Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

hai rakan pembaca. dah lama tak menulis hal peribadi. disebabkan aku ke destinasi baru yang belum pernah dituju, aku simpan kenangan tu disini. aku ke tempat itu adalah kerana atas desakan orang yang teringin nak makan rusa. seawal 10.30 pagi aku sudah bertolak dari rumah kerana tempat yang hendak dituju tu, agak jauh dari tempat tinggal. 

macam balik kampung lagaknya. boleh kata kampung juga, sebab ke hulu betul masuk nya sampai ke felda orang. 

Makan Tengahari di Anuar Rusa Steak House

ke mana kami? destinasi yang dituju ialah anuar rusa steak house yang terletak di hulu selangor. perjalanan mengambil masa sekitar 1jam lebih. yelah, semata - mata nak makan rusa. apa istimewanya? mungkin sebab pernah viral dan menjadi bualan mulut orang menyebabkan kita yang dengar - dengar terasa nak pergi dan makan.  

mereka yang sukakan daging segar dari ladang mungkin boleh cuba menu disini. disini menu isimewa mungkin rusa, kerana nama kedai pun diletakkan perkataan rusa untuk menggambarkan rusa ialah sajian utama. tidak itu sahaja, disini juga terdapat menu lain seperti ayam, arnab belangkas dan ada beberapa menu lain. 

jangan terkejut kalau tiba - tiba kalian sampai di depan rumah orang. kedainya memang dibuka didepan rumah pemilik ladang berkenaan. rare! cuma pastikan kalian yang hendak ke sini, membuat tempahan awal 1 - 2 hari sebelum datang bersama dengan pilihan menu. bimbang kalau ada sekumpulan konvoi motor telah memenuhi kedai. kalian terpaksa menunggu ditengah panas matahari rembang. bersabar ya. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

kami mengalami kekeliruan sewaktu hendak menuju ke destinasi. terpaksa membuat pusingan di lokasi yang sama 2 - 3 kali. sedangkan memang nampak kedai tu. bukan masalah jin yang mengaburi mata, cuma tersalah masuk lorong barangkali. kebetulan laluan yang biasa diguna sedang ada pembinaan kecil membuatkan kami terpaksa melalui jalan lain untuk ke situ. 

pilihan menu kami ialah steak rusa dan set nasi bersama daging rusa masak lemak cili api. rating yang akan aku beri ialah 4.5/5. makanan cukup rasa, daging dimasak sempurna, tidak liat, yang penting sedap. cuma tak berbaloi kalau datang jauh - jauh meredah belukar, tapi makan ini ja. patut order lagi banyak. total hangus rm40++. makanan yang paling mahal disini ialah steak rusa yang berharga rm25. manakala untuk set nasi bersama daging rusa masak lemak cili api ialah rm17. 

Info Anuar Rusa Steak House
facebook: https://www.facebook.com/rusagedangsa/
instagram: https://www.instagram.com/farmrusaanua
no tel: 019-636 8316 


Sawah Padi di Sekinchan

sempat juga kami singgah mesjid felda gedangsa, hulu selangor memandangkan zohor telah sampai ke penghujung. usai itu kami berhasrat meneruskan perjalanan entah kemana. tidak ada hala tuju yang sempurna. sekadar meramal - ramal. mahu balik semula ke kuala lumpur tapi tidak melalui jalan tadi. jadi kami buka waze dan memilih sekinchan. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

perjalanan yang panjang memakan masa 1jam lebih telah menyebabkan kami singgah di petronas ah entah, lupa. menyempurnakan asar yang telah tiba. sempat juga dia ni beli aiskrim. panas betul disini, walaupun hakikatnya kami sedang kesejukan didalam kereta dengan penghawa dingin. eh tiberr. sweet juga abang saya; eh tiberrrr (sekali lagi). 

kalian jamulah mata dengan gambar tak seberapa. cuma ada dua. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan
dan bagaimana sebuah rasa kehilangan, 
tuhan akan selalu menyediakan cara
untuk mengembalikannya lagi.


Minum Petang di Keropok Losong Kuala Selangor

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

usai bergambar di sawah padi yang masih 'kecil', kami bergerak menuju ke kuala lumpur. sempat minum petang di keropok losong bersama kopi o. ketika itu, hujan renyai membasahi bumi. feel lain macam. saja hiperbola supaya kalian bisa membayangkan suasana ketika hujan jatuh ditemani kopi pekat bersama dengan keropok panas yang menyinggah perut.

betul - betul rasa macam balik kampung :') dah lama kan tak balik semenjak pkp ni. Allah bagi nikmat. 

terima kasih 'abang', tunjukkan jalan balik ke rumah dalam keadaan tak berapa nak sihat. semoga allah selalu jaga awak atas kebaikan awak. 

Hari Ahad di Jeram, Kuala Selangor

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

hari ahad tu, aku ke rumah maklong yang terletak di jeram kuala selangor atas urusan kenduri doa selamat. saja lah ber ootd baju kurung dengan iphone orang. kita android je awak. dengan sedikit bantuan vsco, gambar aku jadi begitu tampan! terima kasih kamera 'digital' yang sudi 'menangkap' aku dilensa. 

Melawat Hulu Selangor dan Sekinchan

menu wajib pada setiap kali kenduri di rumah maklong ialah nasi ambeng. 

Asal Usul Nasi Ambeng

Sekitar tahun 1890-1900, masyarakat Jawa yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka telah memperkenalkan salah satu juadah budaya masyarakat Jawa iaitu Nasi Ambeng ke Tanah Melayu. Nasi Ambeng terdiri daripada nasi putih yang dihidang di dalam dulang besar dan dilengkapi lauk-pauk seperti ayam masak ungkep, serunding kelapa, tempe goreng, mee goreng, sambal goreng Jawa dan ulam. Namun, transformasi pemodenan menyaksikan lauk ayam telah dipelbagaikan seperti ayam masak kicap atau ayam goreng. Hidangan ini biasanya dikongsi bersama seramai 5 ke 6 orang.

Hidangan Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya oleh masyarakat Jawa. Ia biasanya dibahagi sama rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga apabila menghadiri sesuatu majlis kenduri. Nasi Ambeng ini sebenarnya melambangkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat. Tiada perbezaan jenis makanan bagi yang miskin dan kaya.

sumber: I Am Lejen

tiba - tiba rasa sedap pula. maklumlah, lama betul aku tak makan. selalu makan benda lain. nikmatnya. satu dulang aku kongsi bersama emak, nenek dan adik aku. habis kami makan (yang sebenarnya, separuh dari nasi tu telah dibahagikan untuk mereka yang berkunjung ke rumah). 


terima kasih tuhan, mengembalikan semula rasa sebuah kehilangan. semoga aku selalu merasa syukur dengan nikmat kecil yang engkau beri. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.