sumber: google |
cari damai diseluruh pelosok dunia dan bertemu jalan - jalan Tuhan. kebahagiaan dan sinar ada disitu. terpulang bagaimana kita melukis dan menerimanya sebagai bahagia atau derita. tiba - tiba macam dapat idea nak letak lagu hijau bumi Tuhan. padahal entri pasal kafe hisptur, tiberrr! memang lately aku habiskan duit aku diluar. buat masa sekarang aku tak boleh merasa sepi. nanti aku akan nangis tiba - tiba, seperti ada rindu yang menjalar. entah rindukan siapa.
Light Capture Cafe by H.O.N
cadangnya nak makan sampai muntah. ada 5 senarai kafe nak jejak. tapi kita merancang Tuhan tentukan. ada satu je yang mampu pergi. HAHAH. sebab orang tu sibuk nak cari telefon baru. nasib baik gambar lawa. dengan jammed nya. makan tengahari pun dah nak malam. kesian. nasib baik lah sarapan dua kali. dekat rumah makan beberapa cubit kuehtiau goreng dan sepinggan nasi daging di alam sentral. boleh lah tahan sampai pukul 5 petang macam tu.
kalau tidak, aku rasa aku dah bad mood dan malas nak berinteraksi dengan tasya. jadi satu - satunya pilihan kafe yang kami pergi ialah Light Capture. nak park kereta tu macam masalah sikit. kalau awak berani nak park mana - mana, okay lah. jenis fikir banyak kali, rasanya awak takkan datang sini kecuali kalau awak datang naik public.
pergi kafe menaiki keretapi? senang je. naik lrt dan turun di stesen masjid jamek. jalan kaki dalam 350meter sahaja. kalau naik mrt, turun di dataran merdeka dan jalan kaki dalam 450meter.
Pesan dan Makan Malam
masa kami sampai, kedai penuh. kami pilih nak makan di tingkat atas. dekat bawah macam tak menarik sangat. menunggu juga beberapa minit. cara nak pesan makanan pun senang je. bila dah dapat tempat duduk, tunggu beberapa minit sehingga ada pelayan yang akan beri awak satu kertas yang ada qr code. awak cuma perlu scan qr code tersebut dan paparan menu akan kelihatan (eh skema ayat ya). pilih lah nak makan apa, kemudian masuk bakul dan sahkan pesanan. makanan akan sampai tidak lama kemudian ^^ selamat menjamu selera.
cuma ada komen sikit pasal sistem tu.
Kelemahan dan Kekurangan Sistem
Kelebihan
- senang, mudah, cepat, kemas.
- sistem ringan dan senang load
- ciri yang mesra pelanggan
- mengurangkan kadar pelayan menunggu pelanggan memilih menu.
- tak kalut - kalut nak pilih makanan sebab boleh fikir lama - lama.
Kelemahan
- pelayan perlu ke meja pelanggan untuk beri kertas qr code - cadangan: mungkin kertas tu diberi ketika pelanggan masuk kedai (mungkin kena tambah menu untuk masukkan nombor meja?)
- tidak ada paparan menu yang pernah dipesan - tambah ciri untuk pelanggan semak semula makanan yang pernah dipesan.
- pelayan tak perlu datang ke meja pelanggan untuk print kertas yang memaparkan senarai menu (jimat kertas!) - cadangan: selepas sahkan pesanan, sistem memaparkan makanan yang dipesan. jadi di kaunter, pelanggan tunjuk je paparan telefon atau mungkin sebut je meja. okay tak?
overall, sistem okay. kadar penambahbaikan bukan satu hal yang perlu. sekadar cadangan sahaja untuk lebih baik dan kelemahan yang tersenarai tidak membeban pelanggan pun ^^ guna yang sedia ada pun okay je. pelayan pun baik je walaupun tengah sibuk, tapi dia boleh bantu untuk ambil gambar. terima kasih semua staf kafe!
harapan sering patah, namun cepat tumbuh, ketika hujan sedang lebat jatuh.kita pura pura berjuang, namun didalamnya sudah sepi,dinding dinding adalah saksi, bahwa jiwa ini sering disakiti.hari ini aku harus mengerti, bahwa jatuh bukan beerti mati, tapi hidup sedang dimulai.
Info Light Capture Cafe
Alamat
81 & 83, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No tel
010-232 8183
Facebook
Instagram
https://www.instagram.com/lightcapturecafe/?hl=en
lepas makan kenyang, lepak pavilion. kata tasya, hidup mati dia memang dengan pavi jela. tasya teman aku beli barang - barang hadiah untuk orang - orang penting dalam hidup aku. terima kasih tasya, sebab selalu mengisi kosong hati dan jadi kawan yang selalu teman aku waktu sepi. sayang awak ketat - ketat. hahahhaha
Jumpa 'Abang'
hai abang. marilah aku kenal kan siapa budak ni. entah bila jadi friend dekat facebook. tapi aku perasan yang dia like - like gambar aku. aku stalk dia. jadi masa hari lahir mak, aku tanya mak nak apa. mak aku mintak benda aneh - aneh "bawa balik jodoh". halah - halah. menyampah. haha. selepas stalk profile beliau, aku pun pm dia.
beberapa minit kemudian aku recall semula selepas aku perasan status dia 'in relationship'. takut woi kacau hak orang. petang - petang macam tu, dia tanya aku. apa yang aku recall. HAHAH. aku bagitahu niat aku, nak cari jodoh. dia layan jeee. sengal.
lepastu sambung chat dekat whatsapp. berwhatsapp lah kami beberapa hari. lepastu aku confess dia untuk jadi abang angkat aku. dia nak. hahaha dah tua - tua ada abang angkat. aku teringat nazrol, staff mekdi masa tahun 2011 2012. aku confess nazrol untuk jadi abang angkat aku juga. dia layan aku dengan sangat baik sehinggalah terjadinya isu yang menyebabkan nazrol hilang tak berjejak. semoga kau baik - baik je bang.
oh nama dia faizi. setiap malam sebelum tidur dia akan bacakan doa tidur. ah so comel. dia yang layan aku, borak - borak aku, sepi aku. aku rasa macam dia akan jadi pengganti nazrol. hahahhaa. macam selesa, macam dah lama kenal. lepastu aku yang ajak dia jumpa. kebetulan dia pun keluar hari yang sama.
dia tak whatsapp aku tau beberapa jam, ingat dah kena palau. nak telefon macam serba salah. takut ganggu. naluri aku suruh aku call. eh, dia angkat! hahahha. dia belum sampai rumah lagi. dia onz je nak jumpa dekat pavi. jadi kami lepak dekat foodcourt je memandang kan dua - dua pun dah makan. hahah weyh perangai dia, boleh tahan sengal. macam nazrol!
Tuhan bagi pengganti nazrol selepas beberapa tahun. cuma aku tak pasti berapa lama yang Tuhan bagi masa untuk aku kenal dia. tu jela. bukan tak yakin dengan Tuhan, tapi lebih kepada tak yakin dengan diri sendiri.
3 Comments
wow happynya
ReplyDeleteSuka tengok blog ni. Masukkan cerita dan puisi. Menarik
ReplyDeleteterima kasih kakak! <3
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.