March 2021 - Mieza S Mieza S: March 2021
Lirik Lagu Nuraga Hael Husaini

Lirik Lagu Nuraga Hael Husaini


Lirik Lagu Nuraga Hael Husaini

Jendela hidup ini 
Berjenangkan emosi manusia 
Berkenangkan simpati 
Mampukah diubati manusia 

Hampar kesabaran tika diselimut kedukaan 
Terduga sementara 
Dunia dicabar tanpa nuraga 
Namun iman atasi segala 

Dunia disentuh hiba nestapa 
Namun hadapinya dengan sabar 
Yang lemah menangisi 
Dibelas kasihani manusia 

Hampar kesabaran tika diselimut kedukaan 
Terduga sementara 
Dunia dicabar tanpa nuraga 
Namun iman atasi segala 

Dunia disentuh hiba nestapa 
Namun hadapinya dengan sabar 
Dan mungkinkah dapat merasai 
Nikmat yang diberi Yang tlah dikhianati 

Dan mungkinkah dapat diulangi 
Kembali Bersama Dunia dicabar tanpa nuraga 
Namun iman atasi segala 
Dunia disentuh hiba 

Nestapa namun hadapinya dengan sabar 
Hadapi dengan sabar
Jangan Lagi Jangan-jangan sayang 
Kau ucapkan lagi kata-kata cinta 

Tak percaya lagi 
Sungguh tak percaya aku padamu 
Bertahun lamanya kau biarkan 
Cinta tanpa berita 

Kini kau kembali mengungkit asmara dulu 
Agar ku terima 
Jangan-jangan sayang 
Kau bodohi lagi aku 

Dengan ceritamu yang palsu 
Jangan-jangan sayang Kau tanamkan lagi cinta 
Dan kau pergi lagi tinggalkan diriku
Jangan-jangan lagi Hooo..jangan...

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

hai rakan pembaca. dah lama tak menulis hal peribadi. disebabkan aku ke destinasi baru yang belum pernah dituju, aku simpan kenangan tu disini. aku ke tempat itu adalah kerana atas desakan orang yang teringin nak makan rusa. seawal 10.30 pagi aku sudah bertolak dari rumah kerana tempat yang hendak dituju tu, agak jauh dari tempat tinggal. 

macam balik kampung lagaknya. boleh kata kampung juga, sebab ke hulu betul masuk nya sampai ke felda orang. 

Makan Tengahari di Anuar Rusa Steak House

ke mana kami? destinasi yang dituju ialah anuar rusa steak house yang terletak di hulu selangor. perjalanan mengambil masa sekitar 1jam lebih. yelah, semata - mata nak makan rusa. apa istimewanya? mungkin sebab pernah viral dan menjadi bualan mulut orang menyebabkan kita yang dengar - dengar terasa nak pergi dan makan.  

mereka yang sukakan daging segar dari ladang mungkin boleh cuba menu disini. disini menu isimewa mungkin rusa, kerana nama kedai pun diletakkan perkataan rusa untuk menggambarkan rusa ialah sajian utama. tidak itu sahaja, disini juga terdapat menu lain seperti ayam, arnab belangkas dan ada beberapa menu lain. 

jangan terkejut kalau tiba - tiba kalian sampai di depan rumah orang. kedainya memang dibuka didepan rumah pemilik ladang berkenaan. rare! cuma pastikan kalian yang hendak ke sini, membuat tempahan awal 1 - 2 hari sebelum datang bersama dengan pilihan menu. bimbang kalau ada sekumpulan konvoi motor telah memenuhi kedai. kalian terpaksa menunggu ditengah panas matahari rembang. bersabar ya. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

kami mengalami kekeliruan sewaktu hendak menuju ke destinasi. terpaksa membuat pusingan di lokasi yang sama 2 - 3 kali. sedangkan memang nampak kedai tu. bukan masalah jin yang mengaburi mata, cuma tersalah masuk lorong barangkali. kebetulan laluan yang biasa diguna sedang ada pembinaan kecil membuatkan kami terpaksa melalui jalan lain untuk ke situ. 

pilihan menu kami ialah steak rusa dan set nasi bersama daging rusa masak lemak cili api. rating yang akan aku beri ialah 4.5/5. makanan cukup rasa, daging dimasak sempurna, tidak liat, yang penting sedap. cuma tak berbaloi kalau datang jauh - jauh meredah belukar, tapi makan ini ja. patut order lagi banyak. total hangus rm40++. makanan yang paling mahal disini ialah steak rusa yang berharga rm25. manakala untuk set nasi bersama daging rusa masak lemak cili api ialah rm17. 

Info Anuar Rusa Steak House
facebook: https://www.facebook.com/rusagedangsa/
instagram: https://www.instagram.com/farmrusaanua
no tel: 019-636 8316 


Sawah Padi di Sekinchan

sempat juga kami singgah mesjid felda gedangsa, hulu selangor memandangkan zohor telah sampai ke penghujung. usai itu kami berhasrat meneruskan perjalanan entah kemana. tidak ada hala tuju yang sempurna. sekadar meramal - ramal. mahu balik semula ke kuala lumpur tapi tidak melalui jalan tadi. jadi kami buka waze dan memilih sekinchan. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

perjalanan yang panjang memakan masa 1jam lebih telah menyebabkan kami singgah di petronas ah entah, lupa. menyempurnakan asar yang telah tiba. sempat juga dia ni beli aiskrim. panas betul disini, walaupun hakikatnya kami sedang kesejukan didalam kereta dengan penghawa dingin. eh tiberr. sweet juga abang saya; eh tiberrrr (sekali lagi). 

kalian jamulah mata dengan gambar tak seberapa. cuma ada dua. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan
dan bagaimana sebuah rasa kehilangan, 
tuhan akan selalu menyediakan cara
untuk mengembalikannya lagi.


Minum Petang di Keropok Losong Kuala Selangor

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

usai bergambar di sawah padi yang masih 'kecil', kami bergerak menuju ke kuala lumpur. sempat minum petang di keropok losong bersama kopi o. ketika itu, hujan renyai membasahi bumi. feel lain macam. saja hiperbola supaya kalian bisa membayangkan suasana ketika hujan jatuh ditemani kopi pekat bersama dengan keropok panas yang menyinggah perut.

betul - betul rasa macam balik kampung :') dah lama kan tak balik semenjak pkp ni. Allah bagi nikmat. 

terima kasih 'abang', tunjukkan jalan balik ke rumah dalam keadaan tak berapa nak sihat. semoga allah selalu jaga awak atas kebaikan awak. 

Hari Ahad di Jeram, Kuala Selangor

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

hari ahad tu, aku ke rumah maklong yang terletak di jeram kuala selangor atas urusan kenduri doa selamat. saja lah ber ootd baju kurung dengan iphone orang. kita android je awak. dengan sedikit bantuan vsco, gambar aku jadi begitu tampan! terima kasih kamera 'digital' yang sudi 'menangkap' aku dilensa. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

menu wajib pada setiap kali kenduri di rumah maklong ialah nasi ambeng. 

Asal Usul Nasi Ambeng

Sekitar tahun 1890-1900, masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka telah memperkenalkan salah satu juadah budaya masyarakat Jawa iaitu Nasi Ambeng ke Tanah Melayu. Nasi Ambeng terdiri daripada nasi putih yang dihidang di dalam dulang besar dan dilengkapi lauk-pauk seperti ayam masak ungkep, serunding kelapa, tempe goreng, mee goreng, sambal goreng Jawa dan ulam. Namun, transformasi pemodenan menyaksikan lauk ayam telah dipelbagaikan seperti ayam masak kicap atau ayam goreng. Hidangan ini biasanya dikongsi bersama seramai 5 ke 6 orang.

Hidangan Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya oleh masyarakat Jawa. Ia biasanya dibahagi sama rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga apabila menghadiri sesuatu majlis kenduri. Nasi Ambeng ini sebenarnya melambangkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat. Tiada perbezaan jenis makanan bagi yang miskin dan kaya.

sumber: I Am Lejen

tiba - tiba rasa sedap pula. maklumlah, lama betul aku tak makan. selalu makan benda lain. nikmatnya. satu dulang aku kongsi bersama emak, nenek dan adik aku. habis kami makan (yang sebenarnya, separuh dari nasi tu telah dibahagikan untuk mereka yang berkunjung ke rumah). 


terima kasih tuhan, mengembalikan semula rasa sebuah kehilangan. semoga aku selalu merasa syukur dengan nikmat kecil yang engkau beri. 

Lirik Lagu Aku Cinta Kamu Bob Sentuhan

Lirik Lagu Aku Cinta Kamu Bob Sentuhan

 
Lirik Lagu Aku Cinta Kamu Bob Sentuhan

Kau terindah
Kau yang teristimewa
Kau tercipta untukku segalanya
Kau curahan tempat aku mengadu
Aku cinta aku cinta kamu

Kau ratuku
Kaulah bidadariku
Kau pertama dan kau yang terakhirnya
Kau bersama tika suka dan duka
Aku cinta kamu aku cinta

Andai nanti tika aku tiada
Lagu ini bukti kenangan kita
Pasti jadi kan jadi peneman rindu
Kuciptakan lagu hari lahirmu

Andai nanti ku tiada di sisimu
Kenang daku titipkanlah do'amu
Himpunkanlah segala rindu-rindumu
Dalam do'a dan lafaz sujudmu

Andai nanti tika aku tiada
Lagu ini bukti kenangan kita
Pasti jadi kan jadi peneman rindu
Kuciptakan lagu hari lahirmu

Andai nanti ku tiada di sisimu
Kenang daku titipkanlah do'amu
Himpunkanlah segala rindu-rindumu
Dalam do'a dan lafaz sujudmu

Andai nanti ku tiada di sisimu
Kenang daku titipkanlah do'amu
Himpunkanlah segala rindu-rindumu
Dalam do'a dan lafaz sujudmu

Kau ratuku
Kaulah bidadariku
Kau pertama dan kau yang terakhirnya
Kau bersama tika suka dan duka
Aku cinta kamu aku cinta

Giveaway "SUKA-SUKA" by anakomak6

Giveaway "SUKA-SUKA" by anakomak6

 

Lirik Lagu Ana Fahrenheit

Lirik Lagu Ana Fahrenheit

Lirik Lagu Ana Fahrenheit

Ana
Kau segar dalam jiwa
Warnamu itu cahaya
Aku
Segar dalam jiwamu
Bersama menempuh liku
Asmara kita jalin di mentari yang hangat
Betapa peluh yang telah mengalir
Jauh di lubuk hati engkau kugenggam
Tarian musafir yang membawa aku
Bukan putera raja di mata, oh

Ana
Engkau, aku, dan dia
Semua kita manusia
Aku
Terus jadi miliknya
Hati yang luas terbuka
Kita hilang bersama pelangi
Terbentuk setelah hujan renyai
Kita hilang bersama kabus pagi
Ditelan sinaran yang membakar

Ana
Akulah diri sendiri
Tak mungkin kau jadi aku
Asmara kita jalin di mentari yang hangat
Betapa peluh yang telah mengalir
Jauh di lubuk hati engkau kugenggam
Tarian musafir yang membawa aku
Bukan putera raja di mata, oh

Ana
Engkau, aku, dan dia
Semua kita manusia
Aku
Terus jadi miliknya
Hati yang luas terbuka
Kita hilang bersama pelangi
Terbentuk setelah hujan renyai
Kita hilang bersama kabus pagi
Ditelan sinaran yang membakar

Ana
Akulah diri sendiri
Tak mungkin kau jadi aku
Tak mungkin kau jadi aku
Tak mungkin kau jadi aku
Tak mungkin kau jadi aku

Lirik Lagu Di Sepanjang Penantian Fahrenheit

Lirik Lagu Di Sepanjang Penantian Fahrenheit

Lirik Lagu Di Sepanjang Penantian Fahrenheit

Tidak aku kenali
Kepahitan di jiwa ini
Sudah aku rasai
Sepanjang penantian ini

Takdirlah penentuanku
Aku terus menjayakan
Tidak aku sesali
Sesudah aku menempuhi

Kejengkalan di hati ini
Buat aku terus berani
Menghadapi segala-gala
Segala kemungkinan

Hiduplah kita
Di simpang pencarian ini
Tak mudah putus asa
Tak mudah kukecewa

Hiduplah kita
Belaian hati kita
Segala yang terpendam
Nikmatilah sendiri

Hiduplah kita
Di simpang pencarian ini
Tak mudah putus asa
Tak mudah kukecewa

Hiduplah kita
Belaian hati kita
Segala yang terpendam
Nikmatilah sendiri

Tidak aku sesali
Sesudah aku menempuhi
Kejengkalan di hati ini
Buat kuberadu hadapi segalanya

Dunia kita
Bermacam rasa kehendaknya
Jika ada hasrat di dada
Luahkanlah di tempatnya

Hidup kita
Makin hampir kesempadan
Tak indah hidup ini
Jika tidak menghayatinya

Lirik Lagu Cinta Ini Fahrenheit

Lirik Lagu Cinta Ini Fahrenheit

Lirik Lagu Cinta Ini Fahrenheit

dikala aku sendiri
ku terbayang wajahmu
dikala aku merindu
kau hadir dalam mimpi

dan kini aku sedari
sepinya hidup ini
terasa tertusuk sembilu
pedihnya hati ini

dimana kata setia
tergamak kau mungkiri
kelamnya cinta ini
karam dilautan sepi

bergelora dijiwa
musnah segalanya
merana akhirnya

cinta ini yang dulu bersemi
kini tinggal memori
biarlah luka ini
akan sembuh sendiri

dimana kata setia
tergamak kau mungkiri
kelamnya cinta ini
karam dilautan sepi

bergelora dijiwa
musnah segalanya
merana akhirnya

kelamnya cinta ini
karam dilautan sepi
bergelora dijiwa
musnahlah segalanya

Lirik Lagu Kasih Orang Muda Fahrenheit

Lirik Lagu Kasih Orang Muda Fahrenheit

Lirik Lagu Kasih Orang Muda Fahrenheit


Mengapa engkau menyusahkan aku
Sebagaimana hari yang berlalu
Tidak pernahkah kau merasa, kasihku
Sudah puas aku memahamimu

Sebenarnya perjalanan itu
Melukakan diriku
Sememang ada tekanan
Itu lumrah bagi insan yang bernapas

Damai nun di celah mentari
Kehangatannya mengajar aku berani
Sudah aku rasakan berseri
Dengan cinta yang kausebut-sebutkan padaku

Hari ini makin hitam
Makin kita mengejar dewasa
Lautan di hadapan menanti
Rintangan pasti akan bersemi

Di jiwa kita
Sebenarnya perjalanan itu
Melukakan diriku
Sememang ada tekanan

Itu lumrah bagi insan yang bernapas
Damai nun di celah mentari
Kehangatannya mengajar aku berani
Sudah aku rasakan berseri

Dengan cinta yang kausebut-sebutkan padaku
Hari ini makin hitam
Makin kita mengejar dewasa
Lautan di hadapan menanti

Rintangan pasti akan bersemi
Damai nun di celah mentari
Kehangatannya mengajar aku berani
Sudah aku rasakan berseri

Dengan cinta yang kausebut-sebutkan padaku
Damai nun di celah mentari
Kehangatannya mengajar aku berani
Sudah aku rasakan...

Lirik Lagu Sabar Menanti Fahrenheit

Lirik Lagu Sabar Menanti Fahrenheit

Lirik Lagu Sabar Menanti Fahrenheit

Walau segunung Kau lemparkan bencimu
Kelaut kepuraan itu Tidakkan mungkin
Menjadi pulau cinta Sebagaimana kau idamkan
Tanyalah hati Di cermin diri

Kau imbaskan Biarpun pahit
Keperitan silamm Itukan penawar manismu
Kita manusi Adakala tersisih
Di dalam mengejar impian Sabar menanti

Sinar mentari yang hakiki
Tidak kumenyesali lagi
Andainya tergelincir nanti
Walau terluka Kurelakan ia

Aku tetap aku Melafazkan
Kalimah yang satu
Disini kumampu mengerti
Mendungkan menutupi hari

Itukan lumrah kehidupan ini
Usah disangsikan yang azali
Tidakku menyesali lagi
Andainya tergelincir nanti

Walau terluka Kurelakan ia
Aku tetap aku Melafazkan
Kalimah yang satu

Biarpun pahit Keperitan silammu
Itukan penawar manismu
Kita manusia Adakala tersisih
Di dalam mengejar impian Sabar menanti

Sinar mentari yang hakiki
Andainya kau mentari
Sinarlah kesiangan minda
Andainya kau rembulan

Sinarlah kegelapan hati
Andainya kau mentari
Sinarlah kesiangan minda

Berbagi Rasa

Berbagi Rasa

Berbagi Rasa

pada waktu - waktu kita sedang merasa lelahnya hidup, belajarlah menerima apa yang datang dengan berlapang dada. nescaya, hal - hal kecil akan dilihat sebagai sebuah bahagia bergantung pada mata pandang kita. itu yang sedang aku ajar dalam diri. menghargai tiap satunya meski hal itu begitu melukai. 

bagaimana melihat hal kesakitan sebuah rasa bahagia? menerima kedatangannya dengan menganggap, ada hadiah yang sedang tuhan bawa. kuncinya? sentiasa bersyukur menerima apa adanya dan belajar bersabar dengan janji - janji tuhan. 

Syukur

oh ya. kebelakangan ini, aku banyak menulis hal - hal tentang bahagia dan bersyukur. supaya aku lupa tentang sakit yang perlu aku alami. ha gitu. aku rasa bersyukur dikurniakan manusia - manusia yang sabar melayan aku. tasya yang sering menjadi peneman, aizat yang sabar karenah aku bertahun tahun, dan faizi; manusia baru yang wujud namun begitu sudi menerima kurang aku pada masa ini. pada masa kedepannya entah, belum pasti. 

Tasya

Berbagi Rasa

aku rasa semenjak mengenali tasya, boleh dikatakan hidup aku 1/4 dihabiskan bersama tasya. padahal rumah jauh tempat kerja jauh ah entah. tapi dengan dia memang senang nak baiki jiwa yang sedang jatuh. dia ada boleh teman, bila - bila aku rasa aku nak. semua tentang aku dia tahu. dia akan jadi partner tetap untuk segala hal dan macam - macam hal yang tak pernah aku terfikir. 

tasya, terima kasih cantik - cantikkan aku. percaya dengan aku. yakin untuk jadi kawan aku. tak pernah buang aku. paling penting, apa orang cakap atau padangan orang terhadap aku, kau masih sudi nak setia jadi kawan aku. 

Aizat

 

aku kata siapa yang menghargai aku, akan aku hargai semula dengan semua daya yang ada. punya sabar aizat dalam menerima kata maaf dari aku. setahun lama nya aku menjauh atas rasa sakit hati. hahah biasa la. manusia. setahun tu lama. entah kenapa, tuhan masih simpan dia jadi kawan aku pada masa ini. 

selepas setahun merajuk dan jauh hati, aku lah yang dulu cari dia. aku minta maaf apa semua. dengan mudah dia maafkan aku. terima kasih. 

kenapa aku begitu menyimpan dia? ada satu hal istimewa yang pernah dia lakukan ke aku yang mungkin biasa - biasa dipandangan mata manusia. dia menghagai aku ketika dia sedang jauh dan datang berdekat ke aku untuk meraikan aku ; waktu itu

selagi dia bukan kepunyaan sesiapa, dia akan selalu ada dalam hidup aku menjadi kawan aku. HAHA. seperti dipaksa ya bunyinya.


Faizi


semalam ketika aku menghabiskan waktu aku bersama akid, dia telefon aku bertanyakan jika tempat aku hujan atau tidak. aku agak terkejut kerana sudah dua hari kami tidak telefon akibat kemerajukan aku. kah kah. dia sedang dalam mood bekerja, cumanya ketika itu dia baru menyudahkan kerja. sebab itu dia telefon aku kerana lokasi kerjanya pada waktu itu dekat dengan rumah aku. 

dari shah alam dia ke subang empire dalam keadaan hujan. rasa bersalah juga sebenarnya. dia sudi bersusah membelah jalan mendekat aku. sedangkan aku boleh pergi ke dia namun dia menolak. 

hmm. itulah. perbuatannya menyebabkan, aku akan menyimpan dia lama. kecuali jika dia yang membuang aku dulu. tapi aku akan simpan dia dalam balang kaca sebaik mungkin sehingga dia bertemu jodoh kemudian baru aku akan buka botol kaca dan lepaskannya HAHAH. 

itu pengorbanan kecil. pastinya aku akan membalas tak mengira waktu. aku akan sudi ada jika dia perlu kan bantuan aku. oh maaf, kerana aku sering memandang orang dengan pengorbanan - pengorbanan kecil yang tak ada apa apa maknanya pada sesiapa. aku akan menghargai dan selamanya akan ingat. 

aku over barangkali? HAHAH tak lah! aku cuma suka 'simpan dan jaga' orang yang datang dalam hidup aku. 'abang' yang aku jumpa ketika dalam pencarian jodoh. semoga selama dia belum menjadi milik sesiapa, dia akan kekal ada dalam jalur hidup aku menjalani hidup kedepannya dengan aku. 

terima kasih kepada manusia - manusa yang datang menjengah hidup aku, dan masih kekal dengan aku. semoga kalian penyebab aku tak lagi rasa sunyi dan sepi. terima kasih sudi berbagi rasa. semoga tuhan akan membalas kalian dengan bahagia yang lebih panjang melebihi kalian memberi aku. 
secangkir kopi yang ku nikmati, seolah berkata kepadaku bahwa, yang hitam tak selalu kotor, dan yang pahit tak selalu menyedihkan
Tiga

Tiga

 
Tiga

kenapa tajuk tiga? sebab bulan tiga merupakan bulan - bulan dimana aku mengait kebahagiaan aku lebih dari bulan - bulan biasa. 3 orang kawan baik sehati sejiwa, lahir pada bulan yang sama. berjarak tak lebih dari tujuh hari. kebetulan sungguh. senang. tuhan susun cantik dah hidup aku. tiba - tiba semua jadi penting. 

padahal selama ni aku selalu merungut ke dada langit, dengan harapan tuhan mendengar keluh kesah aku yang sunyi, jiwa bebal, tak ada teman. tuhan dah bagi jalan dah padahal. aku buta. sedar tak sedar dah lebih 5 6 tahun mereka bersama aku, kekal dengan aku. 

prinsip aku satu. kalau kau mampu jadi kawan aku, berkorban untuk aku. apalah sangat kalau aku nak buat benda sama. mungkin aku akan buat lebih dari tu. kalau kau sanggup pegangkan aku payung waktu hujan lebat, apalah sangat kalau aku teman kau redah banjir membantu kalau perlu. serious. kau jaga aku, aku jaga kau lebih dari tu. tapi sedaya aku sahaja sebagai manusia biasa. dan mengikut kemampuan aku. heee. 

Selamat Hari Lahir 

8 Mac

aku selitkan juga hari lahir emak. tapi aku tak post gambar emak disini. privasi kata kau. aku cuma post di instagram dan facebook, tapi muka diconteng. HAHHA. selamat hari lahir emak. semoga panjang umur, murah rezeki dunia akhirat, selalu masak sedap - sedap, rajin layan anak kesayangan, diberi kesihatan yang baik, terus jadi jiwa muda. kahkah. sayanggg emak! 


10 Mac 

Tiga

yuyin. juga tak perlu diperkenalkan lagi. kawan puisi. antara kawan terbaik. ini pun sama. aku curious macam mana tuhan susun atur hidup aku jadi kawan dia. masa sekolah tak pernah tegur. tiba - tiba jadi kawan. gila - gila. cari je dia kalau aku nak terbang membelah awan. dia pasti akan setuju! walaupun perlu memijak duri - duri tajam. 

11 Mac

Tiga

aku tak perlu kenalkan siapa perempuan ni. biskut paling berjaya. jarang ada. tapi duduknya paling tinggi dalam hati. diri sendiri tahu itu. hhaha. aku sambut hari lahir cyra awal beberapa hari. sebab aku menyusun jadual aku, supaya semua kawan - kawan aku menikmati hal yang sama. lepak di central icity. sarapan pagi dan tengahari bersama. weyh, kami tak ada gambar bersama. sebab budak kecik tu tak bagi peluang. hahahha 

geyam betul aku. dah balik baru teringat. terpaksa lah guna gambar lama. kasihan. 


14 Mac

Tiga

satu - satunya kawan lelaki paling rapat. paling sudi nak terima aku walau buruk macammana pun. aku ajak dia lepak hari sabtu petang. nak sambut awal kononnya. tapi akid sibuk dengan kawan lain. jadi makan - makan waktu hari lahir dia jela (tunggu giliran dengan sabar). nasib member ada masa. aku lepak dengan dia dekat subang empire. bukan buat apa pun. just makan - makan and pass hadiah. heee. 

Tiga

aku tak perlu kenalkan siapa akid. semoga 10 tahun usia persahabatan ini akan bertambah pada tahun - tahun selepas nya. hari lahir mereka, tapi entah kenapa semua ingat hari lahir aku. aneh ya. aku terlalu beria barangkali. hahahhaa. untuk mengetahui tentang mereka, pergi sahaja ke butang carian dan taip nama mereka; akid, cyra, yuyin. 

Tiga


Stay! 

walaupun hari itu adalah hari kelahiran kalian, tapi aku yang bersungguh berterima kasih sebab kalian masih sudi stay dengan aku. yang pernah ada sepanjang 5 - 10 tahun menerima segala kebaikan dan keburukan tanpa prejudis, semoga tuhan selalu menjaga kalian. terima kasih sudi membesar menjadi dewasa bersama.

hari yang sangat panjang untuk melukis bahagia dan mencorakkan hidup aku dimasa kedepannya bersama kalian. walaupun banyak cacat cela, tapi kalian masih sudi ada sehingga entri ini terbina. banyak juga yang kita telah lalui bersama. dakwat pena juga takkan mampu menulis segala kenangan dan kebaikan kalian. 

aku juga, rasanya tak mampu nak membalas tiap satu saat yang pernah kalian habiskan untuk aku dalam menjalani hidup yang penuh liku. begitu bersabar dengan karenah - karenah aku, impian - impian aku dan harapan - harapan kecil aku. menjadi pendorong waktu jiwa aku mulai jatuh dan lemah. menyokong aku diam - diam untuk hal - hal yang aku tak mampu nak juang. 

terima kasih jadi kawan terbaik dan kenangan terindah. terima kasih juga masih tetap tinggal dengan aku untuk melalui sekali lagi tahun tahun kedepannya. aku doakan kalian semua diberi kesihatan yang baik, umur panjang untuk melalui hal - hal yang indah, selalu kuat melawan payah, rezeki mencurah - curah. semoga kita ada masa yang lebih panjang untuk bersama mengukir rasa. 

terima kasih kerana sudi berbagi.

semoga aku juga tak pernah berhenti dalam memberi apa yang pernah aku ada dan berkongsi semua pada yang sudi. 

terima kasih tuhan. 
disadari atau tidak, setiap lelah perlu
lebih banyak mengucapkan terima kasih
untuk sebuah rumah dan relah

Nikmat

Nikmat

Nikmat

assalamualaikum, dan selamat pagi buat pembaca blog kanvasdakwat. kebelakangan ini, rajin betul aku menulis. semoga yang membaca juga tak henti - henti support aku. eh tiba. macam ada fans pula. entah - entah syok sendiri sahaja. 

jadi harini aku dengar ceramah yang tajuknya "nikmat Allah yang sering dilupakan". 43minit ceramah tu oleh ustaz izhar ariff. bukan nak riak acah - acah baik dengar ceramah. tak. aku cuma nak cakap yang, apa pun dugaan yang datang semua tu nikmat. takkan lah kena langgar kereta pun kena fikir itu nikmat. ya nikmaat. kena langgar, sebab belum mati. Allah masih izin kita untuk hidup. secara automatiknya, kite akan selalu rasa bersyukur. kena bersyukur?

ya bersyukur! kenapa? masih hidup dan masih merasa sakit. masih boleh tengok sekeliling, masih dapat menikmati warna, rasa, bau. bayangkan mati? dapat gerakkan jari menaip pun syukur. walaupun 'eleh tu je'. ya duh. aku rasa setiap perpuluhan saat yang berlalu, semuanya nikmat. tak boleh nak nafi. 

hatta, dapat tengok google pun nikmat. bayangkan saja kalau penglihatan kau ditarik? apa sahaja lah yang kau cuma nampak? barangkali hitam. itu pun kalau ada warna. 

Nikmat

putus dengan kekasih sampai rasa nak mati tempoh hari? eh tibee. tu pun nikmat juga. nikmat sebab Allah jauhkan dari orang - orang yang salah. Allah nak luruskan balik jalan kita yang bengkok. cuma bgaimana cara kita fikir adalah bagaimana sebenarnya kita memandang dan prasangka apa dengan Allah. pokoknya, yakin. Allah dah susun elok hidup kita. sentiasalah berprasangka baik dengan Allah juga.

dah bersukur hari ini? semoga yang membaca tulisan ini akan jadi manusia yang selalu bersyukur! 
Perjuangan

Perjuangan

Perjuangan

perjuangan ini perjuangan sia - sia yang telah sampai diperbatasan. 
senjatanya telah gugur dimedan. 
tak sempat peluru menembus batang tubuh durjana. 
cinta juga tak sempat bercambah.
hatinya telah patah.
bunga bunga telah layu. 
harapannya tak lagi menjadi sumbu. 
padam.
gelap memancar pekat.
ke seluruh benua.
kosong. 
ambisi yang gagah telah mereput.

MS

Lirik Lagu Lautan Asmara Masdo

Lirik Lagu Lautan Asmara Masdo

Lirik Lagu Lautan Asmara Masdo

Buka mata yang lama terpejam
Bukan mimpi ini kenyataan
Dalam hatinya punya rahsia
Rasa itu hanya dia merasa

Makin lama
Makin cinta
Lalu dalam lautan asmara
Dalam terang ia tersembunyi

Beruntung siapa ketemui
Disangka kaca rupanya permata
Bersinar walau dalam gelap
Menyeliputi segalanya

seluruh alam jadi saksinya
Lihatlah apa yang ada pada dirimu
Dan dia bertanya maka nikmat yang mana
ingin kau dustakan, dustakan

Dalam hatinya punya rahsia
Rasa itu hanya dia merasa
Makin lama
Makin cinta
Lalu dalam lautan asmara

Sinar

Sinar

 

Sinar
sumber: google

cari damai diseluruh pelosok dunia dan bertemu jalan - jalan Tuhan. kebahagiaan dan sinar ada disitu. terpulang bagaimana kita melukis dan menerimanya sebagai bahagia atau derita. tiba - tiba macam dapat idea nak letak lagu hijau bumi Tuhan. padahal entri pasal kafe hisptur, tiberrr! memang lately aku habiskan duit aku diluar. buat masa sekarang aku tak boleh merasa sepi. nanti aku akan nangis tiba - tiba, seperti ada rindu yang menjalar. entah rindukan siapa. 

Light Capture Cafe by H.O.N

Sinar

cadangnya nak makan sampai muntah. ada 5 senarai kafe nak jejak. tapi kita merancang Tuhan tentukan. ada satu je yang mampu pergi. HAHAH. sebab orang tu sibuk nak cari telefon baru. nasib baik gambar lawa. dengan jammed nya. makan tengahari pun dah nak malam. kesian. nasib baik lah sarapan dua kali. dekat rumah makan beberapa cubit kuehtiau goreng dan sepinggan nasi daging di alam sentral. boleh lah tahan sampai pukul 5 petang macam tu. 

kalau tidak, aku rasa aku dah bad mood dan malas nak berinteraksi dengan tasya. jadi satu - satunya pilihan kafe yang kami pergi ialah Light Capture. nak park kereta tu macam masalah sikit. kalau awak berani nak park mana - mana, okay lah. jenis fikir banyak kali, rasanya awak takkan datang sini kecuali kalau awak datang naik public. 

pergi kafe menaiki keretapi? senang je. naik lrt dan turun di stesen masjid jamek. jalan kaki dalam 350meter sahaja. kalau naik mrt, turun di dataran merdeka dan jalan kaki dalam 450meter. 

Pesan dan Makan Malam

Sinar

masa kami sampai, kedai penuh. kami pilih nak makan di tingkat atas. dekat bawah macam tak menarik sangat. menunggu juga beberapa minit. cara nak pesan makanan pun senang je. bila dah dapat tempat duduk, tunggu beberapa minit sehingga ada pelayan yang akan beri awak satu kertas yang ada qr code. awak cuma perlu scan qr code tersebut dan paparan menu akan kelihatan (eh skema ayat ya). pilih lah nak makan apa, kemudian masuk bakul dan sahkan pesanan. makanan akan sampai tidak lama kemudian ^^ selamat menjamu selera. 

cuma ada komen sikit pasal sistem tu. 

Kelemahan dan Kekurangan Sistem

Kelebihan
  • senang, mudah, cepat, kemas.
  • sistem ringan dan senang load
  • ciri yang mesra pelanggan
  • mengurangkan kadar pelayan menunggu pelanggan memilih menu. 
  • tak kalut - kalut nak pilih makanan sebab boleh fikir lama - lama.
Kelemahan
  • pelayan perlu ke meja pelanggan untuk beri kertas qr code - cadangan: mungkin kertas tu diberi ketika pelanggan masuk kedai (mungkin kena tambah menu untuk masukkan nombor meja?)
  • tidak ada paparan menu yang pernah dipesan - tambah ciri untuk pelanggan semak semula makanan yang pernah dipesan.
  • pelayan tak perlu datang ke meja pelanggan untuk print kertas yang memaparkan senarai menu (jimat kertas!) - cadangan: selepas sahkan pesanan, sistem memaparkan makanan yang dipesan. jadi di kaunter, pelanggan tunjuk je paparan telefon atau mungkin sebut je meja. okay tak?
overall, sistem okay. kadar penambahbaikan bukan satu hal yang perlu. sekadar cadangan sahaja untuk lebih baik dan kelemahan yang tersenarai tidak membeban pelanggan pun ^^ guna yang sedia ada pun okay je. pelayan pun baik je walaupun tengah sibuk, tapi dia boleh bantu untuk ambil gambar. terima kasih semua staf kafe! 

Sinar
harapan sering patah, namun cepat tumbuh, ketika hujan sedang lebat jatuh. 
kita pura pura berjuang, namun didalamnya sudah sepi, 
dinding dinding adalah saksi, bahwa jiwa ini sering disakiti. 
hari ini aku harus mengerti, bahwa jatuh bukan beerti mati, tapi hidup sedang dimulai.

 

Info Light Capture Cafe

Alamat
81 & 83, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
No tel
010-232 8183 
Facebook
Instagram
https://www.instagram.com/lightcapturecafe/?hl=en


lepas makan kenyang, lepak pavilion. kata tasya, hidup mati dia memang dengan pavi jela. tasya teman aku beli barang - barang hadiah untuk orang - orang penting dalam hidup aku. terima kasih tasya, sebab selalu mengisi kosong hati dan jadi kawan yang selalu teman aku waktu sepi. sayang awak ketat - ketat. hahahhaha

Sinar


Jumpa 'Abang'

hai abang. marilah aku kenal kan siapa budak ni. entah bila jadi friend dekat facebook. tapi aku perasan yang dia like - like gambar aku. aku stalk dia. jadi masa hari lahir mak, aku tanya mak nak apa. mak aku mintak benda aneh - aneh "bawa balik jodoh". halah - halah. menyampah. haha. selepas stalk profile beliau, aku pun pm dia. 

beberapa minit kemudian aku recall semula selepas aku perasan status dia 'in relationship'. takut woi kacau hak orang. petang - petang macam tu, dia tanya aku. apa yang aku recall. HAHAH. aku bagitahu niat aku, nak cari jodoh. dia layan jeee. sengal. 

lepastu sambung chat dekat whatsapp. berwhatsapp lah kami beberapa hari. lepastu aku confess dia untuk jadi abang angkat aku. dia nak. hahaha dah tua - tua ada abang angkat. aku teringat nazrol, staff mekdi masa tahun 2011 2012. aku confess nazrol untuk jadi abang angkat aku juga. dia layan aku dengan sangat baik sehinggalah terjadinya isu yang menyebabkan nazrol hilang tak berjejak. semoga kau baik - baik je bang. 

oh nama dia faizi. setiap malam sebelum tidur dia akan bacakan doa tidur. ah so comel. dia yang layan aku, borak - borak aku, sepi aku. aku rasa macam dia akan jadi pengganti nazrol. hahahhaa. macam selesa, macam dah lama kenal. lepastu aku yang ajak dia jumpa. kebetulan dia pun keluar hari yang sama. 

dia tak whatsapp aku tau beberapa jam, ingat dah kena palau. nak telefon macam serba salah. takut ganggu. naluri aku suruh aku call. eh, dia angkat! hahahha. dia belum sampai rumah lagi. dia onz je nak jumpa dekat pavi. jadi kami lepak dekat foodcourt je memandang kan dua - dua pun dah makan. hahah weyh perangai dia, boleh tahan sengal. macam nazrol! 

Tuhan bagi pengganti nazrol selepas beberapa tahun. cuma aku tak pasti berapa lama yang Tuhan bagi masa untuk aku kenal dia. tu jela. bukan tak yakin dengan Tuhan, tapi lebih kepada tak yakin dengan diri sendiri. 

Sinar

semoga Tuhan bagi masa yang lebih panjang untuk aku kenal 'abang' baru. terima kasih Tuhan, memberi bahagia dengan cara yang tak aku minta. punya baik Tuhan bagi aku hadiah. 
kita
seperti ketidaksengajaan
yang telah diatur baik
oleh Tuhan.

Memadam Sepi

Memadam Sepi



waktu hati aku tengah pecah, aku betul - betul rasa kosong. jiwa aku entah lah macammana. rasa nak menangis, rasa nak tarik rambut sendiri, tutup muka dengan bantal, pusing kiri kanan. semua serba tak kena. aku betul - betul macam nak hilang diri sendiri. mujur aku ada kawan yang memahami. aku minta izin tasya untuk datang tempat kerja dia, nak lepak situ. sampai malam dan ada tujuan lain juga. nak penat - penat. sampai lupa semua benda. 

Tasya Teman

Memadam Sepi

jadi hari sabtu minggu lepas, aku datang tempat kerja tasya. aku lunch dan dinner dengan dia. sabtu aku terisi penuh. sampai rumah jam 11 malam. lega. aku betul - betul rasa penat, aku terus tidur tak fikir apa - apa. dalam grab sepanjang perjalanan dari kl ke shah alam, aku menangis. aku macam orang putus harapan. macam orang bodoh. 

agaknya ini lah rasanya kalau hati pecah semacam tak ada harapan untuk hidup kedepan.  pemikiran aku masa ni, semuanya gelap. rasa bodoh. rasa gagal. sebab aku meletak kepercayaan pada orang salah. yakin betul aku pada hari pertama aku kenal, dia akan pilih aku sampai bila - bila. bullshit nya pemikiran aku yang selalu 'baik memikirkan tentang orang'. 

Memadam Sepi


tasya antara orang yang selalu ada dengan aku waktu aku jatuh dan berdiri. dia tahu semua hal - hal aku dari yang kecil sampai besar. kadang - kadang segan juga dengan tasya ni. sebab entah. macam banyak sangat dah susah kan hidup dia. jarang dia cakap taknak atau tak boleh kalau aku perlukan dia. 

tasya, terima kasih tau sudi dengan aku sampai harini. terima kasih untuk segala hal. 

Memadam Sepi


Masuk Semula

Memadam Sepi

kong kata dia nak datang kl, turun pavilion. aku mula - mula macam entah la nak react. aku whatsapp kong personal, cakap aku nak lepak dengan diorang tapi cam malu. jadinya otak aku kena basuh dengan kong. HAHAH. kong ni geng 7sun dulu. budak codm. clan yang aku mula - mula masuk yang aku fikir aku akan stay sampai bila - bila. disebabkan macam ada isu, aku keluar. 
 
aku ada lah pernah tulis pasal 7sun; capai 10k dan keluar clan. so korang boleh baca. weyh aku jumpa ahcik weyh, orang yang pernah aku suka dalam game dulu. hahaha. for sure, dia dah tak layan aku diwhatsapp lepas jumpa. kah! 

tapi tah. aku macam bersyukur sebab aku masuk balik dalam 7sun. kong sangat mengalu - alukan kedatangan aku. now, aku ada family baru. dari segi support life aku dan jadi kawan. thankss all. aku harap ini akan kekal sampai bila - bila. aku takde apa nak cerita sangat pasal diorang, sebab aku pun kali pertama lepak. 

nantila, kalau dah rapat. 

Yang Terbaik

Yang Terbaik


Yang Terbaik

beberapa minggu ni, memang aku kalut melalui fasa kecelakaan hati. jawapn nya sudah pun dijumpai; ternyata aku bukan pilihan. perjuangan aku bukan perjuangan besar - besaran, jadinya aku istihar aku kalah. biasa lah tu kan? hidup ini sebuah pilihan. memilih paling terbaik atau tetap tinggal menjalani hidup dalam keadaan terluka. biasa juga, kalau hidup bukan selalu kita menang, kadangkala kita kalah. 

belajar saja menerima walaupun dengan hati berat. kata orang alah bisa, tegal biasa.

bagaimana cara melupakan dengan 'mudah'? tak mudah mungkin, cuma pura - pura lupa. buat lah sesuatu sampai hati penat sampai tak sempat nak fikir hati baru disakiti dan hidup baru dikecewa. nanti balik kerja, dah penat. dah tak larat nak buat apa. hatta game, netflix semua dah terabai. terlalu runsing fikir hidup yang dah berakhir kononnya. 

mungkin waktu ini, cuma tuhan sedang menguji kekuatan hati dan mengajar aku beberapa hal. kalau tuhan tidak izikan, maka kita tak akan mengecap hal tersebut dengan bahagia dan tenang hati. 


Perpisahan

kehilangan memang perlukan ruang. ruang untuk bertenang dan cantumkan semula kepingan harapan yang dah terburai jatuh. itu biasa. hidup harus banyak belajar walaupun dari kekalahan lampau. kita akan lebih dewasa menilai manusia, dan lebih berhati - hati membuka hati. 

Yang Terbaik

walaupun sudah beberapa minggu aku rasa, aku manusia gagal yang dah lama hilang pedoman untuk hidup. tetap juga aku gagah pura - pura kuat. toilet menjadi saksi kejatuhan aku pada setiap kali aku pura - pura senyum. ah payah. masih belum ada yang dapat menghidu aku. lega. itu yag terbaik. kalau ada yang bertanya, aku paling kalah nak lawan air mata. aku lebih suka kalau orang buat - buat tak ambil tahu dan ambil kisah tentang aku. 

oh tiba - tiba hidup aku kembali resah bila aku tanya emak nak hadiah ulangtahun apa untuk tahun ni? meminta yang bukan - bukan pula. suruh bawa balik menantu. arghh. dah aku kena whatsapp kawan aku suruh carikan jodoh. wtf -..- HAHAH. aku rasa mamat tu taknak nye dekat aku. hahhaha. weyh tak boleh pakai cincin weyh. mesti nak hidup yang lebih baik. ha semoga jumpa jodoh la. 


Okay Sikit

alhamdulillah harini macam okay. thanks to Ahcik #codm, dan Danny #Mlife yang teman aku tengok netflix. dia kata "oh sweet juga eh tengok movie sesama, rasa macam ada kekasih. kali pertama aku buat macam ni."

hahaha bodoh. aku kenal danny ni dah lama, tapi baru beberapa hari yang lepas dia ajak aku vc. sebaik lepas vc, dia okay je layan aku tak berubah pape. takut aku. yela, aku cacat kan. 

mungkin tu cara aku 'merawat' hati. mencari damai dari orang - orang sekeliling. terima kasih yang sudi ada dan mengikhlaskan hati berkawan dengan aku.  

aku sedang menganyam bahagia dengan cara aku. doakan ya. ^^ semoga jumpa jodoh dengan orang - orang baik yang takkan tinggalkan aku sampai syurga. 

lega rasa. dah luah. oh lupa nak bagitahu. hee. waktu aku luka haritu, aku habiskan duit tempah 'baju baru' untuk blog. semoga lebih rajin update lepas ni. 

Lirik Lagu Tunggu Kamu Lah Ahmad ft. Aina Abdul

Lirik Lagu Tunggu Kamu Lah Ahmad ft. Aina Abdul

Lirik Lagu Tunggu Kamu Lah Ahmad ft. Aina Abdul

Tunggu, tunggu kamu
Aku tak biasa bila kau tiada
Tiada bersamaku
Kerana ku rindu segala tentangmu

Pulanglah kepadaku
Jatuh kau yang menyambutku
Sakit menyembuh lukaku
pedih sabar menunggu

Bila sedih, bila sedih panggil namaku
Kenang aku dalam hidupmu
Perpisahan sementara waktu
Akan ku tunggu, tunggumu

Tunggu, tunggu kamu…

Aku tak biasa bila kau tiada
Tiada bersamaku
Kerana ku rindu segala tentangmu
Pulanglah kepadaku

Jatuh kau yang menyambutku
Sakit menyembuh lukaku
edih sabar menunggu

Bila sedih, bila sedih panggil namaku
Kenang aku dalam hidupmu
Perpisahan sementara waktu
Akan ku tunggu, tunggu

Jatuh kau yang menyambutku
Sakit menyembuh lukaku
pedih sabar menunggu

Bila sedih, bila sedih panggil namaku
Kenang aku dalam hidupmu
Perpisahan sementara waktu
Akan ku tunggu, tunggumu

Bila sedih, bila sedih panggil namaku
Kenang aku dalam hidupmu
Perpisahan sementara waktu
Akan ku tunggu, tunggumu

Tunggu, tunggu kamu…
Tunggu, tunggu kamu…
Tunggu, tunggu kamu…

Lirik Lagu Jiwa Pusing Tuju

Lirik Lagu Jiwa Pusing Tuju


Lirik Lagu Jiwa Pusing Tuju

CHORUS
Jiwa pusing, semakin dalam,
hati gundah terganggu,
Semakin runsing, air mata malam,
bunyi nya tak berlagu,

sekarang pusing,
hayati dalam hati,

VERSE 1
Siapa boleh lihat warna hati?
Siapa lagi yang boleh dalami?
aku tanya bukan sebab sunyi,
sebab ini tentang soal hati,

Apa maksud perjalanan hidup,
mengejar sempurna takkan cukup,
Apa terjadi di waktu hidup,
Bekalan hari lain sudah cukup?

dalam ketenangan muncul pertengkaran,
bermula munculnya kesilapan,
dalam kehidupan bukan perbualan,
di mana hasutan kehidupan

tiba masa rebah,
siapa yang sambut tangan ku?
suatu masa ke arah ku,
Biar jalan yang berliku,
sakit tetap ku kan tempuh

CHORUS:
Jiwa pusing, semakin dalam,
hati gundah terganggu,
Semakin runsing, air mata malam,
bunyi nya tak berlagu,

sekarang pusing,
hayati dalam hati,

VERSE 2
Kembali Kembali ke diri,
terduduk sehelai fantasi,
hingga helaian nya ke diri,
Realiti ego fantasi,

walau, ayat mengguris jiwa,
banyak berkata kata,
suara dalam kertas lama,
dari dalam kotak jiwa,

BRIDGE
(OHH NO)
suara dalam di hati,
Dalam,
Suara dalam di hati,
Dalam,
habis di waktu malam,

Jiwa pusing, semakin dalam,
hati gundah terganggu,

CHORUS:
Jiwa pusing, semakin dalam,
hati gundah terganggu,
Semakin runsing, air mata malam,
bunyi nya tak berlagu,

VERSE 3
maju,kehadapan harapan di permudahkan,
sambil,berjalan kita luaskan pandangan,
Malu,bertanya takut sesat jalan,
luaskan hubungan cari kawan bukan lawan, kan?

janji lampau buat ku nyanyi tanpa bunyi,
ku terdiam malam malam ku menebus mimpi,
Ku tuju diri ku dalam Lirik ini,
dengan pasti sementara waktu kan pergi,

CHORUS:

Jiwa pusing, semakin dalam,
hati gundah terganggu,
Semakin runsing, air mata malam,
bunyi nya tak berlagu,

sekarang pusing,
hayati dalam hati.