FESTIVAL IDEARAYA - Mieza S Mieza S: FESTIVAL IDEARAYA

FESTIVAL IDEARAYA

August 15, 2015





FESTIVAL IDEARAYA | Assalamualaikum. Hai korang. Aku teruja sangat nak menulis entri ni. Tak tahu lah kenapa. Sebab ni memang benda yang aku minat. Pernah dengar #IdeaRaya? Sekarang di tengah heboh dekat laman sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter. Korang memang ketinggalan ni kalau korang tak tahu pasal ni. Sebab #IdeaRaya kali ni memang superb gempak. Macam - macam aktiviti yang akan di adakan sepanjang festival berlangsung. Korang masih tertanya - tanya apa #IdeaRaya?


Festival Idearaya ini ialah satu kerjasama di antara kolektif-kolektif di sekitar Lembah Klang. Setiap kelompok tersebut telah pun bertapak menggiatkan aktiviti-aktiviti kebudayaan serta kerja sosial sebelum bergerak dalam usahasama ini. Idearaya berfungsi bukan sekadar untuk saling berkongsi dan menghulurkan kekuatan masing-masing tetapi juga untuk mengutuhkan sebuah rangkaian aktivisme dan persaudaraan di antara pelbagai usaha perubahan sosial di negara ini. Siapa yang akan terlibat dalam menjayakan festival ni? Frinjan merupakan salah satu kolektif yang akan berkolaburasi. Nak tahu siapa lagi akan terlibat? Jom lah datang. 

Antara aktiviti - aktiviti yang akan di adakan termasuklah tayangan filem - filem pendek dan dokumentari. Memang banyak filem - filem pendek yang akan korang layan masa tu. 

Mesti bosan kalau hadap tayangan je kan? Korang rilek je. Masa #IdeaRaya ni berlangsung akan di adakan juga bengkel untuk kanak - kanak. Bukan setakat kanak - kanak je. Masa tu juga akan ada deklamasi puisi. Yang ni paling aku tak sabar nak tengok ^_^ Korang juga akan dapat pengalaman bermain dan belajar sejarah Cajun. Apa Cajun tu? NAk tahu kena lah datang. Tak surprise nanti.

Weyh, forum pun ada. Wah. Banyak gila kot aktiviti. 


Senang cerita Idearaya ni sebenarnya merupakan sebuah festival seni budaya dan ilmu ke arah pemberdayaan masyarakat progresif sekitar Asia Tenggara. Festival alternatif yang menjadi wahana silang budaya dan disiplin ilmu ini bertujuan untuk menemukan penggerak kebudayaan, pengkarya seni, ahli sastera, cendekiawan serta kolektif dan aktivis akar umbi. Dengan satu tujuan; ia mencetuskan idea dan gerak daya dalam mengangkat isu-isu terpinggir di rantau ini.
Idearaya juga adalah sebuah ruang dinamik serta strategik dalam meraikan dan menggalakkan pertembungan idea kritis dan daya kreatif.  Justeru, proses pendidikan melalui pembudayaan wacana dan aksi langsung yang berterusan dalam menggugah tatanan kekuasaan sedia ada memainkan peranan yang penting.

Lokasi : 
Laman Budaya
Persiaran Tasek, 
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia

Tarikh : 12 & 13 September 2015

Untuk jadual penuh sila ke halaman ini --> Jadual Penuh


Aku dah eksited sangat nak tunggu bulan September. Korang datang tau. Kita jumpa kat sana | FESTIVAL IDEARAYA











1 comment:

  1. assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.