Untuk Kali Ini

Untuk Kali Ini

Untuk keseluruhan yang terjadi dilangit dan bumi, adakah kerana kehendak Dia. Dia yang menjadikan sesuatu dan Dia juga yang 'menghilangkannya'. 
Allah swt tidak menjadikan sesuatu itu sia - sia. 
Aku faham konteks itu dan aku mengerti bahawa makna yang dibawa. Apa pun yang jadi ia adalah berbentuk takdir dan ujian kepada manusia. Tinggal lagi kita mahu menerima dengan lapang dada, atau terus berprasangka. 

Entah kenapa, Tuhan itu selalu men-takdirkan aku dengan sesuatu yang bersifat membawa aku kepada menjadi tidak teratur dengan diri sendiri. Seperti lelaki - lelaki yang merosakkan, atau mempergunakan. 

Sama ada ini bersifat untuk menguji ketahanan mental aku 'berlawan' dengan lelaki seperti ini, atau Tuhan sedang menduga tentang penerimaan aku untuk lelaki ini. Entah la. Terkadang aku penat. Aku patut 'membuang' lelaki ini dalam hidup atau terus duduk dan melayan dia sebagaimana dia mahukan aku menjadi seperti yang dia perlu atau berkeinginan.

Sampai satu tahap, aku minta cepat lah jodoh datang. Walau aku tak punya apa - apa ditangan. Aku kosong. Aku minta Tuhan sampaikan jodoh dengan seberapa pantas agar aku tak perlu lagi menghadap lelaki - lelaki yang 'salah' sekaligus membuat jahat kepada Tuhan secara sembunyi - sembunyi seolah - olah ia kekal rahsia dan tidak akan diketahui Dia. 

Akhirnya, aku sendiri tidak tahu. Lelaki mana yang benar - benar 'ada' untuk diisi dalam ruangan jodoh aku. Dia sedang datang untuk mengajar aku tentang kehidupan masa depan kemudian pergi atau dialah lelaki yang memang dihantar untuk aku dan melalui masa depan berdua. Entah. 

Untuk Kali Ini

Aku jadi takut. Takut yang tak pasti. Yang sebenarnya aku sudah bersedia atau aku sekadar buat - buat peduli tentang jodoh dan lelaki walhal aku tak mahu. 

Entah. 

Untuk kali ini aku biar perasaan ini lepas. Aku tidak mahu lagi menggantungkannya terlalu tinggi, kemudian menangis tak berperasaan. Aku sudah bersedia untuk mula semula dan menghadapi ketakutan yang selalu mendekat. Aku tunggu dia datang. 

Untuk kali ini, aku benar - benar sudah tekad dan bersedia menghadapi apapun kemungkinan tentang kehilangan atau yang tidak pernah terjadi dan ada. Aku bersedia untuk itu. 

Untuk Kali Ini

Post a Comment

1 Comments

  1. selalu lah doa supaya Allah menguruskan hidup kita. jangan biar kita uruskan hidup kita sendiri sbb kita ni lemah

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.