Aku bukan pembela sesiapa. Kalau ikutkan benda halal buat apa nak sorok kan? Tu mungkin antara Wawa dengan Tuhan. Tapi aku tak rasa manusia manusia biasa macam kita harus melontar kata kata yang mampu mengguris hati si pemilik diri yang digembur gemburkan di media massa kala ini. Dia nak tipu apa ke sukahati dia lah. Tu hak dia. Kita siapa pulak nak halang dia untuk jangan menipu. ?
Kalau penampilan Wawa dan Aeril sewaktu pertemuan media tu menjengkelkan mata orang ramai, kenapa nak ambil tahu pasal mereka? Ada pulak yang tak puas hati dengan penampilan Aeril yang dikatakan bajet ulama menggunakan hadis dan sewaktu dengannya. Wawa pula dengan penampilan bertudung. Biarlah. Kan manis bertudung. Kalau aku cakap orang yang tak puas hati dengan Wawa dan Aeril ni jeles agak agak ada tak yang cop aku ni "typical Malaysian"?
Oh so what? Dah selama ni ada mulut mulut puaka cakap Wawa ni seksi la, dah kawin tapi peluk sana sini masa pengambaran. Jadi apa salahnya dia nak bertudung. Sekurang kurangnya dia menghormati media. Kalau dia hadir sesi pertemuan dengan media tu menjolok mata, dah orang cakap "Dah buat salah boleh pulak datang pakai macam ni ." . Manusia ni. Apa lah yang kau puas ? Samapi tengok orang jatuh depan mata kau baru kau diam dan senyum sinis. Gitu?
Bila Aeril tampil dengan berpakaian macam tu orang kata dia sah dah jadi ahli syurga. Jadi, selama ni kalau kau nampak orang berpakaian yang sedemikian kau boleh judge dia dengan kata hinaan dia adalah ahli syurga? Untung dia lah sebab dia berpakaian yang mampu buat dia ke syurga. Dari kau belum tentu nak pakai macam dia kan?
Cuba lah lembut hati. Menerima kekurangan orang lain. Kalau kau cakap dia penipu, kau boleh diam. Itu cara dia. Kau pun mungkin ada cara kau sendiri kalau kau kat tempat dia kan? Tak payah susah nak jaga kain dia. Kain kau koyak pun kau masih tak sedar. Sewenang wenangnya aku tahu, penyebaran fitnah dan makin berleluasa. Haram, semua nak jadi kaki sembang. Aku tampil dekat sini, bukan nak tunjuk hero, nak melagakan dua pihak, atau menggelaah macam aku ni bagus sangat. Tak, hari hari aku ada buat dosa yang aku tak sedar. Aku masih macam korang. Tapi aku cuma nak orang berhenti mengata orang lain. Apa dia buat tu dalah dia dengan tuhan. Tak melibatkan hidup kau.
Kalau dia cuit kau, baru kau layak nak panas. Tapi kalau setakat kau nampak dia buat jahat lepas tu, kau nak simbah simbah minyak. Tak payah. Kau bukan mengundang kebaikkan. Tapi kau mengundang banyak dosa sebab kau menjerumuskan orang lain dalam hal tu. Jadi aku rasa, diam lebih memadai untuk buat sesuatu menjadi reda.
# Percaya atau tak, aku baru buat hipotesis.
Semakin bertambah kebijaksanaan akal manusia, semakin bodoh perilakunya.
Selamat beramal.
7 Comments
huh.. dah mcm scene salam cinta masa press conference kamal adli.. letaklah diri di di tempat mereka.. cubalah bersangka baik.. ini yg ngutuk2 buat apa.. dengki r tu sebab aeril zafril & wawa zainal.. aduhai.. typical malay... baik gi marah sharifah sakinah yang tak jaga adab tu, daripada marah si wawa yg bertudung nih..
ReplyDeleteKalau difikirkan memang pandangan negative je yg kluar, Tapi as a muslim we should to think positive.
ReplyDeleteMy recent post : Hadiah Daripada KLIPS
saya setuju akak . Kita tak tahu apa yang jadik . Kita x boleh senang2 nak tuduh orang macam tuh . Manusia mmg xpernah puas hati akak . Itu lah kelemahannya . Ada aje x kene . haih
ReplyDeleteade betulnya ape kate mieza tu..x paham dengan orang2 mcam ni..bercakap yg tak elok sesuka hati, mencaci maki seolah2 diri mereka sgat sempurna dan tak pernah buat salah..sedih tgok org2 kita..ade satu kata pepatah yg saya pernah baca, 'biarpun nanti BATU terubah menjadi EMAS, hati manusia takkan pernah puas'. Itulah dia orang kita zaman sekarang..
ReplyDeleteApe2 pun cara die menipu dan menyalahkan org lain itu yg mengundang kemarahan org...terutama zubir...ciap gna nama allah untk ttp penipuan mereka... tp manusia x lepas dri kesilapan kan...
ReplyDeletemende dah terjadi
ReplyDeletehope ini boleh menjadi iktibar pd kita semua dan pada artis2 kita
lau mende ni x jadi..kita semua x tau yg baik yg xbaik..yg ptt buat dan yg x patut buat..allahualam
oh macam tu ceritanya..
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.