitew membawa diri di sebalik cahaya. Kitew melepaskan segala kesedihan yang tersimpan di bawah hati. Kitew keseorangan. Dia bukan milik kitew cinta. Terkadang kitew tak tahu kenapa kitew perlu melalui kehidupan seperti ini.

Mereka selalu hadir saat kitew kesepian. Bila kitew menaruh hati, mereka mula menjauh. Mereka mugkin tak dapat menerima kekurangan yang tuhan hadiah kan pada kitew. Cinta, kitew tak pernah mintak segala kekurangan ni. Tuhan sengaja memberi agar kitew menyemai sedikit perasaan kuat saat dilanda badai. 

Cinta, kitew memandang kehidupan pada masa akan datang. Masa lampau bagai tak pernah wujud. Justeru itu, kitew melihat masa hadapan kitew bagai kan awan yang berselubung dengan bayangan hitam yang tak akan pernah hilang. Cinta, maaf. Kitew terpaksa keluarkan kata seperti itu. Tapi itulah sebuah kenyataan yang terpaksa kitew hadapi kelak suatu hari nanti yang pasti akan tiba untuk kitew harungi keseorangan.

Cinta, saat diari ini tertulis, kitew menangis. Maaf. Air mata ini terlalu tegar untuk menuruni tubir mata yang sekian tadi tertahan-tahan. Dia tak mampu menanggung rasa kekesalan yang bertandang. Dia mungkin kecewa. Kecewa dengan sebuah keputusan yang terpaksa. 

Cinta, kitew terpaksa sembunyikan perasaan sayang yang pernah mekar kerana kitew tak memiliki kekuatan untuk meluah kan rasa. Kitew takut dia menolak. Menolak kerana kekurangan yang terlihat. 

Cinta, dah tak ter mampu nak meluahkan kesedihan ini lagi cinta. Kitew tak terdaya nak berdiri melihat awan biru yang berarak. Kitew menangis lagi. Selalu jadi dalang dalan sebuah perasaan yang tak bermaruah. Selalu dipersalahkan untuk rasa yang tertinggal. Selalu jadi hamba untuk mereka melepaskan rasa yang tidak disengajakan. 

Cinta, sampai disini saja mungkin warkah untuk kali ini. Doa kan kitew setabah awak, cinta. 



# 9.14 malam, Jumaat <3

Wednesday, January 23, 2013

Permintaan saya

Mieza S | 1/23/2013 09:24:00 PM | 0Comments |



Assalamualaikum. ? .. Kalau kaw terima aku, akulah orang paling bahagia dalam dunia. Jadilah sebahagian dalam hidup aku sebagai abang. Aku tak pernah ada abang doh -_- , abang aku yang lama tuh dah buang aku atas kesalahan yang dia lakukan. Sebab dia tanak nampak bersalah.

Dia tak nak nampk dia rendah maka dia buang aku. Jadilah dia manusia berkuasa semula. Ye aku taw kaw akan baca text aku yang bodoh ni. Apa yang kaw nak fikir lagi. ? Aku nak text panjang-panjang dengan kaw pun macam malas je nak menaip kan phone tu kena hantar sampai 2 3 page. Lagipun aku takut apa yang aku nak sampaikan tak sampai.

Kaw taw tak sekarang ni aku tengah berperang dengan perasaan aku sendiri. Penat la weyh. Aku dah pesan dah dengan kaw jangan buat baik dengan aku. Jangan care sangat dengan aku. Kalau aku nak care kat kaw takpe. Sebab aku memang sayang semua kawan aku macam adik-2 aku je.

Tengok apa dah jadi. Aku dah sayang kaw lebih dari kawan aku. T_T , tau tak sakit hati. ? Sakit hati sebab nanti aku yang nangis nak kena fikir ape hati kaw cakap -_- , Okay lupakan. Aku terbuat ayah bodoh pulak. Jadi abang aku ye kawan? Dan lepastu aku tak perlu lagi simpan apa-2 perasaan dekat kaw  (\\ ^_^ // )






// Erk, mentang-mentang lah boleh makan bubur je, dah hari-2 orang dalan rumah ni makan popcorn la burger la macdi la , siap dah merancang nak makan piza pulak. Yang aku makan sup je -_- , *aci sangat :'( Terima kasih . 

Tuesday, January 22, 2013

Alhamdullillah :)

Mieza S | 1/22/2013 08:50:00 PM | 1Comments |


Akhirnya selesai juga siang tadi. Kelakar lah. Nurse na cabut benang yang kecik dok pegang tangan dia nak tarik. dah kena marah. Hahaha. Tapi tak sakit. Cuba perasaan takut tu je yang buat kecik rasa macam eh sakit-sakit.

Nak tahu tak? Pagi tadi kan, tak sempat nak sarapan pun. Dah ayah cakap nak pergi hospital pukul 8 pagi tapi pukul 7.50 dah suruh keluar rumah nak gerak. Balik dari hospital singgah dekat kedai. Cakap ngan ayah nak beli susu DHL tu. Lepastu ayah kasi duit suruh beli. Kecik beli lah susu dengan ais-krim. jap-jap tak habis lagi, kecik curik-curik beli kit kat guna duit sendiri. *bengong tak dengar cakap doktor eh kaw? hamboiiii. Dalam kereta makan kit kat sesenyap. Ouh nikmatnya >.< sayang <3



Nak? Beli kat kedai. Hahhaa. Sampai je rumah kecik tak makan pun. Perasaan makan pun tak ada. Lepastu tiba-tiba sakit perut. *paham-2 lah ye anak mama sekalian. Tayah na buat muka sinis baca entri kecik. Tumbok karang. Macam tak pernah buat. Kerek je. Ini semua pOooooyOoo ! XD . Lama gila dalam jamban apa pun tak keluar. Sumpah macam nak pengsan. boleh pulak menangis sebab dah lama sangat dalam tu. :( Maklum lah dah tak makan kan. 

Keluar je tandas terus tidur. Penat sangat. Nak pegang handphone pun sampai terjatuh-2. -_- , Okay lupakan. Kecik baru je habis menaip cerpen pendek. Cerpen tu ada dalam majalah sekolah kat Kuala Selangor. Sekolah lama kecik before pindah VOKSHA. Kecik hantar karya tu masa form 1. Maklung lah masa tu dok sekolah lagi, tak habis-habis story pasal cinta kan. Cerita memang membosankan. Korang pun dah boleh agak jalan cerita dan pengakhirannya. Biasalah budak sekolah tak matang. 

Weyh, teletubies. Tu ha cerita nya aku dah siap taip. Penat tau. Cepat berterima kasih kat aku then post choki-2 ++ kitkan kat aku :)

Nak baca cerpen tu tak? Tekan sini -->Warkah Terakhir Buat Zizoy *komen sekali okayy? :)

// Terima kasih sudi baca entri busuk ini. 

Warkah Terakhir Buat Zizoy

Mieza S | 1/22/2013 08:30:00 PM | 1Comments |
Kringgg !! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan bermula. Kelas 4 Syukur masih riuh rendah menunjukkan belum bersedia menerima pelajaran baru untuk hari itu. Waktu pertama dimulakan dengan Kimia yang paling membosankan bagi mereka semua. Mereka sengaja melambatkan diri untuk masuk ke makmal. Sedetik kemudian, kelas tersebut sunyi sepi. Kelihatan Cikgu Nordin bersama seorang pelajar perempuan melangkah masuk ke dalam kelas 4 Syukur. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

"Fulamak. Cun siot awek tu!" kedengaran suara sumbang dari arah belakang. Pelajar lelaki yang paling agresif di dalam kelas. Ternyata suara kepunyaan Zizoy.

"Macam mat salleh", sampuk Timmy.

"Eleh korang ni, pantang nampak perempuan dahi licin sikit semua nak dikebasnya", sampuk Erniy.

"Ok semua, tolong ambil perhatian. Sekarang ada pelajar baru yang akan bersama-sama dengan kita semua. Tolong perkenalkan diri?", kata Cikgu Nordin kepada pelajar baru itu. Pelajar tersebut menguntumkan senyuman lalu susunan kata-katanya terkeluar dengan sopan sekali.

"Saya Nadia Nurshariena Binti Shahreen Azairy. Rakan-rakan boleh panggil saya dengan nama Riena sahaja. Saya bertukar ke sini kerana mengikut ayah yang bertugas di sini. Saya datang dari Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Taman Malawati."

Sejak dari hari itu, Riena sering mendapat perhatian di dalam kelas. Dia bukan sahaja bijak dalam pelajaran, malahan pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Di dalam kelas dia sering mencetuskan idea-idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Semakn hari Zizoy dan Riena semakin rapat. Riena senang bergaul dengannya kerana Zizoy merupakan pelajar kesayangan sekolah kerana sentiasa menduduki tangga teratas di dalam peperiksaan semenjak di tingkatan 1 lagi. Gabungan pendapat diantara mereka sering mendapat pujian dari sesiapa sahaja. Di kalangan rakan sekelas sudah pun mengetahui akan hubungan mereka yang terlalu akrab hinggakan mereka digosipkan walaupun suatu ketika dulu Zizoy pernah digosipkan bersama Erniy. Kini usikan itu tidak lagi kedengaran setelsh munculnya Riena. Namun, usikan teman-teman tidak pernah dihiraukan dan difikirkan oleh Riena kerana dia tetap berpegang kepada prinsipnya bahawa masa itu emas. Dia tidak pernah membuang masa dan mahu memenuhi waktunya dengan membuat perkara-perkara yang bermakna dalam hidupnya. Namun begitu, keakraban mereka berdua tidak disenangi oleh seorang pelajar di dalam kelasnya dan  sering disalah ertikan.

Hari demi hari berlalu dengan pantasnya. Wajah Zizoy dan Riena cukup ceria pada hari ini. Ucapan 'Selamat Ulang Lahir' bertalu-talu diucapkan oleh rakan-rakan kepada mereka berdua. Kebetulan mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama. Zizoy dan Riena sudah merancang untuk bertukar hadiah sewaktu persekolahan tamat. Semasa Riena menunggu Zizoy untuk pulang bersama di tepi jalan, di luar kawasan sekolahnya, Muncul Erniy tanpa diduga oleh Riena.

"Riena, aku dah lama geram dengan engkau. Tahu tak?!" Erniy menengkin Riena sambil menuding jari ke arahnya. Lengan baju Erniy disingsing ke atas. Dari jauh Zizoy cuba mendapatkan mereka berdua. Pelajar lain hanya berpeluk tubuh sahaja dengan menanti apa yang bakal terjadi seterusnya.

"Kenapa dengan engkau ni Erniy. Marah tak tentu pasal". Zizoy memarahi Erniy. Riena kehairanan dengan perubahan Erniy yang tiba-tiba menjadi agresif. Riena mengurut dahi menahan sakit di kepala.

"Tak payah nak bersyarah dengan aku lah  Zizoy!!" Erniy benar-benar sudah hilang sabar. Dicampak begnya ke tepi lalu dia menolak Riena. Riena hampir-hampir jatuh ke tanah. Namun kepantasan Zizoy sempat menyambut Riena. Kemarahan Erniy meluap-luap dengan kemunculan Zizoy yang yang cuba menjadi penyelamat Riena.

"Erniy, kenapa dengan kau ni?Dah dirasuk hantu ke??"kata Zizoy keras. Riena tidak tertahan lagi. Kepalanya berdenyut dan berpinar-pinar. Dia merapati Zizoy sambil memicit-micit kepalanya.

"Engkau Zizoy, jangan nak masuk campur urusan aku dengan Riena! Kau tak ada kena-mengena dalam hal ini! Engkau Riena selalu sangat nak dapatkan publisi murahan. Memamg dasar perempuan murah. ! Murah jugalah !!!" Erniy seperti dirasuk hantu. Tiba-tiba satu tamparan hebat singgah dipipi Erniy. Tamparan Zizoy meredakan ketegangan buat seketika. Erniy menahan sakit. Dirasakan darah pekat mengalir keluar daripada bibirnya. Erniy mengetap bibir menahan geram. Riena sudah menangis.

Tanpa diduga, sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan. Erniy yang berdiri berhampiran kereta tersebut segera menolak Riena ke tepi. Riena dilanggar. Semua pelajar yang ada disitu menjerit dan meminta tolong. Zizoy memangku Riena. Kelihatan banyak darah keluar dari badan Riena. Zizoy memangku Riena dan menatap Riena dengan penuh kehibaan. Kedengaran Riena cuba bersuara.

"Abang, maafkan Riena untuk segalanya. Simpanlah hadiah Riena dengan elok untuk abang jadikan kenangan kelak. Ambil lah hadiah dalam beg Riena. Maafkan Riena kerana tak dapat bertukar tangan hadiah dengan abang,"Riena bersuara perlahan dan tersekat-sekat.

Zizoy kehairanan dengan panggilan tersebut. Dikeluarkan sapu tangan untuk Riena sebagai hadiah hari lahirnya hari ini.

"Riena, ni hadiah yang Zizoy hendak bagi kepada Riena", Zizoy bersuara walaupun berat untuk diperkatakan. Riena tersenyum dan mengambil sapu  tangan tersebut. Digenggamnya erat jari jemari Zizoy.

"Maafkan aku Erniy". kata Riena pendek. Nafas Riena tidak teratur lagi. Telinga Riena didekatkan pada bibir Zizoy untuk diajar mengucap buat kali terakhir. Sedetik kemudian Riena telah pun menemui Yang Maha Esa. Zizoy meratapi pemergian Riena dengan redha. Zizoy terkilan kerana tidak dapat menukar hadiah. Perlahan beg Riena dibuka dan kelihatan sebungkus hadiah dibungkus rapi. Hadiah itu dibuka perlahan. Setitis air matanya jatuh mengenai hadiah tersebut. Kelihatan sepucuk surat dan sapu tangan tertulis indah nama mereka berdua. Dengan terketar-ketar dia membuka surat tersebut.

Assalamualaikum ... (Zizoy)
Abang maafkan Riena. Riena rasa ajal Riena sudah mendekat. Sebenarnya Riena menghadapi penyakit barah yang tidak dapat diselamatkan lagi. Riena takut hendak memperkatakan tentang maut. Abang, sebenarnya kita adalah adik-beradik kembar yang terpisah sekian lama. Kita terpisah hasil penceraian ibu bapa kita. Riena terpaksa mengikut ayah. Maafkan Riena sekali lagi kerana tidak sanggup membicarakan tentang  ini secara terus terang. Abang tolong sampaikan salam kemaafan kepada Erniy. Katakan lah padanya bahawa Erniy adalah sahabat baik dunia dan akhirat. Cuma dia cemburu melihat keakraban kita. Mungkin kalau dia tahu cerita sebenarnya dia tidak akan berkelakuan begitu. Sebelum Riena mengundur diri, halalkan makan minum Riena selama ini. Selamat Hari Lahir Abang Zizoy yang ke 16 tahun. Semoga ceria selalu hendaknya. 
-Riena-

Zizoy terkejut yang amat sangat, Riena seolah-olah sudah tahu ajal dan mautnya. Namun nasi telah menjadi bubur. Pertemuan dengan adiknya itu hanya untuk seketika. Dikucupnya sapu tangan pemberian adik kembarnya dengan dibasahi air mata. Citarasa mereka sama. Sapu tangan pemberian Zizoy masih tetap utuh digenggaman Riena. Pastinya kenangan 25 Jun itu meninggalkan kesan suka dan duka dalam hidup Zizoy. Sesungguhnya Zizoy tetap berpegang pada kata-kata adik kembarnya bahawa isikan masa dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah didalam hidup ini. Kata-kata indah itu diabadikan dalam sapu tangan itu. 'Kadang-kadang kita terpaksa mengalah juga apabila situasi tidak mengizinkan kita untuk menang.'


CORETAN ABADI,
Nur Amieza (2Efisyen) :)

Monday, January 21, 2013

Esok di HKL

Mieza S | 1/21/2013 10:41:00 PM | 2Comments |


Assalamualaikum. Hmm, alaaaa. Malas nya nak menaip. Penat lah. Dok join segmen la GA la sampai lebam tangan,, Hahahaa. *propa je lebih gedik ni :p , jeles lah tu. Esok kecik nak g HKL. Ada appoiment dengan doktor. Esok doktor cakap nak cabut benang dekat tempat pembedahan haritu. Grr. Rasa macam seram je weyh. 

Borak-borak dengan Hell Toi, rakan chatting kecik. Boleh pulak suruh bayangkan kalau kitew tarik benang tu, tempat jahit tu mesti terbukak balik. Mahu nye meraung tak? Ta dapat dibayangkan. Rasa seram  lah kan. Tapi bila tengok benang tu rasa geli pulak. Macam mana benang yang kitew jahit kat baju sekolah ada kat badan -_- macam  pelik. Okay lah. Nak tidur ni. Kecik kena tidur awal. Selamat malam sayang-sayang semua <3




Sunday, January 20, 2013

Terima Kasih

Mieza S | 1/20/2013 03:38:00 AM | 0Comments |
Assalamualaikum. Maaf, kecik masih belum mengantuk. Maka sedaya upaya mensetiakan otak dan jari jemari untuk terus menaip entri. Yang pasti, entri pagi buta ini seestinya akan porak peranda. Hahaha.  Oke layan geng.

Nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat someone sebab pernah sudi jadi kawan kecik. Kenal kaw mungkin tak pernah langsung buat kecik terfikir sampai jadi macam ni cerita persahabatan kita. Ya memang. Memamg kaw selalu ungkit cakap kecik ni ada ramai kawan. Hilang kaw, sikit pun kecik tak heran. Ya. Tu tanggapan bodoh kaw. Pahal selama ni kaw tak pernah sedar, air mata kecik ni memang selalu sangat jatuh sebab kaw.

Kecik menangis pun kaw tak pernah pedulik. Malahan kaw marah dekat kecik sebab buang masa menangis untuk kaw. Dah kalau kaw sakitkan hati kecik, masih mampu kecik nak senyum? Tak. Kecik bukan macam kawan kaw yang lain. Yang boleh tahan marah kaw, maki kaw. Kecik tak boleh. Sebab kecik sayang kawan kecik.

Tak de pon istilah lama ke baru ke sekejap ke. Semua yang sudi kawan kecik, semua tu lah kecik sayang. Tapi sikit pon kaw tak pernah hargai ape yang kecik buat untuk kaw kan kawan? Kaw cuma pandai tuduh kecik nak carik point kaw. Dah kecik diam pon kaw masih lagi nak marah-marah kecik. Cakap kecik itu ini. Kecik sabar je dengan kaw.

Tak tahu lah dah berapa banyak kaw gebang kecik, tapi kecik still terima perangai kaw yang cukup perahsia tuh. Kecik desak desak kaw untuk bagitaw tentang diri kaw, kaw suruh kecik fikir sendiri. Kecik belum cukup matang nak menilai orang dalaman luaran dengan cara dia, Maaf. Kecik tak hebat macam kaw. Macam kaw menilai perangai kecik.

Memang. Tak dapat nak menafikan. Memang kecik suka kawan dengan kaw. Waktu mula-mula kenal kaw, kecik dah gelak-2 macam member lama. Padahal nama pun tataw kan? Tapi tu dulu. Before kecik taw nama kaw. Lepas tu semua nya rahsia. Lepastu semua nye kecik yang kene mulakan dulu. Kalau kecik diam kecik yang kene marah. Kaw diam tak pe. Kaw salah kan kecik. Kaw cakap kaw tade modal. Dah kecik pon sama macam kaw, tapi kaw ? .. Tah, kaw ego.

Kecik tak faham kenapa kaw perlu buat kecik macam ni. Dah kecik mintak maaf pun kaw masih lagi tak nak maafkan kecik sampai bila-2. Sumpah lah kecik aty gilew dengan kaw sampai bila-bila. Dan sampai bila-bila pun aku ingat meej terahir yang kaw kasi kecik.

Pergh sampai aty kaw arn :'( xpnh ag pmpn wt aq cmni.. xpe r weyh, kaw lpe kan je aq neyh :'(( tke care,,

Dah mesej kaw macam kaw mengharap kecik untuk pujuk kaw. Mengharap kecik untuk kawan dengan kaw, tapi kaw layan kecik ni macam sampah kan? Kaw suruh call, kecik call. Semata-mata nak mintak maaf. Tapi kaw ta angkat. Kaw cakap kaw tidur. Tapi *kecik tak rasa kaw tidur. Kaw sengaja menguji kecik sejauh mana kesabaran kecik kan? Sebab kecik pun pernah buat macam yang kaw buat dulu.

Kaw sendiri cakap kaw selalu menyusahkan kecik. Padahal kecik dah cakap TAK TAK TAK. Tapi kaw tetap dengan apa yang kaw cakap. Kaw langsung tak nak dengar cakap kecik. Sampai satu masa, kecik putuskan hubungan dengan kaw. Yelah, apa guna kawan tapi kaw layan kecik macam tong sampah -_- , kan? Kawan, terima kasih sebab dulu kaw pernah jadi kawan kecik. Kecik tak kan lupakan kaw.

Kecik post dekat sini, sebab kecik nak menaip. Nak meluahkan apa yang kecik rasa. Apa yang kecik pendam. Sebab kaw sendiri tanak dengar luahan perasaan kecik :'(,  Kawan yang hilang mungkin akan diganti dengan lebih baik. Tapi yang lebih baik itu tak akan sama dengan yang pergi :')  kbye



//Terima kasih sudi jejak entri busuk ini <3

Wednesday, January 16, 2013

Pengembaraan Laksaman Sunan Diakhiri

Mieza S | 1/16/2013 09:45:00 PM | 1Comments |
Assalamualaikum, akhirnya habis juga novel siri Pengembaraan Laksamana Sunan. Masa mula-mula siri ni keluar kecik la orang paling beriya-iya dok meminjam novel dekat kawan. Bukan apa, bila dah terbaca satu, minat nak baca siri seterusnya bagai ditarik-tarik. Naluri gitu -,- *kaitan nya apa? Persetankan saja :) Ayat yang digunakan penulis sangat lah gramatis. Terkadang tu menyeret kecik untuk membuka kamus dewan bahasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang makna sebuah perkataan yang digunakan.

Ketika entri ni ditaip kecik baru je nak mula baca novel siri akhir tentang pengembaraan laksamana sunan ni. Siapa peminat cerita ni? Kita geng. Weeeee :D Tak sabar nak habiskan. Yelah akhirnya penulis novel terkenal Ramlee Awang Murshid yang bernaung di bawah syarikat alaf 21 menghabiskan juga kisah pengembaraan ini. Yang rata-rata meminatinya. Kecik sanggup habiskan duit gaji maa nak beli novel beliau.

Selalu orang cakap kita baca novel buang masa kan? Tapi bila baca novel karya Ramlee Awang Murshid tak semena-mena kita ingat Allah :) , tak berhenti bertasbih memuji kebesaran Tuhan selagi novel tu masih lagi dibaca. Satu-satunya novel yang sangat menitik beratkan soal agama. Penulis novel thriller yang digemari ramai.

Tapi kadang-kadang fikir jugak tak sampai hati nak kena membebel dengan mak sebab membazir. Maka bermula lah kisah perang mulut antara emak dan anak tentang novel. Hampeh -,- Kat sini kecik ada selitkan novel siri Pengembaraan Laksamana Sunan ni dari mula sampai habis :) *eksited nak bukak cerita.



BAGAIKAN PUTERI



 Haryani dan Laksamana Sunan... 
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. 

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. 

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. 

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!



Cinta Sang Ratu


 Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.










Hijab Sang Pencinta


RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. 

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.



Cinta Sufi


PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka Ingin mencari lelaki bertanduk dua. 

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. 

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.




Sutera Bidadari


RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian kematian permaisurinya... Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.


Sunan Musafir


ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. 



Serius, dah kematu montod ni gara-gara duduk lama sangat dok menghabiskan novel yang satu ni. Semoga penulis thriller nombor satu ni, Ramlee Awang Murshid akan memberi hasil-hasil karya yang lebih luar biasa yang kita sendiri tak dapat nak jangka! 


// Teriam kasih sudi baca entri busuk ini. :)


Tuesday, January 15, 2013

Surat *highlight someone (SPECIAL)

Mieza S | 1/15/2013 11:30:00 PM | 0Comments |
Assalamualaikum. 




Aku mungkin tak pernah sempurna. Tapi aku berhak untuk bersuara :) Mohon izinkan aku bersuara walau disini aku hanya mampu menzahirkan setiap kata yang tercipta dalam taip an yang mungkin ada kalanya tersalah eja. Mohon mohon izinkan aku mencelah. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku. Mungkin zahirnya kita ta mengenali antara satu sama lain secara mendalam tapi aku yakin kaw masih layak dibuat kawan. *insyaallah. Dan dengan harapan tinggi yang menggunung kaw mampu menjadi kawan terbaik sepanjang aku melangkah mengenal erti kedewasaan. Mungkin agak kelakar kalau aku terlalu menghargai kaw dalam pandangan kasar orang lain. Sebabnya mereka memandang remeh tentang persahabatan kita. Masih sempat lagi rasanya untuk aku memberi penganugerahan PERSAHABATAN istimewa seandainya aku diberi peluang berbuat demikian. Nescaya kaw menjadi salah seorang daripadanya. Agak kelakar rasanya menganugerahkan sahabat dengan sebuah penganugerahan tak diiktiraf. Tapi aku rasa itu sesuatu yang sangat ohsem. Aku sendiri tak pernah bayangkan hidup aku tanpa sahabat. Mungkin jalan aku gelap. Sebab tak siapa sudi menghulurkan lampu. Mungkin. Mungkin juga selama hari ini aku tak mampu berdiri di tempat aku hari ini. Mungkin aku jatuh. Mungkin aku lelah. Mungkin aku tak mampu melangkah. Dalam erti kata lain kehadiran kaw kadang-2 mengubah perjalanan hidup aku sedikit sebanyak. Kaw tak sedar kehadiran kaw sebenarnya membawa makna pada seseorang. Sebab kaw tak pernah sedar diri kaw istimewa pada pandangannya. Kawan dengan aku tak perlu berasak nak isi borang untuk diinterview. Cukup syarat kaw mampu terima aku seadanya itu sudah memadai. Cerita silamlampau kaw tak perlu lagi dikaitkan dengan hidup kaw sekarang. Aku memandang kaw siapa kaw harini. Agak lelah untuk aku katakan disini, saat pertama kali tirai persahabatan itu dimula. Akulah orang pertama yang membuka diari mencatat segala kisah tentang kaw :) Kalau boleh tak nak terlepas walau satu cerita tentang kaw. Sebab aku tahu persahabatan tu tak selamanya dapat dikekalkan kalau antara kita tak siapa yang memperjuangkan tali ukhuwah tu. Aku cuba yang terbaik menjadi aku untuk selalu menyayangi apa yang tuhan kurniakan dekat aku. Tentang rasa cinta yang terzahir semenjak aku mengenali kaw. Terima kasih sebab sampai ke hari ini kaw tak pernah berganjak untuk selalu menitik beratkan tentang diri aku yang tak sempurna ni. Kadang-kadang pernah juga malu kat diri sendiri yang serba kekurangan tak mampu nak memberi kebahagiaan kat kaw, tak mampu menjadi sempurna untuk kaw TAPI kaw masih lagi setia kat sisi sebagai kawan yang menjadi peneman saat aku memerlukan. Maaf, sehingga ke hari ini aku masih lagi tak mampu nak balas jasa baik kaw. Terima kasih jua sebab selalu tunaikan apa yang aku nak. Selalu memaksa kaw untuk menyanyikan lagu untuk aku. Pada zahirnya suara kaw selalu dalam masalah *kaw yang cakap, bukan aku. Bagi aku, kaw cukup baik sebab meluangkan masa untuk melakukan perkara-2 yang membuang masa seperti itu mungkin. Kalau masa boleh diputar, nak je aku rakam bait-bait lagu kaw buat kenangan untuk buat aku tersenyum dan ingat kaw la orang yang selalu buat aku tersenyum. Orang pandang aku bodoh mungkin sebab terlalu mengagung agungkan kaw. Maaf. Langsung tak pernah aku mengagungkan kebaikan kaw. Cuma. Ini jelah yang aku mampu. Bagitahu kat dunia, aku punya SAHABAT seperti kaw. SAHABAT yang aku sayang, dan cinta. Aku belajar memberi senyuman saat kaw berduka, Tersenyum saat kaw gembira, Ada disisi saat kaw memerlukan, Masih mampu berdoa kesejahteraan untuk kaw saat kaw berpaling. 

// Saat kaw baca, mungkin tak memberi erti langsung. Tapi aku berharap kaw akan menghargai aku dan ta sewenangnya membuang aku saat ada yang lain mampu buat kaw bahagia lebih dari aku. Hargai aku selagi aku masih mampu memberi. 



inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahku
setelah kau jauh tinggalkan aku
tak bisa aku melupakanmu, tak bisa ku tanpamu
tak pernah aku rela tinggalkan aku

tiada ku sangka engkau berubah
ku tak percaya kau membagi cinta
tahukah engkau betapa sakitnya
kau membagi cinta karna dia

tak pernah ku coba melupakanmu
mengapa kau buat luka hatiku
sekian lama aku menunggu
kasih dimana hatimu

tak bisa ku coba melupakanmu
mengapa kau buat luka hatiku
sekian lama aku menunggu
kasih dimana hatimu

tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamu
tak pernah aku rela kau tinggalkan aku

// terima kasih sudi baca entri busuk ini <3




Bab 1 - Voksha

Mieza S | 1/15/2013 12:17:00 PM | 2Comments |
Dewan Alam Sarjana mula dibanjiri dengan pelajar tahun satu yang baru memasuki alam persekolahan menengah atas. Masing-masing menunjukan reaksi yang sopan skema gitu. Di satu sudut belakang dewan kelihatan seorang senior lelaki dan perempuan sedang berbual-bual kosong sementara menunggu Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam memulakan ucapan kemasukan pelajar baru ke sekolah.

Amin selaku Ketua Pembimbing Rakan Sebaya yang keramahannya tak perlu lagi disangkal mendekati Akid yang juga rakan PRS nya. Amin mengeluarkan sepucuk surat dari kocek seluar slack hitam. Akid menerima surat kecil itu dengan tanda tanya. Tanpa banyak soal Amin meninggalkan Akid yang masih lagi diburu persoalan. Takut-takut ada yang memerhati.

Zaer Frezian yang kebetulannya selaku senior sengaja berjalan-jalan di kawasan dewan dengan harapan dapat mengusha awek-awek yang ingin di tackle nya, mungkin -_- .

"Abang hot, nak ke mana?", Zaer Frezian agak terkejut apabila pelajar junior memanggilnya sebegitu. 

Dia menoleh dan mencari tuan empunya diri. Dia tersenyum. Itu Fakhrul. Orang yang pernah menjadi penyelamat ketika Neelofa memutuskan ikatan cinta mereka sejak beliau terkenal menjadi artis. Katanya tak mahu lagi berhubungan dengan Zaer. Zaer tak memahami. Zaer tak setia. Zaer itu. Zaer ini. Hmm, cinta. Fakhrul lah tempat Zaer mengadu dan mencurah segalanya. Tidak sampai seminggu Zaer berendam air mata, surat khabar berita harian mencetak kisah cinta Neelofa dengan jejaka penghias muka depan majalah maskulin keluaran Januari 2009.

Zaer hampa lagi. Zaer kecewa lagi. Tapi Fakhrul tetap setia di sisi memberi kata semangat agar terus berdiri. Dari hari ke hari, Zaer mula menyayangi Fakhrul. Perasaan cinta tu lahir tanpa disengajakan. Malah dia sebagai orang yang bertanggungjawab sepatutnya menepis rasa yang ada hanya mampu diam. Dia tak mampu. Fakhrul punya ciri yang dinginkan kan. Zaer Frezian rasa disayangi bila dirinya dekat dengan lelaki itu. 

Tapi malangnya, Fakhrul pula menjauhkan diri saat Zaer meluahkan cinta. Dia terpaksa menolak Zaer kerana dirinya sudah ada Akid Akram. Zaer tidak pula mengenali siapa lelaki yang disebutkan nya. Selepas itu Fakhrul menghilangkan diri bersama cinta Zaer. Baru hari ini dia muncul kembali sebagai junior.

Fakhrul mendekati Zaer. Mereka bersalaman melepaskan rindu yang terpendam. Tidak pasti apakah Zaer masih lagi menyimpan perasaan yang dulu atau telah melupuskannnya semenjak mereka berpisah. Zaer mengajak Fakhrul duduk dibangku yang berdekatan dengan pejabat. 

Fakhrul teragak-agak memulakan bicara.

"Zaer sihat? Makin hensem lah sekarang. Mesti dah berpunya."
Zaer tersenyum.
"Eh, tak lah. Mana ada hensem biasa je kot. Single. Masih menanti pada yang sudi. Zaer sihat je. Fakhrul macamne? Sehat? Akid?".
Tak sangka Zaer masih lagi menyimpan memori cerita lama. 
"Akid? kitorang lama dah break..." Lama Fakhrul diam. Mencari kekuatan untuk ayat seterusnya. Kemudian menyambung kembali. 
"Fakhrul sayangkan Zaer.", Fakhrul menyepi. Dia tertunduk. Malu ingin bertentang mata. 
Tidak sempat Zaer membalas kata-kata Fakhrul, Fakhrul meninggalkannya menuju dewan sekolah. Pengetua sudah mula berucap.

Pagi yang indah itu dicemari dengan bayangan lama. Akid Akram mengeluh. Tertanya-tanya bagaimana Fakhrul boleh ada di depan mata nya. Akid Akram berjalan perlahan menuju ke kelas Pengaturcaraan Komputer 1. Dia singgah di tandas lelaki. Mengeluarkan surat kecil pemberian Amin.

Good Luck.
from: Fakhrul :)

Damn! Surat kecil itu dironyok dan dikoyak sehingga menjadi kepingan halus. Berterabur kertas itu. Akid membasahkan rambut bahagian tepi dan membetulkan cermin mata besarnya. Dia tersenyum. Kacak.

"Akid, u pergi mana?", Teacher Yong selaku guru matapelajaran matematik tambahan ala-ala gangster menyoal Akid.
"Pergi dewan. Ada hal." jawapan serba ringkas.
"U ingat boleh keluar sukahati?"
Akid mendengus.
"Cikgu Aishah yang panggil. Suruh handle pelajar junior."Akid menghentak meja. Semua mata tertumpu ke arahnya.

Hidayah Kamaruddin mula membuat muka yang menjadi kebencian Akid.

"Tak payah nak pandang aku sangat lah. Menggelabah propa. Puihhh." Akid memecahkan keheningan.

Tak suka buat cara tak suka. Tak payah nak jadi propa mengalahkan "pijak semut pun tak mati". Bodoh. Teacher Yong kembali menyambung pembelarannya yang terhenti seketika tadi tanpa mempedulikan Akid yang tiba-tiba naik berang.

Woi, kau asal bongok? tiba-tiba je.

Kertas digumpal-gumpal menjadi kecil lalu dibaling ke arah yang berkenaan.

Nanti aku story dekat kau ye, Mieza.

Ha, okayy. Masa rehat nanti tau.

Esok merupakan hari pertama Hidayah Kamaruddin akan menjadi MC bagi mengetuai permhimpunan rasmi. Dia tidak menang tangan mencari guru bertugas untuk bertanyakan pendapat.


Monday, January 14, 2013

T E L E T U B I E S

Mieza S | 1/14/2013 06:56:00 PM | 2Comments |
Assalamualaikum. Sebenarnya dah bosan asyik berbaring je :) Tu yang sengaja ambik mOod nak hupdate entry. Tajuk mungkin agak lawOk sikit. Maklung saja lah tajuk tu sahaja yang boleh bagi idea untuk kecik menaip. Siapa waktu kecik-2 suka tengok cerita teletubies? Hok aloh. Tak nak ngaku lah tu. Teeeett.

Ngaku je. Teletubies tu kan comel. Kan kan? Dulu time kecik-2 kan bila start je cerita teletubies ni mesti kecik suka sangat. Sebab suka tengok baby matahari tu gelak. Suara dia comel sangat meyh. hehehe.

Actually, erk. *malu 5 saat kejap. Panggilan teletubies ni kecik kasik dekat seseorang. Kitew kenal dia baru je. Dia? Nama? tak payah lah tau. Kalau dia baca dia faham-2 sendiri lah. Perangai dia comel. Hahha. One day tu macam mana tah. Dia ngantuk kot.

Dia cakap pon dah tak larat dah. Comel gile die gedik. Hahaha.*tengah kutuk kaw ni mOk.Ade aku kesah? Dalam banyak-2 fren kenal kat dunia chatting mungkin dia adalah salah seorang yang masih lagi kekal berkawan dengan kecik walaupun dia tahu kecik ni serba kekurangan *kesat air mata*

Tak tahu lah apa pendapat dia tentang kecik kan? Tapi apa pun kecik senang berkawan dengan dia sebab dia sangat memahami. Yang paling penting, dia selalu ade bila kecik perlukan. Masa kecik sakit kot dia masih ada. Selalunya kalau kita kawan dengan orang yang kita tak kenal luar dalam dia, mesti masa kita sakit dia akan tinggalkan kita kan? Tapi dia tak.

Apa pun nak say terima kasih sangat dekat dia sebab masih sudi jadi kawan kecik :)

Ni kecik ada satu vedio cerita teletubies. Selamat menonton :)


// Terima kasih sudi baca entri busuk kali ini <3

Tuesday, January 1, 2013

01/01/2013

Mieza S | 1/01/2013 01:12:00 AM | 1Comments |
Assalamualaikum, kepada semua pembaca tegar belog kecik. *sengaja action lebih, bajek macam ramai sangat na bace belog kecik kan -_- (hidup mesti pandai berlakon maa). Sengaja mencari kesempatan untuk hudpate selepas pukul 12. Dengan harapan melangkah ke tahun baru.

Semua sedia maklum, hari ini merupakan hari pertama bagi tahun 2013. Pastinya semalam adalah hari terakhir kita mengecap 2012. *tatahu lah tengah meraban ape*

So, kalau di tanya apa azam kecik tahun ni, kecik pun ta tahu. Apa yang kecik nak then kecik dapat itu lah yang kecik jadikan azam. *dapat semua yang kecik impikan* , bukan senang nak capai apa yang kita impikan. Betulkan anak mama sekalian :p . heeee. 

Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku sewaktu tahun 2012. Antara nya ialah majlis wedding mak cik , wedding sepupu and majlis tunang sepupu kecik. Meyh na ngadu kat hampa. :( Sebelum mula cerita, kene lah carik mood dulu kan. Hahaha, cer like kalau penah buat (ngok mu. acah-2 pehbuk plok). Time wedding makcik tu kan. Kecik nanges sebenarnya. Tanya lah kenapa. *grr! pakse ni. Tanya cepat. Tanak tanya suda. wekkkk.

Takde la. Kite beriya snap pic orang, orang tanak snap pic kitew ngan pengantin pulak. *haku dendam ngan semua yang terlibat menolak pelawaan haku untuk men snap pic haku dengan pengantin. aku serius ni ! Suruh orang, orang ni suruh orang ni. Bila dah ade yang nak snap pic, orang lain dah cop pengantin dulu. Bila dah ada masa, snaper tanak plak. Lepastu suruh ayah sendiri, bz layan pehbuk, memang haku sentap la citew dia. Pentingkan fb je. Dok hupload gambor wedding, gambor haku takdok. 

Takpe-2. Tak payah sesusah buat majlis kahwin untuk kecik. Tanok kawen. Takut ade yang kecik aty ta dapat bergambor dengan kecik plak. Hahaha. Pishang buah 3 kali nanti. Perkahwinan yang meriah la jugak. Tapi dalam hati tengah sentap tatahu la meriah ke tak sebenanrnya. layan jelah gambar ni. Time wedding makcik :)


Ok, habis cerita wedding pasal makcik, nama pengantin tak payah la taO, bukan artis pun. Kalau sebut pun korang tak kenai kan? ahahha. Ni pulak cerita time majlis tunang sepupu kecik. Kitorang sampai lambat dekat majlis ni. Malu seyh. Tapi ingat kitorang yang lambat rupanya belah lelaki tak sampai-2 lagi. Hampeh. Takpe, dimaafkan. Mereka datang dari jauh tau. Dari Kelantan. Lupa pulak Kelantan kat mana. Hahaha. Takpe, nanti dah sah, kecik buat sesi suai kenal. 

Sesampai nya kat majlis kahwin tu, kecik melahap. Huh! Sedap doe makanan yang dimasak oleh katering gamaknya -_- *tak hamek taO la pulak. Lepak lama gila. Tunggu si lelaki. Berjanggut kambing si lembu-2 peliharaan pak hamid . Oke lawok tak jadi 2 saat. Sekadar menghibur hati yang lara. Teeettt. Takde keje kecik lepak dengan sepupu. Mak ai. Macam tak caye beliau dah nak tunang (masa korang bace ni dah jadi tunangan orang). Yelah, ingat lagi, dulu kalau tidur rumah tok, mesti tidur sesama, mandi sesama. Ye dok? Rindu zaman muda mudi dulu. 

Tiba-2 harini dia lah umur paling besar, dialah yang bekerja, dialah yang tamat belajar. Malu dengan diri sendiri. Sebab tak pernah sedar masa tu cepat sangat berlalu. :'( Dah-2, tanak memekak panjng lebar. Join tengok gambor. Tapi sebelum tu, kecik lupa, time ni adalah orang cakap "eh, kasi dia bergambar dengan Kak Yong. Kang ada pulak yang nangis ta dapat bergambar " :p , *untungla. Kena sedas. *redha :) 



Eh, sabar-2 ada lagi meyh. kecik na story pasal sepupu kecik plak. Time wedding dia, kecik tidur umah makcik. Maklung lah majlis 2 hari. Meriah seyh. Rumah kalau boley nak tambah kasi besar sikit kod. -_-
siyez wa ta tipu. Ramai sanak saudara sahabat handai yang hadir memeriahkan suasana. Seronok. Tapi kerja kecik tidur je. *pemalas kan? Bila tengok ramai sangat orang baru buat kerja. 

Tapi hari last la paling banyak. Tapi ah. Kerja tak kerja lah. Asalkan seronok. Hahaha. Sepupu yng selalu sangat carik pasal. Cubit-2. Dah sakit ngek. Time pengantin nak masuk duduk atas pelamin sempat lagi cubit haku. Mendapat kene balas balik kat montot. Aleh-2, malu sendiri. Rasa diri ke anak anak kan pulak. Hahah, takpe. Itu kan kenyataan. Terima kesyataan seadanya lah kan :)


Maka nya tu je lah kod gambar wedding sepupu kecik. Gambar selebihnya belum di aplod meyh. Itu saja cerita yang nak dikongsi. Dalam 1 entri memuatkan 3 peristiwa bersejarah. Semoga berbahagia hendak -Nya <3

masa tengah syok menaip, tetiba Puan Salina my beloved teacher text kecik. OMG ! Miss her damn much !! Dia wish happy new year :) Thanx teacher :)) 

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

Terima kasih sudi baca entri busuk ini. <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.