Warkah Cinta I


Assalamualaikum cinta? Semoga awak sentiasa dilindungi rahmat Nya. Harini kitew datang bawa khabar gembira. Khabar yang akan buat awak senyum semula, insyaallah. Pelangi muncul saat kitew sedang menangis. Di celahan awan hujan dia memencilkan diri. Kitew yang buat dia muncul semula. Setelah sekian lama menghilang. 

Cinta. Sudah lama awak menghilang. Menghilang di sebalik hati yang pernah terluka dulu. Lama awak simpan luka yang semakin bernanah. Cinta, awak langsung tak sudi nak berkongsi kelukaan awak dengan kitew. Kitew mungkin tak punya hak untuk mengubati luka awak yang semakin dalam tu. Sebab kitew bukan pemadam. Tapi sekurang-kurangnya bagi lah kitew peluang untuk jadi pensel yang melukis kegembiraan awak semula yang telah lama menghilang. 

Cinta, awak mungkin sudah lama terbuang dalam rasa indahnya kebahagiaan. Tapi awak masih ada peluang untuk teruskan hidup mencari sebuah yang hakiki. Awak, kuat. Awak tabah. Awak berani. Justeru itu, meskipun awak menangis di jendela rasa, awak masih mampu tersenyum saat angin menyapa. 

Cinta, ada sesuatu yang awak perlu tahu tentang kitew. Kitew tak tahu kenapa. Air mata yang jatuh sedari tadi tak pernah berhenti mengalir. Cinta, saat ini kitew ingin awak dengan kitew. Teman kitew saat kitew keseorangan tak punya sesiapa untuk meluah rasa yang telah berbuku tebal nya. 

Lama kitew simpan perasaan ini. Tapi kitew takut nak meluah. Takut menangis kerana kehilangan. Awak tahu kan kitew tak mampu terima kehilangan seseorang? Cinta, mungkin kah kitew mampu jadi seperti awak? Awak masih kuat saat hati awak digores dengan pisau tajam. Meski hati awak berdarah merah pekat, awak tetap tersenyum. 


Cinta, kitew terikut awak. Saat semua diam tak lagi bersuara. Kitew membawa diri di sebalik cahaya. Kitew melepaskan segala kesedihan yang tersimpan di bawah hati. Kitew keseorangan. Dia bukan milik kitew cinta. Terkadang kitew tak tahu kenapa kitew perlu melalui kehidupan seperti ini.

Mereka selalu hadir saat kitew kesepian. Bila kitew menaruh hati, mereka mula menjauh. Mereka mugkin tak dapat menerima kekurangan yang tuhan hadiah kan pada kitew. Cinta, kitew tak pernah mintak segala kekurangan ni. Tuhan sengaja memberi agar kitew menyemai sedikit perasaan kuat saat dilanda badai. 

Cinta, kitew memandang kehidupan pada masa akan datang. Masa lampau bagai tak pernah wujud. Justeru itu, kitew melihat masa hadapan kitew bagai kan awan yang berselubung dengan bayangan hitam yang tak akan pernah hilang. Cinta, maaf. Kitew terpaksa keluarkan kata seperti itu. Tapi itulah sebuah kenyataan yang terpaksa kitew hadapi kelak suatu hari nanti yang pasti akan tiba untuk kitew harungi keseorangan.

Cinta, saat diari ini tertulis, kitew menangis. Maaf. Air mata ini terlalu tegar untuk menuruni tubir mata yang sekian tadi tertahan-tahan. Dia tak mampu menanggung rasa kekesalan yang bertandang. Dia mungkin kecewa. Kecewa dengan sebuah keputusan yang terpaksa. 

Cinta, kitew terpaksa sembunyikan perasaan sayang yang pernah mekar kerana kitew tak memiliki kekuatan untuk meluah kan rasa. Kitew takut dia menolak. Menolak kerana kekurangan yang terlihat. 

Cinta, dah tak ter mampu nak meluahkan kesedihan ini lagi cinta. Kitew tak terdaya nak berdiri melihat awan biru yang berarak. Kitew menangis lagi. Selalu jadi dalang dalan sebuah perasaan yang tak bermaruah. Selalu dipersalahkan untuk rasa yang tertinggal. Selalu jadi hamba untuk mereka melepaskan rasa yang tidak disengajakan. 

Cinta, sampai disini saja mungkin warkah untuk kali ini. Doa kan kitew setabah awak, cinta. 



# 9.14 malam, Jumaat <3

Post a Comment

0 Comments