Quote #15 MiezaS
Kau bilang,
Kau mahu hadiahkan aku,
Segugus bahagia,
Dan sekuntum mawar,
Buat penawar duka.
Aku masih setia menunggu,
Sehingga sudah sepurnama lama,
Aku sudah terlalu yakin,
Kau sebenarnya tidak akan datang datang bukan?
Kau sekadar mencampak janji,
Buat aku percaya,
Harapan belum mati.
Kan benar,
Lambat laun,
Kuntum mawar yang kau janji,
Kan gugur dan kering,
Segugus bahagia yang kau mahu beri,
Kan pudar gering,
Menyemai kecewa dan duka,
Paling sakti dalam jiwa.
Harapan memang belum mati,
Harapan untuk terus sakit dan merasa nikmat perit.
- MiezaS
5 Comments
Saya tak boleh menulis macam tu.
ReplyDeleteKena pandai main perasaan. Perasaan saya kasar.
hehhee. takpe. menulis lah mengikut hati. bukan perasaan
DeleteMacam kesinambungan entry lepas...sis faham maksud kecik...bersabarlah...ujian mmg Allah beri benda yang kita paling tak suka hadapi...tp percaya satu...pasti hari itu akan tiba !
ReplyDeleteTerima kasih singgah kat sini juga...
ReplyDeleteSama2
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.