Trauma Motor - Mieza S Mieza S: Trauma Motor

Trauma Motor

December 07, 2018
Trauma Motor

hari rabu aku ambil cuti untuk pergi hkl macam biasa. temujanji yang tidak akan pernah habis sampai bila - bila. ah bosan~ ceritanya begini. sepanjang di atas jalan, aku duduk di tengah antara kereta di antara lorong dua dan tiga (tengah dan kanan). sepanjang menuju ke hkl, ya tuhan. aku punya jantung macam naik roller coster, sumpah weyh! 

kejadian beberapa bulan lepas yang menyebabkan aku kemalangan kecil di tengah jalan sewaktu sesak jalan tu betul betul buat aku trauma. tambah trauma, bukan aku yang bawak motor. tapi orang yang berlagak tahu masa depan, JAHANAM! 

kalau kau baca ni, kau kena belajar menerima pendapat orang dan belajar untuk faham keadaan sekeliling. bukan berlagak tahu dan pentingkan diri sendiri.

sampaikan dengan bapak aku pun, aku takut nak naik sekali. kalau aku naik juga sebab terdesak, aku lah orang paling dungu menunggu kemalangan tu tiba. faham tak?

sebab aku betul betul takut. aku rasa habis darah aku hilang kering sebab takut sangat. hmmm. macammana ya nak hilangkan? 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.