Friday, December 28, 2018

Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea

Mieza S | 12/28/2018 06:33:00 PM | 5Comments |
Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea

tak henti - henti althea buat kejutan untuk #altheangle. baru - baru ni althea telah mengirimkan aku sebuah kotak dengan isi dalam yang sangat indah. iaitu sebotol body sparkling dan serum cleanser yang dibawa terbang jauh dari korea. 

body sparkling mist adalah produk yang dikeluarkan althea hasil kolaborasinya bersama Titi Kamal, artis yang terkenal sebagai penyanyi dan pelakon di Jakarta, indonesia. 


Stay Fresh Body Sparkling by Titi Kamal


Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea

stay fresh body sparkling mist merupakan campuran buah - buahan dan bunga. antara buah yang dicampurkacau didalam sebotol body sparkling mist ini ialah buah oren, peach dan ekstrak bunga rose. kombinasi buah - buahan dan bunga dalam botol kecil ni dah boleh dibayangkan kan? 

wangi, lembut dan memberikan kesegaran yang tidak terlalu keras menusuk hidung. jangan ingat perempuan sahaja yang boleh pakai. lelaki pun boleh tak ada masalah. paling penting ia senang untuk dibawa ke mana - mana kerana botolnya yang ringan dan kecil. 

bagi perempuan yang suka bawa handbag, jangan lupa masukkan sekali body sparkling by titi kamal ni okay? untuk apa? untuk menarik perhatian dan berlindung dari bau yang kurang enak. 

Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea

body sparkling ini didatangkan didalam bekas silinder seperti yang korang nampak dalam gambar. pam yang digunakan untuk mengeluarkan semburannya mengawal kadar semburan yang keluar. maksudnya, aku nak terangkan macammana ya? okay macam ni. aku pernah beli minyak wangi, dia punya spray tu selalu berlaku pembaziran. sekali keluar, banyak. dah lah satu spot je. paling tidak aku nak spray dekat tiga tempat. hmmm. 

korang nak juga? boleh beli di laman web althea pada pautan ini body sparkling mist. harganya cuma rm35.00 sahaja.

Pore Purifying Serum Cleanser

Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea

pore purifying serum cleanser merupakan produk dari althea. pernah dengar tak pencuci muka ada serum? tak. sama lah kita. heheh. aku tak pasti ini pencuci muka atau tak. cari cara pakainya boleh jadi sebagai pencuci muka dan juga sebagai penanggal mekap (make up remover). dasyat tak? dua dalam 1 mungkin. 

aku dah buat dua kali percubaan sebagai penanggal mekap dan pencuci muka. ternyata berkesan. hehehe. pencuci ini juga memberi keimbangan kadar pH untuk kulit terus kekal sihat. 

Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea

Serum Cleanser

bagaimana cara memakainya? ah senang je. begini. 
kalau nak guna sebagai penanggal mekap. hanya perlu titiskan produk dalam bilangan yang kecik menggunakan kapas. kemudian bersihkan bahagian yang mengandungi mekap dengan cara membuat bulatan kecil sehingga kotorannya hilang semua. bilas dengan air.

kalau mahu menggunakan sebagai pencuci muka. mula - mula lembabkan sikit muka korang. lepastu titiskan produk ke telapak tangan dan urut perlahan ke muka dengan membuat gerakan sehingga 5 - 10 saat dan bilas. 

Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea
Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea
Body Sparkling by Titi Kamal dan Pore Purifying Serum Cleanser Althea

ah senang kan? 2 dalam 1. korang nak cuba? best ni. sebab boleh jadi make up remover dan cleanser dalam masa yang sama. yahooo. jom singgah pautan ini serum cleanser althea untuk beli. 



Info Althea Korea
Official Website : http://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/

Friday, December 21, 2018

Alfar Maskara Mudah Tanggal

Mieza S | 12/21/2018 03:09:00 PM | 1Comments |
Alfar Maskara Mudah Tanggal

beberapa hari lepas, aku terima satu bungkusan yang mana isi kandungannya ialah alfar maskara. kira first time juga ni tahu pasal maskara yang ini. aku memang suka mekap. pakai maskara apatah lagi. cuma aku selalu skip maskara dan eyeliner. nak tahu kenapa? 

maskara dan eyeliner yang aku pakai selalu menjadi penyebab bawah mata hitam. nak kena sental habis - habis baru bersih. tu pun yang hitam hitam bawah mata tetap ada sisa. menyampah gila. maskara yang paling latest aku pakai ialah masakara yang aku beli di watsons jenama essence warna ungu. aku suka bahagian berus dia, sesuai dengan bulu mata yang pendek. yang tak bestnya ialah berketul melekat dekat berus dan tinggalkan hitam bawah mata. jadi, aku cuma akan pakai bila rasa betul - betul perlu sahaja. 

Alfar Maskara

Alfar Maskara Mudah Tanggal

aku dah membebel dekat atas tu, sekarang aku nak cerita pasal alfar maskara pulak. pernah dengar? cuba buat carian dalam instagram: alfar maskara. aku rasa macam best pulak lepas pakai alfar maskara untuk beberapa kali.

kenapa eh? hahah. sebab rasa ringan dan sangat - sangat senang nak bersihkan. kalau pergi mall/ bersuka ria boleh lah gunakan alfar maskara. cuci pakai air je. lepastu boleh pakai mekap balik macam biasa. 


Kelebihan Alfar Maskara

Alfar Maskara Mudah Tanggal
rekaan berus yang unik

  • mudah dicuci, hanya menggunakan air sahaja
  • tiada kesan hitam bawah mata
  • memanjangkan bulu mata
  • berus 2 dalam 1 
  • senang digunakan kerana rekaan berus yang unik (bulu mata atas dan bulu mata bawah) 
  • melindungi bulu mata asal dari kering
  • membantu melentikkan bulu mata
  • tidak bergumpal atau comot
  • tiada silikon

dekat bawah ni adalah hasil selepas menggunakan alfar maskara. aku tak buat tutorial mekap. sebab aku bukan jenis yang buat video. huhuhu. kecuali unboxing, ha gitu. kalau korang nak tahu, bulu mata aku ni jenis yang memang susah nak lentik. 

buat lah apa pun, sama sahaja. bulu mata aku pendek. jadi, aku kena cari berus maskara yang sesuai. alfar maskara ni adalah salah satunya. 

Alfar Maskara Mudah Tanggal
bulu mata lurus

lawa tak? hehehe tak nampak comot pun. aku rasa korang pun kena cuba juga ni. kalau korang nak jadi stokis atau agen boleh hubungi 010 4210502. tak ramai lagi yang tau pasal produk ni. aku rasa korang patut ambil peluang untuk menjadi penjual terawal dan keuntungan yang lebih banyak! 

Alfar Maskara Mudah Tanggal

info alfar maskara
instagram : alfar maskara

Thursday, December 13, 2018

Lirik Lagu Malam Yaph

Mieza S | 12/13/2018 03:59:00 PM | 1Comments |
Lirik Lagu Malam Yaph

Malam-malam bikin macam-macam
Jangan seru alam lain
Sergam hilang ragam tanam aku dalam-dalam

Sorok bintang tiga bucu
Berapa ribu baris kamu
Berapa tinggi punya ilmu
Sensei buka barang baru

Ini zon dalam jajahan lu
Bukan ini zone dalam bawa hantu
Susun gerak tidak satu
Tujuh atau tiga laluan tu
Tiada garis tiada laris

Namaku satu
Namaku syabu
Tagihan yang bawa psycedelic
Macam morfina
Bukan most wanted
Sekarang most haunted (Ah)

cari cari gali gali sini sini (ay)
Dalam dalam diam diam
Makan ragam (ay)

Sicko mode
Rasukan petala aku load
Tiada code ini semua atas road (Whoop)

Hook 2x
Malam-malam bikin macam-macam
Jangan seru alam lain
Sergam hilang ragam tanam aku dalam-dalam

Wednesday, December 12, 2018

PUBG : AMO (Army Malaysia Official)

Mieza S | 12/12/2018 03:50:00 PM | 1Comments |

Join AMO (Army Malaysia Official)

entri ni ditulis suka suka untuk menyatakan rasa jiwa dan raga. paling penting, sebab blog ni macam diari kan? jadi ikutlah aku nak tulis apa pun. semua orang tahu yang pubg sedang menjadi kegilaan gamers dan masih menduduki carta paling atas untuk top 5 mobile game. boleh baca di pautan ini top 5 android games.

PUBG

AMO (Army Malaysia Official)

sebelum ni aku menjebakkan diri dengan game free fire. sebelum free fire aku pernah main clash of clan. aku berhenti main coc sebab aku punya clan selalu kena pecah. maksudnya setiap kali aku offline, clan lain akan datang clan aku. lepastu merompak. aku baru je nak bertatih, dah kena roboh.

stress sebab pantang offline, aku jatuh miskin. yela, aku bukan jenis push. aku buat sikit - sikit. penat lah nak 24jam online. aku decide untuk main game yang boleh naikkan point/ rank pada setiap kali aku online. kalau aku offline, tak mengganggu apa - apa kecuali bila game tu update ke. tu aku boleh terima. 

lepastu aku beralih ke free fire bila adik aku sibuk main game. awal - awal je dia beriya lepastu dia tak nak main dengan aku. dah lah selalu sangat kena tinggal. noob duhh. hahahhaha. 

sekarang satu - satunya game yang ada dalam hp aku ialah game pubg. pubg sama je macam free fire. cuma kalau tanya pendapat ramai orang, diorang akan bagi dua pilihan. kalau nak main game battle royale saiz kecil boleh main free fire. kalau jenis nak puas dari segi grafik serta logik boleh main pubg. 

aku sejenis bukan heavy sangat nak main game. ada satu game dah cukup. so, aku download pubg. pubg ni sistem game dia logik sikit kalau nak banding dengan free fire. setiap peluru, senjata, kereta, med kit, bom dan segala macam hal yang ada dalam pubg semuanya ada keterangan penuh. kalau kau betul betul study pasal pubg kau akan tahu setiapnya dengan lebih terperinci. gila kan? kau google je.


Join AMO 

Join AMO (Army Malaysia Official)

waktu aku tulis entri ni, aku masih setahun jagung dalam clan ツAMO乛Familyメ. dulu aku pakai request je clan yang ada dalam pubg. hahahhaa. lepastu admin pun macam approve dan tak kisah pun aku yang masuk. dua tiga kali juga aku keluar masuk clan orang sesuka hati. sampailah satu hari tu, dalam facebook. 

admin clan ツAMO乛Familyメ update status dalam group pubg di facebook untuk tambah ahli aktif. dorang punya kriteria tu memang sesungguhnya aku tak lepas. kan dah cakap, aku noob. atas budi baik admin, dia setting semula kriteria tu dan aku diterima masuk clan. macam baru nak masuk sekolah asrama je rasa dia. hahahha.  

Join AMO (Army Malaysia Official)
21/11/2018

untuk daus, terima kasih atas penerimaan ahli dan ruang untuk aku. untuk clan pun, terima kasih juga. sebab jadi kawan - kawan.

Team Members ツAMO乛Familyメ 

Daus(Leader) - AMOメCapt'DC'
Ben - AMOメBENCHOW
Dany(member) - AMOメmoMoraa么
Shafieq - AMOメKlepto
FIRDAUS- AMOメFIRDAUS
Amal - AMOメbabyshark
eyra - AMOメeyra69
acit - AMOメbootsboy
kecik - AMOメ7kecik
faiz- Amoメcaptsuba
Henry.jr- AMOメcoCos9
Azri- AMOメKåitoKiD
Amirul- AMOメAcA多wadu
Leonard- AMOメLeo
Raiz - AMOメRaizo
Sharol- AMOメshroul
Maik - AMOメ MAIK
KaptenHarith - AMOメ KptHarith
Shah - AMOメxABCx
Saiful - AWMacikraverG
Fendi - AMOメDaRKeN
Hairul - AMOメNANS
nas - AMOメVENOM
Wife(CaptDC) AMOメNeiraLoly
Aman- AMOメR
Pompeii - AMOメPunaiiX
Hafiz - AMOメStepKill
firdaus - AMOメ'pidotx
Farid - AMOメxYedx
faiz - AMOメABUJAHAL
mustaqim- AMOメmustaqim
sufi- AMOメsupi
din - AMOメLabis
paan - AMOメfxxnk
Acap - AMOメKpochi
noh- AMOメLoNgChAi
yuz - AMOメNoCalories
BRIAN- AMOメTOPCAMPER
Jes - AMOメKaTakuri
ashraf - AMOメkustoo
kazry- AMOメKAZRY
khairi- AMOメJustICE
acai - AMOメacai

so kalau korang tengah main pubg lepastu terjumpa geng - geng ni, sesungguhnya ni semua team members dari AMO乛Familyメ. 

actually, aku tulis entri ni sebab aku nak bagitahu aku join clan mana. dan lagi satu sebab aku macam terkesima + syahdu dengan geng - geng ni. ni kan game semata. tapi bila diorang cakap 'nak bawa nama clan', aku rasa macam wow. susah lah nak explain. 

kalau kau kenal aku, aku ni sejenis yang ambil kisah dengan perkataan perkataan atau tulisan tulisan yang ada ke aura - an semangat berpasukan. aku boleh terkesan. sebab tu lah ucapan ringkas kalau bermakna, aku akan ingat sampai bila - bila.

diorang power. boleh je selfish masuk tournament sebagai orang perseorangan. tapi diorang bawa nama clan. faham tak apa yang aku rasa? ah entah lah~

semenjak join clan secara official dan serious, aku macam letak satu tanggungjawab untuk clan. hahahhaha. adui tak tahu lah nak cakap. macam kelakar pulak beriya sebab game. tapi aku cakap ni, aku serious. okay lah. dah habis dah cerita pasal clan. nanti aku sambung lagi. apa pun, aku akan stay dalam clan sampai clan ni dikuburkan.

Monday, December 10, 2018

Naik Lif Asing

Mieza S | 12/10/2018 02:33:00 PM | 2Comments |
Naik Lif Asing

saat aku menaip entri ni, aku baru je keluar dari lif. cuma nak cakap, sedikit terasa dengan lelaki milenia yang agak gampang. haha. aku taktahu aku perlu terus positif atau bagaimana. tapi itulah. terang - terangan. ini bukan pertama kali, tapi berkali - kali diorang nak tunjuk betapa bezanya aku di mata dorang. 

aku hantar barang dekat bos. kemudian, aku menuju lif. ada dua lelaki yang sedang sekian menunggu lif. awal beberapa saat dari aku. should be bila lif sampai, dorang akan masuk lif sekali dengan aku. sebab dah kebetulan masa aku sampai lif pun sampai. 

tapi tak. dorang tunggu giliran sekali lagi, untuk naik lif asing. kalau nak belajar positif, aku harus fikir yang diorang lelaki dan bilangannya dua. sedangkan aku perempuan dan cuma satu. mungkin nak bagi privacy. 

aku tak boleh brain dan positif untuk fikir yang diorang nak kasi aku privacy. dorang cuba jauh dengan orang macam aku. geli kot. takut tiba tiba aku sawan dalam lif ke, takut tiba2 air liur aku meleleh tak tentu hala, diorang takut sebab aku buruk. 

memang sejak sekolah macam tu lah lelaki layan aku. tak pernah wujud dan tak akan wujud dalam kelibat mata diorang. nak jadi bayang apatah lagi. ah entahlah. selalu aku rasa kenapa macam ni jalan hidup aku. dan dimasa lain aku suka jadi macam ni, sebab tak de orang kacau aku.

masalahnya definisi 'kacau' aku tu, sampai aku tak ada kawan. takde sape sudi dengan orang macam aku.

aku harap sangat pada suatu hari nanti, segala kehilangan dan sakit dengan jalan hidup aku ni tuhan balas dengan bahagia yang takkan pernah habis. 

sekali lagi, terima kasih pada semua yang pernah datang dan tak pernah hilang. betapa aku sangat menghargai segala yang pernah ada dan saat kalian menetap tak pernah pergi.


// aku tak tahu macammana nak manusia ni buka mata dan tolong lah hargai dan rai perbezaan. susah sangat ke?

Sunday, December 9, 2018

Lirik Lagu Sahabatku Tuah

Mieza S | 12/09/2018 10:01:00 AM | 0Comments |
Lirik Lagu Sahabatku Tuah

Siang yang terang tak terang lagi tanpamu
Malam yang indah tak indah lagi tanpamu
Kini kau pergi buat selamanya
Tenanglah dirimu disana

Takkan ku lupakan kenangan bersamamu
Kerana engkaulah sahabatku
Ku susun indah segala kisah tentangmu
Agarku dapat meluahkan rindu kepadamu

Dirimu yang selalu ada disampingku
Kau yang selalu ada bila perlu
Untuk mencari pengganti seperti kamu
Bukan mudah untukku

Ya allah kau tempatkanlah sahabatku
Ampunilah segala dosa dosanya
Selama dia di dunia

Takkan ku lupakan kenangan bersamamu
Kerana engkaulah sahabatku
Ku susun indah segala kisah tentangmu
Agarku dapat meluahkan rindu kepadamu

Dirimu yang selalu ada disampingku
Kau yang selalu ada bila perlu
Untuk mencari pengganti seperti kamu
Bukan mudah untukku

Ya allah kau tempatkanlah sahabatku
Dikalangan orang orang yang beriman
Ampunilah segala dosa dosanya
Selama dia di dunia

Friday, December 7, 2018

Lirik Lagu Dia Anji

Mieza S | 12/07/2018 04:31:00 PM | 0Comments |

Di suatu hari tanpa sengaja kita bertemu
Aku yang pernah terluka kembali mengenal cinta
Hati ini kembali temukan senyum yang hilang
Semua itu karena dia

Oh Tuhan ku cinta dia
Ku sayang dia, rindu dia, inginkan dia
Utuhkanlah rasa cinta di hatiku
Hanya padanya, untuk dia

Jauh waktu berjalan kita lalui bersama
Betapa di setiap hari ku jatuh cinta padanya
Dicintai oleh dia ku merasa sempurna
Semua itu karena dia

Lirik Lagu Pulang Insomniacks

Mieza S | 12/07/2018 04:27:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Pulang Insomniacks

Kenangan yang telah berlalu
Takkan ku lupa
Hanya engkau yang aku mahu
Sudah tentu

Kisah cintaku bersamamu
Tidak sempurna
Walau apa pun kita
Tetap akan bersama

Hariku...
Lebih indah
Pabila...
Kau ada

Ku menunggu kau pulang Pulang sekarang

Ku rindu wajahmu
Senyuman manismu sayang

Hanya kau pemilik hatiku
Tiada yang dapat mengatasi
Cinta kita apa adanya

Hariku...
Lebih indah
Pabila...
Kau ada

Ku menunggu kau pulang
Pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyuman manismu sayang

Pabila...
Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba

Where...
Where did you go?
I’ve got so much to say
So you can’t go

Kemana...
Kemanakah engkau pergi?
Banyak yang ingin ku luahkan
Sememangnya, engkau takkan bisa pergi

Tak bisa ku percaya
Yang kau sudah tiada
Ku takkan menerima
Kenyataan
Kisah kita

Tolong...
Tolonglah pulang
Ku rindu wajahmu
Senyummu yang sudah hilang

Pulang...
Pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyumanmu sayang

Pabila...
Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba

Lirik Lagu Roadblock Hatiku Baby Shima & Floor 88

Mieza S | 12/07/2018 04:15:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Roadblock Hatiku Baby Shima & Floor 88


(kau telah roadblock hatiku sayang)
(kau telah roadblock hatiku sayang)
(hey)

cerita ini bermula
ketika aku keluar
berjalan di kota raya
melihat sini sana
dengan e kali lima

hingga ku sedar dompetku di lain celana
nasibku menjadi parah
pabila ada polis di depan mata

hatiku rasa bergetar
bagaikan petir menyambar
saat engkau menghampiri
kaku kaki terkunci
bagai di sumpah jampi

hingga perlahan-lahan ku mendekatinya
dia memandangku
terasa panahan percikan api cinta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku kaya-ya-yak kan saman cinta
ku tak kisah kau nak samanku berjuta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta
(yak-yak-yak-yay)

Lirik Lagu Jangan Pelik Kmy Kmo X B-Heart X Joe Sharel (Prod. MubzBeats)

Mieza S | 12/07/2018 04:01:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Jangan Pelik Kmy Kmo X B-Heart X Joe Sharel (Prod. MubzBeats)

Kmy Kmo
Ey Takyah pelik
Yang gerak sorang-sorang bukan sombong ke langit
Yang gerak sorang-sorang bikin sejarah baik
Yang gerak sorang-sorang peduli orang
Yang gerak sorang-sorang sebab tak nak kacau korang
Eh wow, ni masa sekarang
Apa dah jadi, operasi serkap jarang sangkut barang dah boleh jadi badi
G, jadi nak buat macam mana ni
Otak sakit dalam berahi
Hidup puas jadi baik ni
Tak nak buas kaki kelahi
Ey eh wow, paling rakus
Peduli je yang perasan bagus
Barang baik waktu akal tandus
Pukulan hangus, Asia bagus
Seratus peratus percent, wow
Sekali bagi je boleh go
Siapa nampak nampak dow
Jarang nampak lepas low
Low, jalan kita kita elak jalan dia
Bila low, hidup kita barang baik jadi killer
Jadi grow, makin besar hasil dari petak mula
Lepas bangun dari mimpi baru tahu siapa gila
Tahu siapa dia wey
Tanya siapa dia wey
Worst, oh, ini barang baik siapa punya seh
Elok sorok “barang ni”
Barang bukan sembarang la brother
Jangan pelik pulak
Tok sah nak sibuk mengata

B-Heart
Jangan pelik
Si celik mula pandang langit
Mula ralit
Dengari bunyian yang bingit
Jadi dia mula berubah angin
Ikut kiri di mana dia berubah dingin, eyy
Tak pernah dia bimbang
Hadapi dengan tenang
Apabila tidak dijangka dia datang
Ubahkan gelombang
Bukti dicatat sejarah
Sekat dalam minda orang
Bila cuba dibuat balik
Keluaran kedengaran sumbang
Hanya aku lawan aku
Kau tipu jika kau mampu
Derita yang ku lalui
Langsung kau tak akan tahu
Barang ku seperti dadah
Ditagih walau tak mahu
Masih ada sedikit baku
Yang nafsu bercumbu dengan buku
Tuhan tahu
Apa yang aku buat
Jatuh aku bangun
Walau ia tak cepat
They can kill me
But that means, I live forever
Tuhan tahu
Yang ini, bukan cereka
Keep it low low low
Just so you know know know
There’s a different
Between a diss and a song that gonn’ blow blow blow
Switch up the flow woah woah
Ku ingat dari mana aku datang
Sebelum tumbang, ku bawa teman untuk kill
So deal wit’ it Joe, tell’em how you feel

Joe Sharel
Jangan pelik
Tengok tengok apa tu, mari sini
You know tonight we’re going ape right here
Aku dengan Kim and B, and we say
Tak suka takpe, no hal la wey
Dari benci ke suka, no hal la wey
Clique lu paling sick, oh wa lao wei
We shot you down bang bang no hal la wey
Sick beat dari freed, no hal la wey
Everything about Kuantan? that’s wa lao wei
Jadi apa kau tunggu, oh yeah lagu
Sekarang dah jadi apa, semua nak naik hantu
It looks like semua rapper nak menyanyi
It looks like semua rapper nak menari
It looks like semua rapper nak money
Bling bling feeling cocky bitches mari
You know I’m rolling with the baddest
Budak yang kau cakap tak de masa depan sebab ponteng classes
Now I’ve got boarding pass and sorry for the masses
Going ape tiap tempat bananas
Budak nerd mana-mana pakai glasses
Kau kebal gila pun kena smashes
Oh no cukup la wey dah habis classes
No hal la wey
Dari benci ke suka, no hal la wey
Clique lu paling sick, oh wa lao wei
We shot you down bang bang no hal la wey
No hal la wey
That’s wa lao wey
Jadi apa kau tunggu, oh yeah lagu
Sekarang dah jadi apa, semua nak naik hantu

B-Heart
Keep it low low low
Just so you know know know
There’s a different
Between a diss and a song that gonn’ blow blow blow
Switch up the flow woah woah
Ku ingat dari mana aku datang
Sebelum tumbang, ku bawa teman untuk kill
So deal wit’ it Kmy, tell’em how you feel

Kmy Kmo
Tahu siapa dia wey
Tanya siapa dia wey
Worst, oh, ini barang baik siapa punya seh
Elok sorok “barang ni”
Barang bukan sembarang la brother
Jangan pelik pulak
Tok sah nak sibuk mengata

Joe Sharel
No hal la wey
Dari benci ke suka, no hal la wey
Clique lu paling sick, oh wa lao wei
We shot you down bang bang no hal la wey
No hal la wey
That’s wa lao wey
Jadi apa kau tunggu, oh yeah lagu
Sekarang dah jadi apa, semua nak naik hantu


Trauma Motor

Mieza S | 12/07/2018 03:48:00 PM | 0Comments |
Trauma Motor

hari rabu aku ambil cuti untuk pergi hkl macam biasa. temujanji yang tidak akan pernah habis sampai bila - bila. ah bosan~ ceritanya begini. sepanjang di atas jalan, aku duduk di tengah antara kereta di antara lorong dua dan tiga (tengah dan kanan). sepanjang menuju ke hkl, ya tuhan. aku punya jantung macam naik roller coster, sumpah weyh! 

kejadian beberapa bulan lepas yang menyebabkan aku kemalangan kecil di tengah jalan sewaktu sesak jalan tu betul betul buat aku trauma. tambah trauma, bukan aku yang bawak motor. tapi orang yang berlagak tahu masa depan, JAHANAM! 

kalau kau baca ni, kau kena belajar menerima pendapat orang dan belajar untuk faham keadaan sekeliling. bukan berlagak tahu dan pentingkan diri sendiri.

sampaikan dengan bapak aku pun, aku takut nak naik sekali. kalau aku naik juga sebab terdesak, aku lah orang paling dungu menunggu kemalangan tu tiba. faham tak?

sebab aku betul betul takut. aku rasa habis darah aku hilang kering sebab takut sangat. hmmm. macammana ya nak hilangkan? 

Program Townhall oleh SELHAP

Mieza S | 12/07/2018 11:23:00 AM | 0Comments |
Program Townhall oleh SELHAP

ini pertama kali aku post berkenaan 'kerja' begini. hahaha. aku tak tahu nak guna ayat skema ke atau ayat yang biasa aku guna. memandangkan ini blog aku, dan blog aku adalah blog peribadi dan aku telah putuskan untuk terus je guna ayat biasa. 

ayat yang selalu aku guna dalam blog. jadi takkan ada pen - janggalan. ha gitu. 

yang membaca entri ini, kalau kau (macam biadab pulak guna 'kau') datang dari industri, kerajaan, agensi, atau universiti. jemput hadir ke sesi Townhall oleh SELHAP - Selangor Halal Action Plan yang akan diadakan pada 18hb di Shah Alam Convention Centre. boleh rujuk poster ya. 

atau kau boleh klik pautan daftar Sesi Townhall

ramai yang tanya townhall oleh selhap ni apa? kalau datang nak buat apa? kalau datang dapat apa je? ni program ape benda?? 

aku tak tahu nak susun ayat, jadi aku akan petik je ayat yang telah dikarang oleh sekretariat berkenaan. skema sikit sebab bahasa surat rasmi. huhu

Objektif sesi townhal ini diadakan adalah bagi membentangkan perkembangan pembangunan pelan tindakan khas hala tuju Industri Halal Negeri Selangor serta mendapatkan kerjasama pelbagai pihak bagi inisiatif-inisiatif yang telah dibangunkan. Sebagai makluman pihak Y.Bhg Dato’/ Tuan/ Puan, pihak kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Halal Selangor telah meluluskan cadangan bagi satu kajian menyeluruh dan penyediaan pelan tindakan khas hala tuju industri halal Negeri Selangor bagi tahun 2018-2028 ini dilaksanakan. Ini adalah merupakan salah satu langkah pihak kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan industri halal sejajar dengan hasrat menjadikan Negeri Selangor sebagai “Global Halal Hub” diperingkat antarabangsa.

jadi itulah tujuan program townhall. kalau korang nak tahu, sebelum ni telah diadakan sesi brainstorming bagi mendapatkan pandangan serta cadangan daripada semua pihak. sesi townhall ni kira sesi penggulungan gitu.

jangan risau, program ni percuma. makan juga disediakan. yang kelapangan boleh hadir ya. kalau perlukan surat rasmi, boleh emel ke alamat emel di atas. okay aku rasa tu je lah kot. okay bye. 

Lirik Lagu Salah Makan Bad The Hood

Mieza S | 12/07/2018 09:34:00 AM | 0Comments |
JEMBALANG (O.P)
Rest in peace walau kawan sejak lahir.
Aku diss sebab engkau pernah hadir.
Duit engkau besar mana takkan buat aku kerdil
Macam najib ballin ringgit tapi trust ku kat mahathir
Tulang patah ramai mengiau
Di era baru ramai mengigau
Dajalkan manusia tapi benci illuminati
Fitnah gaya gua gaya itu lu minati
(MOTHERF*CKER TRAITOR!!!)
Lepas salah kencing ramai takut kena buang
Binatang lupa tuan jadi buta pasal uwang
Gigit tangan tuan tunduk menunggu peluang
Ramai jadi anjing tunggu aku baling tulang
Racun kawan bubuh sebab taknak aku senang
Selimut ada musuh jadi perisai aku pasang
Terpaksa peluk tubuh walau tahu arah songsang
Macam bersetubuh tapi aku tak teransang(hah)?
Tembak kepala aku berisi peluru perak
Masih tersasar bodo walau dekat jarak
Kuat agama baik tak semestinya warak!
Ramai cuba azan aku tapi mulut bau arak

LAUGH-E
Zaman jahat diangkat yang baik dipijak
Jadi ikut rentak baik,jadi guna cara bijak
Musuh kongsi selimut,fahamkan maksud salute
Musuh dalam selimut kuselimutkan berselit maut
Ragam hidup bertalam depan baik belakang syaitan
Ini kawan pangkat lawan depan salam belakang tikam
Makin maju dihadapan belakang mungkin bukan kawan
Jadi teruskan melawan walau kena makan kawan

WAYWHACK
Kau tak nak mengalah stick dgn ego
Jgn paksa kalau ilmu masih tak boleh go
Celaka dah mula celaru baru nak up bro
Tunggu blakang tabir siapa lagi raw
Nak tunjuk berang . Berangan nak saingkan saingan
Terangkan gerangan disampaikan
Salah tawan kawan baran coba lawan takda yuran
Suka makan tapi kenapa skrg tak terlawan

CHORUS X2
Jaga salah, jaga, jaga silap (jaga silap)
Nak berlaga naga masi lelap (masi lelap)
Salah selak tawan salah lawan (salah lawan)
salah makan, jangan salah makan (jangan salah makan)

PENSEAL HB
lek lek , bau kaching, terbang masih ter -bang dawg
minta semua bow cam minta blow
Otak bukan low I go as pro
Sebab ramai gagal gopoh!
Minta tolong cakap baik baik , right
Bukan hidung tinggi mcm taik taik, side sikit
Tarik tarik balik kata kata a'ait
Jangan salah telan nti ending kena kait.. aiiiiih

LOWBET 
Kenapa ramai kawan pilih jalan songsang, Bukan tunjuk kencang tapi bawa bincang. Hidup ini penuh jalanan bersimpang, Jangan salah simpang pasti jatuh longkang. Ada hobby mengata pakar dalam fitnah, Anggap diri sempurna lupa cermin parut wajah. Susunan tarap orang bilang mereka sempurna, Hakkkk phuii kamu semua perangai jahiliah!! LIL K
Hold up hold up ima get this straight.
I'ma kill you motherf*cker like a lie get paid.
Set that date i said set that death.
I'ma take the throne represent that bad.
A young n**ga got it f*cked cause i’m bad.
Ain’t no queen of rap in Ks.
I took the blues you got no clues.
Running the town like a chi-girl.
Dealing with me b*tch you know your ranks.
Try to shut me down I'ma f*ck yo gangs.
Two face enemy I wonder who man?
I'ma bad b*tch called wonder woman.
L K still bad as f*ck but haters be mad as f*ck.
So bullsh*t all that sh*t you take it or you leave it b*tch.
I spit it you lick it I wreck it in yo haim.
Then back off ya fuck off your mindset.
Always been fightin back ,but never ever losin bad.
Friends turn to foes, turn to hoes, knows, goes.
Got the ace, got the face, gotta erase, case give me some space.

CHORUS X2
Jaga salah, jaga, jaga silap (jaga silap)
Nak berlaga naga masi lelap (masi lelap)
Salah selak tawan salah lawan (salah lawan)
Salah makan, jangan salah makan (jangan salah makan)

Saturday, December 1, 2018

Petal Velvet Set Terbang dari Korea

Mieza S | 12/01/2018 10:54:00 AM | 2Comments |
Petal Velvet Set Terbang dari Korea

penting ke sunblock sebenarnya? penting sebab kita selalu sangat terdedah dengan matahari. masa pun lebih banyak dekat luar berbanding dalam rumah. betul tak? jadi sunblock memang sentiasa kena ada bagi melapisi kulit. tapi kan? 

percaya atau tak, aku tak pernah ada sunblock. niat na beli banyak kali, tapi tak pernah beli. cuba cuba orang punya apatah lagi, memang tak terkira. most of yang aku cuba semuanya macam melekit. eyuuu. sumpah tak selesa. berasa macam aku letak minyak dekat muka. sampailah althea mengirimkan aku petal velvet set dari korea

Petal Velvet Set

Petal Velvet Sunaway spf50+ 

Petal Velvet Set Terbang dari Korea

dalam kiriman tu, terdapat lima (5) produk yang dimuatkan di dalam satu kotak. antaranya ialah petal velvet sunaway, petal velvet powder dengan tiga (3) jenis variasi warna dan pouch transparent yang comel. 

masa parcel sampai, aku memang terus apply sunblock dekat tangan. nak tengok gaya tekstur macammana. ternyata memang tak sia - sia dapat cuba produk ni. sebab teksturnya ringan dan meresap terus ke dalam kulit. 

sekarang memang tak pernah lagi tinggal sunblock dari korea ni setiap kali nak keluar jauh (lepak-ing dengan kawan). cuma mula - mula nak guna sunblock ni, aku macam jakun sikit. selalu sunblock didatangkan dalam bentuk krim kan? tapi sunblock dari altea ni sejenis liquid. kena goncang dulu. aku dok fikir, apehal macam cair gila (masa ni lupa nak goncang). lepastu sebijik macam nak guna liquid correcter zaman sekolah tu. kan ada bunyi dalam liquid tu kan? 

sunblock ni menggunakan botol kecil bersaiz 55ml dengan harga rm43. mahal sikit. tapi bagi aku berbaloi untuk sunblock bersaiz 55ml. dekat guardian pun tiub kecil dah mahal. cara nak guna senang je. goncang sebelum picit ke telapak tangan dan sapu pada keseluruhan wajah.

Kelebihan Petal Velvet Sunaway spf50

  • sesuai dengan semua kulit 
  • teksturnya yang ringan
  • tidak berminyak
  • meresap terus ke dalam kulit
  • mudah dibawa ke mana - mana
  • senang digunakan

Kandungan Petal Velvet Sunaway spf50

  • ekstrak damask rose - melembapkan dan melembutkan kulit.
  • minyak geranium - memberikan kesan kulit berseri dan menyembuhkan jerawat.

korang yang nak beli atau cuba produk sunblock althea ni boleh ke laman web althea atau klik loose powder althea

Petal Velvet Powder

Petal Velvet Set Terbang dari Korea
code : #0 translucent
Petal Velvet Set Terbang dari Korea
code : pink lavender
Petal Velvet Set Terbang dari Korea
code : #23 warm beige


petal velvet powder ni macam loose powder. korang yang suka pakai mekap mesti sangat tahu apa kegunaan loose powder kan? jadi inilah dia. aku cuma guna dua variasi warna sahaja, iaitu kod translucent dan juga warm beige. 

Kelebihan Petal Velvet Powder

  • senang dibawa kemana - mana
  • sesuai untuk semua jenis kulit
  • ringan

Kandungan Utama dalam Petal Velvet Powder


  • ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dan sentiasa terhidrat
  • polyphenols - memelihara kulit dari sinaran uv
  • saponarin - membaiki sel kuit rosak dan menganjalkan kulit

Petal Velvet Set Terbang dari Korea
(gambar dalam rumah)

gambar di atas merupakan gambar selepas aku apply sunblock dan loose powder dari althea. best sebab ringan dan tak berminyak. 

Petal Velvet Set Terbang dari Korea
(gambar luar rumah)

korang yang nak cuba loose powder althea boleh layari laman web althea atau klik beli loose powder dengan harga rm16. murah kan? jom jom beli. 


Info Althea Korea 
Official Website : http://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.