ini pertama kali aku post berkenaan 'kerja' begini. hahaha. aku tak tahu nak guna ayat skema ke atau ayat yang biasa aku guna. memandangkan ini blog aku, dan blog aku adalah blog peribadi dan aku telah putuskan untuk terus je guna ayat biasa.
ayat yang selalu aku guna dalam blog. jadi takkan ada pen - janggalan. ha gitu.
yang membaca entri ini, kalau kau (macam biadab pulak guna 'kau') datang dari industri, kerajaan, agensi, atau universiti. jemput hadir ke sesi Townhall oleh SELHAP - Selangor Halal Action Plan yang akan diadakan pada 18hb di Shah Alam Convention Centre. boleh rujuk poster ya.
atau kau boleh klik pautan daftar Sesi Townhall.
ramai yang tanya townhall oleh selhap ni apa? kalau datang nak buat apa? kalau datang dapat apa je? ni program ape benda??
aku tak tahu nak susun ayat, jadi aku akan petik je ayat yang telah dikarang oleh sekretariat berkenaan. skema sikit sebab bahasa surat rasmi. huhu
Objektif sesi townhal ini diadakan adalah bagi membentangkan perkembangan pembangunan pelan tindakan khas hala tuju Industri Halal Negeri Selangor serta mendapatkan kerjasama pelbagai pihak bagi inisiatif-inisiatif yang telah dibangunkan. Sebagai makluman pihak Y.Bhg Dato’/ Tuan/ Puan, pihak kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Halal Selangor telah meluluskan cadangan bagi satu kajian menyeluruh dan penyediaan pelan tindakan khas hala tuju industri halal Negeri Selangor bagi tahun 2018-2028 ini dilaksanakan. Ini adalah merupakan salah satu langkah pihak kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan industri halal sejajar dengan hasrat menjadikan Negeri Selangor sebagai “Global Halal Hub” diperingkat antarabangsa.
jadi itulah tujuan program townhall. kalau korang nak tahu, sebelum ni telah diadakan sesi brainstorming bagi mendapatkan pandangan serta cadangan daripada semua pihak. sesi townhall ni kira sesi penggulungan gitu.
jangan risau, program ni percuma. makan juga disediakan. yang kelapangan boleh hadir ya. kalau perlukan surat rasmi, boleh emel ke alamat emel di atas. okay aku rasa tu je lah kot. okay bye.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.