Monday, August 31, 2015

Kerana Kecintaannya

Mieza S | 8/31/2015 11:21:00 AM | 0Comments |


Kerana Kecintaannya



Kerana Kecintaannya | Assalamualaikum. Hai korang. Selamat tengahari. Patutnya aku post entri ni petang. Memandangkan pagi dah terlalu jauh untuk di anggap sebagai sarapan pagi. Mungkin petang adalah minum petang. Tapi, aku terasa macam terlalu eksited nak kongsi. Cuma nak bagitahu, oleh sebab aku dah lama sangat tak makan kuih keria, mungkin kalau kuih tu ada depan mata aku sekarang aku mampu habiskan sepuluh biji. Mungkin. Itu membuktikan kecintaan aku pada kuih tradisional. Korang pula suka kuih apa? | Kerana Kecintaannya

BBQ At Pantai Bagan Lalang

Mieza S | 8/31/2015 10:30:00 AM | 1Comments |


BBQ At Pantai Bagan Lalang



BBQ At Pantai Bagan Lalang | Assalamualaikum. Semalam punya cerita. Biarlah gambar berbicara.

BBQ At Pantai Bagan Lalang




BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang



BBQ At Pantai Bagan Lalang


BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang


BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang

BBQ At Pantai Bagan Lalang


Gambar BBQ tak ada sebab malam. Kamera tak berapa nok molek la. :) | BBQ At Pantai Bagan Lalang

Sunday, August 30, 2015

Titipan Banduan Muda

Mieza S | 8/30/2015 10:13:00 PM | 1Comments |

Titipan Banduan Muda



Titipan Banduan Muda | Assalamualaikum. Beberapa hari lepas telah berlangsungnya pelancaran album Titipan Banduan Muda di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Shazzwan yang berumur 28 mtahun, merupakan pemuda keempat yang telah menerima latihan di bawah (YRMS) Bakat Yayasan Raja Muda Selangor Untuk Program Dunia. Program tersebut bertujuan untuk membantu golongan muda yang mempunyai potensi besar dalam bidang tertentu untuk mengejar impian mereka di bawah bimbingan seorang mentor. Shazzwan, atau nama sebenarnya Muhammad Syazwan Shawaluddin, mempunyai kehidupan remaja yang bermasalah. Dia ada di dalam penjara dan menghabiskan masa di sebuah pusat tahanan juvana. Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik pautan ini Biografi Shazzwan. Shazzwan merupakan artis baru dalam genre hiphop.


Titipan Banduan Muda


Titipan Banduan Muda


Titipan Banduan Muda

Pelancaran album @shazzwan.mssHang kenai dok sapa tuh?😄
(dari kanan)Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.YAD Raja Tan Sri Dato Seri Arshad bin Raja Tun Uda.@shazzwan.mssYogi B. (mentor @shazzwan.mss)



Titipan Banduan Muda
goodies ^_^

Titipan Banduan Muda


Titipan Banduan Muda

Titipan Banduan Muda


Titipan Banduan Muda
Penulis novel nasi kangkang + BABI
Titipan Banduan Muda

Titipan Banduan Muda

Titipan Banduan Muda

Titipan Banduan Muda



Titipan Banduan Muda
w Bro Framestone dan Ben Ashaari


Titipan Banduan Muda
seslfie sikit dengan bro framestone

Titipan Banduan Muda
w kak helena dan kak ezati

Titipan Banduan Muda

Titipan Banduan Muda



Waktu entri ni ditaip, aku sedang mendengar lagu - lagu yang ada dalam album SHAZZWAN's ALBUM. Layan weyh. Hiphop. Ada yang minat hiphop tak? So, korang kena support SHAZZWAN. Semoga terus sukses | Titipan Banduan Muda

Friday, August 28, 2015

Rasa Janggal?

Mieza S | 8/28/2015 11:06:00 AM | 3Comments |



Rasa Janggal?


Rasa Janggal?  |  Assalamualaikum. Macam sempat lagi je nak ucap selamat pagi kepada matahari,, bunga, langit dan semua lah yang wiujud di dunia ni. Tadi sarapan dekat kedai lepas habis kelas. Aku duduk meja yang paling hujung dekat degan pintu masuk. Belakang aku lelaki dewasa. Masa duduk dengan kawan, aku tak tahu nak sembang apa. Kalau sembang pasal kolej kelakar. Takut orang cakap bajet lak student ni. Macam kau sorang je belajar. Kalau cerita pasal event kang orang cakap, bajet macam bagus. Macam kau sorang sosial dengan event. Kalau cerita pasal family kang orang cakap bukak aib. Aku cuba pasang telinga dekat meja sebelah. Aku cuba nak tahu topik apa yang dorang bincangkan. Sebab aku ni nak tengah dewasa. Tapi cara aku masih tak nampak macam aku ni dewasa. Sedangkan orang yang umur bawah aku pun boleh dress up macam orang mactured. Aku takut topik yang aku pilih buat orang fikir aku ni macam tak matang. Aku selalu terfikir. Tajuk apa ya orang dewasa selalu bincangkan bila lepak dengan kawan - kawan? | Rasa Janggal? 








Wednesday, August 26, 2015

Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015

Mieza S | 8/26/2015 12:39:00 PM | 3Comments |


Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015 | Untuk tema Merdeka Malaysia 2015, #SehatiSejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Pelancaran tema Merdeka 2015 tersebut telah dilancarkan oleh mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka pada 6 Jun 2015.


#sehatisejiwa


Tema tersebut dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, "Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.

Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada."


Sambutan Hari Kebangsaan mulai tahun ini juga akan menampilkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang agak berbeza dari tahun sebelumnya apabila ia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.


"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja," katanya.


logo merdeka 2015


Logo sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 dengan slogan #sehatisejiwa dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk persiapan sambutan tersebut di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya pada 14 Julai 2015.


LOGO HARI KEBANGSAAN KE-58 2015


Merdeka 2015

RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.

MAKSUD WARNA LOGO
Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.


Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.


RASIONAL TEMA
#SehatiSejiwa adalah cerminan kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran.


Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan #SehatiSejiwa mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tonggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #SehatiSejiwa adalah titian hubungan - yang jauh didekatkan, ukhwah dipereratkan, selamanya...


Acara-acara sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Larian Jalur Gemilang
Tarikh: 8 Ogos 2015 (Kuching)
Tempat: Padang Merdeka Kuching.

Doa untuk Malaysia
Tarikh: 15 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kayuhan Sehati Sejiwa
Tarikh: 16 Ogos 2015
Tempat: Dataran DBKL, Kuala Lumpur.

Konsert Harmoni dan uniti
Tarikh: 22 & 23 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Larian Sehati Sejiwa
Tarikh: 23 Ogos 2015
Tempat: Padang Merbok, Kuala Lumpur.

KL Converge!
Tarikh: 27-29 Ogos 2015
Tempat: Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Pelancaran Video Negaraku dan Promo Hari Kebangsaan di Pawagam
Tarikh: 28 Ogos 2015
Tempat: Kuala Lumpur.

Konsert Sehati Sejiwa
Tarikh: 28-30 Ogos 2015
Tempat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (Hadapan SOGO).

Amanat Hari Kebangsaan
Tarikh: 30 Ogos 2015
Tempat: Plenary Hall, Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015
Tarikh: 31 Ogos 2015
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Malaysia
Tarikh: 16 September 2015
Tempat: Sabah.


SUMBER | Logo & Tema Merdeka Malaysia 2015

Tuesday, August 25, 2015

Contest Mini Cerpen Tamat

Mieza S | 8/25/2015 02:47:00 PM | 4Comments |


Contest Mini Cerpen Tamat
Contest Mini Cerpen Tamat | Assalamualaikum. Alhamdulillah. Contest Mini Cerpen sudah tamat dengan jayanya. Walaupun tak ramai yang join tapi masih ada beberapa orang yang sudi sokong dunia penulisan. terima kasih semua yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung ^_^ Mungkin lepas ni kalau nak buat contest yang 'susa' macam ni perlukan ramai kawan - kawan untuk viralkan. Baru lah meriah dunia penulisan. Betul tak? Aku baru je baca semua cerpen malam tadi. Tak sangka ramai yang berbakat.
 
Ramai yang tulis pasal cinta. Kemain kan korang :p Hahaha. Seperti yang dijanjikan akan ada salah seorang dalam kalangan mereka yang akan menang. Atau mungkin juga kesemuanya :) Sabar k? Semua cerpen korang akan dimasukkan ke dalam zine. Tapi, .. Mungkin dalam format yang lain. Apa - apa pun aku akan contact korang balik. Untuk penambahan muka surat mengikut format zine syarikat berkenaan. :) Tengkiu support | Contest Mini Cerpen Tamat 

 
 

Monday, August 24, 2015

Giveaway Contest, Luna's Diary

Mieza S | 8/24/2015 11:46:00 AM | 3Comments |

Hi Guys! Let's join Luna & The Conteng Totebag Giveaway Contest by Wada Luna & The Conteng Totebag! The contest will end on 25 August 2015, 12 Noon. So, you better hurry!

The prizes are:

Winner:
● 1 Hello Kitty Totebag with customise name on the bag ( Limited Edition ) worth RM45.00
First & Second runner-up:
● 1 Customisable Totebag  worth RM25.00.


Only 3 Lucky Winners that going to win the prizes ! Are you the lucky one?

Click here to join the contest:
LunaGiveaway

PAGI YANG GELAP - BHG 1

Mieza S | 8/24/2015 10:26:00 AM | 0Comments |



Pagi Yang Gelap





** Sesungguhnya cerita ini tidak berkaitan sama sekali dengan Band Hujan yang pernah popular pada masa dulu. Ini hanya rekaan semata mata dan tidak ada kena mengena dengan hidup dan mati.

Pagi Yang Gelap | Mak Jah masih tidak pulang meski jam sudah menunjukkan ke angka dua belas pagi. Dia dan Pak Mail telah keluar sejak pagi tadi. Namun tidak pula diketahui kemana perginya. Hairi pulak kelewatan bangun. Ketika Hairi bangun, rumahnya sunyi bagai tiada penghuni. Dilihat kiri dan kanan hanya sepi. Terpisat pisat Hairi bangun mencapai tuala di balik pintu yang sudah berlobang.

Tidak tahu lah kemana hala tuju nya selepas mandi.

Hujan makin menggila. Dia sudah ketakutan ditinggalkan keseorangan oleh Pak Mail dan Mak Jah. Dia sudah mati akal. Hairi mencapai telefon bimbit nokia 3310 pemberian Pak Mail. Sudah 3 tahun usianya. Dia mula mendail dail nombor Pak Mail. Tuuttt.. Tuuuttt. Tuuuttt. Nombor yang anda dail berada di luar kawasan.

Ah ! Damn. Getus Hairi didalam hati. Dia sudah mundar mandir. Dia sudah penat ke hulur ke hilir mengukur rumah tanpa gaji. Kilat sambung menyambung. Jantung Hairi kian berdetak kuat. Bagai luruh jantung. Siapa pulak yang ingin menemannya ketika ini.

Hairi kemudiannya ke kamar tidur. Mencapai buku nota yang bewarna merah kecil yang terdampar tidak diusik sejak 3 minggu yang lalu,


Pagi yang gelap,

Cahaya samar yang malap,

Membuat perhitungan antara kelabu dan hitam,

Dan diantara keduanya ada aku,

Menarik narik sisa senja,

Untuk menggamit malam yang indah,

Aku sunyi.


Panggggggggggggggggggg.....


Kaca pecah. Menggelupur tulang rusuk tulang somsom tulang segala tulang yang wujud dalam batang tubuh Hairi. Terlepas pen hitam yang digenggam nya tadi. Tergelungsur bawah tilam yang hapak. Ah ! Sial. Hairi acah berani melihat di persekitaran rumah. Mana tahu kalau kalau apa yang dicari nya ditemui. Setapak demi setapak dia melangkah. Tiba tiba ... Apa yang basah ni? Tangan Hairi menekap di tapak kaki dan menghidunya seumpama anjing belaan MutuSany yang tinggal di hujung jalan. Darah. Berderau sel sel otak hairi yang jarang jarang nak berhubung.

Mindanya mula meransang yang aneh aneh. Seperti, toyol comel yang ingin merompak seguni kacang hijau, langsuir yang terlupa memakai kaca mata menyebabkan terlanggar sesuatu. Apa sahajalah.

Bersambung .... | Pagi Yang Gelap

HAKIM YANG SEMPURNA

Mieza S | 8/24/2015 10:17:00 AM | 0Comments |

 
 







HAKIM YANG SEMPURNA | Assalamualaikum, Hakim yang sempurna. Apa khabar harini? Kau sudah menjamah serapan pagi buat alas perut mu yang berkeroncong nanti? Pergilah menjamah sedikit. Agar nanti kau bisa menghakimi dengan keadilan yang tak terperi. Aku manusia. Di bahu ku penuh dengan dosa - dosa lalu. Berat, Aku sudah gagah kan diri untuk terus melangkah dengan segala dosa lalu.

Mereka kata Tuhan pengampun. Tapi kau lah hakim yang paling sempurna untuk menghakimi setiap dosa lalu manusia. Kau lah hakim yang paling taat menghakimi sekalian manusia. Dan aku, antara ribuan manusia yang sudah tenggelam dengan dosa lalu akan terus lemas. Kerana hakim seperti mu. | HAKIM YANG SEMPURNA

Sunday, August 16, 2015

ROOFTOP FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA

Mieza S | 8/16/2015 03:43:00 PM | 5Comments |


ROOFTOP FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA

ROOFTOP FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA | Assalamualaikum. Hey, Ada gerakan Illuminati apa pula kali ni. Aduhhhhh. Macam amaran keras !!! Rilek - rilek, sabar - sabar. Jangan panik. Aku cuma nak bagitahu, ROOFTOP FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA DI MALAYSIA akan tiba tak lama lagi. Yohuuuuuuu !!!! Lompat bintang kejap. Kosongkan semua tarikh korang dan datang  ke ROOFTOP @Campbell Complex, Kuala Lumpur pada 13 September 2015 untuk melakar sejarah bersama  FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA yang bertama di Malaysia. Ayuh !!! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah. 


ROOFTOP FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA


Harga tiket hanya rm 20 untuk seorang. Banyak aktiviti yang akan diadakan sepanjang festival berlangsung. Antaranya live concert, live band, live comedy, stage games dan banyak hadiah untuk dimenangi. Korang akan berpeluang untuk berjumpa dengan artis kesayangan orang. Selain tu, instafemes, tweetfemes dan blogger akan turun padang untuk bersama - sama menggegarkan  FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA.

Korang suka shopping??? Wah, jom - jom. Korang memang kena datang. Ada instashop, bazaar dan foodtrucks. Meriahnya ^_^. Macam tak sabar je. Korang eksited tak? Kalau korang eksited gile dengan Festival Muzikal Merdeka ni, boleh lah terus menghubungi untuk membuat sebarang tempahan tiket atau pertanyaan lebih lanjut kepada --> Akid Akram + 018-3252909 (viber, whatsapp, call, sms). Jumpa korang dekat FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA | FESTIVAL MUZIKAL MERDEKA

Apam Balik RM10

Mieza S | 8/16/2015 02:58:00 PM | 4Comments |




Apam Balik RM10 | Assalamualaikum. Korang nak tahu tak? Gila! Harga apam balik sampai rm10?? Mahal kot. Ni memang dah melampau - lampau. Memang pihak yang berwajib perlu ambil tindakan segera. Kalau korang, korang nak beli? Kompem tak nak. tapi ni, aku tak beli. Nasib baik lah kawan aku belanja aku. Membazir je harga apam balik rm10 -_- 

Tapi, sebelum tu. Sebelum korang marah - marah apa kata chill? Hahaa. Aku bergurau. Sebenarnya ni adalah pengalaman pertama aku. Selalunya bila kita beli tiket, kita akan dapat button badge atau sekeping tiket. Betul? Tapi yang ni memang idea paling genius dari anak - anak muda dari teater #ApamBalik. Korang bayar rm10 untuk menonton teater, lepastu korang akan dapat sekeping apam balik untuk menggantikan sekeping tiket. Kenyang aku. Terima kasih #ApamBalik. 


Apam Balik RM10

Apam Balik RM10

Apam Balik RM10


3 flavors + Short Play + 1 taste + Monologue. Puas hati. Terima kasih #ApamBalik sebab buat aku menangis bila part kitorang dapat tau, Laila sebenarnya hanya bayang - bayang. So sweet. :* Mereka saling melengkapi. Aku terasa macam aku pulak duduk dalam situasi diorang. Dan aku berharap satu hari nanti, akan wujud seorang lelaki macam dalam teater tu. walaupun harapan tu sebenarnya tak akan wujud. Sebab apa yang aku bayangkan bukanlah dalam situasi sebenar dalam kehidupan. Sekali lagi, tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam #ApamBalik. Terbaik !! Aku menunggu untuk next projek. Kalau ada apa - apa lagi boleh contact aku, nanti aku tolong promote event korang dengan senang hati ^_^ (kekapas@gmail.com) | Apam Balik RM10



Saturday, August 15, 2015

Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Mieza S | 8/15/2015 02:32:00 AM | 1Comments |


Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck | Assalamualaikum. Ada peminat teater dekat sini? Ini lah masa yang korang ada untuk menonton Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Mesti pernah tengok kan movie Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck? Ala - ala macam Titanic ^_^. 



Sinopsis : 

Teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck diadaptasi daripada novel berjudul sama yang diterbitkan pada 1939 karya ulama terkenal Nusantara, Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Hamka. Ia mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbezaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.


Zainuddin dan Hayati yang saling menyintai tidak dapat memenuhi hasrat untuk hidup bersama kerana keluarga Hayati menjodohkan Hayati dengan Aziz. Zainuddin yang kecewa telah merantau dan berjaya menjadi penulis terkenal. Oleh kerana menanggung hutang yang banyak, Aziz telah membawa Hayati tinggal di rumah Zainuddin. Sebelum membunuh diri, Aziz telah menulis surat supaya Zainuddin menjaga Hayati. Namun, Zainuddin yang masih kecewa kerana Hayati telah melanggar janji untuk setia telah memaksa Hayati pulang ke kampung dengan menaiki kapal Van der Wijck. Malangnya, ketika dalam perjalanan kapal tersebut telah tenggelam.


Untuk menempah tiket sila ke halaman berikut Tempah Tiket . Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsi ke medium media sosial ye? | Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.