PEKERJA POS LAJU SILA TELUS BILA BEKERJA!

PEKERJA POS LAJU SILA TELUS BILA BEKERJA!

PEKERJA POS LAJU SILA TELUS BILA BEKERJA!
Ternyata ini bukanlah kali pertama, POS LAJU membuat masalah kecil begini. Sudah ramai yang menjadi mangsa. Ini bukan kisah aku. Ternyata aku masih belum mengalami sebarang masalah sepanjang menggunakan perkhidmatan POS LAJU. Aku cuma marah kan pekerja dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap barang - barang yang dikirim oleh si pengirim.

Ternyata, kerana "NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA." Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk aku gambarkan kepada kakitangan POS LAJU. Kerana seorang yang membuat perkara yang tidak amanah habis segondol kakitangan POS LAJU terkena tempiasnya. Sebelum menaip lebih panjang, aku memohon maaf andai ada perkataan - perkataan yang aku guna ada yang terlampau kasar dan tidak menghormati mana - mana individu. 

Pertama sekali, TAHNIAH kepada sebahagian kakitangan POS LAJU yang telah berjaya menjalankan amanah dengan baik tanpa sebarang gangguang atau masalah yang boleh mengakibatkan mana - mana individu bersikap tidak berpuas hati, termasuk AKU sepanjang perkhidmatan berlangsung. 

Yang kedua nya, aku sedikit berang apabila barangan yang dipos ayah telah sampai kepada penerima dalam keadaan tidak sempurna. Barangannya telah HILANG. Hanya paip yang diterima oleh PENERIMA. Kesal sungguh bagaimana kakitangan yang bertanggungjawab ini sanggup menggadaikan amanah yang digalas nya hanya kerana tamak. Maaf ya nak cakap. Barangan yang dipos tersebut adalah pancing yang telah di beli oleh orang Sabah. 

Aku terdengar perbualan Ayah dan Penerima mengatakan ini bukanlah kali pertama barang yang dipos tidak sampai dalam keadaan baik. Tak salah kalau aku katakan, mereka yang PANJANG TANGAN datangnya dari kakitangan POS LAJU sendiri. Aku yakin. Secukupnya yakin. Ini kerana barangan yang dipos telah pon ditandakan di bahagian item sebagai 'Pancing'. Jadi, dengan tanpa rasa bersalah, si PANJANG TANGAN lalu menggadaikan amanah dalam kerjaya nya adalah KAKI PANCING itu sendiri yang sedang bekerja sebagai kakitangan POS LAJU atau mana - mana bahagian yang secara langsung atau tidak langsung terlibat sepanjang barangan sampai kepada pihak PENERIMA. 

Ini adalah sebahagian yang pernah menulis tentang kekecewaannya sepanjang menggunakan perkhidmatan POS LAJU. Ini belum lagi status di facebook. Malas nak cari. Sebab dah banyak sangat. Ternyata jika ada yang menyarankan aku untuk membuat laporan kepada POS LAJU, adalah ternyata SIA - SIA. Kenapa aku kata kan sebagai SIA - SIA? Kerana barang sudah pun hilang. Apalah sangat POS LAJU nak buat dalam pengembalian barangan yang sudah dikirim? SIA - SIA. Tidak akan ada yang berubah. Melainkan KEKESALAN yang menggunung tinggi!




PEKERJA POS LAJU SILA TELUS BILA BEKERJA!

Ini adalah barangan yang telah dikirim. Aku tidak pasti sama ada gambar ini diambil ketika hendak di pos atau ketika sudah sampai di pejabat pos yang berkaitan. Paip tersebut telah dipotong. Ya! PANJANG TANGAN. si KAKI PANCING yang tidak amanah! Penerima sudah membayar harga pancing lalu barangan yang tiba hanyalah kosong. 

"Cubalah kalau suatu hari nanti (baca : aku tujukan kepada PEKERJA POS LAJU) kalau kau cuba mengirim barangan kau kepada seseorang, lalu barangan yang diterima TIADA. Atau kalau kau sudah membayar barangan tersebut, lalu kau hanya dapat kotak kosong. Lalu bagaimana reaksimu?" Fikir orang lain. Jangan sedap fikir tamak. Manusia ini memang tidak pandai langsung mahu jujur. Nanti kau terimalah bagaimana saatnya bila duduk dibawah. Biar kau ingat semula apa kau buat pada pelangganmu!"

Aku marah. Mengapa AMANAH sekecil ini boleh dianggap sebagai tidak ada apa - apa. Aku cuma nak mendoakan agar MANUSIA yang PANJANG TANGAN mengambil hak orang tanpa izin ini akan gagal dalam kerjayanya! Pekerja Pos Laju, Sila Telus Bila Bekerja! Jangan PANJANG TANGAN! 

Post a Comment

0 Comments