Alhamdullillah :)



Akhirnya selesai juga siang tadi. Kelakar lah. Nurse na cabut benang yang kecik dok pegang tangan dia nak tarik. dah kena marah. Hahaha. Tapi tak sakit. Cuba perasaan takut tu je yang buat kecik rasa macam eh sakit-sakit.

Nak tahu tak? Pagi tadi kan, tak sempat nak sarapan pun. Dah ayah cakap nak pergi hospital pukul 8 pagi tapi pukul 7.50 dah suruh keluar rumah nak gerak. Balik dari hospital singgah dekat kedai. Cakap ngan ayah nak beli susu DHL tu. Lepastu ayah kasi duit suruh beli. Kecik beli lah susu dengan ais-krim. jap-jap tak habis lagi, kecik curik-curik beli kit kat guna duit sendiri. *bengong tak dengar cakap doktor eh kaw? hamboiiii. Dalam kereta makan kit kat sesenyap. Ouh nikmatnya >.< sayang <3



Nak? Beli kat kedai. Hahhaa. Sampai je rumah kecik tak makan pun. Perasaan makan pun tak ada. Lepastu tiba-tiba sakit perut. *paham-2 lah ye anak mama sekalian. Tayah na buat muka sinis baca entri kecik. Tumbok karang. Macam tak pernah buat. Kerek je. Ini semua pOooooyOoo ! XD . Lama gila dalam jamban apa pun tak keluar. Sumpah macam nak pengsan. boleh pulak menangis sebab dah lama sangat dalam tu. :( Maklum lah dah tak makan kan. 

Keluar je tandas terus tidur. Penat sangat. Nak pegang handphone pun sampai terjatuh-2. -_- , Okay lupakan. Kecik baru je habis menaip cerpen pendek. Cerpen tu ada dalam majalah sekolah kat Kuala Selangor. Sekolah lama kecik before pindah VOKSHA. Kecik hantar karya tu masa form 1. Maklung lah masa tu dok sekolah lagi, tak habis-habis story pasal cinta kan. Cerita memang membosankan. Korang pun dah boleh agak jalan cerita dan pengakhirannya. Biasalah budak sekolah tak matang. 

Weyh, teletubies. Tu ha cerita nya aku dah siap taip. Penat tau. Cepat berterima kasih kat aku then post choki-2 ++ kitkan kat aku :)

Nak baca cerpen tu tak? Tekan sini -->Warkah Terakhir Buat Zizoy *komen sekali okayy? :)

// Terima kasih sudi baca entri busuk ini. 

Post a Comment

1 Comments

  1. adoi makan bnyk .. kolestrol ehhee . sedap gak eheh

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.