Dewan Alam Sarjana mula dibanjiri dengan pelajar tahun satu yang baru memasuki alam persekolahan menengah atas. Masing-masing menunjukan reaksi yang sopan skema gitu. Di satu sudut belakang dewan kelihatan seorang senior lelaki dan perempuan sedang berbual-bual kosong sementara menunggu Pengetua Sekolah Menengah Vokasional Shah Alam memulakan ucapan kemasukan pelajar baru ke sekolah.
Amin selaku Ketua Pembimbing Rakan Sebaya yang keramahannya tak perlu lagi disangkal mendekati Akid yang juga rakan PRS nya. Amin mengeluarkan sepucuk surat dari kocek seluar slack hitam. Akid menerima surat kecil itu dengan tanda tanya. Tanpa banyak soal Amin meninggalkan Akid yang masih lagi diburu persoalan. Takut-takut ada yang memerhati.
Zaer Frezian yang kebetulannya selaku senior sengaja berjalan-jalan di kawasan dewan dengan harapan dapat mengusha awek-awek yang ingin di tackle nya, mungkin -_- .
"Abang hot, nak ke mana?", Zaer Frezian agak terkejut apabila pelajar junior memanggilnya sebegitu.
Dia menoleh dan mencari tuan empunya diri. Dia tersenyum. Itu Fakhrul. Orang yang pernah menjadi penyelamat ketika Neelofa memutuskan ikatan cinta mereka sejak beliau terkenal menjadi artis. Katanya tak mahu lagi berhubungan dengan Zaer. Zaer tak memahami. Zaer tak setia. Zaer itu. Zaer ini. Hmm, cinta. Fakhrul lah tempat Zaer mengadu dan mencurah segalanya. Tidak sampai seminggu Zaer berendam air mata, surat khabar berita harian mencetak kisah cinta Neelofa dengan jejaka penghias muka depan majalah maskulin keluaran Januari 2009.
Zaer hampa lagi. Zaer kecewa lagi. Tapi Fakhrul tetap setia di sisi memberi kata semangat agar terus berdiri. Dari hari ke hari, Zaer mula menyayangi Fakhrul. Perasaan cinta tu lahir tanpa disengajakan. Malah dia sebagai orang yang bertanggungjawab sepatutnya menepis rasa yang ada hanya mampu diam. Dia tak mampu. Fakhrul punya ciri yang dinginkan kan. Zaer Frezian rasa disayangi bila dirinya dekat dengan lelaki itu.
Tapi malangnya, Fakhrul pula menjauhkan diri saat Zaer meluahkan cinta. Dia terpaksa menolak Zaer kerana dirinya sudah ada Akid Akram. Zaer tidak pula mengenali siapa lelaki yang disebutkan nya. Selepas itu Fakhrul menghilangkan diri bersama cinta Zaer. Baru hari ini dia muncul kembali sebagai junior.
Fakhrul mendekati Zaer. Mereka bersalaman melepaskan rindu yang terpendam. Tidak pasti apakah Zaer masih lagi menyimpan perasaan yang dulu atau telah melupuskannnya semenjak mereka berpisah. Zaer mengajak Fakhrul duduk dibangku yang berdekatan dengan pejabat.
Fakhrul teragak-agak memulakan bicara.
"Zaer sihat? Makin hensem lah sekarang. Mesti dah berpunya."
Zaer tersenyum.
"Eh, tak lah. Mana ada hensem biasa je kot. Single. Masih menanti pada yang sudi. Zaer sihat je. Fakhrul macamne? Sehat? Akid?".
Tak sangka Zaer masih lagi menyimpan memori cerita lama.
"Akid? kitorang lama dah break..." Lama Fakhrul diam. Mencari kekuatan untuk ayat seterusnya. Kemudian menyambung kembali.
"Fakhrul sayangkan Zaer.", Fakhrul menyepi. Dia tertunduk. Malu ingin bertentang mata.
Tidak sempat Zaer membalas kata-kata Fakhrul, Fakhrul meninggalkannya menuju dewan sekolah. Pengetua sudah mula berucap.
Pagi yang indah itu dicemari dengan bayangan lama. Akid Akram mengeluh. Tertanya-tanya bagaimana Fakhrul boleh ada di depan mata nya. Akid Akram berjalan perlahan menuju ke kelas Pengaturcaraan Komputer 1. Dia singgah di tandas lelaki. Mengeluarkan surat kecil pemberian Amin.
Good Luck.
from: Fakhrul :)
Damn! Surat kecil itu dironyok dan dikoyak sehingga menjadi kepingan halus. Berterabur kertas itu. Akid membasahkan rambut bahagian tepi dan membetulkan cermin mata besarnya. Dia tersenyum. Kacak.
"Akid, u pergi mana?", Teacher Yong selaku guru matapelajaran matematik tambahan ala-ala gangster menyoal Akid.
"Pergi dewan. Ada hal." jawapan serba ringkas.
"U ingat boleh keluar sukahati?"
Akid mendengus.
"Cikgu Aishah yang panggil. Suruh handle pelajar junior."Akid menghentak meja. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Hidayah Kamaruddin mula membuat muka yang menjadi kebencian Akid.
"Tak payah nak pandang aku sangat lah. Menggelabah propa. Puihhh." Akid memecahkan keheningan.
Tak suka buat cara tak suka. Tak payah nak jadi propa mengalahkan "pijak semut pun tak mati". Bodoh. Teacher Yong kembali menyambung pembelarannya yang terhenti seketika tadi tanpa mempedulikan Akid yang tiba-tiba naik berang.
Woi, kau asal bongok? tiba-tiba je.
Kertas digumpal-gumpal menjadi kecil lalu dibaling ke arah yang berkenaan.
Nanti aku story dekat kau ye, Mieza.
Ha, okayy. Masa rehat nanti tau.
Esok merupakan hari pertama Hidayah Kamaruddin akan menjadi MC bagi mengetuai permhimpunan rasmi. Dia tidak menang tangan mencari guru bertugas untuk bertanyakan pendapat.
2 Comments
penulisan yang bagus ,,, sangat suka membacanya dengan rentak ayat yang menarik
ReplyDeletenice story..
ReplyDeletewww.rumahwarnacoklat.blogspot.com
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.