Waktu Itu


Terima kasih untuk waktu itu. Ini entri penghargaan untuk seorang lelaki yang menghabiskan waktunya dengan aku berdua. Entri penghargaan selalu ditulis ketika aku betul - betul menghargai dia waktu dia bersama dengan aku. Dengan erti kata lain,
Berkawan dengan seorang penulis, nama kau akan diabadikan dalam tulisannya.
Kau boleh baca entri aku disini  mengenai terima kasih untuk 23. Ia berlaku pada hari Isnin sementelah waktu itu adalah hari bekerja. Dia manusia pertama yang wish ulang tahun 23 untuk aku pada hari itu seterusnya emak, bff dan lain - lain. 

Sambut Hari Lahir

Aku tak jangka, dia akan datang Shah Alam untuk menyambut ulangtahun yang sudah terlepas banyak hari itu dengan menghabiskan masa berdua. Aku baru habis lipat kain dan waktu itu ada satu panggilan masuk. 

Dia. Aku angkat.

"Ada dekat mana? Jom keluar."
"Rumah je. Taknaklah. Lainkali. Tak gaji."
"Ala jom lah. Nak celebrate birthday."
"Seriuslah?"
"Ya, seriuslah ni. Dah otw ni."
"Ha yela - yela."


Terima kasih untuk waktu itu dan buat aku rasa aku akan mengenang kau sampai bila - bila. Tak ada yang istimewa, tapi aku boleh kata dia lelaki pertama yang ingat untuk wish apetah lagi untuk sambut berdua. 

Aku menghargai untuk masa dan waktu itu. Aku tak expect dia akan datang. Langsung tak expect. Selama ni aku kenal - kenal orang setakat macam tu je lah. Jadi dia istimewa. Aku mungkin bukan siapa - siapa untuk dia, tapi dia istimewa untuk aku. Tidak kisahlah dia separas kawan atau lebih, dia istimewa dari orang sebelumnya.


Kalau pun waktu itu dia datang untuk belanja aku laksa bawah pokok sekalipun, aku rasa itu waktu paling sempurna aku habiskan masa ulangtahun. Ingat nak redeem tiket hari lahir, tapi sayang tak boleh. Movie baru keluar, kena tunggu lagi dua tiga hari baru boleh redeem. Sedih. 

Tonton Black Panther di Space U8


Disebabkan sekarang tengah hangat cerita Black Panther, maka kami putuskan untuk tonton cerita ini. 8/10 rating filem Black Panther. Takpayah tengok cerita Badang. Bukan tak nak support, tapi hahhaa. Malas nak komen panjang - panjang nanti kena kecam dengan makcik bawang.


Terima Kasih Kerana Ingat

Terima kasih lagi sekali kerana ingat. Sekalipun bunga gagal mekar, ingatan tentang kau tak kan luput walau panasnya menghancurkan layu daun. Terima kasih.

Post a Comment

9 Comments

  1. Alhamdulillah..apa pun...jaga silaturahim yang telah tersemai...

    ReplyDelete
  2. wahhh.. bestnya tengok wayang... dah lama sangat kak mia tak gi tengok wayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. boleh lah kak mia ajak hasben g date tengok wayang :p

      Delete
  3. seronoknya hui kalo ada org yg mnghargai kita kan.. nak jugak camtuh !

    ReplyDelete
  4. dapnya kek tu....
    feb hari ni xde movie yg nk tgk..
    next month byk movie best...:)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya Secret Recipe..lama tak makan

    ReplyDelete
  6. Bestnya kek tu..dah lama tak makan kek kat secret recipe ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.