Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck



Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck | Assalamualaikum. Ada peminat teater dekat sini? Ini lah masa yang korang ada untuk menonton Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Mesti pernah tengok kan movie Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck? Ala - ala macam Titanic ^_^. 



Sinopsis : 

Teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck diadaptasi daripada novel berjudul sama yang diterbitkan pada 1939 karya ulama terkenal Nusantara, Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Hamka. Ia mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbezaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.


Zainuddin dan Hayati yang saling menyintai tidak dapat memenuhi hasrat untuk hidup bersama kerana keluarga Hayati menjodohkan Hayati dengan Aziz. Zainuddin yang kecewa telah merantau dan berjaya menjadi penulis terkenal. Oleh kerana menanggung hutang yang banyak, Aziz telah membawa Hayati tinggal di rumah Zainuddin. Sebelum membunuh diri, Aziz telah menulis surat supaya Zainuddin menjaga Hayati. Namun, Zainuddin yang masih kecewa kerana Hayati telah melanggar janji untuk setia telah memaksa Hayati pulang ke kampung dengan menaiki kapal Van der Wijck. Malangnya, ketika dalam perjalanan kapal tersebut telah tenggelam.


Untuk menempah tiket sila ke halaman berikut Tempah Tiket . Semoga bermanfaat. Jangan lupa kongsi ke medium media sosial ye? | Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.