beberapa minggu ni, memang aku kalut melalui fasa kecelakaan hati. jawapn nya sudah pun dijumpai; ternyata aku bukan pilihan. perjuangan aku bukan perjuangan besar - besaran, jadinya aku istihar aku kalah. biasa lah tu kan? hidup ini sebuah pilihan. memilih paling terbaik atau tetap tinggal menjalani hidup dalam keadaan terluka. biasa juga, kalau hidup bukan selalu kita menang, kadangkala kita kalah.
belajar saja menerima walaupun dengan hati berat. kata orang alah bisa, tegal biasa.
bagaimana cara melupakan dengan 'mudah'? tak mudah mungkin, cuma pura - pura lupa. buat lah sesuatu sampai hati penat sampai tak sempat nak fikir hati baru disakiti dan hidup baru dikecewa. nanti balik kerja, dah penat. dah tak larat nak buat apa. hatta game, netflix semua dah terabai. terlalu runsing fikir hidup yang dah berakhir kononnya.
mungkin waktu ini, cuma tuhan sedang menguji kekuatan hati dan mengajar aku beberapa hal. kalau tuhan tidak izikan, maka kita tak akan mengecap hal tersebut dengan bahagia dan tenang hati.
Perpisahan
walaupun sudah beberapa minggu aku rasa, aku manusia gagal yang dah lama hilang pedoman untuk hidup. tetap juga aku gagah pura - pura kuat. toilet menjadi saksi kejatuhan aku pada setiap kali aku pura - pura senyum. ah payah. masih belum ada yang dapat menghidu aku. lega. itu yag terbaik. kalau ada yang bertanya, aku paling kalah nak lawan air mata. aku lebih suka kalau orang buat - buat tak ambil tahu dan ambil kisah tentang aku.
oh tiba - tiba hidup aku kembali resah bila aku tanya emak nak hadiah ulangtahun apa untuk tahun ni? meminta yang bukan - bukan pula. suruh bawa balik menantu. arghh. dah aku kena whatsapp kawan aku suruh carikan jodoh. wtf -..- HAHAH. aku rasa mamat tu taknak nye dekat aku. hahhaha. weyh tak boleh pakai cincin weyh. mesti nak hidup yang lebih baik. ha semoga jumpa jodoh la.
Okay Sikit
alhamdulillah harini macam okay. thanks to Ahcik #codm, dan Danny #Mlife yang teman aku tengok netflix. dia kata "oh sweet juga eh tengok movie sesama, rasa macam ada kekasih. kali pertama aku buat macam ni."
hahaha bodoh. aku kenal danny ni dah lama, tapi baru beberapa hari yang lepas dia ajak aku vc. sebaik lepas vc, dia okay je layan aku tak berubah pape. takut aku. yela, aku cacat kan.
mungkin tu cara aku 'merawat' hati. mencari damai dari orang - orang sekeliling. terima kasih yang sudi ada dan mengikhlaskan hati berkawan dengan aku.
aku sedang menganyam bahagia dengan cara aku. doakan ya. ^^ semoga jumpa jodoh dengan orang - orang baik yang takkan tinggalkan aku sampai syurga.
lega rasa. dah luah. oh lupa nak bagitahu. hee. waktu aku luka haritu, aku habiskan duit tempah 'baju baru' untuk blog. semoga lebih rajin update lepas ni.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.