Penafian | Tentang Penulis | Hubungi


Tuesday, November 12, 2013

Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

Mieza S | 11/12/2013 08:37:00 PM | 2Comments |

Assalamualaikum, peace upon you.







Dengan ini shida menganjurkan Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 30.10.2013 dan akan tamat pada 12.11.2013 (2 weeks). Pengumuman pemenang untuk Part 2 akan shida umumkan setelah mendapat keputusan dari pihak penaja. Untuk Part 2 pilihan pemenang sepenuhnya dipilih oleh penaja dan juga berdasarkan Unique Click (jadi affliate) Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :




  syarat-syarat wajib :  


  1. Like  Page Penaja dan Share (klik pada button share dalam entri ini)  :  

  2. Like, G+ entri ini  dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini

  6. Wajib Daftar menjadi Affliate www.reddelima.com dan letak banner Affliate dalam blog (akan disemak oleh Penaja) : klik cara Daftar Affliate dengan 7 langkah mudah!








Senarai Hadiah  |  Senarai Peserta

Friday, November 1, 2013

November Giveaway by Cik Yaya.

Mieza S | 11/01/2013 03:59:00 PM | 2Comments |


Nak Join? Meh Klik Banner.

Wednesday, October 30, 2013

Pelabuhan itu

Mieza S | 10/30/2013 08:36:00 PM | 7Comments |





Pelabuhan itu, 
Semakin ia menghampiri, 
Meski ombak berhempas pulas,
Kenyataannya,
Perjalanan masih perlu diteruskan. 


Sifoo dot com

Mieza S | 10/30/2013 07:26:00 PM | 2Comments |





Dah lama nak share benda ni tapi masa tak mengizinkan. Banyak benda nak kena settle. Sabtu yang lepas aku ada join program yang Sifoo dot com anjurkan. Ada 4 program. Aku pilih photoshop memandang kan illustrator dah penuh. Tak sangka juga sebab program yang penganjur anjurkan tu sangat bagus. Rata rata yang datang tu semua nya memberi komen positif. Untuk orang yang macam aku zero level dalam bidang photoshop ni memang aku rasa tak sia sia aku join.



Walaupun aku cuma belajar asas tapi tu dah cukup untuk aku belajar banyak benda. Selama ni kalau aku bukak PS secara zahirnya aku cuma mampu tengok tanpa buat apa apa . Sebab aku tak tahu nak mula dari mana. Atau nak menggunakan macam mana hatta memasukkan sebarang gambar pun. Alhamdulillah, aku dah pandai sikit. Cuma perlu berlatih lebih lagi untuk jadi terror :')


Jadi aku rasa tu je kod yang aku nak kongsi untuk enrti kali ini. Serba ringkas dan padat. Insyaallah. 


** ELERT !! hadiah GA aku masih belum pos. Jangan risau aku bukan penipu. Aku menghadapi sedikit masalah. Barang korang akan sampai. Tapi akan mengambil sedikit masa untuk aku selesaikan semuanya. Maaf ye. Aku menghilang bukan sebab aku lari tapi sebab internet quota aku habis. hahahha. Benda normal bila dah akhir2 bulan macam ni kan. 





Thursday, October 17, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

Mieza S | 10/17/2013 12:13:00 AM | 6Comments |




Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini










Monday, October 14, 2013

Mulut Tak de Insurans ! - Wawa Zainal

Mieza S | 10/14/2013 10:34:00 PM | 7Comments |











Aku bukan pembela sesiapa. Kalau ikutkan benda halal buat apa nak sorok kan? Tu mungkin antara Wawa dengan Tuhan. Tapi aku tak rasa manusia manusia biasa macam kita harus melontar kata kata yang mampu mengguris hati si pemilik diri yang digembur gemburkan di media massa kala ini. Dia nak tipu apa ke sukahati dia lah. Tu hak dia. Kita siapa pulak nak halang dia untuk jangan menipu. ? 



Kalau penampilan Wawa dan Aeril sewaktu pertemuan media tu menjengkelkan mata orang ramai, kenapa nak ambil tahu pasal mereka? Ada pulak yang tak puas hati dengan penampilan Aeril yang dikatakan bajet ulama menggunakan hadis dan sewaktu dengannya. Wawa pula dengan penampilan bertudung. Biarlah. Kan manis bertudung. Kalau aku cakap orang yang tak puas hati dengan Wawa dan Aeril ni jeles agak agak ada tak yang cop aku ni "typical Malaysian"? 



Oh so what? Dah selama ni ada mulut mulut puaka cakap Wawa ni seksi la, dah kawin tapi peluk sana sini masa pengambaran. Jadi apa salahnya dia nak bertudung. Sekurang kurangnya dia menghormati media. Kalau dia hadir sesi pertemuan dengan media tu menjolok mata, dah orang cakap "Dah buat salah boleh pulak datang pakai macam ni ." . Manusia ni. Apa lah yang kau puas ? Samapi tengok orang jatuh depan mata kau baru kau diam dan senyum sinis. Gitu?



Bila Aeril tampil dengan berpakaian macam tu orang kata dia sah dah jadi ahli syurga. Jadi, selama ni kalau kau nampak orang berpakaian yang sedemikian kau boleh judge dia dengan kata hinaan dia adalah ahli syurga? Untung dia lah sebab dia berpakaian yang mampu buat dia ke syurga. Dari kau belum tentu nak pakai macam dia kan? 



Cuba lah lembut hati. Menerima kekurangan orang lain. Kalau kau cakap dia penipu, kau boleh diam. Itu cara dia. Kau pun mungkin ada cara kau sendiri kalau kau kat tempat dia kan? Tak payah susah nak jaga kain dia. Kain kau koyak pun kau masih tak sedar. Sewenang wenangnya aku tahu, penyebaran fitnah dan makin berleluasa. Haram, semua nak jadi kaki sembang. Aku tampil dekat sini, bukan nak tunjuk hero, nak melagakan dua pihak, atau menggelaah macam aku ni bagus sangat. Tak, hari hari aku ada buat dosa yang aku tak sedar. Aku masih macam korang. Tapi aku cuma nak orang berhenti mengata orang lain. Apa dia buat tu dalah dia dengan tuhan. Tak melibatkan hidup kau. 



Kalau dia cuit kau, baru kau layak nak panas. Tapi kalau setakat kau nampak dia buat jahat lepas tu, kau nak simbah simbah minyak. Tak payah. Kau bukan mengundang kebaikkan. Tapi kau mengundang banyak dosa sebab kau menjerumuskan orang lain dalam hal tu. Jadi aku rasa, diam lebih memadai untuk buat sesuatu menjadi reda. 



# Percaya atau tak, aku baru buat hipotesis. 
Semakin bertambah kebijaksanaan akal manusia, semakin bodoh perilakunya.


Selamat beramal.

FREE Phone Skins Giveaway for UiTM Students by iSkino

Mieza S | 10/14/2013 06:10:00 PM | 0Comments |


Apa itu iSkino? Haa, iSkino menjual pelbagai phone cases & skins, Laptop Skins, Tablet Skins, Netbook Skins & MacBook Skins yang amatlah awesome ! Paling penting, harganya pun berpatutan.




KLIK untuk ke LAMAN WEB iSkino.

Ni adalah contoh casing-casing yang ada di web iSkino







Casing fon adalah untuk pengguna iPhone, Nokia, Samsung, LG, HTC, Motorola, dan Blackberry. Ekslusif bukan ?

Mesti jiwa korang memberontak kuat , untuk dapatkan skins yang lawa-lawa ni ye dak ? Tanpa membuang masa, meh emei nak bagitau ada sebuah giveaway superb khas untuk mahasiswa UiTM sahaja ! UiTM Se-Malaysia !

Tadaa ! "RM1000 Worth of FREE Phone Skins Giveaway for UiTM Students!" organized by iSkino. Apa.. Percuma ? Iya.. Percuma ! *Wohoo





Untuk membesarkan peluang korang untuk menang hadiah yang ohsem ni.. *mesti korang nak menang kan ? Ada syarat & termanya (rules & regulation) :

1) Giveaway ini bermula 12/10/2013 - 11/11/2013.

2) Korang WAJIB student UiTM. Pemenang untuk bulan Oktober kena hantar salinan kad matrik kepada pihak iSkino nanti. 

3) Korang kena Like fanpage ni : FANPAGE iSkino 

4) URL GIVEAWAY ; RM1000 Worth of FREE Phone Skins Giveaway for UiTM Students

5) Korang ada 3 cara untuk mendapatkan "ticket" yang dikira sebagai point. Share giveaway ni, invite member-member korang untuk like fanpage ni & spin slot machine.


6) Details pasal peraturan-peraturannya ; di FANPAGE iSkino


Apa tunggu lagi ? Siapa yang nak kasi korang casing yang lawa-lawa secara percuma ? Iya, PERCUMA ! Giveaway yang amat simple, tidak memerlukan korang untuk buat entri pun ! Emei ulang sekali lagi, tidak perlu buat entri untuk giveaway ni.

GOODLUCK untuk korang yang join giveaway ni ya. Kalau ada pertanyaan, jangan malu jangan segan.. komen saja di entri ni ya.



Kalau korang nak cuci cuci mata nak tengok pelbagai skins dan casing yang akan mencuri hati korang, boleh la jenguk laman web iSkino di http://www.iskino.com.my/




MY FIRST GIVEAWAY

Mieza S | 10/14/2013 12:52:00 AM | 5Comments |



nak join? click --> s i n i


Komen : 

Blog okay, cuma nampak agak serabut. Cuma kemas kan dan susun agar ia tampak teratur.
Yang lain okay :') Tapi jangan tambah banyak widget. nanti lembab loading :D 

Sunday, October 13, 2013

Budak Bandung Laici

Mieza S | 10/13/2013 10:43:00 PM | 4Comments |





Dah lama sangat rasanya aku tak review. Harini aku nak riview sorang blogger lelaki. Tujuan aku nak review bukan untuk mendapat nama atau mencari populariti tapi sekadar memperkenalkan beliau pada pengunjung blog blog aku yang tak seberapa. Secara tak langsung akan terjalin satu ukhuwah baru disitu. Mulanya saling tak mengenali. 



Maaf tuan empunya Budak Bandung Laici. Aku ambil gambarmu tanpa kebenaran dan tanpa minta izin. Bila kau tinggalkan gambar gambarmu di blog, jadi aku fikir kau menggunakan nya secara public. Maaf sekali lagi. Aku mula rasa kewujudan Budak Bandung Laici ni semenjak aku meng google sesuatu. Sesuatu tapi aku lupa sebenarnya. Dari situ, aku mula tahu, Budak Bandung Laici ni memang suka blogwalking dan meninggalkan jejak pada sahabat sahabat blognya. 


Lepas encik google buat satu pertemuan dengan penjejakian blog beliau, aku mula rajin terjah entri entri dia yang lama. Apa yang buat aku tertarik nak baca entri dia ni, sebab cara penulisan dia yang bersahaja. Maaf kalau aku katakan, aku ni minat pada bidang penulisan. Dan aku terikut ikut cara dan gaya Gordon Ramsay (juri Masterchef US) saat membuat ulasan tentang makanan.



Jadi aku boleh katakan, cara penulisan Budak Bandung Laici yang bersahaja buat aku dapat rasa aura cara penulisan beliau. Macam mana aku nak bagitau perasaan tu biar korang dapat rasa sesuatu saat aku membaca setiap entri beliau. Sesuatu yang buat aku fikir, dia menulis bukan untuk buat orang baca entri dia dengan secara 'paksaan' tapi dengan kerelaan hati sendiri. Dia menulis menggunakan hati. Bukan pada buah fikiran yang melulu. Faham tak maksud aku? Yelah, kadang kadang ada sesetengah blogger cara penulisan dia lebih kepada macam bercakap sendiri dan mengharap orang lain baca. Macam aku jugak. Hakahaha. Dengan harapan entri yang aku baru update konon kononnya akan diterjah lah apa jadah la. Tapi dia ni istimewa sikit. 



Tapi aku rasa ade sesuatu yang comel ditinggalkan dalam entri beliau. Nak tau? Icon icon yang dia guna untuk menutup sesuatu entri. ontoh [-,-] [^,^] . Macam ada jiwa penyayang. Ceh. Konon. Aku cuba kongsikan apa yang aku rasa lah. Betul atau tak, itu tuan empunya badan je yang boleh jawab persoalan aku. Lagi satu, semenjak aku dah ubah template aku jadi kosong tak lagi berbunga madah, aku mula minat pada template yang berlatar kan warna putih. Memandangkan, Budak Bandung Laici ada ciri ciri tu, itu membuat kan aku makin suka nak bertenggek dekat blog dia. Sekadar membada entri entri lama yang ditinggalkan. 



Berkenaan header pulak, Budak Bandung Laici ni memang suka mengupdate header mengikut situasi. Aku baru je terjah blog beliau sebelum menulis entri ni. Dia dah tukar header dengan menggunakan tema "AidilAdha". sebelum ni, kalau tak silap aku header dia pasal "kemerdekaan". Jadi setiap kali adanya peristiwa peristiwa penting pasti header tu akan bertukar wajah. Rajinnya lah beliau. Cukup kagum. Header yang cukup simple dan menarik tapi mampu buat pengunjung mengerti akan makna gambar yang diulah pada header. 



Semenjak beberapa menjak aku mula cuti semesta, makin kerap aku jejak beliau. Harini selesai aku masukan beliau dalam bloglist istimewa. Aku nak baca penulisan dia hari hari. Bukan entri yang dia sampaikan. Bongok tak? Hahhaha. Ha korang. Terlupa nak bagitau, walaupun beliau seorang jejaka, tak salah rasanya kalau beliau memiliki bakat memasak. Beliau ni macam suka pada dessert :') Jadi beliau ada membuat perkongsian resepi. Aku tinggalkan link disini. 




Beliau juga rajin kongsi contest contest yang dianjurkan nuffnang atau seangkatan dengannya. Jadi aku rasa tak rugi kalau korang berkenalan dengan beliau :') **aku rasa dia peramah, tapi .. Mungkin . Tak mungkin dia akan tegur aku. -,- kbye


Jadi aku rasa cukup sampai situ je perkongsian aku. Meh terjah blog beliau --> Budak Bandung Laici

Cara Paling Mudah Menang iPhone 5

Mieza S | 10/13/2013 10:03:00 PM | 0Comments |




Ni memang pertama kali aku join contest gile kacang goreng. Hadiah memang awesome gile seyh. Tak rugi kalau korang join. Nak join? Jom ikut syarat mudah ni. Semudah ABC ;) di --> s i n i.



Entri Ulasan : 



Bismillah. Pertama sekali bila aku tekan je lnk blog tersebut, mata aku akan tertancap pada header yang cukup menarik. Bagi aku header tu nampak soft dan penuh dengan kelembutan dalam jiwa. Cuma satu je la masalah dia. Agak kurang sopan. Mungkin kalau lagi elok dengan gambar yang sedikit sopan dan penuh kelembutan dalam jiwa seorang ibu. Tema keseluruhan gambar memang dah cukup superb untuk buat orang tertarik dengan tag line  " Nutrisi Terbaik Untuk Pemulihan Ibu Berpantang" . 



Template secara keseluruhan nampak agak menarik. Sebab warna putih kan melambangkan kesucian. Senang cerita nampak lah bersih tanpa palitan warna warna yang mampu membingit pada mata. Tak la serabut. Baru lah nampak rilex dan cool je kan. Hihii. Mcam aku punya lah. Aku pun tukar template jadi warna putih, nampak lah bersih sikit blog aku. Loading memang tak ada masalah rasanya. Widget yang digunakan nampak banyak. Tapi bila aku teliti semua nya berketepatan dengan tema blog, Pengedar Shaklee yang menjual Set Bersalin Shaklee. Jadi aku rasa semua widget yang digunakan memang dah cukup perfect sebagai seorang pengedar dan juga blog yang memaparkan iklan :')



Entri pun disusun dengan cukup menarik. Tak nampak serabut sangat. Mungkin ada sesetengah orang suka pada entri bergambar. Atau ada orang lebih gemar membaca dari melihat pada gambar .Jadi untuk seimbang, pastikan kedua duanya disusun atur agar pengunjung tak terlalu bosan membaca entri yang diulas. 





Bismillah. Aku mungkin bukan pengguna wordpress, jadi aku tak boleh nak cakap lebih. Aku komen berdasarkan mata aku apa yang beliau nampak. Pertama sekali aku memang cukup suka pada blog yang tak terlalu banyak mixed warna untuk buat blog tu ceria. Sempoi sudah. Boleh jugak aku katakan dekat sini, blog superibudotcom memiliki satu ciri ciri yang aku cakap kan tadi. Berkenaan widget pun tak terlalu banyak. Padat tapi memadai untuk kegunaan seharian sebuah blog. Kesimpulannya, blog ni memang cukup cool dan sempoi. Harap lebih ramai lagi pengunjung akan bertandang diblog tersebut. :)




NAK MENANG iPHONE 5? --> S I N I



Segmen Saya Nak Barangan Blog!

Mieza S | 10/13/2013 08:49:00 PM | 5Comments |


nak join? click --> s i n i

Blogger Dapat Dosa Free??

Mieza S | 10/13/2013 12:10:00 PM | 9Comments |


Maaf. Tajuk entri mengundang padah. Jangan meniru aksi ini dirumah mahupun di mana mana yang berkaitan. Sekadar pertanyaan. Bukan jeles atau iri hati. Tapi sebagai budak baru dalam dunia ni, aku perlu bertanya agar jalan yang aku tempuh tak sesat. Memandangkan blog adalah satu platform dimana semua benda menjadi satu perkongsian. Mengambil pendekatan "Sharing is caring". Tak salah rasanya untuk berkongsian semua benda. Tapi harus diingat jangan sampai malu ke diri.



Berbalik kepada soalan aku tadi. Blogger dapat dosa free? Aku akui bila bercerita tentang artis rata rata ramai yang febret berlumba lumba nak update. Nak pulak viewer mencecah sampai 1k. Lagi seronok kalau artis itu sedang hangat diperkatakan. Jutaan rakyat akan mula meruncingkan jari atas tetaip keyboard untuk meng google gosip artis berkenaan. Seperti semua maklum. Sekarang ni tengah musim Wawa Zainal. Dashboard aku memang tak henti henti dengan entri gosip gosip panas tentang beliau. Wah, naik mencanak canak la view tu kan? Seronok tak? Tapi jangan seronok sangat. Tapi dapat dosa free menyebar fitnah secara tak sengaja.



Blogger dapat dosa free? Kenapa aku tanya macam tu? Yelah kita seolah menyebarkan sesuatu berita yang belum disahihkan. Kemudian kita seolah menyebar fitnah. Bukan ke tu akan mendatang kan aib? Bukan setakat satu pihak. Malah akan melaga lagakan banyak pihak. Sedangkan kita cuma menulis. Menulis. Sekali lagi diulangi hanya menulis. Bak kata pepatah , "Kerana mulut badan binasa". Tapi yang ni bukan sebab mulut tapi kerana penulisan penulisan yang mengundang fitnah. Kesian empunya badan. Terpaksa menghadap dunia dengan berbagai kritikan hebat. Sedikit sebanyak mengganggu kontrentasi dalam kehidupan.




Jadi sebagai blogger atau kata lain wartawan tak diiktiraf media yang hanya menyampaikan berita untuk peminat, adakah blogger dapat dosa free? Sebab aku pernah gak terbaca. Wartawan ni lah yang senang dapat dosa. Aku akui, dosa tu tak nampak. Tapi dengan apa yang dia buat tu, buat cerita sensasi untuk menaikkan ranking semata mata nak publisiti, fitnah tu merebak secara tak sedar, selagi tak dengar dari mulut tuan punya badan. Blogger macam kita kita ni dapat dosa free ke? Tak takut ke? Aku teringin nak update pasal berita sensasi. Aku pun nak juga naikkan view aku mencanak canak. Tapi aku fikir balik. Masih banyak jalan.

Saturday, October 12, 2013

Mutiara Kata

Mieza S | 10/12/2013 06:08:00 PM | 0Comments |


Tak perlu menjadi ornag lain untuk kelihatan sempurna. 

Bikin Dialog Gambar Minah Ni Kalau Nak Topup RM30

Mieza S | 10/12/2013 04:53:00 PM | 13Comments |


nak join? click --> s i n i


"Mana pulak cik abam ni? Orang dah tunggu lama. Risau benor lah hati.
Tok Imam dah siap. Ni rambut siap kuo kuo pulak. Apekehal?
Akak Andam da ta hingin mekap kali kedua dan ketiga. 
DOuble bak hang" .

Segmen TOPUP 24 Jam Aku Jejari Comel

Mieza S | 10/12/2013 04:45:00 PM | 0Comments |

nak join? click --> s i n i

GA October by Emas Putih

Mieza S | 10/12/2013 04:37:00 PM | 4Comments |


Hadiah :
Top Referral : Cash RM50 dan 40 hadiah untuk dimenangi



Kebakaran Kecil

Mieza S | 10/12/2013 04:31:00 PM | 0Comments |


Lokasi : Saujana Putra Lebuhraya Elit
Masa : Kira kira 6.15 pm / 11.10.2013






Thursday, October 10, 2013

Mini Giveaway EkaTikah Craft

Mieza S | 10/10/2013 08:03:00 PM | 6Comments |

Alhamdulillah, tiba sudah bulan 10 iaitu bulan yang dinanti-nantikan. Bulan yang mempunyai seribu satu makna bagi aku dan juga keluarga. Heee

Bersempena dengan hari baik, bulan baik dan juga merupakan bulan kelahiran aku *take note*, satu Mini Giveaway EkaTikah Craft akan diadakan. Hadiah semuanya berunsurkan craft. Mungkin hadiah tidaklah semahal mana, tetapi yang penting ikhlas dari hati. Hee

Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Qktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013.

Hadiah-hadiahnya:
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

-Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-

Syarat-syaratnya:
1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers
Blog Bila Jari Mula Menaip
3- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

4- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


5- Klik SINI SINI SINI dan SINI
6- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".
7- Copy code yang tersedia ada, paste di HTML entri anda dan publish.
8- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.

Mudah bukan? Tunggu apa lagi, klik banner EkaTikah Craft di atas untuk join.

Daun Kering

Mieza S | 10/10/2013 01:47:00 PM | 1Comments |



Daun daun kering,
Menggugur menghentam ke tanah,
Berserakkan,
Tak ada apa lagi yang tinggal di atas,
Yang tinggal hanya sisa daun yang masih utuh,
Membotak mengias si pohon tunjang,
Mereka mencebik,
Apa makna terus hidup,
Andai hiasannya tidak seindah,
Seperti semalam,
Daun daun kering,
Semakin menggugur,
Semakin layu,
Mengering dek panahan matahari tajam,
Semakin lama, 
Semakin sepi,
Sesepi malam tanpa bintang,
Semakin lama, 
Jiwanya semakin mati,
Terus mati terkubur,
Membajak meninggal seri.




Wednesday, October 9, 2013

MINI GIVEAWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3

Mieza S | 10/09/2013 06:59:00 PM | 2Comments |


nak join? click --> s i n i

Bangkit yang curam

Mieza S | 10/09/2013 02:41:00 PM | 7Comments |



Bangkit yang curam,
Kian tenggelam dalam rongga biru,
Kain curiga mulai menyirna membungkam,
Hanya kerana selipar,
Buruknya terngadah,
Namun tak pula dibedil,
Hanya sesekali bersuara,
Tidak puas seketika,
Yang cuma berlalu menjadi kelam,
Seketika, 
Bangkit nya menjengah kamar,
Beralun alun menapak,
Menodai jiwa sepi,
Perlahan lahan,
Selipar yang buruk,
Ditinggal berganti baru,
Hanya kerana, 
Bangkit yang curam.


Tuesday, October 8, 2013

Rindu Abang EkalDude

Mieza S | 10/08/2013 10:39:00 PM | 0Comments |

Lama rasanya aku tak update pasal EkalDude. Dulu masa mula- mula aku nak menapak dalam dunia blogspot ni, dia diantara orang yang banyak tolong aku. Aku banyak jugak cerita pasal dia dalam entri aku yang lama-lama. Dari situ aku belajar macam benda. Serius. Aku rindu blog dia. Dah lama dah dia tak update entri baru :'( .


Walaupun aku tak letak blog EkalDude dalam bloglist aku, aku tetap jugak menjengah blog dia. Tertunggu-tunggu entri baru. Makin lama makin takada. Hidup mati hidup mati je blog dia seyh.


Aku ingat lagi, dulu waktu aku tengah dungu macam mana nak buat header kebabom, dia lah satu - satunya blogger yang menghulurkan bantuan tanpa  mintak dibalas. Dia buat kan aku header. Aku nak tunjuk pun gambar dah tak ada. Ni lappy lain. Kalau ada dulu pun aku dah format lappy  ni banyak kali. So dah terbuang. Sayang. Dah tak ada kenangan.


Sekarang aku update cerita pasal dia semua dekat facebook. Tapi masalahnya facebook pun dia dah jarang update. Susah nak nampak batang hidung dia. Cuma kadang kadang dia banyak berseloroh dengan wajah kacak dia. Hahhaa. Oke dia comel. Anak mummy :'D .


Giler ah, bila teringat balik kenangan masa mula mula aku nak menapak dalam dunia blog ni banyak jugak lah cabaran. Mungkin orang nampak orang dungu macam aku yang mula mula nak bukak blog dan memiliki blog ni tak ada bende pun. Nampak biasa biasa. Sebagai kanak kanak dibawah umur, zaman masih sekolah batak jugak nak ada blog, cabaran paling besar ialah aku terpaksa menapak carik CC semata mata nak edit blog, dan update blog. Masa tu memang jauh. Kena lalu highway jalan kaki seyh. Paling best, aku pernah kena halau dari CC. Asal ada CC je aku bantai masuk.


Kebanyakkan CC area rumah aku tu banyaknya tempat judi. CC tu nak mengaburi mata pihak berkuasa je. Huhuuu. Aku ni dengan serabai habau nye. Lawak lawak. Lagi satu yang aku ingat. Waktu umur aku 14 tahun, aku mohon jadi pengawas pusat sumber sekolah. Aku bukan apa, aku cuma nak online. Hahha. Kalau jadi budak biasa dapat online sejam je. Tak boleh lebih lebih. Kalau jadi pengawas pusat sumber dapat lah online lama sikit. Tapi aku memang selalu sangat curik masa bertugas. Cikgu aku pernah baling rotan dekat aku.


Jantung aku habau seyh. Kecut tekak rasa takut gile weyh. Tapi masa tu akaun blog yang aku buat dah tak ada. Dah banyak sangat la. Kalau ada pun time tu aku tak berapa nak reti pakai. Sampai lupa paswed dengan e-mail segala. Ni blog blog yang aku dah tak guna. Lepas aku tukar link blog, terus je ada orang report kat aku, link blog aku dah ada orang amek. -,- .

http://kekapasberceloteh.blogspot.com/ - Ni paling latest sebelum aku guna http://www.kanvasdakwat.com
 http://kekapas.blogspot.com/ - Ni tak ingat lah.
 http://gulewkapas.blogspot.com/ - Ni zaman zaman batak dengan blogskin. Hahahha. Bila baca balik kelakar sangat. Ayat budak sakai mana tah kan. Hahhaha.


Tapi itulah semua kenangan. Eh aku dah merepek sampai mana tah. Actually main point dia kat sini, aku nak cakap, aku rindukan EkalDude. Aku tau, dia busy dengan study dia. Tapi, tah la. Dah lama aku tak gurau gurau kasar dengan dia kat facebook. Itu je yang menghubungkan aku dengan dia. Dalam banyak banyak entri dia. Ada satu entri dia, yang buat aku nangis. Entri tu entri bodoh bodoh je sebenarnya, tapi yang buat tersentak kat hati tu, sebab ikhlas nya dia berkongsi pengalaman dia. Dia nak bagitau dia bukan lah budak pandai macam yang orang pandang.


Dia cerita pasal family, dia cerita pengalaman dia sekolah dulu. Dia pemalas, itu ini . Apatah lagi. Pengakuan jujur dari hati yang tak semua orang nak kongsi kan? Memang serius terkesan kat hati gua seyh. Itu antara sebab kenapa dalam banyak banyak blogger , aku memang respect cara dia. Aku pandang dia sebagai blogger yang pandai. Tak sangka sampai harini, aku masih lagi berperasaan macam tu dekat EkalDude.


Sampai satu masa, aku jadikan dia sebagai idola aku dalam dunia blog. Bukan setakat aku amik dia sebagai contoh blogger yang tak kerek, tapi aku jugak jadikan dia idola aku dalam pelajaran. Nak kata dia hebat? Aku cakap dia hebat. Tapi dia cakap tak. Tapi aku tetap nak cakap dia hebat. Kadang kadang aku terfikir, antara lelaki dengan perempuan yang dapat sambung belajar dekat universiti, aku lebih rasa malu dengan lelaki.


Kita tau, masa sekolah rata rata budak lelaki ni pemalas, kerja sekolah tak pernah nak siap. Kan? Aku tak dapat bayangkan macam mana masa sekolah lelaki ni memang malas gila, orang pandang pun nak tak nak je. tau dorang ni apa lah sangat nak masuk universiti. Sekali bila aku dapat belajar kat universiti, bila aku terpandang budak lelaki yang cuma bawak pensil dan pen dalam poket, tub tub jadi pelajar terbaik. Padahal aku tau, diorang ni suka buang masa berpeleseran dan main game je kalau tension. Ke main bola ke apa ke. Kalau nak dibandingkan perempuan yang struggle gile bila study.


Sebab tu aku memang respect gila dekat budak lelaki yang dapat masuk universiti. Bukan aku nak menghina tapi aku jadikan diorang ni contoh terbaik aku :). Dan salah seorang nya EkalDude. Dia belajar untuk jadi siapa dia sekarang pada mata orang ramai, dengan cuma secebis kekuatan yang tinggal.

# lelaki tu pandai cuma diorang tak tunjuk je :') Sebab tu pemimpin dipilih dikalangan lelaki :'D



Baca entri dia  kat sini --> Siapa cakap Aku Budak Pandai ?

Andai aku dinikahi

Mieza S | 10/08/2013 02:47:00 PM | 3Comments |




Andai aku dinikahi,
Biarlah kekurangan ini tak pernah dinilai,
Biar aku kelihatan sama seperti mereka,

Andai aku dinikahi,
Biarlah hatinya merelakan,
Aku dicintai segenap waktu,

Andai aku dinikahi,
Biarlah tidak diungkit segala kekurangan,
Yang pernah terzahir atau tersingkap,

Andai aku dinikahi,
Biarlah kerana ketulusan,
Untuk mengajak aku membina bahagia,

Andai aku dinikahi,
Biarlah cinta ku dihargai,
Hingga ternanung disyurga Allah kelak,

Andai aku dinikahi,
Biarlah jiwanya redha,
Aku menjadi ibu pada anaknya,

Andai aku dinikahi,
Biarlah seluruh hidupnya disemadikan,
Sekadar mencintai aku,

Andai aku dinikahi,
Biarlah kerana kasihnya kepada Tuhan,
Menjadikan aku zaujah syurga,

Andai aku dinikahi,
Biarlah cinta pada Tuhannya,
Tak pernah terkurang walau sekelumit,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku hidup dalam ketenteraman,
Rumah tangga bahagia,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku meniti perjalanan,
Dengan kudrat melengkasi bersama,

Andai aku dinikahi,
Biarlah Tuhan menjadi saksi,
Bahawa hidup ini dijaga oleh Adam yang menyayangi,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku yakin,
Dia mampu menjaga seluruh hidupku,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku percaya,
Tuhan telah titipkan dia buatku,

Andai aku dinikahi,
Biarlah aku mengerti,
Dia lah cinta yang tak pernah ku jangka,

Subhanallah. Cinta yang terzahir hanya milik Allah yang tak pernah tersingkap dek waktu.
Subhanallah. Pelihara cintaku yang engkau kurnia hingga syurga abadi. 

TSHIRT BLOOGGERS DOT COM LIMITED EDITION PERCUMA

Mieza S | 10/08/2013 12:12:00 PM | 2Comments |



Untuk Blogger sahaja,,, siapa nak TShirt Blooggers Dot Com Limited Edition PERCUMA.


Syarat:

1- Ambil TShirt #Blooggers 

2- Buat entry mudah

Sila Komen "Saya Nak" di sini

Monday, October 7, 2013

Just be there

Mieza S | 10/07/2013 06:53:00 PM | 1Comments |


Terus hadapi kenyataan,
Kita berdiri diatas tanah,
Nyata lagi terang, 
Terus lah berada disitu,
Mengadapi kenyataan yang datang,
Sebagai manusia,
Kita sendiri tak boleh lari,
Dari menghadapi kenyataan itu,
Meski ia perit untuk dilalui.

Jadi lah setabah bayang bayang,
Walau sirna pada malam gelap,
Masih utuh wujud pada siang hari,
Itulah kekuatannya,
Mengejar tanpa lelah. 



1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY

Mieza S | 10/07/2013 05:55:00 PM | 10Comments |


nak join? click --> s i n i

Sunday, October 6, 2013

Hadirnya dinanti

Mieza S | 10/06/2013 10:41:00 PM | 0Comments |



Semalam, suda pun berlalu pergi,
Esok, masih tidak menjanjikan sebarang keputusan,
Mungkin,
Hadirnya masih dinanti pada ketikak ini,
Malamnya selalu berhasrat,
Agar esok yang mendatang akan berlalu,
Dengan penuh pengharapan,
Menjadi hari yang terbaik,
Sepanjang dalam langkah.


Kami Kembar Kami Geng

Mieza S | 10/06/2013 09:22:00 PM | 12Comments |

nak join? click --> s i n i


19 FEBRUARI


Easy Peasy Giveaway by FD

Mieza S | 10/06/2013 08:59:00 PM | 0Comments |

Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Plush toy LINE x 1, Powerbank Hello Kitty 5200 mAh x 1, barangan dekorasi x 1, MP3 x 1, Scented Powerbank 2600 mAh x 1, plain halfmoon shawl x 1, keychain Blogger x 3, bookmark limited edition x 5, topup RM5 x 2, voucher discount 10% untuk semua peserta

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Jasple Boutique, Preternatural Touch, Eymasu World Craft, Mojat Cerewet, dan Abam Ming.

Tamat 13 Oct 13, 10 malam

Andainya

Mieza S | 10/06/2013 12:58:00 AM | 1Comments |


Bila perasaan sayang menjengah,
Pintu hati mula terkuak,
Mengharap sang pencinta mampu mencintai setulusnya,
Namun,
Bayangan hati sedikit demi sedikit mula memudar,
Memandang pada diri yang serba naif,
Mampukah,
Kita ini mencintainya?
Kita ini menyayanginya?
Kita ini memilikinya sepanjang zaman?
Atau,
Apa mungkin dia yang seharusnya di aju kata pertanyaan hujahan,
Inginkah dia mencintai kita?
Inginkah dia menyayangi kita?
Inginkah dia miliki kita sepanjang waktunya?
Dengan hati yang cukup indah,
Penuh dengan keikhlasan,
Tanpa beralas sedikit akan rasa kekurangan,
Atau,
Mungkin saja dia akan bersahaja,
Meninggalkan kita atas dasar siapa kita sekarang,
Atau meninggalkan kita sebelumnya,
Andainya,
Kita punya waktu,
Untuk memiliki jasad dan jiwamu,
Nyata akan kita kerah segala bayang dan rasa,
Agar terus tegar menyimpan tiap kata coretan sayang,
Membelai hati kian memudarkan perasaan,
Agar bisa menyayangimu dalam alur waktu sepanjang masa,
Andainya,
Dia kita miliki,
Ingin sekali jasad dan jiwanya kita jaga,
Mengikut alun rentak irama kasih,
Andainya,
Kita bisa,
Sampaikan pada angin,
Menceritakan bagaimana,
Kita ingin menjaganya dengan penuh hemah kasih.
Dan andainya,
Dia mengerti,
Kita mencintai atas dasar siapa sebenarnya dia.


bila aku CINTA, aku mencintai sejujurnya, bila aku SAYANG, aku bersungguh menyayanginya, bila aku KASIH, aku kasih seikhlasnya, andai aku ditinggalkan, aku masih mampu tersenyum melihat bahagianya dia berlalu bersama insan tercinta :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.