Pengembaraan Laksaman Sunan Diakhiri

Assalamualaikum, akhirnya habis juga novel siri Pengembaraan Laksamana Sunan. Masa mula-mula siri ni keluar kecik la orang paling beriya-iya dok meminjam novel dekat kawan. Bukan apa, bila dah terbaca satu, minat nak baca siri seterusnya bagai ditarik-tarik. Naluri gitu -,- *kaitan nya apa? Persetankan saja :) Ayat yang digunakan penulis sangat lah gramatis. Terkadang tu menyeret kecik untuk membuka kamus dewan bahasa untuk mengetahui lebih lanjut tentang makna sebuah perkataan yang digunakan.

Ketika entri ni ditaip kecik baru je nak mula baca novel siri akhir tentang pengembaraan laksamana sunan ni. Siapa peminat cerita ni? Kita geng. Weeeee :D Tak sabar nak habiskan. Yelah akhirnya penulis novel terkenal Ramlee Awang Murshid yang bernaung di bawah syarikat alaf 21 menghabiskan juga kisah pengembaraan ini. Yang rata-rata meminatinya. Kecik sanggup habiskan duit gaji maa nak beli novel beliau.

Selalu orang cakap kita baca novel buang masa kan? Tapi bila baca novel karya Ramlee Awang Murshid tak semena-mena kita ingat Allah :) , tak berhenti bertasbih memuji kebesaran Tuhan selagi novel tu masih lagi dibaca. Satu-satunya novel yang sangat menitik beratkan soal agama. Penulis novel thriller yang digemari ramai.

Tapi kadang-kadang fikir jugak tak sampai hati nak kena membebel dengan mak sebab membazir. Maka bermula lah kisah perang mulut antara emak dan anak tentang novel. Hampeh -,- Kat sini kecik ada selitkan novel siri Pengembaraan Laksamana Sunan ni dari mula sampai habis :) *eksited nak bukak cerita.



BAGAIKAN PUTERI



 Haryani dan Laksamana Sunan... 
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. 

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. 

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. 

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!



Cinta Sang Ratu


 Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.










Hijab Sang Pencinta


RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. 

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.



Cinta Sufi


PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka Ingin mencari lelaki bertanduk dua. 

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. 

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.




Sutera Bidadari


RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian kematian permaisurinya... Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.


Sunan Musafir


ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. 



Serius, dah kematu montod ni gara-gara duduk lama sangat dok menghabiskan novel yang satu ni. Semoga penulis thriller nombor satu ni, Ramlee Awang Murshid akan memberi hasil-hasil karya yang lebih luar biasa yang kita sendiri tak dapat nak jangka! 


// Teriam kasih sudi baca entri busuk ini. :)


Post a Comment

1 Comments

  1. ~ novel baru hasil tulisan RAM (ramlee awang murshid) tajuk AKU BERCERITA sangat bes..jgn lupe belik jugak novel RAM yg lain..sbb semuanya bes..!! rekemen nih..sbb akak dh bace semua novel dia..! no regrets..!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.