Penantian Sudah Tamat

Penantian Sudah Tamat

Penantian Sudah Tamat

Akhirnya, penantian aku sudah tamat. Lega rasanya. Braces yang aku mula pakai sejak tahun 2009 dulu, telah dicabut semalam dengan officialnya di HUKM. Fuh! Tahu tak? 5 tahun dan ke atas tu macam - macam jadi dekat gigi aku. Orang lain pakai 3, 4 tahun. Aku? Sampai rasa stress. Sampai pernah aku sakit siap ambil gunting nak patahkan besi tu. Tapi besi tu lagi kuat. Sampai bengkak mulut aku. Sampai aku merayu - rayu dekat pembantu doktor tu. Boleh cabut tak kak, boleh tak. Mesti dia pun stress dengan aku. Hahahha. Kesian.

Cuma, aku semacam tak biasa pulak bila dah tak ada besi dekat gigi. Adik aku pun kata, gigi aku pelik. Mana tak pelik, aku pakai sepanjang tahun sejak aku sekolah kot. Adik aku pun masa tu masih kecik. Aku pun masih takut - takut nak gosok gigi. Takut gigi tertanggal. Kahkah. Punya la aku gosok perlahan - lahan. Macammana kalau gigi aku tertanggal? 

Sebab selalu ada besi. Aku gosok kuat - kuat je. Kan ada besi yang jaga gigi aku. Sekarang mana ada dah. Lagipun takut sangat gigi tu nanti gerak dekat tempat asal -_- serios kelakar dan seram pulak aku membayangkan benda ni. Jangan lupa baca entri aku pasal pemutih gigi. Dah lama nak pakai, tapi tak dapat. Sebabnya, aku tak nampak gigi aku secara seluruhnya. Sebab tengah - tengah ada besi. Okay bye.

Post a Comment

1 Comments

  1. 5 tahun pakai braces! Wahh lamanyaaa! Lawak baca part takut nak gosok gigi. Hihi :D

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.