Selamat Ulang Tahun Lahir Ke Dua Puluh Sembilan

Selamat Ulang Tahun Lahir Ke Dua Puluh Sembilan

alhamdulillah. aku makin cantik~ tiba. hahaha. takdelah. alhamdulillah sebab tuhan masih panjangkan usia aku untuk menikmati detik dua puluh sembilan. aku baru je memasuki umur yang baru. tahun depan nampak gaya aku akan menikmati angka 3 ya. ternyata aku makin tua. 

Selamat Ulang Tahun Lahir Ke Dua Puluh Sembilan


ATSKY, Damansara

Selamat Ulang Tahun Lahir Ke Dua Puluh Sembilan

atsky ni macam dah berlalu lalang dekat entri aku 2 3 kali kan? hahaha. haritu sambut anniversary, lepastu makan dengan kawan. bezanya ATSKY mana satu yang aku pergi. ATSKY ni ada banyak tau bukan 1 je lokasi dia. kali ni aku sambut ulangtahun lahir yang ke dua puluh sembilan. 

aku dengan iwan memang suka suasana dekat atsky. paling best dekat damansara lah rasanya. sebab aman je tak bising sangat. parking pun murah dalam rm3 macam tu. 



Sitting Rooftop

Selamat Ulang Tahun Lahir Ke Dua Puluh Sembilan
terima kasih hubbyku tolong potong ayam

harga pun tak mahal sangat. 1 portion pingan boleh makan 2 orang, jimat sangat. jaranglah habis kalau makan hahaha sebab perut kecil. haritu aku order chicken chop dan iwan pula order terderloin steak. air pula jus oren dan kopi o ais. untuk menu korang boleh semak disini; harga menu ATSKY, Damansara.

nak suasana romantik boleh duduk di bahagian luar, rooftop orang kata. kalau tak hujan best. heheh. romantik sebab ada pemuzik. lagu pun soft je. boleh la menikmati makanan sambil berbual dengan pasangan. 

ATSKY ni bukan hanya dikategori tempat romantik tau, boleh je bawa keluarga. tiada masalah. diorang ada meja bulat besar. layanan staff juga terbaik. 

Selamat Ulang Tahun Lahir Ke Dua Puluh Sembilan
iloveyou, hubbyku <3


dah habis makan tu balik lah memandangkan esok kerja macam biasa ~ hehee. sempat ambil gambar sebab background nya agak cantik! auto lah jadi lock screen phone kan. hehehe. 

terima kasih hubby ku!
Kemudaan tak pernah mengaku
Sebagai hidup bertarikh lahir
Membenci esok adalah halal
Selain memencilkan dirinya
Dari waktu - waktu lain
Hanya dihadapan cermin
Uban menjadi lilin ulang tahun
Yang dilihat sedang menyala
Merentung saya - seorang kelmarin.
Kerana terluka
Saya luluhkan
Kejujuran cermin
Yang memperakui usia diri
Sebelum pertanyaan tiba - tiba
Melompan dihadapan ;
'akan mudakah kembali setelah saya pecahkan takdir sendiri?'
- Mohilis

 

Karena pasangan yang baik bukanlah mencari seseorang yang telah sempurna, 
melainkan mereka yang siap untuk menerima bagian dari ketidaksempurnaan orang itu untuk kita isi dan lengkapi
Panji

 

Terima kasih Tuhan, untuk semua ke -cukup -an seluruhnya.

 

Terima kasih diri sendiri kerana sudah bertahan sehingga detik ini. Semoga tuhan tetap melanjutkan usia ku dengan menghadiahkan kesihatan yang kuat, hidup sederhana berbahagia di samping manusia manusia baik, rezeki dari pelbagai sumber dengan banyaknya, semoga hidup aku juga baik - baik saja menempuh umur yang baru.



Atsky Damansara
Alamat: A-3A-08, Dataran Cascade, Jalan PJU 5/1, 47810 Petaling Jaya, Selangor
No tel: 013-2351682 
facebook: atskydamansara/
Instagram: @atskydamansara

Post a Comment

2 Comments

  1. happy birthday. moga bahagia dunia akhirat dan bahagia bersama yg tersayang.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.