Wednesday, February 28, 2018

Lirik Lagu Tunjuk Perasaan The Times

Mieza S | 2/28/2018 11:30:00 AM | 9Comments |
Lirik Lagu Tunjuk Perasaan The Times

Oh bayang wajahmu
Kabur pandanganku
Seakan diburu bayang bayang
Mencari siang

Getaran jiwamu tewas ditanganku
Seakan dirundum mendung hitam
Tiada meradang

Rasa sayang tunjuk perasaan
Esok ludah bukan permainan
Fana menusuk kejantungmu

Kacau sungguh kacau jiwamu
Sebagai si pemburu
Tersesat ditengah malam

Lirik Lagu Picagari The Times

Mieza S | 2/28/2018 11:15:00 AM | 2Comments |
Lirik Lagu Picagari The Times

Oh murung wajah mu
kusut tak terurus
lemah longlai
bak mayat hidup

Insaflah kawanku
usah kau celaru
khayal melayan
syurga sementara

Jauhilah
dadah musuhmu
perosak akhlakmu

Lindungilah
masa depanmu
usah cemarkannya

Ayuh basuh tangan dosamu
pilu airmata ibu mengalir
memikirkanmu

Lirik Lagu Gadisku Dalam Koma The Times

Mieza S | 2/28/2018 11:00:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Gadisku Dalam Koma The Times


Gadisku dalam koma
Seriuskah keadaannya
Gadisku dalam koma
Seriuskah situasinya

Dengarkanlah
Lagu ini bila sedar
Betapa pilu tangisku
Ku berikrar takkan ingkar
Moga kau sembuh segera

Gadisku dalam koma
Seriuskah keadaannya
Gadisku dalam koma
Seriuskah situasinya

Maafkanlah
Diri ini jika pernah
Salah dan silap dengan mu
Ku berdoa ke atas-Nya
Moga kau pulih semula

Gadisku dalam koma
Seriuskah keadaannya
Gadisku dalam koma
Seriuskah situasinya

Lirik Lagu Singapura Kuala Lumpur The Times

Mieza S | 2/28/2018 10:45:00 AM | 0Comments |
Lirik Lgu Singapura Kuala Lumpur The Times

Dari Singapura, ke Kuala Lumpur
Redupnya cuaca, bila kau muncul
Siapa gerangan, pemuda bersama mu
Nyata gagalnya, citarasa mu

Chorus:
Pandu kereta laju-laju, merbahaya bila kau teringat diri ku
Disaat kubelai rambut mu
Tentu sahaja mewah hidupmu
Apa sahaja di dunia semua milikmu
Tapi sayang kau bukan untukku

Jangan pura-pura tak mengenalku
Ku tahu kau cuba menarik perhatianku
Mengapa kau cuba bersembunyi dari ku
Ada rahsia di sebalik senyummu


Lirik Lagu Telegram Buat Yoko The Times

Mieza S | 2/28/2018 10:30:00 AM | 0Comments |
Lirik Lagu Telegram Buat Yoko The Times

Salahkah diriku
Bila ku berkata
Kau pendusta
Kau salahkan diriku

Silap ku anggap engkau penawar
Kau racun berbisa
Kau racun fikiranku
Ketara berbezakah caramu

dengan caraku
Kian berubah
Kotornya hidupmu
Silap ku anggap engkau cahaya
Bidadari syurga

Kau mungkiri janjimu
7 lautan sanggup ku renang
Luas benua untuk ku rentas
Selamatkan mahkotamu

Dunia penuh dugaannya
Jahat hasutan manusia
Selamatkanlah dirimu

Lirik Lagu Pesona Algebra The Times

Mieza S | 2/28/2018 09:50:00 AM | 1Comments |
Lirik Lagu Pesona Algebra The Times
Bila kau berlalu Menghampiriku
Bersahaja Tak perlu malu

Bukanku tak mahu mendekatimu
Kau ternyata Cerita lama

kau masih begitu Angkuhnya sikapmu
Simpan saja Semua egomu

Bukan ku tak tahu
Oh isi hatimu
Kau ternyata cerita lama

Korus:
Berat matamu 
Memerhatiku fikiran buntu
Mengenangkanku Sesal bertemu
Melepaskanku Di angin lalu

Monday, February 26, 2018

Selamat Pengantin Baru, Amira

Mieza S | 2/26/2018 09:09:00 PM | 5Comments |

Selamat pengantin baru, Amira! Seronok bila tengok kawan yang pernah rapat dan baik dengan kita pada suatu masa dulu sedang melangkah untuk masa depan yang lebih pasti dan berbahagia bersama seseorang yang dia cinta dalam hidup. 

Amira merupakan kawan baik, kawan rapat, sekepala zaman sekolah rendah dulu. Kami sama - sama pengawas dan sama kelas. Cuma dia bijak banyak, aku bijak sikit. Huhu. Pernah main polis - polis masa bertugas waktu rehat di sekolah. Kami berdua polis. Penjenayahnya ialah budak lelaki nakal yang merokok, tidak beratur waktu perhimpunan, naik kelas waktu rehat dan banyak lagi. 

Terkenang Zaman Belajar Dulu

Habis zaman sekolah rendah aku di SMK Seri Tanjong, dia dimana entah. Tup - tup masa masuk Uitm (satu semester je...) aku jumpa dia. Sama - sama masuk latihan komander. SYokk oh. Tapi sebab kena repeat paper, aku tarik diri dari UiTM. Tinggal dia dan lepastu dia tarik diri dari komander. 


Masa tu rajin on call berbual kongsi cerita macam - macam. Bila masing - masing dah kerja, kami rajin dating. 

Setiap kali date, eksited dia tu lain macam. Macam kami ni jauhhhh sangat. Walaupun tak selalu jumpa, aku selalu share rahasia - rahasia besar dengan dia. Sebab dia je yang boleh faham dan tak akan pandang serong dekat aku. Amira bukan jenis stereotaip macam orang lain. 

Kalau nak cerita banyaknya kisah aku dengan Amira, aku pasti tak akan habis. Aku kenal dia sangat lama. Sehingga dia sanggup dan mampu kekal berkawan dengan aku walau aku tak ada rupa elok dan ada banyak duit. 

Selamat Menjadi Isteri Orang, Amira

Di majlis hari persandingan beliau, ada beberapa lagu cinta yang dimainkan. Aku sebak tiba - tiba. Aku akan hilang kawan rapat. Tempat aku berkongsi cerita. Now? Aku macam kena bercakap dengan dinding atau luahkan dalam kertas. Atau paling tidak aku perlu ke suatu tempat untuk tenangkan fikiran. 

Setiap kali ada kawan yang berkahwin, aku jadi sebak dan takut tak tentu pasal. Kenapa entah. Aku takut hilang kawan. Aku sebab dan sedih sebab kawan aku dah bahagia. Perasaan tu kacau bilau. 
Amira, aku doakan kau menjadi seorang isteri yang taat pada 'syurga' yang kau pilih. Semoga kalian sama - sama membimbing ke jalan Tuhan untuk menuju kebaikan dunia akhirat. Semoga dia adalah suami terbaik, kawan terbaik. Semoga kau akan menjadi seorang isteri yang tidak akan ada tolak bandingnya dengan sesiapa disisi dia. Semoga kau kekal bahagia sampai bila - bila. Jangan lupa aku ya! :'( 
Adik je teman pergi wedding
Sorang lagi
Aku harap suatu hari nanti aku juga akan merasa menjadi pengantin di atas singgahsana impian macam kebanyakkan perempuan dan diberi peluang menikmati 'syurga' dari seorang lelaki kemudian kami berbahagia sampai hujung nyawa, insyaallah. 

Thursday, February 22, 2018

Terima Kasih Untuk 23

Mieza S | 2/22/2018 08:32:00 PM | 4Comments |


Terima kasih untuk kesempatan aku menikmati kelahiran yang ke 23 pada tanggal 19 Februari. Mungkin ia merupakan tanggal - tanggal biasa yang aku lalui sepanjang hari. Tapi aku tahu bezanya terlihat jelas pada nombor. Kalau dulu, ia disebut 22 dan untuk kali ini aku telah menyebutnya sebagai 23.


Apa yang aku kejar dalam usia muda kali ini? 


Melakukan aktiviti yang aku suka
Aktiviti yang macammana? Aku habiskan duit dengan buku untuk pembinaan sebuah perpustakaan mini dan ruang karya didalam bilik. Aku perempuan yang kurang membeli baju baru untuk diri sendiri. Kalau diminta untuk memilih buku atau baju, aku memilih buku. Rumit? Tak. Berkawan dengan aku simple. Buku dan makan. Simple kan?

Selain tu aku dalam perjalanan menjinakkan diri dengan aktiviti outdoor seperti hiking. Aku baru je masuk sebuah group hiking. Tak pernah lagi join hiking dengan buddies tu, Disebabkan aku cancel saat akhir punya plan nak naik bukit kutu atas sebab tertentu, terus aku rasa macam buddies dalam tu palau aku. Kalau aku masuk group pun, soalan macam lagak halimunan gitu. Terus aku takut nak join next trip, takut kena kecam oi.

Aku suka ambil gambar tapi aku tak ada DSLR. Aku sanggup lepak Pasar Seni untuk habiskan masa ambil gambar cantik. Gigih tak? 


Pencarian jodoh
Siap keluar quote dan viral di twitter dengan mengatakan ciri perempuan akhir zaman ialah "perempuan yang terlalu sibuk memikirkan soal jodoh dan kecantikan tapi jahil urusan agama". Aku tak tahu benda ni pandai - pandai atau memang ada hadis dari nabi.

Aku bukan gatal nak ada jodoh. Tak. Aku sekadar mencari dan belum tentu aku akan kahwin sepantas kilat. Aku sedang melakukan pencarian jodoh untuk masa depan yang belum pasti. Itu mungkin usaha aku. Takkan nak tunggu datang bergolek. Sedangkan rezeki pun tak datang bergolek kalau kau duduk diam dalam selimut.

Kenapa gatal cari jodoh sekarang? Aku tak gatal. Aku sedang cuba - cuba mewarna masa depan aku. Hahaha. Yela, orang cantik pun ada yang tak kahwin lagi. Ini kan pula orang macam aku. Entahlah.

Tidak menyimpan untuk masa depan?

Insyaallah, ada. Tak banyak. Sebab masih baru - baru lagi usia aku bekerja. Insyaallah, kerja keras sikit buat dua tiga kerja macam saranan menteri ke. Hahaha. Tak pun buat review blog. Korang yang ada produk nak diiklankan boleh hubungi aku di kekapas@gmail.com

Kenapa pilih aku? Sebab aku seorang blogger yang akan menulis artikal berkaitan produk korang. Kalau ada pelanggan/ pengguna yang nak cari info produk, dia akan google dulu best ke tak produk korang nih. 

Jadi, dari situlah kelebihan kalau korang menggunakan khidmat blogger berbanding instafamous yang me-review produk korang dalam instagram. Kenapa? Sebab kalau review dalam instagram mungkin akan di padam atau produk tu dah semakin jauh ke bawah. Kalau cari dalam internet pun susah nak jumpa review yang datang dari instagram. 

Jadi apa tunggu lagi. Hantarkan produk korang untuk diiklankan dalam blog ini. 

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

Mieza S | 2/22/2018 03:02:00 PM | 7Comments |
Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Mieza S | 2/22/2018 12:39:00 PM | 7Comments |
Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana
Klik banner/ JOIN Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Tuesday, February 20, 2018

Perayaan Tahun Baharu Cina Memberi Impak Positif kepada Shopee

Mieza S | 2/20/2018 12:32:00 PM | 3Comments |

Bersempena musim perayaan (Tahun Bari Cina), carian produk di Shopee meningkat sebanyak 32%. Siapa selalu gatal tangan buka laman web Shopee? Mesti tak keruan tengok sales yang takkan pernah hilang Kejap sales sana, kejap sales sini. Tak boleh lah tengok sales ni. Geram!

Perempuan dan shopping ibarat kawan baik yang tidak akan berpisah walaupun sedar dalam dompet cuma tinggal resit bank dan beberapa keping not seringgit. Begitulah. Tak ada duit macammana pun, tetap kena beli sekurang - kurangnya satu produk. Kan perempuan? Hahaha. Sama macam aku. 

Info Tentang Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh. 

Mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan. 

Shopee mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my.

Carian Popular di Plaform Shopee Tahun Baru Cina

Disini aku sertakan jadual untuk carian popular sepanjang musim perayaan di Shopee. Mana tahu lepas baca entri ni, terdetik hati nak shopping dengan Shopee. 

No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Produk Popuar Terjual di Platform Shopee Tahun Baru Cina

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas

Kempen Wang bersama Shopee

Jadilah pengguna bijak yang hanya membeli - belah disaat ada potongan diskaun. Untuk apa melakukan pembaziran jika Shopee telah menyediakan semuanya. Hehehe. Sehingga 25 Februari 2018, nikmati potongan diskaun harga dan promosi hebat yang tidah berhenti bersempena Kempen Wang Bersama Shopee

Jom shopping di  www.shopee.com.my.

Opssss.! Guys nanti dulu. Pada 26-28 Februari 2018, Shoppe akan melancarkan Kempen Hari Gaji. Yeay! Kalau tak dapat shopping masa perayaan kali ini, korang boleh shopping masa Kempen Hari Gaji berlangsung. 

Nak senang shopping? Muat turun aplikasi Shopee di apps store/ play store. Lepasni boleh shopping dimana - mana hatta sedang makan sekalipun. 

Thursday, February 15, 2018

Belajar Teknik Fotofon bersama SONY

Mieza S | 2/15/2018 06:29:00 PM | 6Comments |

Bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang, pada 10 Februari 2018 iaitu hari sabtu, telah berlangsungnya satu bengkel Teknik Fotofon bersama SONY dengan kerjasama Sony Malaysia, MATIC dan juga Cosmoderm. Bengkel ini telah dihadiri seramai 29 orang blogger KBBA9. 

Bengkel ini bertujuan untuk blogger menambahkan lagi ilmu tentang teknik fotofon yang akan diguna pakai dalam kehidupan seharian. Mula - mula tu aku memang tak isi nama, sebab ada perkataan fotografi. Manalah ada DSLR kan. Bila tarikh nak dekat, barulah beberapa orang blogger tegur aku mengenai fotografi bersama telefon pintar bukan DSLR. Cepat - cepat aku isi nama. 

Selfie dengan Kak Aisyah (y ke h) sebelum balik rumah
Ngam - ngam KTM sampai tak lewat. Timing aku mengena. Sepanjang perjalanan dari Shah Alam aku sorang je. Tak sangka dekat LRT Subang ada orang tegur (acah famous orang kenal). Lepastu aku dengan Kak Aisyah gerak ke Matic berdua. Dalam LRT memang diam je. Macam awkward nak bersembang.

Maklumlah baru kenal. Nak balik tu baru lah banyak borak. Itu pun macam banyak krik -krik. 

Aku akui, bengkel kali ni aku memang fokus habis. Paling penting aku kenyang setiap masa. Aku nak je sumbat makanan sedap dalam mulut, tapi takut membazir pula keluar balik kan. Makanan pada hari kejadian memang tiptop. Terima kasih banyak la pada sponsor, memang terbaik.

Belajar Teknik Fotofon bersama Rahman Roslan

Fokus dalam kelas dengan penerangan Encik Rahman Roslan
Paling best bila, Encik Rahman Roslan yang diterbangkan dari SONY banyak berkongsikan tips dan ilmu. Sepanjang bengkel berlangsung, tak ada lewah yang berlaku. Memang perkongsian yang sangat padat. Bengkel fotofon kali ini memfokuskan tentang penggunaan kamera smartphone secara manual. 

Tak sangka pula, banyak benda boleh setting. Kalau nak ikut, sebelum ni aku ambil gambar memang sesuka hati. Asalkan gambar tu lawa pada mata. Sama macam korang juga kan? Segala macam peraturan memang ke laut. Hehehe. 

Perkara Asas Anda Perlu Tahu Jika Mengambil Gambar Menggunakan Smartphone Secara Manual


Pernah tengok tak macammana rupa setting kalau pilih manual? Aku pakai Asus. Jadi inilah rupanya. Tiga (3) elemen paling penting dalam asas fotografi ialah ISO, Aperture, dan shutter speed. 
ISO : ukuran seberapa sensitif sensor kamera terhadap cahaya
Aperture : seberapa besar lensa terbuka saat foto diambil
Shutter speed : kelajuan “jendela’ didepan sensor kamera terbuka 
Sumber : kelasfotografi.wordpress.com
Macammana nak guna kalau taktahu? Ambil masa kau, kemudian cuba satu - satu tengok apa beza pada setiap gambar. Boleh jadi lepasni kau akan jadi power dalam memotret gambar menggunakan smartphone. Jadi selepas belajar tentang asas manual dalam smartphone. 


Kita belajar pula tentang peraturan dalam fotografi. Macam susah je? Tak lah. Benda ni rasanya semua orang buat dengan meng-agak gambar paling lawa. Cuma tak tahu, peraturan dalam fotografi telah digunapakai dalam kehidupan seharian secara tak sedar.
Rule of third
Pencahayaan
Framing
Keseimbangan
Foreground
Reflection
Perspective line
Komposisi
Amacam? Pening? Ni basic je. Aku rasa kita semua dah guna secara tak sedar, cuma masih belum power lagi. Lepasni kena rajin lah ambil gambar pakai manual setting menggunakan smartphone ye.

Kontest Fotofon  Cosmoderm


Habis je belajar tentang teknik fotofon, blogger diberi masa sebanyak 30 minit untuk sesi outdoor dengan mengaplikasikan ilmu yang diajar oleh Encik Rahman Roslan di dalam bengkel fotofon. Outdoor ni bukan saja - saja tau, tapi ada kontest. Pemenang akan mendapat set dari Cosmoderm. Sebanyak dua pemenang dicari.

Ketika sesi outdoor berlangsung, memang macam - macam gaya ada. Ada yang terbaring, sujud, duduk tengah panas dan macam - macam lagi. Tapi itu semua kepuasan dalam menghasilkan gambar terbaik. 

Ada banyak gambar terbaik dan masing - masing ada pendapat dan pandangan masing - masing mengenai gambar yang dipotret. Hasil dari pemerhatian Encik Rahmah Roslan sebagai juri, dua pemenang tersebut ialah Kak Nani dan Kak Nina.


Kenapa diorang menang? Sebab gambar tu menepati citarasa Rahman Roslan dan mengikut segala peraturan yang diajar sewaktu didalam bengkel. Tahniah kak! 

Terima kasih SONY Malaysia, Cosmoderm, Matic dan Para Penaja


Jutaan terima kasih kepada semua penaja yang terlibat Sony Malaysia, Cosmoderm, dan Matic. Tak lupa juga kepada para penaja makanan yang buat kami semua kenyang setiap masa Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing, KhaisyaDelite ,Tasty_bake , IraBakery , dan BrillPremiumCoffee

Bengkel fotofon ini tak akan berjaya tanpa usaha sama antara AJK. Terima kasih juga kepada Ben Ashaari dan AJK yang tak menang tangan dan berusaha menjadikan bengkel ini berjalan dengan jayanya untuk KBBA9.

Makanan yang ditaja memang terbaik!
Tak tahu lah nak komen pasal makanan. Serba cukup, serba sedap semuanya. Ada yang tak cukup. Siap ada yang tanya, eh ada ke benda ni, tak nampak pun. Hahaha. Nampak sangat tak sempat nak jumpa, dah habis dulu. Kesian. Huhu.

Air coffee yang ditaja BrillPremiumCoffee memang tak cukup satu. Sedap weyh
Gaya lompat. Thank Kak Bella 
Bergambar kenang - kenangan bersama Rahman Roslan
Rasa macam tak cukup je kelas setengah hari. Macam nak banyak ilmu lagi mengenai fotofon. Hehehe. Semoga lepas ni akan ada banyak lagi bengkel - bengkel macam ni untuk para blogger kbba9. Kbba9 bukan sekadar blogger! 

Kbba9 bukan sekadar blogger

Wednesday, February 14, 2018

Naik Bukit Kutu

Mieza S | 2/14/2018 11:36:00 AM | 4Comments |
Naik Bukit Kutu
Sumber: yellowtuktuk.com
Minggu lepas hari Ahad, cadang nak naik Bukit Kutu dengan MBH (MY Hiking Buddies). Itulah cadangan tu dalam bulan lepas rasa. Ke beberapa minggu. Macam tu lah. Tapi itulah. Orang kata tak ada rezeki. Hhahaha. Aku dah siap bangun awal. Malam sebelum Ahad tu, siap beli bekalan cekelat, beli air sedap. Pagi tu bangun dengan wajah cerita. Hahahaha. Lawak ingat balik.

Aku duk tunggu, mana orang kata nak carpool tu. Tak call - call. Sebab dia baru balik hiking dekat Irau. Aku tahu dia mesti tido tak bangun. Masa tu Abang Bad je yang whatsapp. Dia pun naik jugak Irau. Tapi bangun awal. 

Aku ni tunggu je sampai pukul 8. Kalau tak ada, aku tido je. Aku dah cakap dengan Abang Bad, kalau tak jadi ni nampak gaya hiking atas katil jela. Sebab kalau trip ni cancel, aku dah tak boleh nak bangun lagi lambat, bising mak. Macam bangun sahur, ngantuk dia lebih sikit pagi tu. Sebab bangun awal kan.

Naik Bukit Kutu
Sumber: hikersforlife.com
Yang sebenarnya aku ber-carpool dengan orang lain. Tapi akak tu gerak awal sangat sebab nak lepak mamak. Aku ni perangai kalau tau nak hiking, ta reti nak tidur awal. Eksited kot agaknya. Tu lah aku follow Yen dengan Abang Bad je.

Hari sebelum kejadian, aku dah bayang nak duduk atas batu ni walaupun aku menggigil takut tinggi. Aku dah bayang aku ada caption power. Hahahahhaaa. Bayang jela. Sekali semua punah. Sedih. Aku lupa pula nak ambil gambar beg yang konon dah siap packing. Sebab tak tahu yang entri ni akan wujud. Maaf Abang Bad dan Yen. Hahahhaa. 

Naik Bukit Kutu
Abang Bad dan Yen
Ni ha dorang. Power betul sekejap je sampai. Agak - agak kalau aku ikut, memang diorang sampai lambat kot. Ada hikmah tu aku tak ikut. Hahaha. Yen, nak naik Bukit Kutu ajak. Jangan up gambar dekat media sosial hahahah. Bye. 

Monday, February 12, 2018

KSP Serah Kad Digital NGO Negaraku

Mieza S | 2/12/2018 05:38:00 PM | 5Comments |
KSP Serah Kad Digital NGO Negaraku
Sabtu lepas, aku telah mendapat jemputan ke majlis Penyerahan Kad Digital NGO Negaraku oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP). Ada yang tak tahu KSP itu apa? Jom berkenalan.

KSP adalah singkatan bagi Kelab Sahabat Persaudaraan yang merupakan sebuah kelab berdaftar  di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Professional dan kumpulan berpengalaman untuk sama - sama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program berkualiti kepada masyarakat. 

Sebanyak 30, 000 kad NGO Negaraku telah diedarkan secara percuma kepada NGO dan Koperasi berdaftar. Dalam Program Komuniti Digital NGO Negaraku, telah diperkenalkan Mobile App NGO Negaraku. Dimana ianya hanya boleh diakses oleh pemegang Kad NGO Negaraku sahaja. 

Kelebihan dan Kebaikan Kad Digital NGO Negaraku

  • Transaksi tanpa tunai
  • Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain megikut keperluan sebenar
  • Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara berhemah dan bijak
  • Nikmati tawaran terbaik bagi barangan yang terpilih
  • Membeli barangan pukal dengan harga rendah
  • Pengumpulan derma dan sumbangan secara digital
  • Setiap berita yang tersiar akan ditapis


Reka bentuk Kad Ahli NGO Negaraku

KSP Serah Kad Digital NGO Negaraku

KSP Serah Kad Digital NGO Negaraku


Pada peringkat pengenalan, terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, comfort reflekxology  dan banyak lagi. 
KSP Serah Kad Digital NGO Negaraku

"Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumny membawa ke arah pembentukan masyarakat bersatu." 

Sebagai rakyat Malaysia, aku harap program ini akan berjalan dengan cemerlang dalam kalangan ahli NGO dan Koperasi itu sendiri. Semoga manfaatnya berguna. 

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

Mieza S | 2/12/2018 09:17:00 AM | 3Comments |
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...

Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...


Wednesday, February 7, 2018

Jadi Diri Sendiri dengan Muzik

Mieza S | 2/07/2018 04:23:00 PM | 7Comments |
Jadi Diri Sendiri dengan Muzik
Sumber: Google
Semenjak zaman myspace dulu, muzik indie mencanak - canak naik. Sana sini flyers terbang untuk menemui peminatnya yang tersendiri. Indie masih wujud sekarang? Wujud. Tapi masih tak secara meluas. Indie merujuk kepada band yang berkarya secara bebas. Kau tahu tak? Walaupun diorang ni independent, diorang tetap mampu menghasilkan karya unik walaupun tak bernaung dibawah label - label terkenal. 

Logiknya siapa pun yang mendengar rentak dan lirik muzik indie, mesti kau akan cakap "bosan." Cuba ulang - ulang dengar dan kau akan jatuh cinta tanpa sedar dan kau akan berkhayal dengannya. 

Indie Mengajar Kita tentang Jujur

Kalau kau perasan, lirik lagu indie tidak hanya berkisar tentang cinta. Ia lebih kepada kemanusiaan, budaya sosial bahkan tentang kafe dan kopi juga turut termuat dalam tulisan lirik lagu. Pelik? Tak. Sebab tu muzik indie sangat susah nak masuk TV. Mereka tidak mengejar trend yang sedang hangat. Mereka tak peduli tentang lagu apa yang sedang menjadi buah mulut atau yang paling tinggi duduk dalam carta. Mereka tak pernah kisah langsung.

Mereka hanya mainkan muzik kerana muzik adalah jiwa mereka. Cuba kau dengar - dengarkan lagu indie. Kau dengar dan kau akan terus hanyut dalam dunia kau. Hahaha

Jadi Diri Sendiri dengan Muzik
Sumber: Google

Tuesday, February 6, 2018

Kata Itu Benar Bukan Sekadarnya

Mieza S | 2/06/2018 05:16:00 PM | 5Comments |
Kata Itu Benar Bukan Sekadarnya

Semalam masa aku dalam bilik air nak mandi, aku baru perasan sesuatu. Baru semalam aku yakin apa yang orang sekeliling aku bagitahu bahawa
Apa yang kita ungkapkan itu adalah sebuah doa.
Aku rasa aku tak pernah berdoa untuk benda merepek, tapi ia dikabulkan secara tak sengaja. Entahlah. Benda ni macam dah banyak kali pulak jadi dalam hidup aku. Antara peristiwa - peristiwa yang aku rasa terjadi akibat ungkapan kata - kata aku ialah : 

Aku nak membuang dengan cara bukan cirit. (Jangan gelak)
Makcik aku bersin, lepastu aku cakap. "Bestnya kalau aku pun dapat bersin macamtu"
Aku percaya yang setiap kali ada seseorang menetap dihati, aku perlu rahsiakan. Kalau aku cerita/ mention gambar dia dekat public, aku akan hilang dia. 

Nampak remeh. Tapi semua benda ni terjadi dan dimakbulkan Tuhan. 

Sekarang aku mengalami keadaan dimana susah nak membuang. Sebab keras. Hahahha. (mak aku cakap dulu masa kecik - kecik memang susah nak berak - mungkin yang ni tak penting sangat).

Sekarang aku ada resdung. Dulu aku takde pulak bersin macam orang gila. Tapi semenjak aku nak bersin makcik aku tu, sekarang aku dapat resdung. Atau mungkin sebab keluarga aku memang ada resdung. Entahlah. 

Kebetulan?

Oh yang ketiga tu, aku takut. Entah sampai bila aku kena percaya ajaran macam tu. Benda tu timbul dan hidup dalam pemikiran aku sejak dulu. Mungkin sebab aku ni tak sempurna macam orang lain. Seboleh - bolehnya aku nak sorok dia dari pengetahuan sesiapa. Aku taknak cerita dia dekat sesiapa. Dan setiap kali aku cerita dekat orang - orang terdekat, aku akan hilang dia. Mudahkan? Aku tak tahu ini kebetulan atau badi malang yang ada dalam diri. 

Sampai harini aku masih percaya, aku ni malang barangkali. Pemikiran aku yang kolot atau benda tu  memang dah takdir ke ape. Eh entahlah. Payah lah macam ni.  

Adakala kini, aku berhati - hati dalam mengungkap kan sesuatu.

Friday, February 2, 2018

Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

Mieza S | 2/02/2018 04:10:00 PM | 4Comments |
Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh
Klik banner/ JOIN Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh

FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner

Mieza S | 2/02/2018 04:04:00 PM | 5Comments |
FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner
Klik banner/ Join FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner

Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang?
Saya suka baca tentang travel, dan kecantikan. Lagi satu saya suka blog yang menggunakan gamabr - gambar yang cantik dan menarik.

Untuk Kali Ini

Mieza S | 2/02/2018 09:00:00 AM | 1Comments |
Untuk Kali Ini

Untuk keseluruhan yang terjadi dilangit dan bumi, adakah kerana kehendak Dia. Dia yang menjadikan sesuatu dan Dia juga yang 'menghilangkannya'. 
Allah swt tidak menjadikan sesuatu itu sia - sia. 
Aku faham konteks itu dan aku mengerti bahawa makna yang dibawa. Apa pun yang jadi ia adalah berbentuk takdir dan ujian kepada manusia. Tinggal lagi kita mahu menerima dengan lapang dada, atau terus berprasangka. 

Entah kenapa, Tuhan itu selalu men-takdirkan aku dengan sesuatu yang bersifat membawa aku kepada menjadi tidak teratur dengan diri sendiri. Seperti lelaki - lelaki yang merosakkan, atau mempergunakan. 

Sama ada ini bersifat untuk menguji ketahanan mental aku 'berlawan' dengan lelaki seperti ini, atau Tuhan sedang menduga tentang penerimaan aku untuk lelaki ini. Entah la. Terkadang aku penat. Aku patut 'membuang' lelaki ini dalam hidup atau terus duduk dan melayan dia sebagaimana dia mahukan aku menjadi seperti yang dia perlu atau berkeinginan.

Sampai satu tahap, aku minta cepat lah jodoh datang. Walau aku tak punya apa - apa ditangan. Aku kosong. Aku minta Tuhan sampaikan jodoh dengan seberapa pantas agar aku tak perlu lagi menghadap lelaki - lelaki yang 'salah' sekaligus membuat jahat kepada Tuhan secara sembunyi - sembunyi seolah - olah ia kekal rahsia dan tidak akan diketahui Dia. 

Akhirnya, aku sendiri tidak tahu. Lelaki mana yang benar - benar 'ada' untuk diisi dalam ruangan jodoh aku. Dia sedang datang untuk mengajar aku tentang kehidupan masa depan kemudian pergi atau dialah lelaki yang memang dihantar untuk aku dan melalui masa depan berdua. Entah. 

Untuk Kali Ini

Aku jadi takut. Takut yang tak pasti. Yang sebenarnya aku sudah bersedia atau aku sekadar buat - buat peduli tentang jodoh dan lelaki walhal aku tak mahu. 

Entah. 

Untuk kali ini aku biar perasaan ini lepas. Aku tidak mahu lagi menggantungkannya terlalu tinggi, kemudian menangis tak berperasaan. Aku sudah bersedia untuk mula semula dan menghadapi ketakutan yang selalu mendekat. Aku tunggu dia datang. 

Untuk kali ini, aku benar - benar sudah tekad dan bersedia menghadapi apapun kemungkinan tentang kehilangan atau yang tidak pernah terjadi dan ada. Aku bersedia untuk itu. 

Untuk Kali Ini

Thursday, February 1, 2018

A Poem for February

Mieza S | 2/01/2018 06:09:00 PM | 0Comments |
A Poem for February
Sumber : Google

January has long gone,
The hopes that the new year brought have yet to arrive,
But the wet and cold remain.

For February,
I consign myself to depression,
Let mind leave body,
Let auto pilot lead,
Let my heart thaw, only once spring arrives,

And March,
then I can live again.

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.