PAGI YANG GELAP - BHG 1




Pagi Yang Gelap





** Sesungguhnya cerita ini tidak berkaitan sama sekali dengan Band Hujan yang pernah popular pada masa dulu. Ini hanya rekaan semata mata dan tidak ada kena mengena dengan hidup dan mati.

Pagi Yang Gelap | Mak Jah masih tidak pulang meski jam sudah menunjukkan ke angka dua belas pagi. Dia dan Pak Mail telah keluar sejak pagi tadi. Namun tidak pula diketahui kemana perginya. Hairi pulak kelewatan bangun. Ketika Hairi bangun, rumahnya sunyi bagai tiada penghuni. Dilihat kiri dan kanan hanya sepi. Terpisat pisat Hairi bangun mencapai tuala di balik pintu yang sudah berlobang.

Tidak tahu lah kemana hala tuju nya selepas mandi.

Hujan makin menggila. Dia sudah ketakutan ditinggalkan keseorangan oleh Pak Mail dan Mak Jah. Dia sudah mati akal. Hairi mencapai telefon bimbit nokia 3310 pemberian Pak Mail. Sudah 3 tahun usianya. Dia mula mendail dail nombor Pak Mail. Tuuttt.. Tuuuttt. Tuuuttt. Nombor yang anda dail berada di luar kawasan.

Ah ! Damn. Getus Hairi didalam hati. Dia sudah mundar mandir. Dia sudah penat ke hulur ke hilir mengukur rumah tanpa gaji. Kilat sambung menyambung. Jantung Hairi kian berdetak kuat. Bagai luruh jantung. Siapa pulak yang ingin menemannya ketika ini.

Hairi kemudiannya ke kamar tidur. Mencapai buku nota yang bewarna merah kecil yang terdampar tidak diusik sejak 3 minggu yang lalu,


Pagi yang gelap,

Cahaya samar yang malap,

Membuat perhitungan antara kelabu dan hitam,

Dan diantara keduanya ada aku,

Menarik narik sisa senja,

Untuk menggamit malam yang indah,

Aku sunyi.


Panggggggggggggggggggg.....


Kaca pecah. Menggelupur tulang rusuk tulang somsom tulang segala tulang yang wujud dalam batang tubuh Hairi. Terlepas pen hitam yang digenggam nya tadi. Tergelungsur bawah tilam yang hapak. Ah ! Sial. Hairi acah berani melihat di persekitaran rumah. Mana tahu kalau kalau apa yang dicari nya ditemui. Setapak demi setapak dia melangkah. Tiba tiba ... Apa yang basah ni? Tangan Hairi menekap di tapak kaki dan menghidunya seumpama anjing belaan MutuSany yang tinggal di hujung jalan. Darah. Berderau sel sel otak hairi yang jarang jarang nak berhubung.

Mindanya mula meransang yang aneh aneh. Seperti, toyol comel yang ingin merompak seguni kacang hijau, langsuir yang terlupa memakai kaca mata menyebabkan terlanggar sesuatu. Apa sahajalah.

Bersambung .... | Pagi Yang Gelap

Post a Comment

0 Comments