Apam Balik RM10 | Assalamualaikum. Korang nak tahu tak? Gila! Harga apam balik sampai rm10?? Mahal kot. Ni memang dah melampau - lampau. Memang pihak yang berwajib perlu ambil tindakan segera. Kalau korang, korang nak beli? Kompem tak nak. tapi ni, aku tak beli. Nasib baik lah kawan aku belanja aku. Membazir je harga apam balik rm10 -_-
Tapi, sebelum tu. Sebelum korang marah - marah apa kata chill? Hahaa. Aku bergurau. Sebenarnya ni adalah pengalaman pertama aku. Selalunya bila kita beli tiket, kita akan dapat button badge atau sekeping tiket. Betul? Tapi yang ni memang idea paling genius dari anak - anak muda dari teater #ApamBalik. Korang bayar rm10 untuk menonton teater, lepastu korang akan dapat sekeping apam balik untuk menggantikan sekeping tiket. Kenyang aku. Terima kasih #ApamBalik.
3 flavors + Short Play + 1 taste + Monologue. Puas hati. Terima kasih #ApamBalik sebab buat aku menangis bila part kitorang dapat tau, Laila sebenarnya hanya bayang - bayang. So sweet. :* Mereka saling melengkapi. Aku terasa macam aku pulak duduk dalam situasi diorang. Dan aku berharap satu hari nanti, akan wujud seorang lelaki macam dalam teater tu. walaupun harapan tu sebenarnya tak akan wujud. Sebab apa yang aku bayangkan bukanlah dalam situasi sebenar dalam kehidupan. Sekali lagi, tahniah buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam #ApamBalik. Terbaik !! Aku menunggu untuk next projek. Kalau ada apa - apa lagi boleh contact aku, nanti aku tolong promote event korang dengan senang hati ^_^ (kekapas@gmail.com) | Apam Balik RM10
4 Comments
suspen je..hehe
ReplyDeleteingatkan betul betul la ada apa balik yang dijual RM10.
ReplyDeletebaru nak tengok camne rupa apam balik rm 10..hihihi..terkono den..
ReplyDeleteApam balik sedap :-)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.