Sampai Bila Harusnya Menipu?

Sampai Bila Harusnya Menipu?

Sampai Bila Harusnya Menipu?

Sejak aktif semula di blog tiap masa, aku lebih menjadikan blog sebagai tempat meluah rasa. Walaupun kelihatan tidak matang dan sama paras dengan usia. Entah. Mungkin sebab aku punya teman yang sudah tiada masa untuk aku. Untuk dengarkan aku. Untuk tongkatkan bahu aku agar terus lurus bukannya bengkok dan jatuh. 

Semuanya lebih kejar dunia, dan wang. Semuanya tentang wang dan kerja. Mungkin aku lupa, kita bebas memilih siapa wang dan kerja. Jadinya, aku sudah menjadi debu. Sudahnya, aku luahkan semuanya secara bertulis. Baru aku rasa bebas dan bernyawa semula. Kalau tidak, aku akan kaku dan mengenang bodohnya masa lalu. Sampai - sampai aku terpaksa tidur awal, paksa kan mata untuk terus pejam, paksakan mimpi cepat datang, dan aku bekerja keras hanya untuk sebuah mimpi. Sudahnya aku mengantuk. Kerana aku tak lena mana pun kerana aku lelah bekerja waktu tidur.

Apa ye. Kalau haritu aku cerita pasal penipu. Harini aku akan cerita pasal penipu lagi. Walaupun dia cuma bukan siapa - siapa. Tapi sebab dia penipu, maka keras hati jugak aku mahu peduli apa yang dia buat dekat aku. Shit.

Benda ni jadi atas sebab tertentu. Aku makin dewasa. Aku melihat mereka pamerkan bahagia terang - terangan. Aku di mana? Sebab tu lah, sungguh - sungguh aku mahu ambil hati tentang perbuatan dia. 

Dah lama aku perasan. 

Tiada manusia sempurna di dunia.

Kau tahu? Pernyataan di atas hanya diungkap untuk sekadar menjaga hati. Atau paling tidak untuk lari dari kenyataan bodoh. Contohnya, bila ada seseorang yang selesa dengan kau, lepastu dia cakap dia suka kau. Mesti berat hati nak terima. Bukan sebab tak boleh nak ambil hati simpan elok - elok. Tapi sebab dia tak memadai buat kau. Kau masih mencari - cari yang paling kau suka, yang paling sempurna sampai kau puas jamu mata, sampai kau rasa kau boleh bahagia dengan dia. Bukan lah sebab dia akan bahagiakan kau, tapi sebab kau yang akan bahagia dengan dia. Lepastu pulak akan muncul babak kedua dimana kau dikhianati. Itulah, kau yang suka dia. Bukan dia suka kau. Padan muka. 

Dah lama aku kata kau dengan dia memang ada apa - apa. Kemana berdua, gambar bersama. Kawan? Hahaha. Dah ada anak? Eh, perempuan ada anak tidak boleh berkahwin lagi kah soalnya? Payah sangat kau. 

Ya --

Dulu aku yang paling beriya - riya mintak nak tumpang hati. Kau sungguh - sungguh nak jaga kawan yang kita cipta. Sekarang kawan pun kau tidak mahu ambil peduli. Nampak . Aku nampak apa yang kau mahu tunjuk. Kau mahu yang paling bersinar dekat mata, kan? Bukan malap, bukan yang ada kotor. Oh aku lupa. Aku takkan mampu gilap diri aku semula. Sampai bila - bila. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.