Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King!


Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Mari lah aku cerita kan sedikit pengalaman yang pernah singgah. Aku ni jenis tak reti macam mana nak mula suka makanan pelik - pelik. Masa umur aku (baca: sekolah rendah) ayah aku rajin beli sushi (baca: sushi yang jual dekat pasaraya Giant tu). Satu bekas dalam RM10. Setiap kali habis membeli belah barang dapur, mesti ayah akan beli satu bekas sushi. Bila makan dalam kereta bercampur dengan penghawa dingin, serius bau sushi ni buat aku rasa macam nak muntah. Tak sedap!

Bau dia buat tekak aku kembang semangkuk. Sampai lah satu hari tu. Aku cuba juga rasa seketul. Hmm. Entah, terus nak lagi. Sampai lah sekarang. Kalau orang ajak aku makan sushi aku tak pernah menolak. Aku pun tak tahu lah apa jampi yang diorang letak dalam sushi ni. Sampai aku boleh suka dan cinta. 

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Kalau aku nak cerita pasal Sushi King, ini mungkin baru kali ke tiga. Kali pertama, aku tak ingat. Kali kedua makcik aku belanja makan Sushi King dekat Subang Jaya. Kali ketiga, inilah. Aku di Majlis Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Shah Alam. Semestinya aku sangat bahagia. Sebab sekali lagi aku dapat merasa seketul atau berketul - ketul sushi di Sushi King!

Lepas je ucapan VVIP semua, kami semua di bawa ke Restoran Sushi yang terletak di Tingkat 1. Kalau tak jumpa pergi cari Daiso. Kalau pening sangat (baca: Aeon Shah Alam besar sangat sampai tak jumpa Daiso), korang cari Japan Street. Nama pun Japan Street, mesti jumpa Sushi King. Kalau tak jumpa juga, aku syak kau ada masalah mata. Boleh pergi periksa di klinik berdekatan. 

Ni paling best, dapat merasa lagi ketul - ketul sushi. Kegemaran aku sushi yang ada biji - biji telur ikan. Bila aku gigit biji - biji tu dia meletup dalam mulut. Alahai comel nya. Sampai comot - comot lah meja aku makan. 

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam
Pandan Moshi dan Durian Moshi

Durian Moshi ni menjadi kegilaan manusia - manusia yang semeja dengan aku. Tapi aku dapat rasa, bukan cuma meja aku je yang gilakan Durian Moshi, tapi meja lain juga. Sampai berebut - rebut. Punya lah tiba - tiba jadi favourite masing - masing. Sebab ada durian dekat tengah - tengah ketulan moshi. Mencair je. Aku tak rasa, sebab aku tak minat durian :)

Pembukaan Outlet ke 100 Sushi King di Aeon Mall Shah Alam


Lot 606, First Floor, Aeon Shah Alam,
No. 1, Jalan Aquatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.



Post a Comment

3 Comments

  1. Nampak macam meriah je masa majlis pembukaan dorang....

    ReplyDelete
  2. Hati-hati sikit makan telur ikan tu... nanti ikan beranak dalam perut

    ReplyDelete
  3. Mochi durian paling best tapi mahal sangat

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.