Sunday, March 20, 2016

Cara Membersihkan Cookie dan Cache di Crome

Cara Membersihkan Cookie dan Cache di Crome

Cara Membersihkan Cookie dan Cache di Crome

Apa itu Browser Cache?

Browser Cache merupakan sebuah lokasi penyimpanan sementara di komputer untuk menampung pelbagai jenis file yang telah didownload oleh browser ketika menampilakn sebuah website. File-file yang didownload tersebut adalah elemen yang membentuk sebuah website,seperti file html, CSS style sheets, JavaScript scripts, gambar, dan pelbagai lagi konten multimedia yang lain.

Seandainya kita mengunjungi kembali website yang sama, maka browser akan memeriksa konten yang pernah terdapat di cache sahaja. Ini akan mengurangkan kadar penggunaan bandwidth dan server. Selain itu, website juga akan dapat di akses dengan cepat.


Apa itu Cookie?

Cookie adalah merupakan suatu file atau data ataupun informasi yang tersimpan di dalam komputer kita yang berupa data setting


Bagaimana cara membersihkan cookie dan cache di crome?


  1. Open Chrome. 
  2. On your browser toolbar, click the Chrome menu (penjuru sebelah kanan atas). 
  3.  Click More tools > Clear browsing data. 
  4.  In the box that appears, click the checkboxes for "Cookies and other site and plug-in data" and "Cached images and files." 
  5.  Use the menu at the top to select the amount of data that you want to delete. Choose beginning of time to delete everything. 
  6.  Click Clear browsing data.

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih



*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

BEAUTY STUFF GIVEAWAY BY SALLY SAMSAIMAN

BEAUTY STUFF GIVEAWAY BY SALLY SAMSAIMAN



"Kenapa Sally perlu berikan barangan SimplySiti @ Nature Republic kepada saya..?" 
Kerana saya memerlukan set penjagaan muka yang terbaik untuk diri saya.

Saturday, March 19, 2016

Harapan Belum Mati

Harapan Belum Mati

Harapan Belum Mati
Awan sedang berarak, menutup terik mentari yang sedang hangat memancar bumi. Burung galak beterbangan kawanan kembali ke sarang. Man masih mendongak langit biru. Muka nya masih seperti tadi, ketat dan kelat. Seolah - olah harapan sudah mati. Sudah tiada lagi peluang untuk dia kembali ke pangkal jalan yang lurus dan putih. Memori semalam tak pernah hilang dan terpadam. Asyik terhidang dalam tidur malam, hingga terjadi mimpi ngeri. Emak sudah buang Man. Emak sudah tidak mahu mengaku siapa Man. Seolah Man orang asing yang tidak pernah emak kenal dan bela. Setitik - setitik air mata nya jatuh. Biarlah dilihat orang. Malu Man sudah hilang. Sudah tiada. Hanya wujud malu untuk seketul penyesalan tak terbelah bahagi.

Bahu Man ditepuk dari belakang. Lima jari sebesar hot dog melekat tawar. Man menoleh kebelakang. Air matanya diseka perlahan lalu menguntum senyuman pada empunya diri yang menepuk bahu.

"Man, kau ok tak? Sorang je ke ni?"
"Haah. Sorang je. Aku bosan duduk dekat rumah sorang. Budak - budak lain kerja."
"Dah lama sebenarnya aku perhatikan kau. Kau ada masalah kan?"
"Tak lah."
"Rilek lah Man. Aku bukan baru kenal kau. Dah lama Man. Dah lama kita ni jadi jiran sekampung. Sampai lah sekarang ni ha. Kau tak boleh tipu aku lah."

Man membawa pandangannya jauh ke arah sekumpulan budak sedang bermain bola. 

"Pasal emak aku Lan."
"Oh. Tak payah lah kau cerita. Aku tahu. Dah ramai yang bawa mulut. Aku cuma nak dengar dari mulut kau sendiri. Tapi, aku tak pernah salah kan kau Man. Bukan salah kau pun. Kadang - kadang benda ni datang sebab nak menguji. Mujur kau masih belum terlambat kan? Kau masih mampu nak sedar dekat mana kau berpijak."
"Hmm. Aku sekadar nak mencuba. Sebab kawan - kawan. Mungkin salah aku sebab berkawan dengan kawan macam tu."
"Rileks lah. Kau masih ada peluang."
"Peluang apa Lan?"
"Peluang untuk kau menjadi manusia normal macam orang biasa."
"Ada ke tempat untuk aku pulih? Sedangkan emak yang pernah bela aku pun buang aku. Inikan lagi orang yang tak pernah bertalian darah dengan aku."
"Ada Man. Harapan selalu ada dan akan terus ada sampai kau mati. Kemudian, segalanya terserlah kau dan bagaimana jalan kau mahu pilih. Masih wujud manusia yang mahu membantu kau."
"Siapa?"
"CCSC!"


Harapan Belum Mati

Apa itu CCSC?

Cure and Care Service Center (CCSC) adalah pusat aktiviti harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.

Tujuan Penubuhan CCSC?

  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan berkaitan permasalahan dadah.
  • Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan 'caring'.
  • Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.


Jenis Perkhidmatan yang Ditawarkan?

  • Jagaan harian (daycare)
  • Residensi


Maksud Jagaan Harian dan Residensi?

  • Jagaan Harian (daycare) adalah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara harian sahaja bermula jam 8.00pagi sehingga 5.00 petang.
  • Residensi adalah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara penginapan bagi tempoh 1 - 3 bulan.


Syarat dan Kriteria Untuk Menjadi Residen CCSC?

  • Bebas dari menghidap penyakit berjangkit/kronik (cth: HIV, AIDS, Tibi, Hepatisisi Penyakit Kusta, Epilepsi)
  • Tidak mempunyai masalah psikatrik (cth: gangguang mental, sakit jiwa)
  • Tidak berada di bawah pemerhatian polis atau kes jenayah.


Maksud 'open access' yang Diperkenalkan di CCSC?

Melalui inisiatif yang diambil daripada Government Transformation Programme (GTP), AADK telah memperkenalkan perkhidmatan open access (kemasukan terbuka) kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah untuk datang secara sukarela, tanpa prasyarat dan tanpa ikatan perundangan ke mana-mana CCSC untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah.

Maksud Psikososial?

Program Psikososial adalah program rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada klien bertujuan untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi kemahiran dalam mencegah relaps, pengetahuan berkaitan kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar kembali berfungsi sebagai individu yang normal di dalam masyarakat.

Prinsip dan Kaedah Kemasukan?


  • Datang sendiri secara sukarela.
  • Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dan lain-lain.
  • Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO).
  • Rujukan dari C&C/CCRC/CVCVC dan lain-lain.


Kumpulan Sasaran?


  • Penagih / penyalahguna dadah.
  • Keluarga yang mempunyai masalah dadah.
  • Pelajar yang mempunyai masalah dadah.
  • Majikan.
  • Klien yang datang secara sukarela.
  • Seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai masalah.

Harapan Belum Mati
Harapan Belum Mati

Harapan Belum Mati

Cawangan?

Negeri : W.P Kuala Lumpur

AADK Daerah :  CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC)  MALURI
Alamat :  No. 192 ABC, Jalan Mahkota, Taman Maluri, 55100 Cheras, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : En. Farid Jeffry
No Tel : 03-9282 8411

AADK Daerah :  CCURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC)DESA REJANG
Alamat :  M-0-1 Blok M, Perumahan Awan Desa Rajang, Persiaran Rajang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : En. Fadli b. Ismail
No Tel : 03-41420773

AADK Daerah :  CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC) KERINCHI
Alamat :  No. 29, Tingkat 1 & 2, Jalan Pantai Murni 6, 54200 Pantai Dalam, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : En. Zawawi B. Haron
No Tel : 03-22411934

AADK Daerah :  CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC) CHOW KIT
Alamat :  No. 24A , 24B & 24C, Lorong Haji Taib 3, 50300 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : Pn. Hamsiah Binti Mohamad Zahari
No Tel : 03-4041 0467

AADK Daerah :  CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC) SAN PENG
Alamat :  Blok 9-00 & 10, Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, 55200 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : Pn. Siti Asmah Bt Wan Nik
No Tel : 03-9222 0312


Untuk lain - lain negeri boleh terus ke pautan ini Cawangan AADK


Segmen Blogwalking + Bloglist #3

Segmen Blogwalking + Bloglist #3

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join)

Strok Haba Melanda Malaysia

Strok Haba Melanda Malaysia


Strok Haba Melanda Malaysia

Tanda - Tanda Awal Strok Haba

  • Kerap sakit kepala
  • Mudah hilang fokus
  • Lidah menjadi bengkak
  • Suhu badan menlebihi 37 darjah selsius
  • Nadi berdenyut laju
  • Kulit kering dan kemerah - merahan
  • Dan tidak berpeluh
  • Badan lesu dan kerap pengsan
  • Tekanan darah rendah


Strok Haba Melanda Malaysia


Kembara KBBA9 Taman Negara

Kembara KBBA9 Taman Negara


Walaupun dah berapa minggu berlalu, aku tetap nak update juga. Sebab tak sempat nak mengarang entri untuk Kembara KBBA9. Hmm. Maaf lah sebab kelewatan sikit. Aku rasa, event ni antara yang paling meriah dan superb. Aku masih tak dapat nak lupa aktiviti - aktiviti sepanjang berada dekat sana. Walaupun tidur tak cukup, penat semua tapi berbaloi. Bila dapat melihat keindahan sekeliling Taman Negara. Aku harap, satu hari nanti aku dapat pergi merasa lagi sekali pengalaman yang indah.


Bertolak dalam pukul 8 malam macam tu, sampai sana dalam pukul 1 pagi. Dalam bas aku cuma tidur. Malas nak menikmati pemandangan. Lagipun gelap kan? Tak nampak apa. Jadi aku ambil kesempatan untuk tidur walaupun tak berapa nak lena sangat. Penginapan kitorang di Han Rainforest Resort. Mereka merupakan penaja utama yang menaja Kembara KBBA9.

Cantik :)


Best tau menginap dekat Han Rainforest Resort. Kalau korang dah penat melayan segala aktiviti dekat sini boleh lah ke pusat urut yang disediakan. Sepanjang kitorang dekat sana, jadual memang penuh. Memang tak sempat nak rehat. Rehat pun untuk tidur sahaja. Selebihnya dengan aktiviti yang menguji fizikal.
Ni dekat atas Bukit Terisek. Selepas menempuh perjalanan yang panjang. Tak ramai yang naik, sebab dah penat.

Aktiviti pertama, Jungle Tracking
Aktiviti kedua, Canopy Walk

Canopy Walk
Maaf ya kalau aku tak susun ikut susunan. Selepas tu, melawat perkampungan rumah orang asli. Siap berkhemah dekat tepi sungai dekat dengan perkampungan rumah orang asli tu. Hehehe.




Ada lagi satu aktiviti rapid shooting. Aku tak ada gambar, sebab aku tak bawak telefon. Nanti telefon rosak. Jadi ni ada video ihsan daripada Abang Shark. :) Jemput tengok .

Friday, March 18, 2016

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang


Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Berikutan daripada entri aku sebelum ini, tentang Pembedahan Tulang Belakang. Aku terjumpa satu blog yang menerangkan serba ringkas tentang Implikasi Tulang Belakang. Jadi, mari lah baca. Buat ilmu sikit.


Apa itu Scoliosis? 

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit Scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani. 

Jenis - Jenis Scoliosis.

Idiopathic Scoliosis:
Merupakan jenis Scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada ‘penyebab yang tidak diketahui’. Lebih 80% dari kes Scoliosis adalah Idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’ yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic Scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori:
·Infantile idiopathic scoliosis (0-3 tahun)
·Juvenile idiopathic scoliosis (3-9 tahun)
·Adolescent idiopathic scoliosis (10-18 tahun).
·Adult idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di atas yang telah menginjak usia dewasa.
Congenital Scoliosis:
Berpunca dari pertumbuhan tidak normal yang berlaku ketika peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 6 minggu pertama.

Neuromuscular Scoliosis:
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, atau pun muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat Scoliosis kerana mereka mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’.
Adult or Degenerative Scoliosis:
Scoliosis yang tidak dikesan & dirawat diperingkat awal usia. Juga merujuk kepada kes Scoliosis yang telah dirawat melalui implant, tetapi berulang kembali.Osteoporosis, disc degeneration, a spinal compression fracture juga boleh menyumbang kepada kewujudan Scoliosis di usia dewasa.

Jika dibiarkan?

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Jika dibiarkan, tulang belakang akan menjadi lebih teruk dan organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung akan berhimpit. Masalah yang akan timbul seperti sesak nafas, sakit sendi yang teruk, pitam dan mungkin akan membawa maut. kebanyakkan pesakit Scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal. Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri, murung, sedih, kecewa dan juga putus asa. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit Scoliosis. Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok. Pesakit akan mengalami perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah. Buanglah rasa sifat takut dan berdiam diri. Jika anda sedar ketidak normalan pada tubuh anda, cepat-cepatlah berjumpa doktor. 


Rawatan.

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Rawatan awal amat perlu kepada setiap pesakit Scoliosis. Rawatan seperti pergi mengurut adalah tidak digalakkan, disebabkan Scoliosis ni melibatkan tulang belakang, adalah wajar jika anda membuat rawatan di hospital. Pengambilan ubat tahan sakit juga tidak disarankan doktor, ini akan mengakibatkan hati pesakit rosak teruk. Kebisaannya rawatan yang dibuat di hospital adalah rawatan Fisioterapi dan rawatan susulan oleh doktor pakar. Orang yang mengidap Scoliosis mungkin pergerakannya terbatas dan tidak dapat membuat pekerjaan normal seperti orang lain. Malah untuk bersukan pun agak terbatas bagi pesakit Scoliosis. Jika terlampau teruk, pembedahan adalah rawatan yang perlu diambil. 

Kos rawatan Scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plate & kabel, ditambah lagi ianya adalah pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini. Kos rawatan di hospital kerajaan adalah diantara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital. Walaupun kos pembedahannya agak mahal sehinggah mencecah ribuan ringgit, janganlah bimbang dan rasa putus asa, kos rawatan tersebut pasti boleh dirujuk pada badan kebajikan masyarakat. 


Sumber [1][2][3][4][5]

Pembedahan Spinal Implant

Pembedahan Spinal Implant


Pembedahan Spinal Implant



"Saya Muhammad Harith Aiman bin Yasir' Arafat akan menjalani pembedahan SPINAL IMPLANT di HOSPITAL KUALA LUMPUR

pada tarikh 25 APRIL 2016.(ISNIN)
Sy mohon ahli keluarga, sahabat dan semua mendoakan agar sy selamat menjalani pembedahan tersebut. Sekiranya ada yg bermurah hati, Boleh menyumbang bagi menampung kos rawatan sepanjang di hospital . Sumbangan boleh disalur kan ke .
Nama: muhammad Harith Aiman bin Yasir'Arafat
No akaun :164221546888
Bank:MAYBANK
Jasa kalian amatlah sy hargai.,hanya allah yg mampu membalas."



Pembedahan Spinal Implant

Pembedahan Spinal Implant

Pembedahan Spinal Implant

Pembedahan Spinal Implant

Dipetik dari Facebook Aiman Kecik


Semalam Yang Hangat

Semalam Yang Hangat

Semalam Yang Hangat


#Repost @akid.akram with@repostapp
・・・
Sometimes it takes a good fall to really know where you stand, and i mean it, literally, i went to Bukit Cerakah, Taman botani shah alam, with this friend of mine@7kecik, apparently we both on offday and I'm used to the intentional solitude of being alone at home. But then i thought i should also take a day off from surrounded by walls and actually go out to have a taste on nature (i did went out on my birthday, yesterday ). Fortunately, there is a perfect recipe for doing this, its called hiking . So i called mieza, n she was actually are out in aeon shah alam attending Sushi King grand opening launching, with her fellow blogger friends, so i asked her, n before i know it, we at bukit cerakah, renting bicycle, which i think i have not ride one since forever, (so ill guess i edy saw tht coming) so there we are, riding around, taking pictures, then sitting on wooden bench in the middle of this paddy-field-ish landscape there, we sit talk and about life, while drinking 'coconut juice', mieza n i are friends from way back in secondary school, but after we further study, we havent really get to hang out as much together, so when we had the chance to meet, we will try to reconnect with each other , but this time, we are actually meet to reconnect with ourselves, life is too crowded, and in our way of trying to get a long or fit in with certain types of people, we lost bits (in my case, quite a lot kot) of ourselves, so we need a reset, to define what makes ourselves authentic. So then, on the way back, as we hving fun riding down the hill, i fell off the bike, so here i am, on working day, with bandages on my hand n leg, it stings like hell to be honest, but i felt kinda good, cuz in a way, i just overcoming my self imposed limitations..
"TERIMA KASIH KERANA BIKIN SATU CERITA UNTUK AKU KARANG"

Buku Jalanan - Menteri Rakus Media Bungkus

Buku Jalanan - Menteri Rakus Media Bungkus


Buku Jalanan - Menteri Rakus Media Bungkus

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King!


Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Mari lah aku cerita kan sedikit pengalaman yang pernah singgah. Aku ni jenis tak reti macam mana nak mula suka makanan pelik - pelik. Masa umur aku (baca: sekolah rendah) ayah aku rajin beli sushi (baca: sushi yang jual dekat pasaraya Giant tu). Satu bekas dalam RM10. Setiap kali habis membeli belah barang dapur, mesti ayah akan beli satu bekas sushi. Bila makan dalam kereta bercampur dengan penghawa dingin, serius bau sushi ni buat aku rasa macam nak muntah. Tak sedap!

Bau dia buat tekak aku kembang semangkuk. Sampai lah satu hari tu. Aku cuba juga rasa seketul. Hmm. Entah, terus nak lagi. Sampai lah sekarang. Kalau orang ajak aku makan sushi aku tak pernah menolak. Aku pun tak tahu lah apa jampi yang diorang letak dalam sushi ni. Sampai aku boleh suka dan cinta. 

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Kalau aku nak cerita pasal Sushi King, ini mungkin baru kali ke tiga. Kali pertama, aku tak ingat. Kali kedua makcik aku belanja makan Sushi King dekat Subang Jaya. Kali ketiga, inilah. Aku di Majlis Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Shah Alam. Semestinya aku sangat bahagia. Sebab sekali lagi aku dapat merasa seketul atau berketul - ketul sushi di Sushi King!

Lepas je ucapan VVIP semua, kami semua di bawa ke Restoran Sushi yang terletak di Tingkat 1. Kalau tak jumpa pergi cari Daiso. Kalau pening sangat (baca: Aeon Shah Alam besar sangat sampai tak jumpa Daiso), korang cari Japan Street. Nama pun Japan Street, mesti jumpa Sushi King. Kalau tak jumpa juga, aku syak kau ada masalah mata. Boleh pergi periksa di klinik berdekatan. 

Ni paling best, dapat merasa lagi ketul - ketul sushi. Kegemaran aku sushi yang ada biji - biji telur ikan. Bila aku gigit biji - biji tu dia meletup dalam mulut. Alahai comel nya. Sampai comot - comot lah meja aku makan. 

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam
Pandan Moshi dan Durian Moshi

Durian Moshi ni menjadi kegilaan manusia - manusia yang semeja dengan aku. Tapi aku dapat rasa, bukan cuma meja aku je yang gilakan Durian Moshi, tapi meja lain juga. Sampai berebut - rebut. Punya lah tiba - tiba jadi favourite masing - masing. Sebab ada durian dekat tengah - tengah ketulan moshi. Mencair je. Aku tak rasa, sebab aku tak minat durian :)

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Lot 606, First Floor, Aeon Shah Alam,
No. 1, Jalan Aquatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.



Friday, March 11, 2016

Siapa Jun?

Siapa Jun?


Siapa Jun?

Aku masih lagi tertanya dan tak tahu kenapa tajuknya 'Bercakap Dengan Jun'. Aku tak tahu Jun itu sebenarnya bagaimana dan dituju kepada siapa. Aku baca buku ni. Tapi aku termanggu - manggu. Sebab aku tak tahu apa yang aku baca. Dan ini merupakan buku ketiga Hasrul Rizwan yang aku baca setelah buku TUHAN dan JAHANAM . .
.
.
Mengisahkan tentang seorang lelaki dan Saigon yang tinggal di kawasan perumahan yang cuma dia satu - satu nya penghuni di taman itu. Menjadi bidan terjun tak bertauliah. Lalu hidupnya berubah setelah kehadiran Ranum. Anak kecil yang dijaga setelah ibunya pergi tanpa kata.
.
.
Lelaki yang siangnya mengenakan pakaian formal seperti staf di pejabat. Kerjanya? Bermula di dalam train. Kau perlu baca. Seperti aku. Baru kau faham apa jenis manusia yang pernah wujud dalam kehidupan di Kuala Lumpur. Berbau hamis dengan dosa - dosa. Mata lelaki itu meliar. Dia seorang pengumpul yang baik. Setiap barangannya di susun mengikut ciri keadaannya.
.
.
Sehinggalah suatu hari, dia berlari tidak cukup tanah.


Kisah Mak Nyah

Kisah Mak Nyah


Kisah Mak Nyah


Buku ini merupakan buku yang dah lama duduk dalam senarai. Baru kali ini aku berkesempatan menyambar. Aku tak pernah tahu isi dalam nya bagaimana. Aku cuma tertarik dengan tajuk "Mak Nyah" tapi tidak pula tertarik dengan kulit dan corak nya. .
.
Entah kenapa helaian awal - awal buat aku bosan dan rasa nak cepat habiskan. Di pertengahan, baru aku tahu siapa Mama sebenarnya. Aku cuma tahu dia seorang penulis berbakat. Tapi aku tidak tahu dia itu bagaimana. .
.
Tahniah kerana sampai hari ini mampu menjadi diri sendiri walau dikecam dihina. Tahniah. Tak semua manusia normal mampu menjadi sekuat dan setabah itu. Walau cuma baru dilempar sikit sudah jatuh, sudah mengalah, sudah kalah. Aku juga ada impian kecil dan angan - angan yang difikir orang sebagai impian atas langit. Hanya mampu berimpian dan tak kan mampu tertunai hanya kerana mahu menjaga hati - hati dan memuaskan manusia sekeliling. .
.
Aku juga di saat ini, masih berkira - kira pandangan orang sekeliling jika aku mahu jadi sesuatu. Sampai akhirnya, aku jadi gagal menjadi diri sendiri dan sudah tawar hati. Siapa pun Mama, ia tetap akan menjadi sumber inspirasi kepada manusia lain. .
.
.
Mungkin jika hanya berbicara tentang Tuhan kita tidak akan ada apa - apa. Kerana berbicara itu hanya datang dari manusia yang mengganggap diri mereka terlalu suci. Tuhan lah yang sebenarnya yang hanya layak menilai siapa kita pun sebenarnya. .
.
"Budaya Mak Nyah ini, disokong jangan, dihina pun jangan."
- REGINA IBRAHIM @regina508091
.
.
Aku beli buku ni di @terfaktab. Mendapat 50% diskaun. Nak jugak? Ada banyak lagi buku. Kau terjah je kedai diorang dekat Alam Avenue, Seksyen 16.

Kulit Bertambah Gelap Akibat Terlupa

Kulit Bertambah Gelap Akibat Terlupa


Ingat lagi tak tempoh hari punya entri yang dah berkurun? Yang ini Bangga Jadi Sebahagian Dari Kejayaan. Banyak aktiviti yang terdedah menyebabkan kulit aku bertambah gelap. Dah lah kulit aku ni tak putih mana. Lepastu, tambah lagi cahaya matahari. Ber dabel - dabel lah gelap ni ha. Itu lah aku degil. Tak nak pakai Magic Body Lotion dengan BB Cream dari COSMODERM! 

Kulit Bertambah Gelap Akibat Terlupa
Gambar sebelum aku pakai BB Cream
Terbakar kan kulit aku? Bukan setakat gelap, dengan terbako sekali aku dapat. Sebab masa tu matahari memang tengah merembang atas kepala. Aku pakai kain tutup kepala pun masih lagi rasa mencakar - cakar dia punya panas (baca: menyengat). 

Kulit Bertambah Gelap Akibat Terlupa
Ini lah BB Cream yang aku cakap tu. Aku pakai ni untuk trip kedua naik 4X4

Kulit Bertambah Gelap Akibat Terlupa

Nampak perubahan tak? Dah tak terbakar sangat kalau nak dibandingkan dengan tadi. Kan? Tu lah aku degil. Lepsa ni kalau nak pergi mana - mana aku kena bawa. Lagipun kecik je BB Cream ni. Mudah nak di bawa ke mana - mana. Tak makan banyak ruang dan ringan. 

Kulit Bertambah Gelap Akibat Terlupa

Ini lah Magic Body Lotion tu. Kenapa MAGIC? Ada kuasa magis ke? Aku rasa ada. Sebab masa perkhemahan dekat entri aku yang aku tulis pada perenggan atas tadi, aku pakai ni sebelum tidur. Tak kena gigit nyamuk langsung. Lepastu tempat rahsia yang aku selalu gatal aku sapu lah lotion ni. Dah lah sejuk, sekarang aku dah tak menggaru sangat. Memang terbaik lah Magic Body Lotion ni. Hebat. Memang ada kuasa magis pun. Aku rasa korang yang suka sangat pergi hiking, camping aktiviti lasak yang melibatkan persekitaran bernyamuk atau panas memang kena cuba benda ni. 

Bukan ni saja tau produk yang COSMODERM ada. Tapi ada banyak lagi produk yang best korang kena cuba. Nah, boleh semak dekat laman web ni : 

Pertama Kali Guna Asus PC Link

Pertama Kali Guna Asus PC Link


Pertama Kali Guna Asus PC Link

Mudah!

Peluang Untuk Menaja 150 Keluarga Miskin & Asnaf Bagi Bulan Mac

Peluang Untuk Menaja 150 Keluarga Miskin & Asnaf Bagi Bulan Mac



Bismilahirahmanirahim

Peluang untuk anda membantu keluarga miskin dan asnaf kini dibuka.
Kami membuka peluang kepada orang ramai, untuk membantu menaja 150 keluarga dari golongan miskin dan asnaf yang berpendapatan bawah RM1,000 sebulan yang memerlukan barang-barang keperluan asas untuk mereka meneruskan kehidupan melalui program "Pure Heart"

Untuk maklumat anda,
Kami telah pun melepasi fasa pertama program pada 27/2/2016.
Klik link di bawah untuk melihat koleksi gambar dan video sepanjang program Pureheart yang lepas :



InsyaAllah, dalam program kali ini kami akan memberikan sedikit pengisian rohani dan motivasi kepada keluarga tersebut selain memberi bantuan keperluan asas.
Untuk menaja.

1 tajaan = RM80

Bersamaan 1 kotak keperluan asas untuk keluarga tersebut meneruskan kehidupan.
Sekiranya anda ingin menaja keluarga ini, bolehlah berbuat demikian kepada akaun Maybank

Akaun : Maybank
Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
No acc : 56480 164 7699
Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat.
Anda boleh taja keluarga ini melalui link

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami :-

Yazid MVM- 013-355 6211
Semoga usaha ini dipermudahkan.
Amin...