Siapa Jun?
Aku masih lagi tertanya dan tak tahu kenapa tajuknya 'Bercakap Dengan Jun'. Aku tak tahu Jun itu sebenarnya bagaimana dan dituju kepada siapa. Aku baca buku ni. Tapi aku termanggu - manggu. Sebab aku tak tahu apa yang aku baca. Dan ini merupakan buku ketiga Hasrul Rizwan yang aku baca setelah buku TUHAN dan JAHANAM . .
.
.
Mengisahkan tentang seorang lelaki dan Saigon yang tinggal di kawasan perumahan yang cuma dia satu - satu nya penghuni di taman itu. Menjadi bidan terjun tak bertauliah. Lalu hidupnya berubah setelah kehadiran Ranum. Anak kecil yang dijaga setelah ibunya pergi tanpa kata.
.
.
Lelaki yang siangnya mengenakan pakaian formal seperti staf di pejabat. Kerjanya? Bermula di dalam train. Kau perlu baca. Seperti aku. Baru kau faham apa jenis manusia yang pernah wujud dalam kehidupan di Kuala Lumpur. Berbau hamis dengan dosa - dosa. Mata lelaki itu meliar. Dia seorang pengumpul yang baik. Setiap barangannya di susun mengikut ciri keadaannya.
.
.
Sehinggalah suatu hari, dia berlari tidak cukup tanah.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.