saat aku menaip entri ni, aku baru je keluar dari lif. cuma nak cakap, sedikit terasa dengan lelaki milenia yang agak gampang. haha. aku taktahu aku perlu terus positif atau bagaimana. tapi itulah. terang - terangan. ini bukan pertama kali, tapi berkali - kali diorang nak tunjuk betapa bezanya aku di mata dorang.
aku hantar barang dekat bos. kemudian, aku menuju lif. ada dua lelaki yang sedang sekian menunggu lif. awal beberapa saat dari aku. should be bila lif sampai, dorang akan masuk lif sekali dengan aku. sebab dah kebetulan masa aku sampai lif pun sampai.
tapi tak. dorang tunggu giliran sekali lagi, untuk naik lif asing. kalau nak belajar positif, aku harus fikir yang diorang lelaki dan bilangannya dua. sedangkan aku perempuan dan cuma satu. mungkin nak bagi privacy.
aku tak boleh brain dan positif untuk fikir yang diorang nak kasi aku privacy. dorang cuba jauh dengan orang macam aku. geli kot. takut tiba tiba aku sawan dalam lif ke, takut tiba2 air liur aku meleleh tak tentu hala, diorang takut sebab aku buruk.
memang sejak sekolah macam tu lah lelaki layan aku. tak pernah wujud dan tak akan wujud dalam kelibat mata diorang. nak jadi bayang apatah lagi. ah entahlah. selalu aku rasa kenapa macam ni jalan hidup aku. dan dimasa lain aku suka jadi macam ni, sebab tak de orang kacau aku.
masalahnya definisi 'kacau' aku tu, sampai aku tak ada kawan. takde sape sudi dengan orang macam aku.
aku harap sangat pada suatu hari nanti, segala kehilangan dan sakit dengan jalan hidup aku ni tuhan balas dengan bahagia yang takkan pernah habis.
sekali lagi, terima kasih pada semua yang pernah datang dan tak pernah hilang. betapa aku sangat menghargai segala yang pernah ada dan saat kalian menetap tak pernah pergi.
// aku tak tahu macammana nak manusia ni buka mata dan tolong lah hargai dan rai perbezaan. susah sangat ke?
// aku tak tahu macammana nak manusia ni buka mata dan tolong lah hargai dan rai perbezaan. susah sangat ke?
2 Comments
Sebenarnya,,percayalah jenis manusia yang suka sisihkan orang atau sinis pada orang lain ni ada di mana-mana...kerana bukan paras rupa...fizikal sahaja jadi ukuran pada mereka..malahan segelintir mereka tahap pendidikkan pun menjadi ukuran bagi mereka.Biarkan.Abaikan.Nikmati apa yang Allah beri apa adanya.Syukuri.Kerana Allah pandang hati kita.Apa yang akan berlaku pada diri kita atau mereka di masa akan datang........kita tak tahu.Terus bersemangat ok.
ReplyDeleteterima kasih kak. bukak bukak blog akk komen camni. terubat sikit hati kite. terima kasih lagi sekali
Deleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.