Palau dan Pulau
Tadi siang, aku ternampak begitu banyak hashtag #sbb2017 di timeline facebook. Jadi, aku pun secara tak langsung turut serta dalam hashtag #sbb2017. Hehehhe. Sejak dua tahun lepas lagi, aku teringin nak pergi Sepetang Bersama Blogger. Dapatlah aku berkenalan dengan ramai kawan dalam dunia blog. Bukan saja di dunia online tapi juga di dunia luar.
Kekangan masa dan wang yang aku alami menyebabkan aku tak dapat pergi. Tahun pertama aku kenal #sbb , aku belum bekerja. Jadi, aku tak dapat join. Sementalah tempatnya pun macam jauh sangat aku nak jejak hanya dengan bermotosikal. Hahahahhaa.
Yang kedua kalinya, aku ada hal. Masa tu balik kampung kalau tak silap. Masuk 2017 aku masih lagi berbelah bahagi. Mahu pergi atau tidak. Malu lah. Ramai sangat pulak. Macammana ni. Sebab tu aku tulis status macam di bawah ni, sebab nak tengok pandangan diorang.
Daripada perkataan 'palau' rupanya ada - macam maksud. Hahahaa. Palau ni zaman sekolah - sekolah dulu. Asal gaduh je mesti guna perkataan :
'Palau je dia tu, semak.' (ayat contoh).
'Asal dia sorang weyh? Kena palau lah tu' (ayat contoh)
Tu ayat yang budak sekolah menengah guna, dimana di-palau membawa maksud 'orang takmau layan kau'. Waktu sekolah rendah kita guna perkataan 'pulau', memulaukan, dipulau, dipulaukan. Betul tak? Rupanya pulau=palau. Aku pun tak tahu lah sape ajar ni. Ngarut je. Aduh.
Dalam kamus dewan bahasa, palau bermaksud :
Dalam wikipedia, pulau pula bermaksud (tiada istilah pulau dalam kamus dewan bahasa):
Dalam kamus dewan bahasa, palau bermaksud :
parut dll pd badan (yg menjadi tanda atau ciri utk mengenalnya).
Dalam wikipedia, pulau pula bermaksud (tiada istilah pulau dalam kamus dewan bahasa):
Sebidang tanah yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang, yang dikelilingi air. Hampir kesemua tanah yang dikelilingi air dikenali sebagai pulau. Secara ringkas, pulau adalah kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.
Mungkin juga palau digunakan untuk perkataan tertentu di negeri masing - masing. Macam Kak Sue kata, palau tu membawa maksud 'pukul' di kampung beliau. So, apa maksud palau di negeri korang?
3 Comments
Republic of palau.. country yg jauh dari tanah besar.. pulau yg jauh.. tapi tempat nya cantik.. ☺️
ReplyDeletemasih ga paham konteksnya 🤔
ReplyDeletepalau = parut dan lain-lain pada badan
DeletePalau (disebut /pəˈlaʊ/) atau Belau, secara rasminya Republik Palau (Beluu er a Belau), ialah sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik
namun di malaysia, pulau dan palau selalunya digunakan dalam bahasa perbualan yang menjadi maksud 'dipinggirkan' . contohnya: "saya rasa awak kena palau dengan Alif, kerana alif tidak melayan awak" atau "awak dipulaukan oleh Alif ke?"
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.