Caligynephobia
Caligynephobia atau boleh juga dikenali sebagai Venustraphobia atau Gynephobia merupakan ketakutan yang tidak normal pada wanita cantik. Mungkin disebabkan individu ini pernah menerima ugutan yang melampau menyebabkan mereka fobia kepada wanita cantik. - sumber : wikipedia
Kelakarkan bunyi nya? Macam - macam fobia wujud dekat atas muka bumi ni. Masing - masing punya ketakutan dalam diri masing - masing. Samaada kita mahu ambil tahu atau tidak. Aku ternampak perkataan caligynephobia ni dalam satu status seorang individu yang bernama Ameer. Paras rupa Ameer boleh tahan. Tidak terlalu kacak dan tidak juga terlalu biasa. Mungkin dapat aku katakan dia berada pada laki - laki diparas pertengahan. Mempunyai gaya santai yang bersahaja.
Umur? Aku terlupa pulak nak tanya. Dari paras rupanya, mungkin dapat aku katakan dia tua setahun atau muda setahun dari aku. Atau juga tua beberapa tahun. Dalam lingkungan dua puluh an begitulah. Bayangkan. Dalam usia yang terlalu muda begitu, dia sudah mengalami fobia pada wanita cantik? Apa yang aku bayangkan? Hahaha.
Mungkin dia pernah berpacaran dengan individu - individu yang memiliki paras rupa menawan. Kemudian ditinggalkan selepas ditabur janji bertan - tan. Atau mungkin, dia pernah dimalukan sehingga melibatkan maruah yang tidak boleh dilupakan sampai bila - bila oleh wanita cantik. Justeru, dia mengalami fobia sedemikian.
Sepatutnya fobia macam ni, hanya akan dialami oleh seorang laki - laki yang sudah mempunya usia yang banyak, dan mengalami situasi perhubungan yang gagal dengan wanita cantik. Bukan Ameer.
Tapi.
Aku masih musykil. Ameer mengalami fobia pada wanita cantik. Maknanya, dia terlalu takutkan wanita cantik, sampaikan mahu didekati pun dia takkan mampu. Tapi, bagaimana. Dia masih mempunya keinginan untuk terus berurusan dengan wanita cantik ya? Hahahahaaa.
Aku sedar. Dia sebenarnya sekadar menulis caligynephobia untuk menunjukkan kepada manusia yang mahu mengenalinya bahawa dia memang takutkan wanita cantik. Andaikata ada wanita cantik yang mahukan dirinya, tentu sahaja dia takkan menolak. Kan?
Kerana lelaki dan perempuan saling melengkapkan. Kemudian, Tuhan datangkan manusia dengan bermacam pilihan. Tentunya kita mahu yang paling terbaik untuk hati, jiwa raga, mata dan kehidupan kita pada masa hadapan. Justeru, wanita itu keperluan dan cantik itu merupakan kehendak. Ameer sedang berhalusinasi dengan masyarakat untuk terlihat sebagai manusia yang pernah menjadi mangsa kepada wanita cantik. Kahkah.
1 Comments
uishhhhh cenggini pun ada ke hahhaa
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.