Kembara KBBA9 Taman Negara
Walaupun dah berapa minggu berlalu, aku tetap nak update juga. Sebab tak sempat nak mengarang entri untuk Kembara KBBA9. Hmm. Maaf lah sebab kelewatan sikit. Aku rasa, event ni antara yang paling meriah dan superb. Aku masih tak dapat nak lupa aktiviti - aktiviti sepanjang berada dekat sana. Walaupun tidur tak cukup, penat semua tapi berbaloi. Bila dapat melihat keindahan sekeliling Taman Negara. Aku harap, satu hari nanti aku dapat pergi merasa lagi sekali pengalaman yang indah.
Bertolak dalam pukul 8 malam macam tu, sampai sana dalam pukul 1 pagi. Dalam bas aku cuma tidur. Malas nak menikmati pemandangan. Lagipun gelap kan? Tak nampak apa. Jadi aku ambil kesempatan untuk tidur walaupun tak berapa nak lena sangat. Penginapan kitorang di Han Rainforest Resort. Mereka merupakan penaja utama yang menaja Kembara KBBA9.
Cantik :) |
Best tau menginap dekat Han Rainforest Resort. Kalau korang dah penat melayan segala aktiviti dekat sini boleh lah ke pusat urut yang disediakan. Sepanjang kitorang dekat sana, jadual memang penuh. Memang tak sempat nak rehat. Rehat pun untuk tidur sahaja. Selebihnya dengan aktiviti yang menguji fizikal.
![]() |
Ni dekat atas Bukit Terisek. Selepas menempuh perjalanan yang panjang. Tak ramai yang naik, sebab dah penat. |
![]() |
Aktiviti pertama, Jungle Tracking |
![]() |
Aktiviti kedua, Canopy Walk |
![]() |
Canopy Walk |
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.