Harapan Belum Mati
Awan sedang berarak, menutup terik mentari yang sedang hangat memancar bumi. Burung galak beterbangan kawanan kembali ke sarang. Man masih mendongak langit biru. Muka nya masih seperti tadi, ketat dan kelat. Seolah - olah harapan sudah mati. Sudah tiada lagi peluang untuk dia kembali ke pangkal jalan yang lurus dan putih. Memori semalam tak pernah hilang dan terpadam. Asyik terhidang dalam tidur malam, hingga terjadi mimpi ngeri. Emak sudah buang Man. Emak sudah tidak mahu mengaku siapa Man. Seolah Man orang asing yang tidak pernah emak kenal dan bela. Setitik - setitik air mata nya jatuh. Biarlah dilihat orang. Malu Man sudah hilang. Sudah tiada. Hanya wujud malu untuk seketul penyesalan tak terbelah bahagi.
Bahu Man ditepuk dari belakang. Lima jari sebesar hot dog melekat tawar. Man menoleh kebelakang. Air matanya diseka perlahan lalu menguntum senyuman pada empunya diri yang menepuk bahu.
"Man, kau ok tak? Sorang je ke ni?"
"Haah. Sorang je. Aku bosan duduk dekat rumah sorang. Budak - budak lain kerja."
"Dah lama sebenarnya aku perhatikan kau. Kau ada masalah kan?"
"Tak lah."
"Rilek lah Man. Aku bukan baru kenal kau. Dah lama Man. Dah lama kita ni jadi jiran sekampung. Sampai lah sekarang ni ha. Kau tak boleh tipu aku lah."
Man membawa pandangannya jauh ke arah sekumpulan budak sedang bermain bola.
"Pasal emak aku Lan."
"Oh. Tak payah lah kau cerita. Aku tahu. Dah ramai yang bawa mulut. Aku cuma nak dengar dari mulut kau sendiri. Tapi, aku tak pernah salah kan kau Man. Bukan salah kau pun. Kadang - kadang benda ni datang sebab nak menguji. Mujur kau masih belum terlambat kan? Kau masih mampu nak sedar dekat mana kau berpijak."
"Hmm. Aku sekadar nak mencuba. Sebab kawan - kawan. Mungkin salah aku sebab berkawan dengan kawan macam tu."
"Rileks lah. Kau masih ada peluang."
"Peluang apa Lan?"
"Peluang untuk kau menjadi manusia normal macam orang biasa."
"Ada ke tempat untuk aku pulih? Sedangkan emak yang pernah bela aku pun buang aku. Inikan lagi orang yang tak pernah bertalian darah dengan aku.""Ada Man. Harapan selalu ada dan akan terus ada sampai kau mati. Kemudian, segalanya terserlah kau dan bagaimana jalan kau mahu pilih. Masih wujud manusia yang mahu membantu kau."
"Siapa?"
"CCSC!"
Apa itu CCSC?
Cure and Care Service Center (CCSC) adalah pusat aktiviti harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dengan permasalahan dadah.
Tujuan Penubuhan CCSC?
- Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.
- Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan berkaitan permasalahan dadah.
- Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan.
- Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan 'caring'.
- Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.
Jenis Perkhidmatan yang Ditawarkan?
- Jagaan harian (daycare)
- Residensi
Maksud Jagaan Harian dan Residensi?
- Jagaan Harian (daycare) adalah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara harian sahaja bermula jam 8.00pagi sehingga 5.00 petang.
- Residensi adalah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara penginapan bagi tempoh 1 - 3 bulan.
Syarat dan Kriteria Untuk Menjadi Residen CCSC?
- Bebas dari menghidap penyakit berjangkit/kronik (cth: HIV, AIDS, Tibi, Hepatisisi Penyakit Kusta, Epilepsi)
- Tidak mempunyai masalah psikatrik (cth: gangguang mental, sakit jiwa)
- Tidak berada di bawah pemerhatian polis atau kes jenayah.
Maksud 'open access' yang Diperkenalkan di CCSC?
Melalui inisiatif yang diambil daripada Government Transformation Programme (GTP), AADK telah memperkenalkan perkhidmatan open access (kemasukan terbuka) kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah untuk datang secara sukarela, tanpa prasyarat dan tanpa ikatan perundangan ke mana-mana CCSC untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah.
Maksud Psikososial?
Program Psikososial adalah program rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada klien bertujuan untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi kemahiran dalam mencegah relaps, pengetahuan berkaitan kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar kembali berfungsi sebagai individu yang normal di dalam masyarakat.
Prinsip dan Kaedah Kemasukan?
- Datang sendiri secara sukarela.
- Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dan lain-lain.
- Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO).
- Rujukan dari C&C/CCRC/CVCVC dan lain-lain.
Kumpulan Sasaran?
- Penagih / penyalahguna dadah.
- Keluarga yang mempunyai masalah dadah.
- Pelajar yang mempunyai masalah dadah.
- Majikan.
- Klien yang datang secara sukarela.
- Seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai masalah.
Cawangan?
Negeri : W.P Kuala LumpurAADK Daerah : CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC) MALURI
Alamat : No. 192 ABC, Jalan Mahkota, Taman Maluri, 55100 Cheras, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : En. Farid Jeffry
No Tel : 03-9282 8411
AADK Daerah : CCURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC)DESA REJANG
Alamat : M-0-1 Blok M, Perumahan Awan Desa Rajang, Persiaran Rajang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : En. Fadli b. Ismail
No Tel : 03-41420773
AADK Daerah : CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC) KERINCHI
Alamat : No. 29, Tingkat 1 & 2, Jalan Pantai Murni 6, 54200 Pantai Dalam, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : En. Zawawi B. Haron
No Tel : 03-22411934
AADK Daerah : CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC) CHOW KIT
Alamat : No. 24A , 24B & 24C, Lorong Haji Taib 3, 50300 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : Pn. Hamsiah Binti Mohamad Zahari
No Tel : 03-4041 0467
AADK Daerah : CURE & CARE SERVICE CENTER (CCSC) SAN PENG
Alamat : Blok 9-00 & 10, Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, 55200 Kuala Lumpur, W.P. Kuala Lumpur
Ketua Pegawai : Pn. Siti Asmah Bt Wan Nik
No Tel : 03-9222 0312
Untuk lain - lain negeri boleh terus ke pautan ini Cawangan AADK
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.