Selamat Pengantin Baru, Amira


Selamat pengantin baru, Amira! Seronok bila tengok kawan yang pernah rapat dan baik dengan kita pada suatu masa dulu sedang melangkah untuk masa depan yang lebih pasti dan berbahagia bersama seseorang yang dia cinta dalam hidup. 

Amira merupakan kawan baik, kawan rapat, sekepala zaman sekolah rendah dulu. Kami sama - sama pengawas dan sama kelas. Cuma dia bijak banyak, aku bijak sikit. Huhu. Pernah main polis - polis masa bertugas waktu rehat di sekolah. Kami berdua polis. Penjenayahnya ialah budak lelaki nakal yang merokok, tidak beratur waktu perhimpunan, naik kelas waktu rehat dan banyak lagi. 

Terkenang Zaman Belajar Dulu

Habis zaman sekolah rendah aku di SMK Seri Tanjong, dia dimana entah. Tup - tup masa masuk Uitm (satu semester je...) aku jumpa dia. Sama - sama masuk latihan komander. SYokk oh. Tapi sebab kena repeat paper, aku tarik diri dari UiTM. Tinggal dia dan lepastu dia tarik diri dari komander. 


Masa tu rajin on call berbual kongsi cerita macam - macam. Bila masing - masing dah kerja, kami rajin dating. 

Setiap kali date, eksited dia tu lain macam. Macam kami ni jauhhhh sangat. Walaupun tak selalu jumpa, aku selalu share rahasia - rahasia besar dengan dia. Sebab dia je yang boleh faham dan tak akan pandang serong dekat aku. Amira bukan jenis stereotaip macam orang lain. 

Kalau nak cerita banyaknya kisah aku dengan Amira, aku pasti tak akan habis. Aku kenal dia sangat lama. Sehingga dia sanggup dan mampu kekal berkawan dengan aku walau aku tak ada rupa elok dan ada banyak duit. 

Selamat Menjadi Isteri Orang, Amira

Di majlis hari persandingan beliau, ada beberapa lagu cinta yang dimainkan. Aku sebak tiba - tiba. Aku akan hilang kawan rapat. Tempat aku berkongsi cerita. Now? Aku macam kena bercakap dengan dinding atau luahkan dalam kertas. Atau paling tidak aku perlu ke suatu tempat untuk tenangkan fikiran. 

Setiap kali ada kawan yang berkahwin, aku jadi sebak dan takut tak tentu pasal. Kenapa entah. Aku takut hilang kawan. Aku sebab dan sedih sebab kawan aku dah bahagia. Perasaan tu kacau bilau. 
Amira, aku doakan kau menjadi seorang isteri yang taat pada 'syurga' yang kau pilih. Semoga kalian sama - sama membimbing ke jalan Tuhan untuk menuju kebaikan dunia akhirat. Semoga dia adalah suami terbaik, kawan terbaik. Semoga kau akan menjadi seorang isteri yang tidak akan ada tolak bandingnya dengan sesiapa disisi dia. Semoga kau kekal bahagia sampai bila - bila. Jangan lupa aku ya! :'( 
Adik je teman pergi wedding
Sorang lagi
Aku harap suatu hari nanti aku juga akan merasa menjadi pengantin di atas singgahsana impian macam kebanyakkan perempuan dan diberi peluang menikmati 'syurga' dari seorang lelaki kemudian kami berbahagia sampai hujung nyawa, insyaallah. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Insyaallah aamiin.. tahniah buat bff tu ye. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Aamin

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat mempelai.
    Semoga kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  3. Cantikk penganin...smeoga mereka berbahagia dna berjaya membina keluarga...AMIN.
    Yes, sedih kann..bila member dah kahwin.......tapi at the same time...bahagia tu ada....cuma nak kacau selalu tuhhh, x boleh sangat dahhh~

    Yes, AMIN..Semoga sis pon dipermudahkan urusan berjumpa jodoh...hehehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat pengantin. InshaAllah lepas ni turn awak pulak 😁

    ReplyDelete
  5. selamat pengantin baru buat pengantin..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Budak berpakaian seragam sekolah merokok
    2. Tukar Nama Link Blog [25 FEB 2018]

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.