Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Kalau nak diikutkan semalam dan harini, memang bersepah status berkenaan #ame2017 aka Anugerah Meletop Era 2017. Ada netizen gembira, ada yang mencemuh, ada yang datang sebagai alim ulamak, ada yang tiba - tiba tukar kerjaya sebagai pakar motivasi dan berbagai lagi lah ragam yang mencuit hati dalam media sosial. 

Aku sebagai penonton secara live pada hari yang penuh 'gilang - gemilang' semalam boleh katakan anugerah pada hari kejadian adalah anugerah paling tak boleh blah. Banyak moment sampah yang dipertontonkan secara tidak sihat. Ramai jugak yang tak puas hati dengan kemenangan yang dianugerahkan kepada #lofattah. Rata - rata mempertikaikan anugerah malam tadi. Aku pun turut tak puas hati. Macammana ranting kayu boleh menang bila lawan dengan pedang? Aku musykil. Aku syak diorang main politik.

Seolah - olah memang #ame2017 kali ini memang nak bagi peluang kepada #lofattah menang. Sebab tu, beriya - riya sangat #lofattah ditimang - timang sampai tinggi. Sampai ada yang meroyan. Entah - entah yang meroyan tu pun semua nya akaun fake. Biar #lofattah jadi viral di media sosial. Tak gitu?

Malique Muncul di #ame2017

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar
Seperti yang sedia maklum, Malique sudah lama tidak menyanyi secara live. Aku dapat rasakan semalam, peminat Malique masih menyimpan Malique dihati mereka. Justeru, ramai yang semangat dengan kehadiran 'Malique' yang dikatakan 'Malique'. Berbagai andaian yang dibuat oleh netizen. Antaranya ada yang mengatakan, orang yang bergandingan dengan Dayang semalam memang Malique. Ada juga yang kata, tak mungkin Malique akan membuat kejutan sebegini. Ini perkara yang sangat mustahil akan dilakukan. Tak kurang juga, ada yang mengatakan begitu begini. Ada yang masih mampu membaca gerak geri Malique di atas pentas. Masih ada yang mampu membaca suara sebenar Malique. Semua orang rindukan Malique. Jadi ikuti video dibawah.

Ternyata benarlah. Malique hanya menghantar suaranya sahaja tidak jasadnya pada malam Anugerah Meletop Era 2017. Hanya suara sebagai pengubat rindu kepada peminat yang masih setia menanti Malique membuat persembahan secara live!

Moment Sampah di atas Pentas #ame2017


Adegan pegang tangan bersama Ayda Jebat

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah

Aku boleh terima kalau Johan dan Ozlyn buat drama atas pentas. Tapi aku rasa bangang bila drama tu dipanaskan lagi dengan adegan Johan dan Nabil pegang tangan Ayda Jebat. Aku tak tahu siapa punya idea buat benda ni. Tak pasal - pasal nanti orang kecam Ayda Jebat gatal la ape lah. Benda tu akan menggangu prestasi individu. Dan benda macam ni seolah - olah sengaja diwujudkan agar media cetak, media massa, media sosial segala media ada liputan terbaru tentang gosip artis. *^#%^* betul. Macam ni rupanya orang hiburan cari makan. Cekap dan pantas! Kau tunggu jela nanti Melodi. Mesti ada muka Ayda Jebat. Kahkah

"Kalau dalam drama ada adegan atas katil serta adegan 'bersetububuh', tak mustahil juga adegan atas katil dan 'bersetubuh' akan dipertonton kan pada majlis atau persembahan secara live. -_-


Johan 

Eh, bingit betul aku dengan Johan ni. Hhaha. Sekarang kalau nak ambik pengacara senang je kan? Ambik orang yang reti buat lawak. Baru majlis meriah sikit. Tapi susah jugak, kalau jenis buat lawak teran - teran. Macam teran berak. Kita rasa kentut macam nak berak sangat. Tapi rupanya tak. Hmm. faham2 jela maksud aku. Kahkah. Sebabkan lawak tak jadi, dia gelak sorang. So nanti semua orang jadi terikut nak gelak jugak. Bila ada Johan ni teringat pulak radio Era yang suka syok sendiri. -_- Kamon. Aku kalau pagi - pagi dengar radio era rasa macam nak kunyah - kunyah je radio tu. Tak faham langsung apa yang diorang sembangkan.

Dress up Neelofa tak kena

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar
Pakaian Neelofa pada malam anugerah semalam, bukan satu isu bagi aku. Sebab aku tidak dalam bidang fesyen. Dan aku tak peduli pun semua orang pakai apa. Hahaha. Sebab mulut manusia sejenis yang tidak akan berpuas hati. Neelofa cantik, jadi Neelofa harus gayakan pakaian yang lebih glam pada majlis - majlis begini. Mungkin begitulah pandangan aku ~ Sebab aku rasa bila aku pakai skirt yang dipadankan dengan t-shirt ia kelihatan macam disaster giler ditambah dengan cara pemakaian tudung yang tidak kena. Sudahnya aku tak mampu nak ada keyakinan. 

Lain halnya dengan Neelofa. Dia sudah terlahir sebagai wanita cantik. Saat dia memakai skirt yang dipadankan dengan t-shirt putih tetap masih cantik dan sempoi diatas pentas. Walaupun kelihatan biasa - biasa.

Cuma sekalian netizen mengharapkan Neelofa akan tampil dengan pakaian yang lebih glam pada majlis semalam. Yang penting, masih cantik. Dan aku tetap suka dia pakai apa pun.


#lofattah menang besar

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar

Isu ini masih hangat diperdebatkan dalam media sosial. Seperti yang aku katakan pada awal - awal tadi, kemenangan #lofattah seolah sudah dirancang lama dahulu. Kelakar bila, penonton datang bersorak - sorak seolah ingin menyaksikan sebuah majlis anugerah yang bakal dianggap gilang - gemilang sudahnya hanyalah sebuah anugerah yang meraikan #lofattah semata - mata. Menyesal aku turun semalam. Baik aku tidur dari menyaksikan sebuah anugerah begini. Nasib baik ada persembahan yang wow sebagai pengganti kehambaran majlis. 

Ending hambar

Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Anugerah Meletop Era 2017 Memang Tak Boleh Blah
Sumber Gambar
Sepanjang aku ada menyaksikan #ame2017, tak sudah aku menguap. Bapak bosan anugerah ni. Orang kiri kanan aku tak sudah jugak memberi sepatah dua kata dengan pengakhiran Anugerah Meletop Era 2017. Oh ya, aku menulis entri ini bukanlah untuk menjatuhkan mana - mana pihak, tapi aku adalah suara kepada mereka yang masih tidak puas hati dengan penganugerahan semalam! Aku rasa sia - sia je orang yang dok undi artis diorang. 

Oh lagi satu. Memang tak boleh blah betul bila fatah umum nama lofa, lofa umum nama fatah. So sawit. Fans #lofattah? Pergi mati.

Fans Yang Taksub

Oh ya. Sebenarnya aku masih lagi tak puas hati dengan apa yang jadi semalam. Siapa yang ada pada waktu kejadian, mesti menyumpah tak sudah. Aku menulis ini bukan sebagai seorang ustazah pilihan. Tapi sebagai manusia yang masih menyimpan rasa hormat pada waktu maghrib dan masih malu dengan tuhan walau aku bukanlah seorang yang sangat taat setia pada Dia. 

Semalam gate bukak dalam pukul 7.45 macam tu kalau tak silap. Semua manusia berbumbungkan langit yang merah jingga. Dan ketika itu, pasti nya syaitan sedang aktif berkeliaran. Mungkin ada jugak syaitan yang sudah merasuk mana - mana fans club yang hadir. Kau bayangkan ya. Ketika langit merembang jingga, diorang boleh macam orang gila ketuk gendang bernyanyi terpekik terlolong dengan tak padan usia lanjut untuk menunjukkan taat setianya kepada artis kesayangan. Terjerit - jerit suruh bukak gate, tak sabar sangat nak masuk. 

Ah. Aku tak kisah kalau diorang taksub melampau tahap nak kena pelempang. Tapi aku malu, bila diorang menunjukkan taraf penghormatannya pada tuhan sebegitu. Kalau iya pun, tunggu lah maghrib reda baru berperilaku seperti orang gila. Aku mengatakan mereka gila bukan kerana mereka tidak waras. Tapi kerana orang gila lebih waras dari mereka yang menghormati tuhan.

Itu belum sampai dekat dalam. Semuanya pentingkan diri sendiri. Ada yang datang dari jauh dan dekat. Tapi semua kerusi nak disimpan untuk fans club. Aku tak kisah kalau tak dapat tempat duduk. Sebab masih ada lantai untuk aku duduk dan nikmati Anugerah Meletop Era yang hambar. Sampaikan majlis nak mula pun, kerusi masih kosong. Masih setia jadi penjaga kerusi. Penjaga kerusi pun masih setia bersms suruh orang yang datang tu pantas sikit. 

Sedangkan yang masuk makin ramai. Sampai dah tengah - tengah masa tu, barulah diorang kata takpelah duduk lah sini. Wtf! Semua orang masuk dengan niat yang sama dengan 'bayaran' yang sama kenapa nak kena berkira? Kalau sorang dua boleh lagi terima. Ni sampai satu baris kosong. Aduh, panas betul hati aku. Macamlah, diorang punya kerusi tu harga sampai seratus ringgit sampai nak kena dijaga.

Bukanlah aku nak kata aku ni manja, pergi majlis tak dapat kerusi nak mengadu. Kan aku cakap, aku tak kisah kalau tak dapat duduk. Masalah sekarang, buat apa nak jaga tempat orang kalau dia lambat? Sepatutnya siapa cepat dia dapat la. Ni menyusahkan semua orang. Bukan aku sorang je yang rasa macam ni. 

Aku pernah jugak pergi majlis macam ni. Kalau dah rasa lambat sampai, duduk je belakang. Settle. Bukan sampai awal pun tak dapat duduk gara - gara fans jaga tempat geng. Memang hangin. Lainlah kerusi dah tulis nama orang tu. Memang tak boleh nak kacau la kan.

Tu nanti mesti ada yang komen, ah kecoh lah kau. Kau siapa. Dia siapa. Dia retis kot. Kau komen macam bagus - bagus je. Diorang tu duit dapat, menang dapat, masuk tv pun dapat. Hahhaa. Hello, kalau tak ada yang sokong diorang, diorang tu entah siapa - siapa lah. Seorang artis tidak hanya berdiri dengan baat sendiri. Tapi harus ada peminat. Kalau ada bakat, tapi tak ada peminat. Nescaya lingkup. Sebab, kalau jemput show tak siapa nak tengok. Kalau buat album tak siapa nak beli. Jadi begitulah. Memang harus dikritik. Supaya ada penambahbaikkan. Lagi kan pula, rancangan ni bukan terhad kepada golongan artis. Tapi kepada seluruh rakyat yang berpeluang menonton. Takkan nak tengok anugerah sampah? 

Radhi OAG 'kena rasuk'

Aku taknak kondem dia. Sebab dia artis underground. Memang begitulah dia sejak dulu yang pernah memenangi beberapa anugerah hebat. Bagi aku okay je. Sebab ini hiburan. Hiburan boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Mungkin ada sebahagian akan kata, Radhi terlompat - lompat macam orang gila. Maybe ~ Sebab ada orang lama kan dekat majlis tu? Macam tak hormat pula. Ada sebahagian yang boleh terima persembahan Radhi.


Pengacara nonsense

Tak payah komen banyak. Kau sendiri tahu, pengacara yang datang dalam kalangan pelawak ni kalau nak menggembirakan hati penonton modalnya hanya buat kelakar bodoh. Walaupun kelihatan kurang ajar. Seperti meniru gaya artis yang lebih senior. Maybe~ kalau ikutkan benda tu biasa je. Ala hiburan kan? Tapi dari sisi yang lain nampak biadap sebab tak menghormati sensitiviti individu. Sebab jadi bahan lawak orang.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang AME 2017:

Tahniah semua yang memenangi anugerah. 

Top Top MeleTop Lelaki: Fattah Amin
Top Top MeleTop Wanita: Neelofa
Bintang Filem MeleTop: Fasha Sandha
Pelakon TV MeleTop: Fattah Amin
Penyanyi MeleTop: Siti Nordiana
Hos MeleTop: Neelofa
Artis Lawak MeleTop: Johan
Bintang Online MeleTop: Fattah Amin
Artis Baharu MeleTop: Khai Bahar
Couple MeleTop: Akim Ahmad dan Stacy
Si Cilik MeleTop: Yusuf Iskandar
Grup/Duo MeleTop: Datuk Siti Nurhaliza/Faizal Tahir
Penyampai Radio MeleTop: Johan
Program MeleTop: Taste Selebriti (Ep: Neelofa)
Filem MeleTop: Munafik
Lagu MeleTop: Pencuri Hati
Drama MeleTop: Suri Hati Mr Pilot
Program Radio MeleTop: Johara Pagi Era
Fesyen MeleTop: Fattah Amin

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah rezeki Johan Lofa Fattah...itu rezeki mereka..namun bagi kak PC banyak perkara yang tidak harus berlaku..kak PC tengok tak sampai habis pun..entah,tidak rasa tertarik untuk terus menonton..sebaliknya sedih...ralat...malu sendiri...harapnya tidak berulang...atau sebenarnya akan berlaku lagi...
    Apa pun tahniah kepada semua pemenang..

    ReplyDelete
  2. wahahahaha....kan kecik dah marah....apapun syabas sebab berani luahkan ....berani kerana benar gitu....jangan serik dan begitulah dunia hiburan ....duania adalah pentas dan kita adalah pelakonnya

    ReplyDelete
  3. hehe puas baca. wpon x tgk sbb xde tv, dpt rasa bosan tu. faktor umur juga kot, dah x minat sgt konsert ke award bagai ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.