Disclaimer | Author | Contact


Friday, April 28, 2017

Lirik Lagu Aku Sanggup Sufi Rashid

Mieza S | 4/28/2017 03:38:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Aku Sanggup Sufi Rashid

Lirik Lagu Aku Sanggup Sufi Rashid

Termenung sendu
Ratapi luka yang telah terguris
Mengejar bayang
Moga terbukanya pintu hati

Rindu saat kita
Seperti lalu saling menyayangi
Namun kau berubah
Tawar hilangnya kasih

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
Dengarkanlah

Sayang tak usah kau pergi
Jauh dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa masih mencintai
Kita punya harapan lagi
Jika kau mahu aku sanggup
Mulakan hidup baru

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
Dengarkanlah

Sayang tak usah kau pergi
Jauh dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa masih mencintai
Kita punya harapan lagi
Jika kau mahu aku sanggup
Mulakan hidup baru

Sayang aku sanggup

Lirik Lagu Sabar Ismail Izzani

Mieza S | 4/28/2017 03:32:00 PM | 0Comments |

Lirik Lagu Sabar Ismail Izzani

Lirik Lagu Sabar Ismail Izzani

Jangan menangis, sayangku
Ini hanyalah sementara
Berdoalah
Pada Yang Esa
Terus menahan sabar
Agar bahagia di sana

Mungkin kau tak pernah sedar
Bukalah mata dan dengar Dengarkan laguku
Ku cuba untuk lepaskan
Luahan hati ini
Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Now i’m all alone in the dark
Why should I lose you when I needed you the most
The best is the best, the past is the worst
Just let it go, just let it go, no
Why is it hard for you to see
When everything i’ve done is for you and me

Ku disakiti
Namun jua kau sedar
Kau tersakiti

Bridge Jangan pedulikan
Teruskan berjalan
Biar waktu pisahkan kita
Walau bukan selamanya.

Jerawat Masak Ranum

Mieza S | 4/28/2017 10:05:00 AM | 1Comments |

Jerawat Masak Ranum

Jerawat Masak Ranum

Biasalah. Bila dah minggu 'hari cuti' muka akan timbul jerawat yang tak diundang. Jerawat ni aku mula perasan, tumbuh pada hari isnin ke selasa macam tu lah. Sekarang dia dah masak ranum. Geram je aku tengok. Pantang aku nak menggaru muka sikit, mesti terkena jerawat ni. Lepastu termenjerit secara tiba - tiba. 

Jerawat Masak Ranum

Jerawat Masak Ranum

Aku geram tengok warna dia. Macam buah -_- . Kalau ada member aku yang suka picit jerawat, aku rasa memang tak selamat jerawat ni. Dan menangis lah aku mengenangkan betapa sakitnya bila jerawat dipicit sampai berdarah. Okay bye. 

Thursday, April 27, 2017

Pening Tengok HTML - Tolong Aku Boleh ?

Mieza S | 4/27/2017 02:54:00 PM | 0Comments |

Pening Tengok HTML - Tolong Aku Boleh ?

Pening Tengok HTML - Tolong Aku Boleh ?
Sebenarnya aku dah tak tahu nak buat apa. Hhaha. Sebelum ni template aku ada satu widget di bawah footer - widget di luar. So aku dah padam. sebab rasa kelakar. Aku nak masukkan footer sebenarnya. Tapi tak boleh. Lepastu nak buat widget sebelah kanan ni dibahagi kepada tiga bahagian. Bukan semua la. Ada lah satu dua aku nak buat macam tu. Ada sesiapa boleh bantu? Aku bayar lah nanti. 

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Mieza S | 4/27/2017 01:59:00 PM | 3Comments |

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!


Nak duduk dalam bloglist kau sebab, aku suka baca blog kau. Walaupun antara blog kau dengan blog aku memang langsung tak ada kena mengena. Hahhaha. Tak, yang sebenarnya, aku  nak duduk dalam bloglist kau sebab aku berasakan satu penghargaan kalau blog aku yang tidak ada apa - apa tapi tersenarai dalam bloglist kau. Aku dapat rasakan satu aura positif setiap kali aku masuk blog kau. Mungkin sebab biru yang kau guna pada blog, sangat menyenangkan hati. Lagipun kau jugak aktif membalas komen kawan - kawan. Justeru, kalau aku duduk dalam bloglist kau. Tentu - tentu kau jugak akan rajin singgah blog aku. <3 


Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Mieza S | 4/27/2017 12:22:00 PM | 1Comments |

Tutorial Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Entri ini hanya sesuai untuk mereka yang menggunakan wordpress sahaja. Walaupun aku menulis blog menggunakan blogspot, harini aku dapat sedikit ilmu berkenaan wordpress. Semoga bermanfaat bagi mereka yang ingin masukkan contact form dalam wordpress.


Install Contact Form


Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress


Masuk ke dashboard > plugin > add new

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Taip 'Contact Form 7' pada ruangan kotak carian > enter

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Nampak tak tanda warna hijau yang aku bulatkan tu? Sepatutnya ia adalah button 'install now' . Jadi kau tekan button tu. Macammana nak tahu dah berjaya install ke belum? Rujuk gambar dibawah.

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Kalau dekat menu contact tu ada sub menu 'contact form' maknanya dah berjaya install lah tu. Lepastu kau klik 'contact form' dan pilih > 'Contact Form 1' > form

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

jangan lupa klik 'save' .

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Selepas klik save. Korang boleh scroll ke atas dan nampak ada tulisan yang dihighligh warna biru. Sila 'right click' dan copy. Seterusnya jom masukkan contact form dalam widget/page.

Masukkan Contact Form dalam page/widget

*aku cuma tunjuk untuk page sahaja. widget tak buat

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Dashboard > Pages

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Gambar di atas merupakan senarai page yang aku wujudkan dalam wordpress yang aku cuba buat. Jadi aku nak letakkan 'contact form' tadi dalam page 'Contact' . So aku klik pada 'Contact'

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress


Tulisan yang di 'copy' tadi sila 'paste' diruangan html ini (rujuk gambar di atas) > update

Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Sekarang sila view site korang. Jadi ke tak. Dekat bahagian menu atas sebelah kiri, ada nama site korang > visit site.


Tutorial : Masukkan Contact Form dalam Wordpress

Inilah hasilnya :) 

Lirik Lagu Harus Aku Sufian Suhaimi

Mieza S | 4/27/2017 10:04:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Harus Aku Sufian Suhaimi

Lirik Lagu Harus Aku Sufian Suhaimi

Noktah yang tidak bertanda
Pertemuan tak diduga dan disengaja
Membuat diriku menoleh semula

Rasa yang tidak bernama
Mengetuk hati memberi salam kasihnya
Haruskah diriku membenar semula

Sering kaliku menolak
Terjatuh hatiku
Padamu yang selalu bersamaku
Dalam suka dalam duka
Haruskahku menjauh

Ku cuba untuk lenyapkan semua
Kenangan yang tiada harga berguna
Inilah waktunya untuk dinoktahkan

Seringkaliku menolak
Terjatuh hatiku
Padamu yang selalu bersamaku
Dalam suka dalam duka
Haruskahku menjauh

Berkali ku cuba membenarkan hati
Menidakkan dusta tak tergamak aku
Kejamkah diriku mencipta peluang
Haruskah ku menjauh

Seringkaliku menolak
Terjatuh hatiku
Padamu yang selalu bersamaku
Dalam suka dalam duka
Haruskahku menjauh

Lirik Lagu Terakhir Sufian Suhaimi

Mieza S | 4/27/2017 09:50:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Terakhir Sufian Suhaimi

Lirik Lagu Terakhir Sufian Suhaimi

Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku (2x)

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku (2x)

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkan mu

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini

Oh Tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh Tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku


Lirik Lagu Tergantung Sepi Haqiem Rusli

Mieza S | 4/27/2017 09:43:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Tergantung Sepi Haqiem Rusli

Lirik Lagu Tergantung Sepi Haqiem Rusli

Cukup Disini perjalanan kita
Menghukum Diri mendera hati ini
Terhimpit Dengan suasana
Berat Rasanya sukar diluahkan
Bernafas Ragu menghembus pilu
Perasaan Ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun Terputus jua

Berat Rasanya sukar diluahkan
Bernafas Ragu menghembus pilu
Perasaan Ini tergantung sepi

Dibiarkan Begitu saja
Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua

Disiksa Hati yang menagih
Harapan Kasih yang menjauh
Terpisah Dalam kekalutan
Jiwa Yang digantung sepi

Dibiarkan Begitu saja
Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua

Mencuba Mencuba menyimpulkan mati

Dibiarkan Begitu saja
Terikat Namun tak bertali
Mencuba Menyimpulkan mati
Namun Terputus jua
Disiksa Hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Lirik Lagu Segalanya Haqiem Rusli

Mieza S | 4/27/2017 09:36:00 AM | 0Comments |

Lirik Lagu Segalanya Haqiem Rusli

Lirik Lagu Segalanya Haqiem Rusli

Hampir pernah ku cuba sesali
Kerna telah memberikan segalanya
Siapakah diriku sebenarnya di hatimu
Atau sekadar sandaranmu

Saat ku mulai menyedari
Perasaanku tak pernah dipeduli
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
Apa ku tak punya harga

Segala apa yang telah ku berikan
Masih lagi tak memadai
Hampir ku tersungkur menuntut janji
Darimu

Saat ku mulai menyedari
Perasaanku tak di peduli
Salahkah diriku mengemis cinta darimu
Apa ku tak punya harga

Segala apa yang telah ku berikan
Masih lagi tak memadai
Hampir ku tersungkur menuntut janji
Darimu

Segala rasa yang telah kau berikan
Masih tak mampu mengubati
Perasaan yang telah kau nodai
Padaku

Segala rasa yang telah kau berikan
Masih tak mampu mengubati
Perasaan yang telah kau nodai
Padaku
Padaku

Wednesday, April 26, 2017

GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW

Mieza S | 4/26/2017 04:04:00 PM | 7Comments |

GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW

GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini

Mieza S | 4/26/2017 11:43:00 AM | 56Comments |

https://www.instagram.com/p/BTZN2Wdh8sE/Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini
Sumber Gambar

Hai. Aku mahu mengadakan satu giveaway. Dimana hadiahnya tidaklah dapat menarik perhatian kalian. Tapi, aku benar - benar mahu kau masuk giveaway ini dan aku takkan bebankan kau dengan syarat complicated agar aku dapat memenangi giveaway lainnya. Hehehe. Aku harap kau bantu aku ya. Terima kasih.

Syarat - syarat :
1. Ada blog dan akaun instagram. (takde blog boleh join)
2. Tak ada akaun instagram, tak boleh join. 

Cara mudah menyertai giveaway (blog):
1. Buat tajuk Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini
2. Like gambar :
https://www.instagram.com/p/BTVSwEhDAbQ/ ,
https://www.instagram.com/p/BTZN2Wdh8sE/ dan
https://www.instagram.com/p/BTYrjb8jdfC/
(wajib dan akan diperiksa - kalau tipu serta merta penyertaan akan terbatal :'))
3. Copy code yang disediakan dibawah dan paste di blog kau

<h2>
Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini</h2>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
</div>
<table align="center" cellpadding="0" cellspacing="0" class="tr-caption-container" style="margin-left: auto; margin-right: auto; text-align: center;"><tbody>
<tr><td style="text-align: center;"><a href="https://kanvasdakwat.blogspot.my/2017/04/giveaway-1-oleh-mieza-suhaini.html" imageanchor="1" style="margin-left: auto; margin-right: auto;"><img alt="Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini" border="0" height="225" src="https://2.bp.blogspot.com/-4_tOC6ZHYuU/WQAec8j-VjI/AAAAAAAALXA/w7tNBc3vrGs7hwSHPnMUQCyPPVm3kk1WgCEw/s400/c88a12baeec1cc64798c73a9e9492c62.jpg" title="Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini" width="400" /></a></td></tr>
<tr><td class="tr-caption" style="text-align: center;"><a href="https://www.pinterest.com/" style="font-size: 12.8px;">Sumber Gambar</a></td></tr>
</tbody></table>

4. Publish dan tinggalkan url entri dan id akaun instagram kau di sini .
5. Giveaway tamat pada 09052017
6. Pemenang akan diumumkan dalam masa terdekat selepas giveaway tamat

Cara mudah menyertai giveaway (xde blog):
1. Like gambar https://www.instagram.com/p/BTVSwEhDAbQ/ (wajib dan akan diperiksa - kalau tipu serta merta penyertaan akan terbatal :'))

2. Tinggalkan id akaun instagram kau di sini .


Hadiah :
1. RM10 x2 (cash - bank in)
2. Waterproof mobile case, macam gambar ni --> waterproof mobile case . nanti aku update gambar sebab design tak sama.
3. Hadiah akan ditambah jika bilangan peserta juga bertambah

Senarai Peserta *akan diupdate kemudian

Sedapnya Nescafe Latte

Mieza S | 4/26/2017 11:18:00 AM | 1Comments |

Sedapnya Nescafe Latte

Sedapnya Nescafe Latte

Sedapnya Nescafe Latte. Saat aku menulis ini aku pun baru sahaja meneguk sedas dua nescafe latte kegemaran aku. Aku yakin, rasanya sudah bertahun - tahun aku tidak meneguk nescafe. Tak. yang sebenarnya hanya berbulan - bulan. Tapi aku rasakan semacam bertahun lamanya. 

Maaf kepada diri sendiri. Kerana telah mengkhianati kesihatan kau. Hahahhaa.

Cukup lama aku pandang. Baru harini aku berani beli. Sebelum - sebelum ni aku hanya membuat review. Dapatlah rasa sikit. Di entri ini dan ini

Imbas kembali :

Waktu aku kerja di speedmart dulu, nescafe latte selalu saja kehabisan stok. Selalunya sebelum aku pergi kerja, aku akan singgah dekat petronas. Untuk setiap hari demi latte. Aku suka kan harumannya, dan aku telah dimomokkan dengan kehebatan nescafe yang mampu menahan ngantuk seseorang individu. Waktu kerja aku ialah bangun pada pukul 8 dan pulang pada pukul 10.30 hingga ke 11 malam. Kerana itu aku minum nescafe. Padahal tetap mengantuk. 

Hinggalah pada suatu hari.

Aku mengalami sakit kepala yang teruk. Mungkin berpunca daripada nescafe. terus aku berhenti minum. Lepas tu okay. Jadi aku buat kesimpulan bernas, nescafe punca aku sakit kepala jika diambil dalam kuantiti yang banyak. 

Sedapnya Nescafe Latte

Dan harini, aku meneguk nescafe lagi setelah aku berpuasa dari nescafe. Sedapnya nescafe latte. Kepala dah seakan berpusing. %$#@. Aku kena lagi. 

Tuesday, April 25, 2017

Peluang Lagi

Mieza S | 4/25/2017 03:57:00 PM | 2Comments |

Peluang Lagi

Peluang Lagi

Peluang entah yang keberapa kali aku beri. Tapi masih lagi belum dihargai. Bila aku tolak mentah - mentah orang akan marah. Tanpa mahu tahu dan ambil kisah. Tanpa mahu peduli apa yang aku lalui. Tahunya cuma peluang - peluang. Aku ini apa. Bahan ujikaji memangnya? Kau bilang - bilang ke aku, tidak manusia sempurna dan punya rasa yang sama. Semuanya pasti ada unik dan beda masing - masing. Kerna Tuhan cipta kita semua istimewa. 

Aku juga sudah puas mahu buka peluang. Aku telah simpulkan masa lalu dan kejadian - kejadian yang menimpa adalah dendam dan amarah Tuhan atas bumi sepanjang aku masih ada nyawa dan bersatu dengan jasadku sendiri. Sebab aku tak pernah sedar, aku punya dosa pada Tuhan. 

Dia kata. Tolonglah jangan samakan aku dengan sesiapa lagi.
Mereka kata. Eh. Dah berapa ramai kau kenal sampai kau boleh kata semua orang sama?

Pirah. Itu kata dongeng yang sudah diajar dan kau sedang dalam belajar untuk mencanang pada manusia - manusia yang belum pernah kau jumpa. Yang belum kau nampak jerawat lubang - lubang pada mukanya. Yang kulitnya tidak putih macam kau bayang. Rambutnya tidak lurus macam kau mahu. Kemudian kau tinggalkan.

Kemudian, kau mintak peluang lagi. Bukan pada dia. Tapi pada dia yang lain. Yang baru mahu kau jumpa. Kalau dia tidak padan dengan mata kau tinggal lagi. Kemudian kau mahu peluang lagi peluang lagi. 

Kau sebenarnya sedang menunggu yang paling mata kau suka kan? Padahal kau kata, kau sedang mahu beli hati. Bukan mukanya. Kau penipu. Kau menipu diri kau sendiri. Kau menipu aku. kau menipu dia. Sudah berapa banyak kali kau menipu? 



Perut Berbunyi

Mieza S | 4/25/2017 10:57:00 AM | 0Comments |

Perut Berbunyi

perut berbunyi

Perut aku berbunyi saat ini. Aku tahu, aku sedang lapar. Bukan padahal pagi tadi, aku baru je menjamah sarapan. Sekarang berbunyi macam lapar teruk. Mengarut betul lah. Aku terasa macam kuat sangat je bunyi ni. Sebab aku pakai earphone. Aku takut orang sebelah dengar. Hhahhaaa. Dah lah tidak ada apa - apa yang boleh dikunyah.

Monday, April 24, 2017

Harapan

Mieza S | 4/24/2017 10:57:00 PM | 0Comments |

Harapan

harapan

Kau yang menggantungkan harapan
Didahan - dahan
Agar tak siapa tercapaikan
Saat angin menghembus nyaman
Lalu daun jatuh berguguran
Disambut perempuan

Kau jalan
Dan meninggalkan
Tanpa peduli sebuah perasaan
Sedang hancur perlahan
Dan jasad tak lagi bertuan
Jiwanya sudah terpadam oleh angan

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Mieza S | 4/24/2017 03:06:00 PM | 3Comments |

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Kalau nak diikutkan semalam dan harini, memang bersepah status berkenaan #ame2017 aka Anugerah Meletop Era 2017. Ada netizen gembira, ada yang mencemuh, ada yang datang sebagai alim ulamak, ada yang tiba - tiba tukar kerjaya sebagai pakar motivasi dan berbagai lagi lah ragam yang mencuit hati dalam media sosial. 

Aku sebagai penonton secara live pada hari yang penuh 'gilang - gemilang' semalam boleh katakan anugerah pada hari kejadian adalah anugerah paling tak boleh blah. Banyak moment sampah yang dipertontonkan secara tidak sihat. Ramai jugak yang tak puas hati dengan kemenangan yang dianugerahkan kepada #lofattah. Rata - rata mempertikaikan anugerah malam tadi. Aku pun turut tak puas hati. Macammana ranting kayu boleh menang bila lawan dengan pedang? Aku musykil. Aku syak diorang main politik.

Seolah - olah memang #ame2017 kali ini memang nak bagi peluang kepada #lofattah menang. Sebab tu, beriya - riya sangat #lofattah ditimang - timang sampai tinggi. Sampai ada yang meroyan. Entah - entah yang meroyan tu pun semua nya akaun fake. Biar #lofattah jadi viral di media sosial. Tak gitu?

Malique Muncul di #ame2017

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar
Seperti yang sedia maklum, Malique sudah lama tidak menyanyi secara live. Aku dapat rasakan semalam, peminat Malique masih menyimpan Malique dihati mereka. Justeru, ramai yang semangat dengan kehadiran 'Malique' yang dikatakan 'Malique'. Berbagai andaian yang dibuat oleh netizen. Antaranya ada yang mengatakan, orang yang bergandingan dengan Dayang semalam memang Malique. Ada juga yang kata, tak mungkin Malique akan membuat kejutan sebegini. Ini perkara yang sangat mustahil akan dilakukan. Tak kurang juga, ada yang mengatakan begitu begini. Ada yang masih mampu membaca gerak geri Malique di atas pentas. Masih ada yang mampu membaca suara sebenar Malique. Semua orang rindukan Malique. Jadi ikuti video dibawah.

Ternyata benarlah. Malique hanya menghantar suaranya sahaja tidak jasadnya pada malam Anugerah Meletop Era 2017. Hanya suara sebagai pengubat rindu kepada peminat yang masih setia menanti Malique membuat persembahan secara live!

Moment Sampah di atas Pentas #ame2017


Adegan pegang tangan bersama Ayda Jebat

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Aku boleh terima kalau Johan dan Ozlyn buat drama atas pentas. Tapi aku rasa bangang bila drama tu dipanaskan lagi dengan adegan Johan dan Nabil pegang tangan Ayda Jebat. Aku tak tahu siapa punya idea buat benda ni. Tak pasal - pasal nanti orang kecam Ayda Jebat gatal la ape lah. Benda tu akan menggangu prestasi individu. Dan benda macam ni seolah - olah sengaja diwujudkan agar media cetak, media massa, media sosial segala media ada liputan terbaru tentang gosip artis. *^#%^* betul. Macam ni rupanya orang hiburan cari makan. Cekap dan pantas! Kau tunggu jela nanti Melodi. Mesti ada muka Ayda Jebat. Kahkah

"Kalau dalam drama ada adegan atas katil serta adegan 'bersetububuh', tak mustahil juga adegan atas katil dan 'bersetubuh' akan dipertonton kan pada majlis atau persembahan secara live. -_-


Johan 

Eh, bingit betul aku dengan Johan ni. Hhaha. Sekarang kalau nak ambik pengacara senang je kan? Ambik orang yang reti buat lawak. Baru majlis meriah sikit. Tapi susah jugak, kalau jenis buat lawak teran - teran. Macam teran berak. Kita rasa kentut macam nak berak sangat. Tapi rupanya tak. Hmm. faham2 jela maksud aku. Kahkah. Sebabkan lawak tak jadi, dia gelak sorang. So nanti semua orang jadi terikut nak gelak jugak. Bila ada Johan ni teringat pulak radio Era yang suka syok sendiri. -_- Kamon. Aku kalau pagi - pagi dengar radio era rasa macam nak kunyah - kunyah je radio tu. Tak faham langsung apa yang diorang sembangkan.

Dress up Neelofa tak kena

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar
Pakaian Neelofa pada malam anugerah semalam, bukan satu isu bagi aku. Sebab aku tidak dalam bidang fesyen. Dan aku tak peduli pun semua orang pakai apa. Hahaha. Sebab mulut manusia sejenis yang tidak akan berpuas hati. Neelofa cantik, jadi Neelofa harus gayakan pakaian yang lebih glam pada majlis - majlis begini. Mungkin begitulah pandangan aku ~ Sebab aku rasa bila aku pakai skirt yang dipadankan dengan t-shirt ia kelihatan macam disaster giler ditambah dengan cara pemakaian tudung yang tidak kena. Sudahnya aku tak mampu nak ada keyakinan. 

Lain halnya dengan Neelofa. Dia sudah terlahir sebagai wanita cantik. Saat dia memakai skirt yang dipadankan dengan t-shirt putih tetap masih cantik dan sempoi diatas pentas. Walaupun kelihatan biasa - biasa.

Cuma sekalian netizen mengharapkan Neelofa akan tampil dengan pakaian yang lebih glam pada majlis semalam. Yang penting, masih cantik. Dan aku tetap suka dia pakai apa pun.


#lofattah menang besar

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar

Isu ini masih hangat diperdebatkan dalam media sosial. Seperti yang aku katakan pada awal - awal tadi, kemenangan #lofattah seolah sudah dirancang lama dahulu. Kelakar bila, penonton datang bersorak - sorak seolah ingin menyaksikan sebuah majlis anugerah yang bakal dianggap gilang - gemilang sudahnya hanyalah sebuah anugerah yang meraikan #lofattah semata - mata. Menyesal aku turun semalam. Baik aku tidur dari menyaksikan sebuah anugerah begini. Nasib baik ada persembahan yang wow sebagai pengganti kehambaran majlis. 

Ending hambar

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar
Sepanjang aku ada menyaksikan #ame2017, tak sudah aku menguap. Bapak bosan anugerah ni. Orang kiri kanan aku tak sudah jugak memberi sepatah dua kata dengan pengakhiran Anugerah Meletop Era 2017. Oh ya, aku menulis entri ini bukanlah untuk menjatuhkan mana - mana pihak, tapi aku adalah suara kepada mereka yang masih tidak puas hati dengan penganugerahan semalam! Aku rasa sia - sia je orang yang dok undi artis diorang. 

Oh lagi satu. Memang tak boleh blah betul bila fatah umum nama lofa, lofa umum nama fatah. So sawit. Fans #lofattah? Pergi mati.

Fans Yang Taksub

Oh ya. Sebenarnya aku masih lagi tak puas hati dengan apa yang jadi semalam. Siapa yang ada pada waktu kejadian, mesti menyumpah tak sudah. Aku menulis ini bukan sebagai seorang ustazah pilihan. Tapi sebagai manusia yang masih menyimpan rasa hormat pada waktu maghrib dan masih malu dengan tuhan walau aku bukanlah seorang yang sangat taat setia pada Dia. 

Semalam gate bukak dalam pukul 7.45 macam tu kalau tak silap. Semua manusia berbumbungkan langit yang merah jingga. Dan ketika itu, pasti nya syaitan sedang aktif berkeliaran. Mungkin ada jugak syaitan yang sudah merasuk mana - mana fans club yang hadir. Kau bayangkan ya. Ketika langit merembang jingga, diorang boleh macam orang gila ketuk gendang bernyanyi terpekik terlolong dengan tak padan usia lanjut untuk menunjukkan taat setianya kepada artis kesayangan. Terjerit - jerit suruh bukak gate, tak sabar sangat nak masuk. 

Ah. Aku tak kisah kalau diorang taksub melampau tahap nak kena pelempang. Tapi aku malu, bila diorang menunjukkan taraf penghormatannya pada tuhan sebegitu. Kalau iya pun, tunggu lah maghrib reda baru berperilaku seperti orang gila. Aku mengatakan mereka gila bukan kerana mereka tidak waras. Tapi kerana orang gila lebih waras dari mereka yang menghormati tuhan.

Itu belum sampai dekat dalam. Semuanya pentingkan diri sendiri. Ada yang datang dari jauh dan dekat. Tapi semua kerusi nak disimpan untuk fans club. Aku tak kisah kalau tak dapat tempat duduk. Sebab masih ada lantai untuk aku duduk dan nikmati Anugerah Meletop Era yang hambar. Sampaikan majlis nak mula pun, kerusi masih kosong. Masih setia jadi penjaga kerusi. Penjaga kerusi pun masih setia bersms suruh orang yang datang tu pantas sikit. 

Sedangkan yang masuk makin ramai. Sampai dah tengah - tengah masa tu, barulah diorang kata takpelah duduk lah sini. Wtf! Semua orang masuk dengan niat yang sama dengan 'bayaran' yang sama kenapa nak kena berkira? Kalau sorang dua boleh lagi terima. Ni sampai satu baris kosong. Aduh, panas betul hati aku. Macamlah, diorang punya kerusi tu harga sampai seratus ringgit sampai nak kena dijaga.

Bukanlah aku nak kata aku ni manja, pergi majlis tak dapat kerusi nak mengadu. Kan aku cakap, aku tak kisah kalau tak dapat duduk. Masalah sekarang, buat apa nak jaga tempat orang kalau dia lambat? Sepatutnya siapa cepat dia dapat la. Ni menyusahkan semua orang. Bukan aku sorang je yang rasa macam ni. 

Aku pernah jugak pergi majlis macam ni. Kalau dah rasa lambat sampai, duduk je belakang. Settle. Bukan sampai awal pun tak dapat duduk gara - gara fans jaga tempat geng. Memang hangin. Lainlah kerusi dah tulis nama orang tu. Memang tak boleh nak kacau la kan.

Tu nanti mesti ada yang komen, ah kecoh lah kau. Kau siapa. Dia siapa. Dia retis kot. Kau komen macam bagus - bagus je. Diorang tu duit dapat, menang dapat, masuk tv pun dapat. Hahhaa. Hello, kalau tak ada yang sokong diorang, diorang tu entah siapa - siapa lah. Seorang artis tidak hanya berdiri dengan baat sendiri. Tapi harus ada peminat. Kalau ada bakat, tapi tak ada peminat. Nescaya lingkup. Sebab, kalau jemput show tak siapa nak tengok. Kalau buat album tak siapa nak beli. Jadi begitulah. Memang harus dikritik. Supaya ada penambahbaikkan. Lagi kan pula, rancangan ni bukan terhad kepada golongan artis. Tapi kepada seluruh rakyat yang berpeluang menonton. Takkan nak tengok anugerah sampah? 

Radhi OAG 'kena rasuk'

Aku taknak kondem dia. Sebab dia artis underground. Memang begitulah dia sejak dulu yang pernah memenangi beberapa anugerah hebat. Bagi aku okay je. Sebab ini hiburan. Hiburan boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Mungkin ada sebahagian akan kata, Radhi terlompat - lompat macam orang gila. Maybe ~ Sebab ada orang lama kan dekat majlis tu? Macam tak hormat pula. Ada sebahagian yang boleh terima persembahan Radhi.


Pengacara nonsense

Tak payah komen banyak. Kau sendiri tahu, pengacara yang datang dalam kalangan pelawak ni kalau nak menggembirakan hati penonton modalnya hanya buat kelakar bodoh. Walaupun kelihatan kurang ajar. Seperti meniru gaya artis yang lebih senior. Maybe~ kalau ikutkan benda tu biasa je. Ala hiburan kan? Tapi dari sisi yang lain nampak biadap sebab tak menghormati sensitiviti individu. Sebab jadi bahan lawak orang.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang AME 2017:

Tahniah semua yang memenangi anugerah. 

Top Top MeleTop Lelaki: Fattah Amin
Top Top MeleTop Wanita: Neelofa
Bintang Filem MeleTop: Fasha Sandha
Pelakon TV MeleTop: Fattah Amin
Penyanyi MeleTop: Siti Nordiana
Hos MeleTop: Neelofa
Artis Lawak MeleTop: Johan
Bintang Online MeleTop: Fattah Amin
Artis Baharu MeleTop: Khai Bahar
Couple MeleTop: Akim Ahmad dan Stacy
Si Cilik MeleTop: Yusuf Iskandar
Grup/Duo MeleTop: Datuk Siti Nurhaliza/Faizal Tahir
Penyampai Radio MeleTop: Johan
Program MeleTop: Taste Selebriti (Ep: Neelofa)
Filem MeleTop: Munafik
Lagu MeleTop: Pencuri Hati
Drama MeleTop: Suri Hati Mr Pilot
Program Radio MeleTop: Johara Pagi Era
Fesyen MeleTop: Fattah Amin

Sunday, April 23, 2017

Photoshoot bersama Wan Izhar Abu Bakar

Mieza S | 4/23/2017 04:46:00 PM | 14Comments |

Photoshoot bersama Wan Izhar Abu Bakar 

Photoshoot bersama Wan Izhar Abu Bakar

Akhirnya tamat jugak photoshoot semalam yang bertempat di UPM. Fuh! Memang terbaik sangat. Kali ni #kbba9 bekerjasama dengan seorang jurugambar professional yang bukan biasa - biasa. Siapa lagi kalau bukan Wan Izhar Abu Bakar. Power dia ni. Kau ingat senang nak ambik gambar 'talent' melebihi 10 orang? Susah weyh. Semalam saja ada dalam 40 orang macam tu. Kita nak ambek gambar kawan sendiri yang sorang pun kadang terkial - kial jugak. Kadang menyumpah dalam hati sebab penat. Hahhaha. Kawan pulak jenis nak posing sampai 10 kali. Mati aku -_-

Photoshoot bersama Wan Izhar Abu Bakar

Semalam punya cerita, memang Wan Izhar Abu Bakar ni rileks dan cool orangnya. Langsung tak nampak muka penat. Hahahhaa. Termasuk lah krew beliau yang kacak. Oppsss. Bye.

Memang diorang kerja secara professional sangat. Walaupun terpaksa hadap hujan dan panas. Kemudian perangai - perangai semula jadi #kbba9 yang ada tak berapa nak betul. Hhahah okay gurau. Apa pun sangat berterima kasih untuk sebuah kerjasama yang hebat ini. 

Photoshoot bersama Wan Izhar Abu Bakar

Dalam entri ini aku hanya letak gambar behind the scene. Sebab gambar dari jurugambar proffesional belum ada lagi. Hehehe. So, tengok lah yang ni dulu okay? Penat semalam sangat berbaloi walaupun kaki aku sampai melecet dan tak cukup tidur. Bila ditambah lagi dengan mimpi Kakak Laici yang merepek - repek. Tu semua gara - gara eksited nak tunggu hari esok dan terlalu memikirkan Kakak Laici. Sanggup jugak bawak kasut kehulur kehilir nak tunggu giliran. Mula - mula malu. Tapi setelah dipujuk oleh Razzwey akhirnya aku mengalah dan menjadi model yang tak semenggah. Hahahhaa. Maklumlah tak pandai beraksi depan kamera.

Photoshoot bersama Wan Izhar Abu Bakar
Perangai masing - masing

Photoshoot bersama Wan Izhar Abu Bakar
Bersama 'gegadis' #kbba9

Terima kasih yang tak terhingga buat Wan Izhar Abu Bakar and the geng dan ODS Studio sebab sudi bekerjasama kali ini bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Serta tak lupa juga kepada Ben Ashaari, ajk photoshoot, UPM, dan #kbba9 serta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kalau korang nak tengok koleksi dari hasil sentuhan jurugambar proffesional yang ambik gambar kitorang semalam boleh tengok dekat instagram beliau : 

Instagram : Wan Izhar Abu Bakar . 

Kalau korang berminat untuk menggunakan perkhidmatan beliau dan ODS Studio Communication untuk photoshoot boleh la menghubungi Puan Huda di talian 012 303 1005 .

Gred Telur Mempengaruhi Rasa Telur

Mieza S | 4/23/2017 09:57:00 AM | 0Comments |

Gred Telur Mempengaruhi Rasa Telur

Gred Telur Mempengaruhi Rasa Telur

Pagi tadi mak aku whatsapp, suruh belikan sarapan. Ni pun aku baru je balik dari kedai mamak. Aku tereksited sangat nak update blog pagi ni sebab aku dapat seketul ilham untuk dicoretkan dalam blog. Tapi kan, aku rasa macam tajuk blog tu ada macam lucah sikit kalau sekali baca. Aku harap, aku bukan spesies Ujang yang sering dikaitkan dengan entri lucah. Kahkah.

Situasi di kedai mamak bersebelahan speedmart :

Anak 1: Papa, nanti papa mesej mama tanya nak beli telur gred ape.?
Papa : (mesej mama dan mama reply) Mama kata nak telur gred B.
Anak 1: (Pergi speedmart lepastu datang balik dekat bapak dia)
Anak 1: Papa, macam mana nak tahu telur tu gred ape?
Anak 2 : Tanya jela akak kedai tu.
Anak 1: Okay - okay. (pergi speedmart balik dan bawa pulang telur 10 biji).
Anak 2: Betul ke ni telur gred B papa?
Papa : Mana papa tahu. Yang kamu pandai - pandai beli kenapa kalau tak tahu? Ni kalau salah beli mama tak makan. 
Anak 2: Cuba papa tanya mama. Gred B tu ada tulis M ke dekat telur ni.?
Papa : Papa tak tahu lah.


Aku tak tahu bapak dia ni bergurau atau serius. Kalau serius, memang aku rasa kelakar. Hahaha. Sanggup pulak tak makan telur tu sebab tak sama macam gred yang dia nak. 

Friday, April 21, 2017

Waris Kasih Sudah Tidak Boleh Ditonton Lagi

Mieza S | 4/21/2017 12:37:00 PM | 2Comments |

Waris Kasih Sudah Tidak Boleh Ditonton Lagi

Waris Kasih Sudah Tidak Boleh Ditonton Lagi

Aku rasa Drama Waris Kasih masih tetap menjadi hits dan banyak memberi nilai PV pada blog aku. Tapi ada satu masalah dimana, banyak link yang broken. Kemungkinan video tersebut sudah dipadam oleh pemilik website berkenaan, atau server mengalami gangguan atau expired dan sebagainya. Aku sedang berusaha mencari pautan website yang boleh menonton Waris Kasih dengan aman. Sejurus dan dapat, aku akan inform pada kalian. Terima kasih pada yang memberi feedback. :) 

Thursday, April 20, 2017

Akhir

Mieza S | 4/20/2017 06:30:00 PM | 2Comments |

Akhir

akhir

Jadi begitulah pengakhiran sebuah penerimaan,
Tidak pernah ada pengakuan atau penolakan,
Akhirnya hanya kawan,
Bukan siapa - siapa seperti bayangan.

Aku sudah mengantungkan angan - angan dan anggapan,
Pada kebahagiaan sudah - sudah lalu,
Di ampaian dinding,
Buat jamu mata yang berkeledak kesakitan,
Saat terjaga dan buka mata,
Akan ku sorok ampaian dibalik bingkai,
Kalau - kalau mata dan jiwa terhunus saat lalu,
Dan akan dipamer semula,
Jika mahu dan perlu.

Kau.
Ada bahagia yang sedang beratur,
Menunggu giliran di perhentian,
Moga tak tersalah pilihan,
Lagi.

Aku.
Sememangnya sering lupa dan tak mahu peduli,
Melebihi angan - angan yang tak bertepian,
Paling selalu beriya dan berlebihan,
Pada hati - hati yang tak mahu memiliki,
Aku.

Maaf.
Memperjuang hati dengan perasaan yang bukan kepunyaan,
Aku akan lebih berhati - hati,
Bila mahu mencintai.

19/04/2017 - 3am

Nyaris Salah

Mieza S | 4/20/2017 03:00:00 PM | 2Comments |

Nyaris Salah

Nyaris Salah

Aku syak, aku ni ada satu masalah la. Dimana, aku terlalu beriya - untuk hafal sesuatu benda. Hhahaha. Contohnya masa mula - mula kerja. Pintu ofis ada password, sepanjang seminggu awal aku susah sangat nak ingat nombor pintu. Jadi, aku akan tengok nombor pintu di dalam telefon. Mungkin banyak sangat nombor yang aku hafal kot. Sampai lah satu masa, aku dah tak perlukan lagi nombor tu. Bukan sebab aku hafal. Tapi sebab jari aku dah terbiasa nak tekan nombor mana satu.

Cumanya lagi, mungkin aku akan mencampur adukkan nombor. Macam baru je tadi aku nak buat. aku nyaris salah tekan nombor. Aku nak masukkan password akaun media sosial. Alahai. Selalunya bila dah jadi macam tu, akan akan lupa semua nombor.

Teringat zaman belajar dekat Kajang. Masa tu aku guna GPS nak ke sana. Cuma sesekali aku selitkan dekat poket. Punya takut sesat. Dan berlarutan sebulan lamanya. Susah lah nak ingat. Lagipun asyik dapat jalan tak pernah nak sama. Macam mana nak hafal. kang sesat nak patah balik sudah satu hal. Bila dah selalu sangat lalu jalan yang sama, aku dah tak guna telefon. Macam aku cakap, aku tak boleh nak hafal jalan tu. Cuma aku ikut laluan yang sama setiap hari dan benda tu jadi kebiasaan. Tu pun kadang - kadang macam was - was. Hahahhaa

Penantian Sudah Tamat

Mieza S | 4/20/2017 11:30:00 AM | 1Comments |

Penantian Sudah Tamat

Penantian Sudah Tamat

Akhirnya, penantian aku sudah tamat. Lega rasanya. Braces yang aku mula pakai sejak tahun 2009 dulu, telah dicabut semalam dengan officialnya di HUKM. Fuh! Tahu tak? 5 tahun dan ke atas tu macam - macam jadi dekat gigi aku. Orang lain pakai 3, 4 tahun. Aku? Sampai rasa stress. Sampai pernah aku sakit siap ambil gunting nak patahkan besi tu. Tapi besi tu lagi kuat. Sampai bengkak mulut aku. Sampai aku merayu - rayu dekat pembantu doktor tu. Boleh cabut tak kak, boleh tak. Mesti dia pun stress dengan aku. Hahahha. Kesian.

Cuma, aku semacam tak biasa pulak bila dah tak ada besi dekat gigi. Adik aku pun kata, gigi aku pelik. Mana tak pelik, aku pakai sepanjang tahun sejak aku sekolah kot. Adik aku pun masa tu masih kecik. Aku pun masih takut - takut nak gosok gigi. Takut gigi tertanggal. Kahkah. Punya la aku gosok perlahan - lahan. Macammana kalau gigi aku tertanggal? 

Sebab selalu ada besi. Aku gosok kuat - kuat je. Kan ada besi yang jaga gigi aku. Sekarang mana ada dah. Lagipun takut sangat gigi tu nanti gerak dekat tempat asal -_- serios kelakar dan seram pulak aku membayangkan benda ni. Jangan lupa baca entri aku pasal pemutih gigi. Dah lama nak pakai, tapi tak dapat. Sebabnya, aku tak nampak gigi aku secara seluruhnya. Sebab tengah - tengah ada besi. Okay bye.

GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

Mieza S | 4/20/2017 10:19:00 AM | 11Comments |

GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY


Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.