Kringgg !! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan bermula. Kelas 4 Syukur masih riuh rendah menunjukkan belum bersedia menerima pelajaran baru untuk hari itu. Waktu pertama dimulakan dengan Kimia yang paling membosankan bagi mereka semua. Mereka sengaja melambatkan diri untuk masuk ke makmal. Sedetik kemudian, kelas tersebut sunyi sepi. Kelihatan Cikgu Nordin bersama seorang pelajar perempuan melangkah masuk ke dalam kelas 4 Syukur. Semua mata tertumpu ke arah mereka.
"Fulamak. Cun siot awek tu!" kedengaran suara sumbang dari arah belakang. Pelajar lelaki yang paling agresif di dalam kelas. Ternyata suara kepunyaan Zizoy.
"Macam mat salleh", sampuk Timmy.
"Eleh korang ni, pantang nampak perempuan dahi licin sikit semua nak dikebasnya", sampuk Erniy.
"Ok semua, tolong ambil perhatian. Sekarang ada pelajar baru yang akan bersama-sama dengan kita semua. Tolong perkenalkan diri?", kata Cikgu Nordin kepada pelajar baru itu. Pelajar tersebut menguntumkan senyuman lalu susunan kata-katanya terkeluar dengan sopan sekali.
"Saya Nadia Nurshariena Binti Shahreen Azairy. Rakan-rakan boleh panggil saya dengan nama Riena sahaja. Saya bertukar ke sini kerana mengikut ayah yang bertugas di sini. Saya datang dari Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Taman Malawati."
Sejak dari hari itu, Riena sering mendapat perhatian di dalam kelas. Dia bukan sahaja bijak dalam pelajaran, malahan pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Di dalam kelas dia sering mencetuskan idea-idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Semakn hari Zizoy dan Riena semakin rapat. Riena senang bergaul dengannya kerana Zizoy merupakan pelajar kesayangan sekolah kerana sentiasa menduduki tangga teratas di dalam peperiksaan semenjak di tingkatan 1 lagi. Gabungan pendapat diantara mereka sering mendapat pujian dari sesiapa sahaja. Di kalangan rakan sekelas sudah pun mengetahui akan hubungan mereka yang terlalu akrab hinggakan mereka digosipkan walaupun suatu ketika dulu Zizoy pernah digosipkan bersama Erniy. Kini usikan itu tidak lagi kedengaran setelsh munculnya Riena. Namun, usikan teman-teman tidak pernah dihiraukan dan difikirkan oleh Riena kerana dia tetap berpegang kepada prinsipnya bahawa masa itu emas. Dia tidak pernah membuang masa dan mahu memenuhi waktunya dengan membuat perkara-perkara yang bermakna dalam hidupnya. Namun begitu, keakraban mereka berdua tidak disenangi oleh seorang pelajar di dalam kelasnya dan sering disalah ertikan.
Hari demi hari berlalu dengan pantasnya. Wajah Zizoy dan Riena cukup ceria pada hari ini. Ucapan 'Selamat Ulang Lahir' bertalu-talu diucapkan oleh rakan-rakan kepada mereka berdua. Kebetulan mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama. Zizoy dan Riena sudah merancang untuk bertukar hadiah sewaktu persekolahan tamat. Semasa Riena menunggu Zizoy untuk pulang bersama di tepi jalan, di luar kawasan sekolahnya, Muncul Erniy tanpa diduga oleh Riena.
"Riena, aku dah lama geram dengan engkau. Tahu tak?!" Erniy menengkin Riena sambil menuding jari ke arahnya. Lengan baju Erniy disingsing ke atas. Dari jauh Zizoy cuba mendapatkan mereka berdua. Pelajar lain hanya berpeluk tubuh sahaja dengan menanti apa yang bakal terjadi seterusnya.
"Kenapa dengan engkau ni Erniy. Marah tak tentu pasal". Zizoy memarahi Erniy. Riena kehairanan dengan perubahan Erniy yang tiba-tiba menjadi agresif. Riena mengurut dahi menahan sakit di kepala.
"Tak payah nak bersyarah dengan aku lah Zizoy!!" Erniy benar-benar sudah hilang sabar. Dicampak begnya ke tepi lalu dia menolak Riena. Riena hampir-hampir jatuh ke tanah. Namun kepantasan Zizoy sempat menyambut Riena. Kemarahan Erniy meluap-luap dengan kemunculan Zizoy yang yang cuba menjadi penyelamat Riena.
"Erniy, kenapa dengan kau ni?Dah dirasuk hantu ke??"kata Zizoy keras. Riena tidak tertahan lagi. Kepalanya berdenyut dan berpinar-pinar. Dia merapati Zizoy sambil memicit-micit kepalanya.
"Engkau Zizoy, jangan nak masuk campur urusan aku dengan Riena! Kau tak ada kena-mengena dalam hal ini! Engkau Riena selalu sangat nak dapatkan publisi murahan. Memamg dasar perempuan murah. ! Murah jugalah !!!" Erniy seperti dirasuk hantu. Tiba-tiba satu tamparan hebat singgah dipipi Erniy. Tamparan Zizoy meredakan ketegangan buat seketika. Erniy menahan sakit. Dirasakan darah pekat mengalir keluar daripada bibirnya. Erniy mengetap bibir menahan geram. Riena sudah menangis.
Tanpa diduga, sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kanan. Erniy yang berdiri berhampiran kereta tersebut segera menolak Riena ke tepi. Riena dilanggar. Semua pelajar yang ada disitu menjerit dan meminta tolong. Zizoy memangku Riena. Kelihatan banyak darah keluar dari badan Riena. Zizoy memangku Riena dan menatap Riena dengan penuh kehibaan. Kedengaran Riena cuba bersuara.
"Abang, maafkan Riena untuk segalanya. Simpanlah hadiah Riena dengan elok untuk abang jadikan kenangan kelak. Ambil lah hadiah dalam beg Riena. Maafkan Riena kerana tak dapat bertukar tangan hadiah dengan abang,"Riena bersuara perlahan dan tersekat-sekat.
Zizoy kehairanan dengan panggilan tersebut. Dikeluarkan sapu tangan untuk Riena sebagai hadiah hari lahirnya hari ini.
"Riena, ni hadiah yang Zizoy hendak bagi kepada Riena", Zizoy bersuara walaupun berat untuk diperkatakan. Riena tersenyum dan mengambil sapu tangan tersebut. Digenggamnya erat jari jemari Zizoy.
"Maafkan aku Erniy". kata Riena pendek. Nafas Riena tidak teratur lagi. Telinga Riena didekatkan pada bibir Zizoy untuk diajar mengucap buat kali terakhir. Sedetik kemudian Riena telah pun menemui Yang Maha Esa. Zizoy meratapi pemergian Riena dengan redha. Zizoy terkilan kerana tidak dapat menukar hadiah. Perlahan beg Riena dibuka dan kelihatan sebungkus hadiah dibungkus rapi. Hadiah itu dibuka perlahan. Setitis air matanya jatuh mengenai hadiah tersebut. Kelihatan sepucuk surat dan sapu tangan tertulis indah nama mereka berdua. Dengan terketar-ketar dia membuka surat tersebut.
Assalamualaikum ... (Zizoy)
Abang maafkan Riena. Riena rasa ajal Riena sudah mendekat. Sebenarnya Riena menghadapi penyakit barah yang tidak dapat diselamatkan lagi. Riena takut hendak memperkatakan tentang maut. Abang, sebenarnya kita adalah adik-beradik kembar yang terpisah sekian lama. Kita terpisah hasil penceraian ibu bapa kita. Riena terpaksa mengikut ayah. Maafkan Riena sekali lagi kerana tidak sanggup membicarakan tentang ini secara terus terang. Abang tolong sampaikan salam kemaafan kepada Erniy. Katakan lah padanya bahawa Erniy adalah sahabat baik dunia dan akhirat. Cuma dia cemburu melihat keakraban kita. Mungkin kalau dia tahu cerita sebenarnya dia tidak akan berkelakuan begitu. Sebelum Riena mengundur diri, halalkan makan minum Riena selama ini. Selamat Hari Lahir Abang Zizoy yang ke 16 tahun. Semoga ceria selalu hendaknya.
-Riena-
Zizoy terkejut yang amat sangat, Riena seolah-olah sudah tahu ajal dan mautnya. Namun nasi telah menjadi bubur. Pertemuan dengan adiknya itu hanya untuk seketika. Dikucupnya sapu tangan pemberian adik kembarnya dengan dibasahi air mata. Citarasa mereka sama. Sapu tangan pemberian Zizoy masih tetap utuh digenggaman Riena. Pastinya kenangan 25 Jun itu meninggalkan kesan suka dan duka dalam hidup Zizoy. Sesungguhnya Zizoy tetap berpegang pada kata-kata adik kembarnya bahawa isikan masa dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah didalam hidup ini. Kata-kata indah itu diabadikan dalam sapu tangan itu. 'Kadang-kadang kita terpaksa mengalah juga apabila situasi tidak mengizinkan kita untuk menang.'
CORETAN ABADI,
Nur Amieza (2Efisyen) :)

1 Comments
sedihnya cite ni :') nice story..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.