Misteri Hotel California dan Lirik Lagu







Dah lama giler aku rasa tak update blog. Malang, aku punya kekangan. Sekarang kan dah final. Alhamdulillah, dah lepas tiga paper. Ada lagi tiga paper. Start 5 haribulan. Mood nak update tu ada so aku cepat cepat lah update. Takut malas menyelongkar diri pulak. Ye dak. Disebabkan aku ni suka sangat benda misteri, so aku nak kongsi dengan korang. Walaupun aku ni tak lah berani sangat. Tapi tah la. Aku memang minat benda macam ni. Seronok tau. :) Aku tau ada antara korang yang dah tau. Aku pun baru je tau. Sebab benda ni tak meluas sangat. Mungkin kalau time benda ni femes pun aku tak pandang sangat dan tak tahu. Masa tu kecik lagi kan. Blog ni pun tah apa benda tah. Tak tahu pape kod. Hhahah. 



Versi asal lagu ini dipersembahkan dalam stail slow rock dan diterbitkan pada 1976 dalam album (dengan tajuk yang sama) 'Hotel California'. Menurut The Eagles, 'Hotel California' ialah sebuah album metafora tentang orang-orang Amerika yang tertewas dengan dunia materialistik. Ia adalah album pertama band ini bersama Joe Walsh (gitar/vokal) dan tanpa line-up pengasas mereka, Bernie Leadon (gitar/banjo). Ia juga adalah album terakhir yang menampilkan penyanyi dan pemain bass asal mereka, Randy Meisner (Meisner kemudiannya diganti oleh Timothy B. Schmit). 


Lagu dan lirik "Hotel California" adalah ciptaan bersama Don Henley (dram/vokal), Glenn Frey (gitar/vokal) dan Don Felder (gitar/vokal). Ia pernah dinobatkan sebagai salah sebuah lagu album-orientedterbaik genre rock, malah The Rock and Roll Hall of Fame pernah menyenaraikannya antara 500 lagu yang telah membentuk genre rock.


Misteri

Ada ura2 mengatakan yang hotel tersebut merupakan nama timangan bagi sebuah hospital yang terletak di pinggir Los Angeles iaitu Hospital Psikatrik Camarillo State. Namun tiada bukti yang mengesahkannya. Kisah ganjil yang menjadi buah mulut orang ada mengatakan yang hotel berkenaan merupakan tempat yang dihuni oleh puak kanibal yang mana akan melayan pengunjung yang datang dan pada akhirnya mereka dijadikan menu hidangan sebagaimana yang tertulis di dalam lirik lagu - “You can check in any time you like, but you can never leave”

Dari pemerhatian melaui lirik itu juga ada mengisahkan tentang ketagihan dadah iaitu melalui liriknya - “Warm smell of colitis rising through the air” di mana merujuk kepada suasana ketika menghisap marijuana dan Hotel California merupakan kod nama bagi penggunaan kokain dan jalan menuju ketagihan.


Ada juga yang percaya bahawa hotel berkenaan melambangkan kediaman Ketua Penyembah Syaitan, Master Aleister Crowley yang berhampiran tasik Loch Ness yang mana banyak perkara2 ganjil dan aneh sering berlaku. Nama samaran Crowley pula adalah The Beast - nama yang disebut dalam salah satu perenggan di dalam lirik berkenaan.

Ada juga satu kisah yang aku dengar tentang sekumpulan remaja yang dalam perjalanan pulang dan akhirnya berhenti bermalam di sebuah hotel kerana kereta rosak. Pada mulanya hotel tersebut kelihatan biasa, namun bila tiba waktu tengah malam.. beberapa orang antara mereka hilang. Salah seorang dari mereka berjaya melepaskan diri..itu pun setelah terbit fajar pagi. Selepas membuat laporan akan kehilangan rakan2nya di hotel berkenaan.. pihak polis lantas membuat siasatan, dan mendapati tiada hotel yang didakwa oleh remaja berkenaan..malah hotel tersebut tiada di situ. Kisah tersebut menjadi urban legend pelancong2 yang melewati kawasan berkenaan. Apa kata korang rasai sendiri pengalaman dengan menghuni hotel tersebut di Todos Santos, Mexico.


Yang Palsu

Ada yang betul-betul percaya kewujudan Hotel California. Kerana lirik
"You can check out anytime you like, but you can never leave", ada yang mendakwa ia adalah sebuah rumah persinggahan yang dikendalikan oleh manusia kanibal yang menerima tetamu hanya untuk dijadikan hidangan makan malam!

Ramai juga yang menganggap hotel yang menjadi inspirasi lagu ini ialah Hotel California yang terletak di Todos Santos, sebuah bandar dalam semenanjung Baja California, Mexico. Sebaliknya ia adalah satu kebetulan sahaja. The Eagles tidak pernah berkunjung ke hotel itu, apa lagi mendapat ilham darinya. Sebenarnya, gambar bangunan yang terdapat pada kulit album 'Hotel California' ialah Hotel Beverly Hills, California. 






Teori lain mengatakan "Hotel California" ialah nama panggilan Hospital Camarillo State, sebuah 
hospital psikiatri berdekatan Los Angeles yang beroperasi selama 60 tahun sebelum ditutup pada 1997. Mereka yang mempercayai teori ini berpendapat lirik lagu ini adalah gambaran perasaan seorang pesakit mental yang hidup 'terpenjara' terlalu lama di dalam sebuah institusi seperti itu. 







Hospital Camarillo State. Adalah dipercayai bahawa memang ada sebuah 'mission bell' di sini sepertimana yang tertulis di dalam lirik lagu "Hotel California". Selepas hospital ini ditutup, ia menjadi lokasi tumpuan pemburu-pemburu hantu dan juga produksi-produksi filem dan TV. 'N Sync misalnya, pernah menjadikan hospital ini sebagai lokasi klip video mereka "I Drive Myself Crazy". 



Teori paling popular tentang lagu ini ialah kaitannya dengansatanism. Kononnya, sebuah gereja lama telah diubah menjadi markas pengikut ajaran syaitan 'Church of Satan' yang ditubuhkan pada 1969. Markas itu dikenali sebagai "Hotel California" dan dikatakan tempat lahirnya Satanic Bible. Lirik yang berbunyi "...kill the beast" atau "...that spirit here since 1969" dikatakan menjadi asas teori ini dan ia diperkukuhkan lagi dengan imej-imej yang terdapat pada kulit album 'Hotel California'. Ada yang mendakwa ternampak imej Anton LaVey, pengasas ajaran sesat itu pada kulit album sedangkan imej itu ialah seorang model wanita yang diupah untuk sesi fotografi album tersebut. Ada juga yang mendakwa terlihat gambar pelakon tambahan (aka hantu!) pada album itu dan menokok pula cerita kononnya itu ialah hantu seseorang yang telah dibunuh oleh LaVey untuk dijadikan korban! 






Yang Benar 

Berlatarbelakangkan industri muzik di California dan industri hiburan Hollywood, 
"Hotel California" sebenarnya mengisahkan tentang satu dunia baru yang dialami oleh The Eagles. Ketika lagu ini diterbitkan, The Eagles sedang berada di kemuncak karier mereka. Walaupun mereka puas dengan kemewahan, dadah dan perempuan, kejayaan yang mereka kecapi itu telah bertukar menjadi mimpi ngeri hari demi hari.

Walaupun dunia mereka itu memang seronok dan menakjubkan, mereka mula terasa bahang bahayanya. Bagi mereka, dunia mereka itu dikuasai pengaruh 
hedonism, perasaan tamak haloba, kepura-puraan dan materialistik yang membawa kehancuran. Mereka berasa terperangkap dan mula mengutuk dunia baru mereka itu. Namun, realiti pahitnya, industri hiburan memang mudah untuk dimasuki, tetapi jalan untuk keluar berpatah balik dan kembali seperti asal mungkin sukar untuk ditemui. "Hotel California" adalah 'medium' The Eagles untuk meluahkan rasa takut dan memberi peringatan kepada orang lain agar tidak turut terperangkap seperti mereka.

Perkataan "colitas" yang terdapat pada lirik 
"warm smell of colitas rising up through the air" seringkali disalah tafsir dan dikaitkan dengan unsur seksual. "Colitas" sebenarnya ialah satu perkataan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud "kuntum-kuntum kecil". Ia merujuk kepada ganja, dan maksud perkataan ini telah diperjelaskan kepada The Eagles oleh pengurus tour mereka. Baris lirik itu juga adalah tentang bau ganja. Tetapi menurut Frey pula, ia adalah satu metafora tentang ketagihan kokain dan gambarannya ada tersirat dalam lirik "you can check out anytime, but you can never leave." 

Apa pula maksud di sebalik 
"They stab it with their steely knives but they just can't kill the beast"? Sebenarnya ia adalah ejekan balas The Eagles kepada Steely Dan (kedua-dua band ini berkongsi pengurus dan pernah berselisih faham). Sebelum itu, Steely Dan telah mengejek muzik The Eagles yang kedengaran 'selamat' dalam lagu mereka"Everything You Did". Kata Steely Dan dalam lirik lagu itu, "Turn up The Eagles, the neighbors are listening." 


~Wallahualam



Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih infonya. lagu Hotel California sampai sekarang pun sedap dengar.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.