Alhamdulillah. Aku masih lagi diberi peluang untuk terus menaip dan terus menaip untuk sekadar berkongsi kata-kata dalam setiap perkataan yang terbias. Masyaallah. Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi peuang hambanya diduniai ni mengemis kasih dan sayang Nya. Masih berpeluang menikmati cinta sesama manusia. Aku tersenyum melihat kebahagiaan mereka. Lantas, kebahagiaan yang mereka miliki sedikit sebannyak memberi peluang untuk aku juga menikmati kesan kebahagiaan tersebut.
Tadi, tergerak hati nak stalker facebook orang. banyak rupanya yang aku terlepas. Orang tu bertunang. Menikah. itu ini. Aku baru tau. Naif sungguh rasanya. Alhamdulillah semakin dekat dengan cinta sang suami. Sepupu aku? Sampai sekarang aku rasa nak menangis dan rasa nak gelak sampai lebam pun ada gak. Aku teringat kisah diorang masa sekolah dulu. Dulu aku satu sekolah dengan dia jugak.
Tak sangka Allah tu maha berkuasa. Merencana kisah cinta adam dan hawa secara tersembunyi. :) Aku selalu berharap, siapa pun yang ada kat sekeliling aku akan terus menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat yang Allah titipkan dalam segenap kehidupan mereka.
Kerana kebahagiaan aku adalah kebahagiaan mereka :') Subhanallah.
# Misteri Hotel California dan Lirik
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.