Bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang, pada 10 Februari 2018 iaitu hari sabtu, telah berlangsungnya satu bengkel Teknik Fotofon bersama SONY dengan kerjasama Sony Malaysia, MATIC dan juga Cosmoderm. Bengkel ini telah dihadiri seramai 29 orang blogger KBBA9.
Bengkel ini bertujuan untuk blogger menambahkan lagi ilmu tentang teknik fotofon yang akan diguna pakai dalam kehidupan seharian. Mula - mula tu aku memang tak isi nama, sebab ada perkataan fotografi. Manalah ada DSLR kan. Bila tarikh nak dekat, barulah beberapa orang blogger tegur aku mengenai fotografi bersama telefon pintar bukan DSLR. Cepat - cepat aku isi nama.
Selfie dengan Kak Aisyah (y ke h) sebelum balik rumah |
Ngam - ngam KTM sampai tak lewat. Timing aku mengena. Sepanjang perjalanan dari Shah Alam aku sorang je. Tak sangka dekat LRT Subang ada orang tegur (acah famous orang kenal). Lepastu aku dengan Kak Aisyah gerak ke Matic berdua. Dalam LRT memang diam je. Macam awkward nak bersembang.
Maklumlah baru kenal. Nak balik tu baru lah banyak borak. Itu pun macam banyak krik -krik.
Aku akui, bengkel kali ni aku memang fokus habis. Paling penting aku kenyang setiap masa. Aku nak je sumbat makanan sedap dalam mulut, tapi takut membazir pula keluar balik kan. Makanan pada hari kejadian memang tiptop. Terima kasih banyak la pada sponsor, memang terbaik.
Belajar Teknik Fotofon bersama Rahman Roslan
Fokus dalam kelas dengan penerangan Encik Rahman Roslan |
Paling best bila, Encik Rahman Roslan yang diterbangkan dari SONY banyak berkongsikan tips dan ilmu. Sepanjang bengkel berlangsung, tak ada lewah yang berlaku. Memang perkongsian yang sangat padat. Bengkel fotofon kali ini memfokuskan tentang penggunaan kamera smartphone secara manual.
Tak sangka pula, banyak benda boleh setting. Kalau nak ikut, sebelum ni aku ambil gambar memang sesuka hati. Asalkan gambar tu lawa pada mata. Sama macam korang juga kan? Segala macam peraturan memang ke laut. Hehehe.
Perkara Asas Anda Perlu Tahu Jika Mengambil Gambar Menggunakan Smartphone Secara Manual
Pernah tengok tak macammana rupa setting kalau pilih manual? Aku pakai Asus. Jadi inilah rupanya. Tiga (3) elemen paling penting dalam asas fotografi ialah ISO, Aperture, dan shutter speed.
ISO : ukuran seberapa sensitif sensor kamera terhadap cahaya
Aperture : seberapa besar lensa terbuka saat foto diambil
Shutter speed : kelajuan “jendela’ didepan sensor kamera terbuka
Sumber : kelasfotografi.wordpress.com |
Macammana nak guna kalau taktahu? Ambil masa kau, kemudian cuba satu - satu tengok apa beza pada setiap gambar. Boleh jadi lepasni kau akan jadi power dalam memotret gambar menggunakan smartphone. Jadi selepas belajar tentang asas manual dalam smartphone.
Kita belajar pula tentang peraturan dalam fotografi. Macam susah je? Tak lah. Benda ni rasanya semua orang buat dengan meng-agak gambar paling lawa. Cuma tak tahu, peraturan dalam fotografi telah digunapakai dalam kehidupan seharian secara tak sedar.
Rule of third
Pencahayaan
Framing
Keseimbangan
Foreground
Reflection
Perspective line
Komposisi
Amacam? Pening? Ni basic je. Aku rasa kita semua dah guna secara tak sedar, cuma masih belum power lagi. Lepasni kena rajin lah ambil gambar pakai manual setting menggunakan smartphone ye.
Kontest Fotofon Cosmoderm
Habis je belajar tentang teknik fotofon, blogger diberi masa sebanyak 30 minit untuk sesi outdoor dengan mengaplikasikan ilmu yang diajar oleh Encik Rahman Roslan di dalam bengkel fotofon. Outdoor ni bukan saja - saja tau, tapi ada kontest. Pemenang akan mendapat set dari Cosmoderm. Sebanyak dua pemenang dicari.
Ketika sesi outdoor berlangsung, memang macam - macam gaya ada. Ada yang terbaring, sujud, duduk tengah panas dan macam - macam lagi. Tapi itu semua kepuasan dalam menghasilkan gambar terbaik.
Ada banyak gambar terbaik dan masing - masing ada pendapat dan pandangan masing - masing mengenai gambar yang dipotret. Hasil dari pemerhatian Encik Rahmah Roslan sebagai juri, dua pemenang tersebut ialah Kak Nani dan Kak Nina.
Kenapa diorang menang? Sebab gambar tu menepati citarasa Rahman Roslan dan mengikut segala peraturan yang diajar sewaktu didalam bengkel. Tahniah kak!
Terima kasih SONY Malaysia, Cosmoderm, Matic dan Para Penaja
Jutaan terima kasih kepada semua penaja yang terlibat Sony Malaysia, Cosmoderm, dan Matic. Tak lupa juga kepada para penaja makanan yang buat kami semua kenyang setiap masa Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing, KhaisyaDelite ,Tasty_bake , IraBakery , dan BrillPremiumCoffee.
Bengkel fotofon ini tak akan berjaya tanpa usaha sama antara AJK. Terima kasih juga kepada Ben Ashaari dan AJK yang tak menang tangan dan berusaha menjadikan bengkel ini berjalan dengan jayanya untuk KBBA9.
Makanan yang ditaja memang terbaik! |
Air coffee yang ditaja BrillPremiumCoffee memang tak cukup satu. Sedap weyh |
Gaya lompat. Thank Kak Bella |
Bergambar kenang - kenangan bersama Rahman Roslan |
Rasa macam tak cukup je kelas setengah hari. Macam nak banyak ilmu lagi mengenai fotofon. Hehehe. Semoga lepas ni akan ada banyak lagi bengkel - bengkel macam ni untuk para blogger kbba9. Kbba9 bukan sekadar blogger!
Kbba9 bukan sekadar blogger |
6 Comments
Bagusnya...
ReplyDeletebestnye. i'd love to learn this kind of photography as well. i mean fotofon. hehe
ReplyDeleteselalu belajar sendiri je
Wahhh seronoknya join program camni
ReplyDeleteharap akan ada lagi program macam ni. mmg terbaik sangat
ReplyDeleteSeronoknya dapat ilmu mengenai fotografi. Makin cantiklaa amik gambar lepas ni. Cantik cantik laa gambar yang diambil ni. Sikit lagi ni boleh jadi proffesional ni. Best!
ReplyDeleteSeronok kan...
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.