HAKIM YANG SEMPURNA | Assalamualaikum, Hakim yang sempurna. Apa khabar harini? Kau sudah menjamah serapan pagi buat alas perut mu yang berkeroncong nanti? Pergilah menjamah sedikit. Agar nanti kau bisa menghakimi dengan keadilan yang tak terperi. Aku manusia. Di bahu ku penuh dengan dosa - dosa lalu. Berat, Aku sudah gagah kan diri untuk terus melangkah dengan segala dosa lalu.
Mereka kata Tuhan pengampun. Tapi kau lah hakim yang paling sempurna untuk menghakimi setiap dosa lalu manusia. Kau lah hakim yang paling taat menghakimi sekalian manusia. Dan aku, antara ribuan manusia yang sudah tenggelam dengan dosa lalu akan terus lemas. Kerana hakim seperti mu. | HAKIM YANG SEMPURNA
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.