Memadam Sepi - Mieza S Mieza S: Memadam Sepi

Memadam Sepi

March 05, 2021


waktu hati aku tengah pecah, aku betul - betul rasa kosong. jiwa aku entah lah macammana. rasa nak menangis, rasa nak tarik rambut sendiri, tutup muka dengan bantal, pusing kiri kanan. semua serba tak kena. aku betul - betul macam nak hilang diri sendiri. mujur aku ada kawan yang memahami. aku minta izin tasya untuk datang tempat kerja dia, nak lepak situ. sampai malam dan ada tujuan lain juga. nak penat - penat. sampai lupa semua benda. 

Tasya Teman

Memadam Sepi

jadi hari sabtu minggu lepas, aku datang tempat kerja tasya. aku lunch dan dinner dengan dia. sabtu aku terisi penuh. sampai rumah jam 11 malam. lega. aku betul - betul rasa penat, aku terus tidur tak fikir apa - apa. dalam grab sepanjang perjalanan dari kl ke shah alam, aku menangis. aku macam orang putus harapan. macam orang bodoh. 

agaknya ini lah rasanya kalau hati pecah semacam tak ada harapan untuk hidup kedepan.  pemikiran aku masa ni, semuanya gelap. rasa bodoh. rasa gagal. sebab aku meletak kepercayaan pada orang salah. yakin betul aku pada hari pertama aku kenal, dia akan pilih aku sampai bila - bila. bullshit nya pemikiran aku yang selalu 'baik memikirkan tentang orang'. 

Memadam Sepi


tasya antara orang yang selalu ada dengan aku waktu aku jatuh dan berdiri. dia tahu semua hal - hal aku dari yang kecil sampai besar. kadang - kadang segan juga dengan tasya ni. sebab entah. macam banyak sangat dah susah kan hidup dia. jarang dia cakap taknak atau tak boleh kalau aku perlukan dia. 

tasya, terima kasih tau sudi dengan aku sampai harini. terima kasih untuk segala hal. 

Memadam Sepi


Masuk Semula

Memadam Sepi

kong kata dia nak datang kl, turun pavilion. aku mula - mula macam entah la nak react. aku whatsapp kong personal, cakap aku nak lepak dengan diorang tapi cam malu. jadinya otak aku kena basuh dengan kong. HAHAH. kong ni geng 7sun dulu. budak codm. clan yang aku mula - mula masuk yang aku fikir aku akan stay sampai bila - bila. disebabkan macam ada isu, aku keluar. 
 
aku ada lah pernah tulis pasal 7sun; capai 10k dan keluar clan. so korang boleh baca. weyh aku jumpa ahcik weyh, orang yang pernah aku suka dalam game dulu. hahaha. for sure, dia dah tak layan aku diwhatsapp lepas jumpa. kah! 

tapi tah. aku macam bersyukur sebab aku masuk balik dalam 7sun. kong sangat mengalu - alukan kedatangan aku. now, aku ada family baru. dari segi support life aku dan jadi kawan. thankss all. aku harap ini akan kekal sampai bila - bila. aku takde apa nak cerita sangat pasal diorang, sebab aku pun kali pertama lepak. 

nantila, kalau dah rapat. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.