Nikmat

Nikmat

assalamualaikum, dan selamat pagi buat pembaca blog kanvasdakwat. kebelakangan ini, rajin betul aku menulis. semoga yang membaca juga tak henti - henti support aku. eh tiba. macam ada fans pula. entah - entah syok sendiri sahaja. 

jadi harini aku dengar ceramah yang tajuknya "nikmat Allah yang sering dilupakan". 43minit ceramah tu oleh ustaz izhar ariff. bukan nak riak acah - acah baik dengar ceramah. tak. aku cuma nak cakap yang, apa pun dugaan yang datang semua tu nikmat. takkan lah kena langgar kereta pun kena fikir itu nikmat. ya nikmaat. kena langgar, sebab belum mati. Allah masih izin kita untuk hidup. secara automatiknya, kite akan selalu rasa bersyukur. kena bersyukur?

ya bersyukur! kenapa? masih hidup dan masih merasa sakit. masih boleh tengok sekeliling, masih dapat menikmati warna, rasa, bau. bayangkan mati? dapat gerakkan jari menaip pun syukur. walaupun 'eleh tu je'. ya duh. aku rasa setiap perpuluhan saat yang berlalu, semuanya nikmat. tak boleh nak nafi. 

hatta, dapat tengok google pun nikmat. bayangkan saja kalau penglihatan kau ditarik? apa sahaja lah yang kau cuma nampak? barangkali hitam. itu pun kalau ada warna. 

Nikmat

putus dengan kekasih sampai rasa nak mati tempoh hari? eh tibee. tu pun nikmat juga. nikmat sebab Allah jauhkan dari orang - orang yang salah. Allah nak luruskan balik jalan kita yang bengkok. cuma bgaimana cara kita fikir adalah bagaimana sebenarnya kita memandang dan prasangka apa dengan Allah. pokoknya, yakin. Allah dah susun elok hidup kita. sentiasalah berprasangka baik dengan Allah juga.

dah bersukur hari ini? semoga yang membaca tulisan ini akan jadi manusia yang selalu bersyukur! 

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.