Beraya di Kuantan dan Melaka

Beraya di Kuantan dan Melaka

tahun ni tema baju raya 2024 adalah warna ungu. kenapa warna ungu? sebab kitorang recyle baju lah kononnya dari majlis tunang adik ipar; irsyad. rupanya aku tak update cerita pasal dia, jadi tak boleh nak tag entri hehehe. 

nama je recycle, tapi kena beli baju baru juga untuk aku. baju aku yang lama aku dah beri pada mak. elok je mak pakai. aku pakai macam sarung nangka ya tuantuan puanpuan. benci gila tengok. sebelum korang teruskan bacaan, sudilah kiranya korang menyumbangkan view dekat entri sebelum ini; raya 2024. terima kasih korang!


3hari2malam di Kuantan

kalau ikut perkiraan yang betul - betul, aku bertolak ke kuantan hari selasa tengahari dan sampai di kuantan waktu petang. aku bergerak ke melaka hari jumaat jumaat. tu 4 hari ke 3 hari eh? hahahhaa. penat lah nak kira. 

Beraya di Kuantan dan Melaka


Bersalaman di Pagi Hari Raya

aktiviti di pagi hari raya tu macam biasalah. sang lelaki ke masjid menunaikan solat hari raya aidilfitri dan sang perempuan akan menyiapkan juadah makan. salam bersalaman di hari raya memang selalunya lambat ye. hahaha

nak tunggu semua orang mandi. mekap. bersiap. makan. biasalah perempuan termasuk aku. selalunya aku makan awal dan tak tunggu orang lain. nanti iwan balik dari masjid, aku sediakanlah makanan untuk dia. dapatlah aku bersiap awal dan buat apa yang patut. 

selepas bersalaman raya, memang semua orang akan duduk berehat lunjur kaki kerana kekenyangan, cuaca panas, dan berehat selepas melakukan banyak kerja. jadinya hari raya pertama hanya beraya sesama ahli didalam rumah sahajalah. 


Bergambar Kenangan

Beraya di Kuantan dan Melaka

selepas selesai berehat atau mungkin sebelum berehat atau mungkin sebelum semua orang hilang dipandangan mata atau sebelum semua orang bertukar pakaian, adalah molek jika berkumpul dan bergambar dahulu kan? kalau tidak, memang tak ada gambar sempurna.

Beraya di Kuantan dan Melaka

ikutkan setiap tahun beraya selepas ada ipar dan bersuami ni, gambar memang tak sempurna. adik aku beraya belah isterinya. jadi dia tak ada di dalam gambar. setiap tahun begitulah. cuma tahun ini dia balik kampung raya ketiga. raya ketiga malam. sampai rumah kampung pun dah lewat pagi, semua orang dah ketiduran. 

aku dan iwan pula sibuk bersiap nak bergerak ke melaka. dia pula belum mandi. gambar raya memang incomplete! kalau korang perasan, banyak gambar aku post tak banyak gambar yang ada mak. sebab mak sibuk di dapur. kesian mak, jangan sedih ya.

Beraya di Kuantan dan Melaka

gambar kekluarga besar pun tak ada. sebab nak kumpulkan semua orang agak susah dan payah. tripod pula tak ada. jadi macammana? itulah sekarang aku macam bercita - cita nak beli kamera mirrorless, tapi harga nya mahal bapak! kamera dslr aku dulu aku dah jual sebab memerlukan wang waktu itu. rasa menyesal pula~ hmm. 


Lepak di Teluk Cempedak

Beraya di Kuantan dan Melaka

selepas semua orang dah habis rehat, aku ajak iwan dan adik aku keluar ambil angin. ingat nak lepak mall, tapi macam letih nak berjalan. sudahnya habiskan masa dekat teluk cempedak jelah. masyaallah, ramai betul warga asing ya. malu aku nak bersiar - siar. terasa seperti duduk di oversea sangat waktu itu. 


Masih di Kuantan Hari Kedua

 Beraya di Kuantan dan Melaka

hari raya kedua, kitorang semua beraya di rumah ashu dan paklong. raya kedua tu macam dah jadi kebiasaan untuk kitorang semua dijemput ke rumah mak mertua ashu. kitorang dijemput untuk 'rumah terbuka' / jamuan makan dengan hidangan menu berat. rumah ashu yang paling ditunggu ya. hehhee. setiap kali raya kuantan, memang tak sabar nak pergi sebab dapat makan sedap dan kenyang. harap ashu bacalah HAHAHH. punya tak malu. 


Jamuan Makan di Rumah Ashu (Paksu)


Beraya di Kuantan dan Melaka

belakang rumah ashu tu ada ladang. kena turun bukit sikit. background belakang memang astetik ala kampung gitu. macam biasalah. bergambar wajib! baru boleh post banyak gambar walaupun dah hari raya dah berlalu pergi. gitu kekdahnya. 

Beraya di Kuantan dan Melaka

nak bergambar dengan mak aku tak boleh dekat bawah, bahaya! mak aku masih dalam fasa membaik pulih diri kerana kemalangan tempoh hari. korang yang terlepas kisah tu boleh baca pada pautan ini mak ayah kemalangan motor. mak aku dah boleh berjalan, cuma dia perlukan 'tongkat' untuk menyokong kaki. jadi kita bergambar depan rumah ashu jela eh (menghadap rumah ashu). lighting memang on point. panas takpe, yang penting gambar cantik untuk tatapan sendiri dan umum. 


Beraya di Rumah Paklong

Beraya di Kuantan dan Melaka

selepas kenyang makan tengahari, kitorang semua bergerak ke rumah paklong pula yang terletak di indera mahkota. dirumah paklong, kami dijamu sate, mihun goreng dan kuih raya. sempat juga lah bergambar depan rumah sebab cahaya tengah cun. baru aku perasan, aku lupa nak bergambar dengan suamiku. hahahahhaa. 

ikutkan gambar ni ada 4 orang. tapi adik aku lagi sorang tu macam ada vibe berlagak sikit. so gambar dia tak ada. padan mu.ka! kau tengok lah adik aku yang duduk tengah tu. bukan main gedik lagi dia. hahahha geram betul aku tengok lah. 

aku, iwan, dan ayuni pulang awal sebab nak merewang tempat lain. kekdahnya lepak mall sebab nak cari lipstik. watson buat sales 50% - 60%. sayangnya lipstik yang aku inginkan sudah habis di kebanyakan cawangan watson. mungkin sebab ramai perempuan mencintai warna nude? 


Bergerak ke Melaka

hari raya ketiga (hari jumaat) aku dan iwan bersiap - siap untuk ke melaka. mak aku masak mihun goreng untuk sarapan pagi. iwan bagitahu aku yang perjalanan ke melaka mesti awal. tapi kan, aku suka mihun mak! aku pujuk dia suruh tunggu sampai mak habis masak. kita makan mihun dulu baru gerak! HAHAHAH.

aku pakai baju tshirt dan skirt sebab nak elakkan panas. nantilah aku tunjuk baju tu. aku pakai sebab tak perlu iron, senang. lagipun duduk dalam kereta je kan? nak tahu cerita kelakar? kononnya dari kuantan nak ke melaka tu lalu jalan dalam; muadzam shah. entah macammalah tersasar pergi sungai lembing. hahahha. 30 minit juga buang masa. 


Baraan Raya Rumah Syuhada

Beraya di Kuantan dan Melaka

sampai melaka pun dah malam. kitorang stuck dekat jambatan yang hangat diperkatakan. jambatan yang menyebabkan jammed sampai 3jam. kau gila? jambatan besi tu sebenarnya jambatan sementara. disebabkan banyak lori muatan berat lalu, plat besi tu macam terangkat. jadi kereta yang nak lalu akan memperlahankan kenderaan sebab takut plat tu terkopak / merosakkan kereta. 

lepas berehat dekat hotel, kitorang gerak pergi rumah syuhada (cousin iwan). dapatlah makan laksa dan duduk berehat. lama juga dekat sini. lama bagi aku sebab aku penat hahahha. penat duduk dalam kereta.


Lepak Mamak Setelah Sekian Lama

hari raya keempat, aku dan iwan bersiap agak lambat. maklumlah semalam tak cukup tidur. terus lepak mamak dan teruskan mencari lipstik yang aku nak. kan aku cakap, perempuan malaysia suka warna nude. semua cawangan kedai tak ada. geram betul. 

Beraya di Kuantan dan Melaka

kitorang terus ke rumah kampung ziarah cikjue, ayah dan keluarga yang ada disana. maklumlah tak sempat beraya kan. sempat lah beraya dekat rumah pakcik jauh (aku tak kenal siapa) dan melawat kuburan pak uda. aku dan geng perempuan memang tak keluar kereta pun. 

Beraya di Kuantan dan Melaka

lepastu kitorang pergi rumah kawan mak madi (isteri cousin iwan). dekat rumah ni memang lama gila ya. dari tengahari membawa kepada malam. mula - mula menunggu kawan sampai. nama kawan tu wan juga. eh cerita pasal wan. dalam kalangan diorang ni ada 2 wan tau. sorang wan ciecak, sorang wan gigi. HAHAHAHHA. yang nak datang tapi lambat sampai tak sampai - sampai tu nama dia wan gigi. letih woo menunggu dia. nasib baik aku duduk depan kipas sambil menikmati angin dan suasana kampung. aku lupa, dekat sini pun tak ada gambar. sedih doh. 

disebabkan kitorang menunggu lama, makcik tu jamu kitorang dengan makan malam. alhamdulillah kenyang. aku pun dapat bawa balik buah kedondong. rangup dan berlemak. puas dapat makan. nak beli tak tahu dekat mana kan. 

malam tu lepak dekat bandar melaka pusing town. hehehe. 


Pulang Ke Shah Alam

Beraya di Kuantan dan Melaka

esoknya aku dan iwan checkout hotel. lepastu makan tengahari. ingat nak makan tengahari sama - sama tapi tak jadi sebab kedai tu tutup. diorang makan tepi pantai tapi aku dan iwan tak join. lepas makan tu berkumpul balik dan gerak balik selangor sama - sama. 

lepastu makan dekat rnr apo tah lah aku lupa. ada lah 1 gambar kenangan dengan cousin. hehhe. 

itu sahaja untuk perkongsian hari raya 2024. terima kasih korang sebab sudi baca. maaf lah entri panjang berjela. 

Post a Comment

0 Comments