Hai semua. Wot wot rindu sangat nak menaip dol. Serius tak tipu. Ni macam batak sikit sebab dapat menaip tau. Huhuuu. Minggu ni memang aku agak sibuk dengan latihan kawad. Kawad sempena kemerdekaan dengan kawad untuk pertandingan PERKAD , pertandingan kawad antara kampeni. Semalam pukul 5 pagi aku dah kena bangun. Bersiap nak pergi Dataran Segamat nak buat latihan untuk 31Ogos pada pukul 7pagi.
Ada yang datang tak esok kat Dataran Segamat? Hahha. Aku ada kat situ okay? Aku pakai baju komander *baju pinjam full set. Kitorang mungkin kontinjen pertama yang akan gerak, memegang bendera Malaysia dengan bendera Johor.
Eksited tok esok. Huhuuhuu. Semalam latihan dari pukul 7 pagi sampai kol bape tah. Dalam pukul 12 camtu kod. Laa tak lama tak? Malam tadi dapat rehat. Tapi tetap juga ada kawad untuk latihan PERKAD., Serupa tak rehat. Ye dak? Tapi memang best lah join komander ni.
Walaupun aku tahu, ramai student yang suka memandang hina, memandang sinis, memandang tak puas hati dan seumpamanya pada golongan komander ni. Aku tetap respek diorang. Diorang lah yang bagi command sewaktu koko dijalankan. Aku sangat tak faham kenapa diorang sangat membenci. Padahal mereka hanya menjalankan tugas sebagai komander. Kalau setakat komander mengamuk nak marah-marah tak tentu pasal ke nak denda tu lantak diorang lah kan. Sebab time uh memang time diorang bertugas. Mereka ada hak.
Bila koko habis, diorang jadi diri diorang balik. Jadi apa salah nya? Setahu aku, apa apa je pun yang ada kat dalam dunia ni, bila waktu bertugas semua akan jadi hipokrik menjalankan tugas masing masing sebab nak nampak perfect dalam tugasan tu. Habis waktu bertugas diorang akan jadi normal macam orang lain jugak kan? So .. Saya sangat membantah pada mereka mereka yang membenci komander.
Sebab aku pun dah kena menganjing semalam. Macam teeettt je kan perangai. Padahal aku tak buat pape pun. Makan je kod. Dah main bisik bisik. Kang aku doa dia mati tercekik kang. Haaaa. Tau la. Tak pasal pasal je mati dengan penuh syukur. Ye dak?
Harini aku bangun lambat. Ponteng kelas. Sebab semalam sibuk kilatkan kasut sampai nak nampak gigi punya pasal. Tu pun dah lentok lentok. Hahaa. Akak komander tolong sekali kilatkan kasut aku sebelah. Aku buat sebelah je tapi cite dia macam gempak sangat kan? Biasalah tu. Siapa tak kenal aku kan? Nasib baik member aku call. Aku tak angkat. Diorang datang bilik aku kejut kan aku ajak pergi kelas. Sebab kelas kedua ade test. Ahadulillah. Kawan kawan aku semua nya baik baik. Tak pentingkan diri sendiri. Huhuu.
Ni akak komander yang kondak kawad kretif kitorang :)
// Terima kasih kak. Semalam latihan dia bagi kitorang gula-gula. Hahhaa. :D
//Komander Izzati, Aku, Komander B, Nisa
Lupa nak cakap, dekat Uitm Segamat ni aku dapat jumpa blogger ni --> Shazrizal Shahmy . Dia pun masuk komander. :D
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.