Gambar Raya 2025 di Melaka

Gambar Raya 2025 di Melaka
tema: mint green

selamat hari raya (2025) diucapkan kepada semua umat islam, rakyat malaysia, dan pembaca kanvas dakwat yang masih setia berkunjung disini. aku baru berkesempatan untuk mengemaskini laman blog kerana sibuk beraya. 

tahun ini aku beraya di keluarga mertua. dulu aku tak suka sangat beraya dekat melaka, sebab penat! beraya sampai pukul 2 3 pagi tau. kau gila? namun setelah aku menjalani raya di melaka 2 tahun bergilir dengan kampung aku, aku seronok dengan vibe ni. hahaha. aku tak mengantuk langsung. dulu aku beralasan penat dan mengantuk. kali ini tidak!


Raya Pertama di Ramuan China Besar

setiap kali beraya di melaka, aku memang prefer untuk tinggal dan tidur di hotel atau homestay yang penting bukan tidur rumah kampung. atas alasan panas nak pakai tudung 24jam. hahahaha. salah eh?

kalau keluarga aku, aku okay je boleh buka tudung. sebab kan ini keluarga mertua, aku tak pernah lah buka tudung. nak pula kebanyakkan sepupu adalah berjantina lelaki. yang tak puas hati tu, biar jelah eh. yang panas aku, dan aku pun nak selesa juga. 

Gambar Raya 2025 di Melaka
di rumah kampung

acara hari pertama bermula agak lambat. 1 rumah terbabas tak solat jumaat. tengahari macam tu baru dapat beraya dengan semua orang. memandangkan nak menunggu semua mandi manda, bermekap dan bersiap. sempat juga aku menjamah makan. aku dah lupa menu apa hehehe. gambar pun tak ada. 

sesampai nya di kampung, aku terus ke dapur membantu apa yang patut dan menghidangkan makanan. tahun ni tak ada gambar bakar lemang sebab 1 hari sebelum raya iaitu hari terakhir berbuka puasa, aku hadir ke rumah mak mertua (mak kandung iwan). yang aku beraya di hari pertama ni kampung nenek (ayah kandung iwan punya mak). hehehe. pening tak?

entah kenapa ek? semua warna hitam? nasib baik tema hitam aku ialah hari raya kedua. kalau tak boria jelah semua kan? gambar raya keluarga tak ada gambar iwan, sebab dia kalut nak ambil gambar. biarkan dia. 

Gambar Raya 2025 di Melaka
bersama cikjue dan ayah

sebelum bergerak raya, sempat lah bergambar bersama keluarga mertua. sepatutnya ada gambar 1 keluarga bersama ipar duai. tapi gambar tak capture. sedih betul eh? tengah berusaha minta dekat adik ipar kot dia ada capture dekat iphone dia.  hehehe. gambar dengan mertua ni pun sipi - sipi je. sebab cikjue nak bergambar dengan baju hitam je. hahahah kitonyo mint green. 

selepas bergambar, kitorang ada pergi beraya rumah nenek sedara. cuma aku kurang kenal kerana itu kali pertama kami sampai. gambar tiada. raya pertama agak singkat sikit masanya. 



Raya Kedua; Pusing Melaka

Gambar Raya 2025 di Melaka
tema: hitam

raya kedua agak meriah kerana beraya sehingga lewat jam 3 pagi. selalunya jam 12 kitorang dah chau balik shah alam. ini kali pasti jadi! hahahhaa. kesian baby eh? semoga jadi anak yang kuat bersama bonda dan baba selalu.

Gambar Raya 2025 di Melaka

ayah selalunya akan jadi ketua kepala yang menyusun jadual. jadinya hari kedua ayah dah siap - siap tulis waktu bermula baraan. sempat lah pusing padini concept store yang terletak di tarco park. nak gambar hipster boleh datang sini. yang penting angle betul! aku dah siap susun gambar ikut giliran tau dekat bawah ni. hahhaha. 

baraan bermula jam 2 petang macam tu. here we go! 1 melaka. lokasi nanti aku kemaskini balik hahahaha. tunggu iwan reply whatsapp. hehehhe. dari padini terus gerak pergi rumah mak uda. 

Gambar Raya 2025 di Melaka
rumah mak uda  (taman tangga batu kot)

Gambar Raya 2025 di Melaka
rumah ucu (bukit katil)

Gambar Raya 2025 di Melaka
rumah cik miah (taman bukit melaka kot)

Gambar Raya 2025 di Melaka
rumah arwah nek busu (bukit beruang kot)

Gambar Raya 2025 di Melaka
rumah mak teh (melaka baru kot)


Sambut Hari Kelahiran Si April

Gambar Raya 2025 di Melaka
sambut hari kelahiran si April


sampai rumah maklong ni dalam pukul 2 pagi. minta maaf sangat memang apa makanan yang dijamu pun aku dah tak ingat. aku paling suka dengan mak long sebab karakter beliau sangat lembut dan persis mak long aku. setiap kali pergi rumah mak long, mak long akan bekalkan makanan, sebiji mak long aku (padahal baru sekali hehehe). 

tapi kalini ak borak banyak pun sebab ramai tetamu; memandangkan aku pun cuma isteri kepada anak sedara beliau. hehehhe. borak sikit - sikit jelah tanya khabar. lama juga lepak dekat rumah mak long. bayangkan eh 2 pagi masih beraya?

tiba - ttiba kami dikejutkan dengan kek. hari lahir siapa?

Gambar Raya 2025 di Melaka
rumah mak long

mereka kumpulkan semua ahli yang lahir pada april. hehhehe. pukul 3 pagi menyanyi lagi selamat hari lahir. gila kau. kali ni aku stay sampai 3.30 pagi beraya. berjaya! semua memang sporting. anak aku dah tidur lena. orang menyanyi pun dah tak heran. penat sangat tu. alhamdulillah baby pun baik - baik.

bukan saja kitorang menyanyi lagu, kitorang juga disajikan dengan alunan musik. alatan apa lah eh. aku tak tahu namanya. persis piano gitu. tapi bukan piano. 

habis je majlis dalam 3.30pagi, kitorang sekeluarga bertolak pulang ke shah alam. 

selamat sampai di shah alam jam 7pagi. alhamdulillah. 

dikesempatan ini, aku nak minta maaf zahir dan batin sepanjang aku disini ada mana - mana pihak terguris hati dengan kata - kata aku. semoga semuanya kembali kosong - kosong ya. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Betul2 raya...
    Yg punya birthday tu, mesti igt sampai bila2.. Potong kek 3 pg

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut raya
    Nampak meriahnya

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin Miza dan keluarga.

    Fuhh..meriah betul raya sampai awal pagi. Masih ramai tema hitam di hari raya pertama kan. Seronok raya ramai ramai begini. Bertambah meriah raya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.