Buku ini merupakan buku yang dah lama duduk dalam senarai. Baru kali ini aku berkesempatan menyambar. Aku tak pernah tahu isi dalam nya bagaimana. Aku cuma tertarik dengan tajuk "Mak Nyah" tapi tidak pula tertarik dengan kulit dan corak nya. . . Entah kenapa helaian awal - awal buat aku bosan dan rasa nak cepat habiskan. Di pertengahan, baru aku tahu siapa Mama sebenarnya. Aku cuma tahu dia seorang penulis berbakat. Tapi aku tidak tahu dia itu bagaimana. . . Tahniah kerana sampai hari ini mampu menjadi diri sendiri walau dikecam dihina. Tahniah. Tak semua manusia normal mampu menjadi sekuat dan setabah itu. Walau cuma baru dilempar sikit sudah jatuh, sudah mengalah, sudah kalah. Aku juga ada impian kecil dan angan - angan yang difikir orang sebagai impian atas langit. Hanya mampu berimpian dan tak kan mampu tertunai hanya kerana mahu menjaga hati - hati dan memuaskan manusia sekeliling. . . Aku juga di saat ini, masih berkira - kira pandangan orang sekeliling jika aku mahu jadi sesuatu. Sampai akhirnya, aku jadi gagal menjadi diri sendiri dan sudah tawar hati. Siapa pun Mama, ia tetap akan menjadi sumber inspirasi kepada manusia lain. . . . Mungkin jika hanya berbicara tentang Tuhan kita tidak akan ada apa - apa. Kerana berbicara itu hanya datang dari manusia yang mengganggap diri mereka terlalu suci. Tuhan lah yang sebenarnya yang hanya layak menilai siapa kita pun sebenarnya. . . "Budaya Mak Nyah ini, disokong jangan, dihina pun jangan." - REGINA IBRAHIM @regina508091 . . Aku beli buku ni di @terfaktab. Mendapat 50% diskaun. Nak jugak? Ada banyak lagi buku. Kau terjah je kedai diorang dekat Alam Avenue, Seksyen 16.
Post a Comment
0
Comments
Collaboration | Events | Reviews | Sponsorship
Kindly contact me at : kekapas@gmail.com
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.