Apit Vs Comel ?? So...



Rata - rata kat sini siapa lah yang tak mengenali Apit. Lagu lagu dia yang aku selalu dengar : tak ku sangka tak ku duga. Kalau nak femes sikit lagu luahan hati. Ye kan? Korang kenal dia kan? So, hari ni aku nak kenalkan korang dengan sorang lagi ni. Aku rasa lagu yang dia nyanyi ni sama level ngan Apit. Yang jenis mendayu-dayu. Nangis beb. Hhahaha. Sentap lebih doplo minit depan youtube tuh. Gedik je aku kan?







Dia gelarkan nama dia dengan nama Comel. Memang comel pun lah kan. Tak siapa nafikan. Sebab aku tengok komen komen dia semua positif je pasal comel ni. Hukhuk. Act aku start jatuh cinta dengan lagu dia bila first time aku dengan lagu Adakah kerana dia. Aku tak faham ada member wechat ni dok harok sangat post lirik dia. Aku ingat pasal apa. Putus cinta ke kan. Aku sound ah dia. Asal asik nak repost je. Bosan plak aku kan. Jap sebelum tu, aku nak cakap, aku mungkin baru tau pasal dia ni. Sebab baru godek godek Youtube =p


Lepas tu nak dijadikan cerita aku pun search lah kat google lirik tu. Keluar lah link youtube. Tak yah cerita lah. Sekali dengar terus gam dalam hati. Lepas ni lagu Apit dah tak nak dah. Lepas ni layan lagu ni je doe. Tak bosan kod. Hhahha. Tu yang sampai aku tukar background lagu kat blog aku pun pakai lagu dia. Aku dah jadi fans dia plak. Ha kan. Marah orang lagi. Sekali dah kena penangan dia. Padan muka . 



Aku suggest kat roommate aku. Ha kau. Terus dia cakap "Aja nak dengar lagi weyh". Nampak tak? Bukan aku sorang je cakap sedap suara dia. Dia ni asal dari Singapura. Umur aku tak tahu lah. Tak dapat nak carik . Aku tak tahu lah kan tapi bagi aku semua lagu yang dia bawak mengingat kan aku kat Newboyz, Achik Spin, Spoon time muda-muda. Ye kan? Lagu bantai semua nak jiwang kan? Aku ni dah lah obses dengan lagu lagu jiwang. Hhaha. Aku pernah habiskan duit aku beli CD lagu. Rock Leleh. Memang tangkap cintan gitu. Time uh cover dia warna biru, ada gambar gitar tengah mencair. Memang comel je kan.


Time uh batak kat bilik ada radio. Ayah aku baru betulkan. HAhaha, Memang layan. So, Comel ni memang comel lah kan. Dia mengingatkan aku kat nostalgia lama-lama. Huhuu. MAcam la dah tua sangat aku ni. Citew nak hot je kan? HAhaha. Heran ke??


Selain lagu yang aku dah letak kat blog, ni lagi satu lagu dia yang aku suka. Korang tak suka lantak korang. Aku cuma berkongsi.


// Cair tak? Hahha. Aku dah buang Apit jauh-jauh. :D


Post a Comment

3 Comments

  1. Eh sama lah. Kite pon minat dua dua tapi lagi suka Apit mihmihmih :)

    ReplyDelete
  2. bestttt laaa suara diaaa . .
    series bestt

    ReplyDelete
  3. bestt nya! :D terkejut dgr suara dia..terpegun jap!hahaha :D
    pikir byk kali..betul ke suara dia.ke dia pasang radio tepi dia tu?hahaha..sedap sgt! >.<

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.